Pin It

Widgets

Strategi Pembelajaran : Koperatif Menggunakan Google Maps+Google Form+Quizziz


posted by Mohd Fadzil on

No comments

AKTIVITI 1 : PENGENALAN

Pelajar diminta melihat Youtube di bawah ini tentang perjuangan  pemimpin setempat.




AKTIVITI 2 : PEMILIHAN TAJUK SECARA ONLINE




(i) Murid perlu membuat kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar. Lantik seorang Ketua kumpulan dan namakan kumpulan anda mengikut kreativiti anda. Pelajar boleh memberikan idea kepada ahli kumpulan lain berdasarkan pengetahuan sediaada pemimpin tempatan yang pernah didengari  dan seterusnya berbincang untuk membuat pemilihan pemimpim setempat melalui Google Form di bawah ini.




RESPONSE





AKTIVITI 3 : SILA KLIK LINK GOOGLE MAPS DI BAWAH ;


Murid perlu mencari maklumat secara berkumpulan di internet berdasarkan pemimpin tempatan yang dipilih dan meletakkan point pada kawasan di Google Maps sebagai label lokasi kebangkitan pemimpin setempat.



Setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan iaitu seorang perlu perlu mencari gambar, manakala seorang lagi perlu mencari video (Youtube) di internet berkaitan pemimpin setempat dan diletakkan pada point (Google Maps) pemimpin setempat dan ahli kumpulan terakhir berperanan menulis fakta penting di ruangan description berkaitan pemimpin setempat tersebut. 

* Selepas klik link di bawah, pada ruangan kotak Sign In sila Login menggunakan ID & Password yang diberikan semasa di dalam kelas. Selepas Sign In sila klik kotak Edit.



https://drive.google.com/open?id=1CExqH_jVQDN2IWk1tCb8Jx1ct38&usp=sharing



AKTIVITI 4 : PEMBENTANGAN 



Pembentangan dilakukan oleh Ketua Kumpulan iaitu  menerangkan maklumat kepada rakan sekelas menggunakan Google Maps berdasarkan gambar, video  dan fakta menarik berkaitan pemimpin setempat yang diletakkan pada point tersebut. 




AKTIVITI 5 : RUMUSAN


Murid secara berkumpulan membina peta minda melalui Google Drawing sebagai rumusan PdP.


https://docs.google.com/drawings/d/1dYdnK57nf_8K1lJrDIaiGxzYVVANbwHGPUyUxN-P3AI/edit?usp=sharing




AKTIVITI 6 : PENILAIAN (INDIVIDU)


Murid secara individu menjawab soalan kuiz untuk menguji kefahaman melalui aplikasi online Quizziz untuk  menguji kefahaman murid.

- QUIZZIZ


Sekian, Terima kasih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.