Pin It

Widgets

Persamaan & Perbezaan Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran Kolaboratif


posted by Mohd Fadzil on

No comments



Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan kaedah pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif (Matthews et al., 1995).

Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif
  • Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif
  • Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif
  • Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.
  • Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid.
  • Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.
  • Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri.
  • Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.
  • Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.
  • Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan.
  • Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian pelajar.


Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif


Dalam Pembelajaran Koperatif

Dalam Pembelajaran Kolaboratif
Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.
Pelajar-pelajar merunding dan mengorganisasi usaha sendiri.
Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.
Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.
Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.
Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.
Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.
Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.

Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.
Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.
Pelajar-pelajar merunding dan mengorganisasi usaha sendiri.
Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.
Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.
Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.
Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.
Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.
Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.

REFERENCE
Roberta S . Matthews , James L . Cooper, N. D. and P. (1995). Building Bridges between Cooperative and Collaborative Learning, 27(4), 34–40.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.