Pin It

Widgets

PDP PENGGUNAAN GADJET ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


posted by Mohd Fadzil on

No comments

PENGENALAN ICT PENGGUNAAN GADJET ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Apakah yang dikatakan sebagai gadjet? Gadjet berasal daripada perkataan Inggeris iaitu GADGET yang bermaksud alat elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus.Dalam isilah yang lebih mudah ia adalah satu alat elektronik yang memiliki pembaharuan dari hari ke. Sebagai contoh Telefon Pintar, Tablet,  Ipad, dan banyak lagi. Banyak kajian telah membuktikan bahawa penggunaan komputer ataupun laptop dalam pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian akademik murid terutamanya bagi subjek sains dan matematik.Sebagai contoh kajian yang dilakukan oleh Universiti John Hopkin mendapati murid lebih berminat untuk menghadiri kelas yang menggunakan komputer secara efektif dan jarang ponteng kelas. Malah mereka sudi memperuntukkan masa untuk belajar menggunakan komputer.

CADANGAN KAEDAH MENGAJAR MENGGUNAKAN GADGET
KONSEP FLIPPED CLASSROOM + APLIKASI GOOGLE SLIDE menggunakan gadget iaitu telefon pintar atau tablet dan dipancarkan secara  wireless menggunakan gadget chromecast. 

“Flipped classroom” ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan kuliah dalam kelas dengan peluang-peluang pelajar untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan terlebih dahulu.  Masa pengajaran satu hala berubah menjadi persekitaran pembelajaran bimbingan-inkuiri yang berpusatkan pelajar di mana pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembinaan pengetahuan, perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah.
 Google Slide in Mobile

Dengan Google Slide, pelajar dapat membuat, mengedit, berkolaborasi, dan melakukan pembentangan di mana saja berada dengan menggunakan gadget seperti telefon pintar dan tablet. Chromecast dilancarkan oleh Google di mana ia membolehkan pengguna menjadikan TV sebagai alat yang mampu memberikan pelbagai kegunaan menghiburkan melebihi apa yang kita fikirkan. Dengan hanya tiga langkah mudah, Chromecast dapat digunakan oleh semua pengguna telefon dan tablet pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS. Ini kerana melalui peranti terbabit, anda boleh menghubungkan mana-mana kandungan dalam telefon, tablet atau komputer riba terus ke skrin TV atau projektor.

RANCANGAN MENGAJAR MENGGUNAKAN GADGET

Guru memberikan tajuk atau topik yang akan diajar kepada pelajar terlebih dahulu.  Pelajar akan meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video (Youtube) dan bacaan terlebih dahulu (Internet). Inilah yang dinamakan konsep  “Flipped classroom”.

Pelajar diminta menggunakan platform Google Slide untuk pembentangan tajuk-tajuk yang telah diberikan.  Pelajar dapat membuat, mengedit, berkolaborasi, dan melakukan pembentangan tajuk tersebut.

Gadget disediakan oleh pihak sekolah ataupun dengan kebenaran pihak sekolah pelajar membawa gadget untuk pembentangan tersebut.Di Bilik Khas atau Kelas yang mempunyai projektor atau TV dengan port HDMI, Chromecast dipasang. Gadget seperti telefon pintar atau tablet disambungkan ke chromecast secara wireless.

Pelajar melakukan pembentangan  menggunakan gadget tersebut secara wireless. Ini menjadikan pembentangan lebih menarik dan interaktif Guru bertindak sebagai fasilitator dan juga menggunakan gadget  untuk memberikan pandangan dan bimbingan dengan akses Google Slide tersebut diberikan kepadanya ( Share : Can Edit ) .

Kesimpulannya  pengajaran menggunakan gadget ini dapat dijadikan pemangkin  dalam menjayakan kaedah pengajaran Abad Ke-21 . Kesannya kepada masa depan pelajar adalah terbukti di luar negara dan itulah kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan gadget. Di Malaysia, kita harus merebut peluang yang terdapat dalam pembelajaran menggunakan gadget  untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran generik yang seharusnya ada dalam diri setiap pelajar  di Malaysia. 

Berikut merupakan contoh PdP yang pernah dilaksanakan di SMK Dato Usman Awang


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.