Archive for July 2015

Beban kerja guru dikaji semula – Menteri Pendidikan (Mahdzir)


posted by Mohd Fadzil on

No comments




KUALA NERANG: Bebanan kerja yang ditanggung lebih 500,000 guru di seluruh negara akan dikaji semula bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugasan hakiki mereka sebagai pendidik. Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan beliau sebagai Menteri Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa lalu. 

Beliau berkata, perkara yang akan dikaji hanya membabitkan kerja-kerja di luar tugasan hakiki seorang guru yang sebelum ini banyak menimbulkan rungutan.

"Ada rakan-rakan saya dalam kalangan guru bercakap mengenai perkara ini, jadi saya rasa perkara ini perlu dikaji supaya kita lebih jelas permasalahan sebenar yang dihadapi mereka dalam isu ini. "Kita akan cuba semak apakah bebanan yang dimaksudkan dan peratusannya...kajian ini tidak membabitkan tugasan hakiki guru, cuma kerja-kerja lain di luar tugas hakiki mereka," katanya di sini, hari ini. 


Mahdzir selain itu mengesahkan tidak ada sebarang perubahan dari segi dasar pendidikan akan dilakukan pada masa ini kerana dasar sedia ada masih relevan mengikut keadaan semasa. "Selama ini dasar pendidikan tetap sama sejak tahun 60-an, 70-an dan hingga sekarang, cuma yang berlaku adalah penambahbaikan terhadap dasar itu mengikut kesesuaian zaman," katanya.

Sumber : Berita Harian

Sidang Media Khas Rombakan Kabinet (28 Julai 2015)


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Menteri Pelajaran - Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Dato' Seri Diraja
Mahdzir Khalid
Mahdzir.jpg

Menteri Pelajaran

Mantan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Menteri Besar Kedah ke-9
Tempoh jawatan
28 Disember 2005 – 8 Mac 2008
Didahului olehDato' Seri Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah
Diganti olehDato' Seri Azizan Abdul Razak

Ahli Parlimen
untuk P30 Padang Terap Kedah
Tempoh jawatan
5 Mei 2013 – kini
Majoriti4,442 (PRU-13)

Lahir15 Disember 1960 (54 tahun)
Pokok SenaKedah
Parti politikBN-100px.jpg BN-UMNO
PekerjaanTimbalan Menteri, Ahli Parlimen
AgamaIslam

Dato’ Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid (Lahir 15 Disember 1960), merupakan Menteri Besar Kedah ke-8.

1 Kehidupan Awal
2 Keluarga
3 Pendidikan
4 Kerjaya
5 Politik
6 Menteri Besar Kedah
7 Anugerah

Kehidupan Awal
Beliau adalah anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Keluarga
Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan Allah dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar (25 tahun ) seorang akuntan di KL. Anak‑anak yang lain adalah Mohd. Saddam (22 tahun)Pilot , Mahd. Sallehuddin (22 tahun) prnuntut di Australia dan Mahani (19 tahun) penuntut di kl.

Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato' Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1980 hingga 1984 dan bedaya mendapat ljazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (1981‑1982).

Kerjaya
Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Osman Bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas ( Pembangunan ) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabilla dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.

Politik
Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pemah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. Sekarang, beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Dato'Mahdzir bin Khalid juga merupakan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dato' Mahdzir bin Khalid melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Pedu. Selepas memenangi kerusi DUN berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) mulai 28 Mac 2004 dan diamanahkan Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri.

Menteri Besar Kedah
Apabila Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah cuti sakit, Dato'Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai 17 Julai 2005 hingga 16 Oktober 2005. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga 16 Januari 2006 dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke ‑ 9 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan 28 Disember 2005.

Anugerah
Kerana jasa dan pengorbanannya, beliau dianugerahkan darjah den pingat kebesaran iaitu Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2003 dan Bakti Khidmat Masyarakat (BKM) pada tahun 1996.

Sumber : Wikipedia


PANDUAN ANALISIS MANUAL KPI BAGI PENYELARAS FROG VLE


posted by Mohd Fadzil on

No comments

* Penyelaras Frog VLE kebiasaannya menerima Pelaporan KPI VLE daripada PPD atau PKG masing-masing kerana akses tersebut adalah terhad kepada pihak KPM/JPN/PPD/BTP/BTPN/PKG. Tetapi sementara menunggu pelaporan yang keluar, pihak penyelaras VLE boleh membuat anggaran kasar dengan memanipulasi "Analytic Dashboard".

* Ini bagi memudahkan Penyelaras Frog VLE merangka strategi yang berkesan setiap minggu bagi meningkatkan KPI seterusnya membantu Pengurusan VLE masing-masing.


SURAT ARAHAN KPM 


_________________________________________________________________________________


PANDUAN YOUTUBE  (MANUAL LIHAT KPI VLE SEMASA)
 



_________________________________________________________________________________

CONTOH EXCEL MANUAL PENGIRAAN KPI FROG VLE





_________________________________________________________________________________


DOWNLOAD TEMPLATE ANALISA KPI FROG VLE

https://drive.google.com/file/d/0B1afyTm_nHioRkJMbXNlUG1VekU/view?usp=sharing

* Coding Convert second ke Jam/Minit/Masa

=TEXT(D2/(24*60*60),"hh:mm:ss")

_____________________________________________________________________________

Sekian, Terima Kasih. 

PBS [TERAS BAB 1 ] KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 (BAND 3,BAND 4, BAND 5)


posted by Mohd Fadzil on

No comments

KOMPILASI DOKUMEN FAIL PPPB


posted by Mohd Fadzil on

3 comments

Imej hanya contoh

BAB 0 : COVER FAIL & SEPARATOR



BAB 1 :PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

- CURRICULUM VITAE 

- FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA & PPPM 

- SKOP KERJA – FAIL MEJA GURU MP, FAIL MEJA GURU KELAS DLL IKUT JAWATAN 

- SASARAN KERJA TAHUNAN – TEMPLATE



BAB 2 : PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

- MATLAMAT PENGAJARAN/ KEPIMPINAN MASA HADAPAN 

- CADANGAN AKTIVITI 

- PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB 



BAB 3 : SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/PROFESION

- SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

- SUMBANGAN KEPADA JPN,PPD,KPM 

- PENULISAN/PENERBITAN 



BAB 4 : BAHAN BUKTI DALAM PDP/KEPIMPINAN
- SUKATAN MP, RANCANGAN MENGAJAR DAN PENILAIAN, PERANCANGAN STRATEGIK 

- CONTOH HASIL KERJA.


BAB 5 : PENILAIAN PDP/KEPIMPINAN

- BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN/KEPIMPINAN 

- RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN/KEPIMPINAN 

- MAKLUMBALAS DAN PENILAIAN DARIPADA MURID/KETUA JABATAN


BAB 6 ANUGERAH/PENCAPAIAN

- ANUGERAH PERKHIDMATAN 

- ANUGERAH DALAM PDP/KEPIMPINAN DLL 

- JEMPUTAN UNTUK KONSULTASI,BENGKEL,PENULISAN DLL


DOWNLINK LINK DI BAWAH



Fail yang di download dalam format WINRAR. Kene extract dulu. Kene ade software Winrar. Jika tiada ;

Download dulu disini dan install.

http://www.mediafire.com/?mw4x0fq4hx0ldhq 

Kemudian guna software winrar utk extract file yang download tadi.


Cara guna WINRAR tengok sini ; http://salam-ukhwah.blogspot.com/2011/08/cara-guna-winrar.html


Sekian Terima Kasih

* Fail-Fail di dalam ini adalah komplikasi yang dikumpul. Sekiranya pemilik-pemilik asal mana-mana fail menyedari perkara ini boleh berhubung dengan saya untuk saya kredit nama anda di artikel ini. Maaf kerana tidak tahu sumber asal fail-fail yang ada kerana proses pengumpulan terlupa membuat rujukan asal link. 
____________________________________________________________________________

Sebagai tanda terima kasih anda boleh tekan LIKE di bawah ini ;





Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page. _____________________________________________________________________________

PBS [TERAS BAB 1 ] KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 (BAND 1,BAND 2)


posted by Mohd Fadzil on

No comments

ANUGERAH GURU ICT PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2015


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Penulis : Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

Pengenalan Tugasan@Assignment Frog VLE(Virtual Learning Environment) Tahun 2015


posted by Mohd Fadzil on

No comments

(1) Pengenalan Tugasan@Assignment Frog VLE


(2) Panduan Guru Menghantar Tugasan@Assignment Kepada Pelajar

 

(3) Panduan Pelajar Membuat Tugasan@Assignment

   

 (4) Panduan Guru Menanda Tugasan@Assignment & Export Markah

   

 Sekian, Terima Kasih.

Tutorial Meletakkan Jadual Waktu Pada Dashboard Frog VLE


posted by Mohd Fadzil on

No comments



Tutorial Meletakkan Jadual Waktu Pada Dashboard Frog VLE 

Coding URL sebagai Hosting Jadual Waktu On-line Open a new tab in google and then type the 

https://googledrive.com/host/(folderID

folder ID example: 0B1_NvbPxt_AEfkFkRVR4SDRyYkxWRmhzbE5OV3RNTnUyMGRMaV9DaVo2UHdzQVpud29ZRXc 

Link Penuh ; https://googledrive.com/host/0B1_NvbPxt_AEfm9iWHhwU2V4ZUdNSURCdTBlVmZMaUt4eUxxMjlmUmgzT1lxY2w2d3ZGcXc 

Contoh Dashboard sekolah ; 

https://jea1058.1bestarinet.net/website


* * Setting SHARE pada FOLDER JADUAL WAKTU dalam Google Drive mestilah Link Sharing = On - Public on the web



Fadzil Hanid. Powered by Blogger.