Pin It

Widgets

Menteri Pelajaran - Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Dato' Seri Diraja
Mahdzir Khalid
Mahdzir.jpg

Menteri Pelajaran

Mantan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Menteri Besar Kedah ke-9
Tempoh jawatan
28 Disember 2005 – 8 Mac 2008
Didahului olehDato' Seri Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah
Diganti olehDato' Seri Azizan Abdul Razak

Ahli Parlimen
untuk P30 Padang Terap Kedah
Tempoh jawatan
5 Mei 2013 – kini
Majoriti4,442 (PRU-13)

Lahir15 Disember 1960 (54 tahun)
Pokok SenaKedah
Parti politikBN-100px.jpg BN-UMNO
PekerjaanTimbalan Menteri, Ahli Parlimen
AgamaIslam

Dato’ Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid (Lahir 15 Disember 1960), merupakan Menteri Besar Kedah ke-8.

1 Kehidupan Awal
2 Keluarga
3 Pendidikan
4 Kerjaya
5 Politik
6 Menteri Besar Kedah
7 Anugerah

Kehidupan Awal
Beliau adalah anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Keluarga
Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan Allah dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar (25 tahun ) seorang akuntan di KL. Anak‑anak yang lain adalah Mohd. Saddam (22 tahun)Pilot , Mahd. Sallehuddin (22 tahun) prnuntut di Australia dan Mahani (19 tahun) penuntut di kl.

Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato' Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1980 hingga 1984 dan bedaya mendapat ljazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (1981‑1982).

Kerjaya
Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Osman Bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas ( Pembangunan ) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabilla dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.

Politik
Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pemah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. Sekarang, beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Dato'Mahdzir bin Khalid juga merupakan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dato' Mahdzir bin Khalid melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Pedu. Selepas memenangi kerusi DUN berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) mulai 28 Mac 2004 dan diamanahkan Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri.

Menteri Besar Kedah
Apabila Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah cuti sakit, Dato'Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai 17 Julai 2005 hingga 16 Oktober 2005. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga 16 Januari 2006 dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke ‑ 9 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan 28 Disember 2005.

Anugerah
Kerana jasa dan pengorbanannya, beliau dianugerahkan darjah den pingat kebesaran iaitu Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2003 dan Bakti Khidmat Masyarakat (BKM) pada tahun 1996.

Sumber : Wikipedia


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.