Pin It

Widgets

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (SPP)


posted by Mohd Fadzil on

2 comments



Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-masing dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan.

Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) adalah seperti berikut :

  a. PPLD, PPPS dan PPPT
   
 
  1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
  2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
  3. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
  4. Lulus tapisan keselamatan (bagi pegawai lantikan tetap pada atau selepas 1.1.2008).
   
  b. AKS
   
 
  1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun; 
  2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi; 
  3. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan; 
  4. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan 
  5. Lulus tapisan keselamatan (bagi pegawai lantikan tetap pada atau selepas 1.1.2008).

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah memperakukan PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen berikut:

  1. salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan teratur serta mencatatkan jenis-jenis cuti selain cuti rehat tahunan yang telah diambil semasa tempoh percubaan pegawai;  
  2. salinan Sijil Kursus Induksi;  
  3. salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKS);  
  4. Jadual Ketiga atau Jadual Ketiga(i), P.U.(A) 176/2005 dengan menyatakan tarikh PDP yang diperakukan; dan  
  5. Jadual Kelima - Borang opsyen KWSP, P.U. (A) 176/2005.

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai sendiri boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan dengan mengemukakan dokumen berikut sekiranya Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai yang telah layak disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan:

  1. borang PDP atas permohonan pegawai;
  2. senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah;
  3. salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini;
  4. salinan sijil Kursus Induksi;
  5. salinan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (jika berkaitan); dan
  6. salinan keputusan tapisan keselamatan.

Suruhanjaya boleh menjalankan satu siasatan dan mengesahkan pegawai  itu layak disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling yang berkaitan

  1. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U. (A) 176/2005)  
  2. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2010 - Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan; dan   
  3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2006 - Kaedah Penetapan Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

________________________________________________________________________________

ARAHAN UNTUK PENGESAHAN PERKHIDMATAN

SENARAI SEMAK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

1) SURAT IRINGAN SEKOLAH

2) BORANG SPP/K/002 (3 SALINAN ASAL)
http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=99&Itemid=

3) JADUAL KETIGA (i) (3 SALINAN ASAL)

4) JADUAL KELIMA,LAMP.A: PILIH PENCEN ATAU KWSP (3 SALINAN ASAL)

5) JADUAL KETIGA,PERAKUAN KELULUSAN PEPERIKSAAN (AKP SAHAJA)

6) SALINAN PENGESAHAN PELANTIKAN (3 SALINAN DISAHKAN OLEH Ketua Jabatan)

7) SIJIL SPM

8) SIJIL STPM (JIKA ADA)

9) DIPLOMA PENDIDIKAN (SIJIL & TRANSKRIP)

10) IJAZAH SARJANA MUDA (SIJIL & TRANSKRIP)

11) SIJIL PROGRAM TRANSFORMASI MINDA(PTM) / INDUKSI
http://apps.moe.gov.my/smg/05/050002/

12) SIJIL TAPISAN KESELAMATAN
http://evetting.cgso.gov.my//login.php?


SYARAT-SYARAT

Sijil-Sijil disahkan oleh Ketua Jabatan dalam 3 salinan.

Telah menjalani dengan jayanya tempoh percubaan selama 1 tahun serta bebas tindakan tatatertib.

Lulus Peperiksaan Perkhidmatan/Kursus Induksi yang disyaratkan dan mesti diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Jika Induksi dalam tempoh setahun dari tarikh lantikan maka tarikhnya diambil pada tarikhnya genap setahun.

Jika Induksi lebih dari setahun dari tarikh lantikannya maka tarikh pengesahan hendaklah diambil sehari selepas tarikh induksi.

____________________________________________________________________________

* Sila bertanya kepada PT di Jabatan/Sekolah masing-masing mengenai prosedur dan salinan yang perlu di buat.

2 comments

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.