Pin It

Widgets

E-SPLG : Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Melalui Login Individu


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Melalui Login Individu

1. Pergi ke laman web e-SPLG untuk modul individu. Masukkan No. K/P (tanpa tanda -) anda dan kata laluan. Kata laluan adalah 4 digit akhir No. K/P. Kemudian, click Login.




2. Setelah berjaya login, beginilah rupa paparan di laman web e-SPLG Individu anda. 

 
Di bahagian menu Pengurusan -SPLG (Individu), sila buat pilihan sama ada anda ingin memasukkan maklumat tentang Book Review (BR) atau Kehadiran Kursus Luar (KKL).

Cara memasukkan maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL)


1. Click pada Daftar KKL.

2. Masukkan maklumat kursus seperti :

Jenis Kursus, Anjuran, Nama Kursus, Bidang, Tarikh Mula, Tarikh Tamat, Jumlah Jam Berkursus dan Tempat Kursus


Isikan maklumat di ruangan yang disediakan dan kemudian click perkataan Simpan. Beginilah yang tertera pada laman web SPLG setelah anda memasukkan maklumat KKL :



 3. Sila ulangi langkah yang sama untuk memasukkan maklumat KKL yang lain.

Cara memasukkan maklumat Book Review (BR)

1. Click pada Daftar BR.

2. Masukkan maklumat buku seperti :

Judul/Tajuk Buku, Bidang, Bilangan Muka Surat, Sinopsis Buku Disediakan, Bahasa (Buku) dan Tarikh Pengesahan


Sekiranya melibatkan pembentangan, sila isikan maklumat di ruangan yang disediakan dan kemudian click perkataan Simpan


3. Sila ulangi langkah yang sama untuk memasukkan maklumat BR yang lain.

Selain itu anda juga boleh melihat dan mencetak keseluruhan maklumat data KKL dan BR yang telah anda daftarkan :


  • Untuk melihat keseluruhan maklumat KKL dan BR : click menu Analisis - Pelaporan. 
  • Untuk mencetak : click perkataan Cetak.
Beginilah contoh pelaporan KKL saya bagi tahun 2011

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.