Pin It

Widgets

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Augerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Setiap tahun ada sahaja isu yang dikaitkan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Augerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Memang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, namun sebagai Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua kita mesti bersikap seadil-adilnya dan mengambil kira pelbagai faktor supaya markah yang kita berikan benar-benar tepat dan wajar dengan sumbangan individu tersebut untuk tahun semasa.

Selain kriteria yang diberikan dalam borang LNPT tersebut, jangan sesiapa di kalangan yang menjadi pegawai penilai menambah kriteria lain yang tidak wujud menurut sesuka hati seperti 1)memberi pertimbangan di luar tahun semasa,
2)berasaskan hubungan intim orang itu dengan majikan dan
3)kerana ingin mengambil hatinya.

Selain itu, pihak yang memberikan markah mestilah berhati-hati semasa memberi markah supaya tiada berlaku kesilapan sehingga menganiaya individu-individu tertentu.

Pastikan markah yang diberi dalam borang LNPT itu sama dengan markah yang diberi dalam komputer.

Komputer yang digunakan untuk mengisi jumlah markah tidak boleh, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja terdedah kepada individu-individu yang tidak berkaitan sehingga memungkinkan ada peluang untuk melakukan pindaan dan pengubahsuaian markah yang telah pun diputuskan lebih awal.

Sebab itu adalah lebih tepat jika markah itu diisi oleh pengetua menggunakan komputer peribadi atau komputer yang dikhaskan kepada pengetua sahaja.
Itu yang berkaitan dengan LNPT, bagaimana pula halnya dengan APC.

Calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebenarnya dipilih daripada mereka yang telah mendapat markah tahap cemerlang dalam LNPT iaitu 80% ke atas. Maknanya sesiapa sahaja yang mendapat 80% dan ke atas berhak dipertimbangkan oleh majikan untuk mendapat anugerah tahunan itu.

Memandangkan APC merupakan anugerah tahunan semasa, tidak mustahil seorang individu akan mendapat dua kali atau lebih anugerah tersebut jika dia dapat mengekalkan prestasinya. Walau bagaimanapun adalah perlu bagi seseorang pengetua mengurus tadbir APC ini sebaik-baiknya agar ia boleh digunakan untuk merangsang budaya kerja dengan ikhlas oleh para guru dan kakitangan sekolah.

Kita tidak mahu kesilapan urus tadbir APC akan menyebabkan berlaku sebaliknya iaitu melunturkan semangat kerja dan membunuh motivasi seseorang.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian tentang APC ini ialah seseorang yang mendapat markah yang tertinggi tidak semestinya akan mendapat APC.

Pengetua berhak untuk memilih daripada mereka yang mendapat markah tertinggi tadi untuk dicalonkan sebagai penerima anugerah.

Katakanlah A mendapat 98% dan B pula mendapat 87%.Oleh kerana A sudah mendapat anugerah tersebut, dan B pula merupakan seorang kakitangan yang bermotivasi dan dedikasi, maka pengetua berhak mencalonkan B untuk menerima anugerah tersebut sekalipun markahnya kurang daripada A.

APC sebenarnya adalah alat untuk menggalakkan persaingan secara sihat antara guru dan cara untuk meningkatkan motivasi mereka dan pengetua diberi kuasa seluas-luasnya untuk mengurus APC demi kemajuan sekolah untuk jangka panjang.


Sumber: http://gurubashid.com










________________________________________________________________________________











Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.