Pin It

Widgets

[NOTA & VIDEO] BAB 11 : SUBTOPIK : UKUR ARAS


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Ukur Aras

Ukur Aras ditakrifkan sebagai suatu cara mengambil bacaan dengan mencerap dan mengukur untuk menentukan sempadan, saiz, kedudukan, kuantiti, keadaan, nilai, dan sebagainya bagi lot-lot tanah bangunan, ladang, lombong dan butiran spatial. Walau apa jua ukur sekalipun, pengukuran jarak dan sudut adalah suatu elemen penting dalam kerja ukur termasuklah ukur kejuruteraan. Pengukuran jarak diambil mengikut jarak di antara titik-titik di atas permukaan bumi manakala pengukuran sudut diambil mengikut sudut di antara garisan atau arah rujukan dan garisan ukur sama ada dalam satah mendatar mahupun menegak. Unit digunakan dalam pengukuran jarak meter manakala unit pengukuran sudut adalah darjah, minit dan saat (seperti 230° 30minit 40saat)

Secara praktiknya pengukuran jarak dan sudut dilaksanakan di lapangan. walaubagaimanapun ia boleh dibuat di atas peta sedia ada (termasuklah di atas peta yang dicetak atau peta digital). Dan ini bergantung kepada keperluan. Biasanya, pengukuran melalui peta adalah kerja pendahuluan untuk melihat secara kasar manakala pengukuran di lapangan adalah untuk menghasilkan peta atau pelan baru dan juga mengemaskini maklumat sedia ada.

TUJUAN dan KEGUNAAN UKUR ARAS

Tujuan ukur aras adalah untuk mendapatkan ketinggian titk-titik atau stesen di atas permukaan bumi. Antara kegunaannya adalah :- i) Mendapatkan beza tinggi antara dua titik. ii) Mendirikan Batu Aras (Bench Mark) dan Batu Aras Sementara (TemporaryBench Mark) untuk sesuatu projek pembinaan. iii) Mendapatkan keratan rentas dan memanjang yang menunjukkan profil tanah bagi projek laluan, pengairan dan sebagainya. iv) Pemetaan garis-garis peta kontur bagi sesuatu kawasan pembinaan v) Untuk kerja-kerja ukur kawalan pugak semasa memancang tanda (setting out) vi) Menanda kecerunan tanah untuk tujuan tertentu seperti kerja penambakan dan pemotongan tebing serta pengaliran air.

 PERALATAN DALAM UKUR ARAS

Alat ukur aras jurutera sesuai untuk kerja-kerja kejuruteraan dan pengukuran kerana ketepatan pengukurannya memenuhi keperluan jurutera dan ia mudah digunakan. Bahagian utama alat ini ialah teleskop yang mempunyai set kanta objek dan set kanta mata yang akan membesarkan objek yang dilihat


Alat aras dompot adalah yang paling ringkas dan mudah digunakan. Ianya terdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop ini ditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh berputar pada satah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat menggunakan alat aras dompot ini, dua keadaan diperlukan, iaitu :-

i)       Paksi tiub gelembung aras mestilah selari dengan garis kolimatan
ii)      Kedua-dua yang tersebut ini mestilah bersudut tepat kepada paksi pugak plat







 Kakitiga Alat Aras
Digunakan untuk mendirisiap alat aras. Terdapat dua jenis kaki tiga bagi kegunaan alat aras.  Bagi alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya permukaan tapak kaki tiga adalah rata.  Manakala bagi alat aras automatik, permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk melengkung bagi memudahkan lagi kerja-kerja pengarasan.

Rajah 4  Kakitiga Alat Aras

3.3       Setaf
Staf aras ialah alat untuk mengukur jarak menegak di atas atau di bawah garis kolimatan. Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambung-sambung.Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial.



3.4       Gelembung Setaf (Staf Buble)
Gelembung udara yang digunakan untuk memastikan setaf didirikan betul-betul tegak.  Selalunya dilekapkan pada sisi setaf.  Gelembung udara pada gelembung setaf dapat membantu kepugakan setaf.
Rajah 6  Gelembung setaf

3.5       Pita Ukur
Pita ukur digunakan untuk mengukur jarak dari alat aras ke setaf.  Jarak antara pandangan belakang dan pandangan hadapan sebaik-baiknya lebih kurang sama untuk mengelakkan selisih kolimatan alat.Perkakasan ukur biasa yang mempunyai tanda ukuran memanjang dengan unit metrik. Ia boleh dilentur membolehkan pengukur jarak yang besar dibawa dengan mudah dalam poket atau kotak perkakasan dan membenarkan ukuran diambil pada selekoh dan sudut.
Rajah 7  Pita ukur

3.6       Buku Kerja Luar / Borang Pembukuan Ukur Aras
Buku kerja luar digunakan untuk merekod bacaan dan membuat kiraan aras laras.  Pembukuan dan kiraan boleh dibuat dengan dua kaedah, iaitu kaedah naik turun atau tinggi garis kolimatan (TGK).


PB
PA
PH
Naik
Turun
AL Mula
Pemb.
AL Akhir
Catatan














































Jadual 1 Jadual Pembukuan Kaedah Naik Dan Turun


PB
PA
PH
TGK
AL Mula
Pemb.
AL Akhir
Catatan
















































Jadual 2  Jadual Pembukuan Kaedah Ketinggian Kolimatan

1 comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.