Archive for 2013

TUTORIAL COPY/PASTE FOLDER GOOGLE DRIVE


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Ikut Langkah - Langkah di bawah ;




http://www.youtube.com/redirect?q=https%3A%2F%2Fscript.google.com%2Fmacros%2Fs%2FAKfycbxju-I9k560DVOjNf2JZXjkXRabRAZt_8o0FzzDJqAAeznaK0s%2Fexec&session_token=hHC-vydjJOg8IqiAvkiw_8GETfd8MTM4ODE1MzgyN0AxMzg4MDY3NDI3

Lokasi kamera AES - 14 lokasi utama


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Lokasi kamera AES - 14 lokasi utama


Antara AES yang beroperasi di 14 lokasi iaitu :

Kamera Hadlaju
a) Km 7 Jalan Maharajalela Teluk Intan, Perak – hadlaju 60kmsj – kamera mobile
b) Km 376 Lebuhraya Utara Selatan – Slim River, Perak – hadlaju 110kmsj – kamera tetap
c) Km 91, Jalan Ipoh – Butterworth, Perak – hadlaju 90kmsj – kamera mobile
d) Km 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Tapah Perak, hadlaju 60kmsj – kamera tetap
e) Km 205.6 Lebuhraya Utara Selatan, Taiping Utara, Perak – hadlaju 110 kmsj – kamera tetap
f) Km D7.7 sungai Besi, Kuala Lumpur – hadlaju 80kmsj – kamera mobile
g) Jalan Persiaran Timur, Putrajaya – hadlaju 80kmsj – kamera mobile
h) Km301.9 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, Selangor – hadlaju 90kmsj – kamera tetap
i) Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya – hadlaju 70kmsj – kamera tetap
j) Km 6.6 Jalan Kajang-Puchong, SKVE, Selangor – hadlaju 80kmsj – kamera tetap

Kamera lampu isyarat
a) Km 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar – persimpangan lampu isyarat
b) Jalan Pasir Puteh (berhampiran TNB) – persimpangan lampu isyarat
c) Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur – persimpangan lampu isyarat
d) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur – persimpangan lampu isyarat

Idris Jusoh: Pertukaran guru ikut keperluan negeri


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Idris Jusoh: Pertukaran guru ikut keperluan negeri


Idris Jusoh: Pertukaran guru ikut keperluan negeri
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan akan memastikan pengambilan guru dibuat mengikut keperluan negeri bagi mengurangkan masalah guru yang ingin bertukar ke sekolah di negeri tempat mereka berasal.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata ketika ini terdapat terlalu ramai guru yang memohon untuk bertukar ke negeri masing-masing sedangkan tempat adalah terhad.

"Sebagai contoh bilangan guru yang lahir di Kelantan seramai 57,740 dan yang sedang berkhidmat di negeri itu berjumlah 28,048 orang. Ini bermakna lebih 30,000 guru dari negeri itu sedang bertugas di negeri lain dan yang ingin balik ke Kelantan adalah seramai 2,483, sedangkan kekosongan yang ada cuma 1,079 sahaja.

"Begitu juga yang ingin pulang ke Terengganu berjumlah 1,267, manakala kekosongan yang ada hanya 179 sahaja. Ini bermakna (permohonan) 1,100 guru lagi tidak dapat dilayan dan sudah pastinya mereka kurang seronok dengan keadaan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, ketika ditanya mengenai masalah pertukaran guru yang sukar diatasi sejak sekian lama. Turut hadir Naib Canselor UniSZA Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Idris berkata guru berkenaan enggan bertukar ke negeri lain, sebaliknya tetap mahu balik mengajar di tanah kelahiran dan sudah pastinya masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan kekosongan yang ada di sesuatu kawasan itu.

Katanya keutamaan diberikan kepada suami atau isteri yang mengajar di negeri berlainan.

Mengenai dakwaan berlaku kebocoran kertas soalan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan, beliau berkata kementerian masih menyiasat perkara itu.

Mengenai UniSZA, Idris berkata universiti itu tidak mempunyai halangan untuk terus maju dan mencapai kedudukan antara 10 universiti terbaik di negara  ini berdasarkan perkembangan dan pencapaian semasa di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

"Dengan peningkatan dan penambahbaikan yang sedang berlaku di UniSZA ini, saya percaya dan tidak mustahil universiti ini akan menjadi salah sebuah universiti tempatan terbaik dalam tempoh 10 tahun lagi," katanya.

Katanya dalam jangka masa yang singkat, UniSZA menunjukkan perkembangan pesat dari segi pembangunan infrastruktur, bilangan pensyarah yang mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD), penerbitan dan penyelidikan dan pembangunan.

Berita mula diterbitkan pada: November 28, 2013 07:00 (MYT)

PERTUKARAN GURU : Ramai guru mohon balik kampung


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Ramai guru mohon balik kampung






Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan mendedahkan ramai warga guru di negara ini memohon pulang ke kampung halaman masing-masing berbanding permohonan pertukaran untuk bertugas di tempat sama dengan pasangan. 
Keadaan itu menyebabkan kementerian sukar memenuhi keperluan pertukaran guru, apatah lagi ia tertakluk kepada kekosongan perjawatan dan keperluan perkhidmatan. 

Tempatkan di kawasan sama 


Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kementerian sentiasa berusaha menempatkan guru bertugas di kawasan sama dengan pasangan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan senang dan selesa. 

Bagaimanapun, ramai guru memohon pulang ke kampung halaman masing-masing. 
“Isunya, bukan ingin bersama (pasangan), tetapi hendak pulang ke kampung asal. Itu yang susah sikit. Tetapi kalau ingin bersama suami atau isteri itu boleh, kita akan usahakan, tapi ia jarang-jarang berlaku. ‘Jarang-jarang’, bak kata Seniman Agung (Tan Sri) P Ramlee. 

Guru terpaksa berkorban 
“Kita juga benarkan guru pulang bertugas ke kampung halaman, misalnya dengan alasan ibu atau bapa sakit, mahupun anak mereka sakit. Tetapi dalam kes ini, ramai guru yang terpaksa berkorban,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Parlimen di sini, semalam. 

Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, berdasarkan rekod kementerian itu, pada 31 Julai lalu sebanyak 94.9 peratus guru sekolah menengah iaitu 142,474 orang tinggal bersama pasangan masing-masing, manakala 5.1 peratus atau 7,711 orang tinggal berasingan. 

Bagi guru sekolah rendah pula, katanya, 95.4 peratus (190,252 guru) dapat tinggal bersama pasangan mereka dan hanya 4.8 peratus (9,124 guru) terpaksa berasingan dengan pasangan. 

Katanya, walaupun jumlahnya kecil, kementerian sentiasa berusaha menempatkan mereka bersama pasangan. 

“Kriteria utama diambil kira dalam penentuan kelulusan pertukaran guru ialah keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen di negeri dimohon serta guru di situ tidak boleh melebihi bilangan diluluskan mengikut waran perjawatan negeri terbabit,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Tarikh Keputusan E-gTukar 2013/2014


posted by Mohd Fadzil on

No comments

Kajian Kurang Beban Guru Dibentang Pada Persidangan NBOS 20 Nov


posted by Mohd Fadzil on

No comments



KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Kementerian Pendidikan telah memperluas skop kajian mengenai kaedah dan pendekatan terbaik bagi mengurangkan beban tugas guru.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata kajian diterajui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu melibatkan empat lapangan iaitu beban tugas guru, ketidaksepadanan opsyen guru, saiz kelas yang ideal dan pertindihan pangkalan data.

Katanya, hasil kajian yang diaplikasikan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu akan dibentangkan di Persidangan NBOS pada 20 Nov ini.

"Ia bagi mendapatkan pandangan dan harapan selanjutnya dalam usaha mengurangkan beban tugas guru secara holistik dan efektif," katanya ketika menjawab soalan Datuk Wira Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Kamalanathan berkata kementerian ketika ini telah melaksanakan pelbagai langkah membantu mengurangkan beban guru di seluruh Negara termasuk melaksanakan pengintegrasian data bagi mengelakkan pertindihan pengisian data di peringkat sekolah dengan hanya menggunakan satu sistem iaitu sistem pengurusan sekolah.

"Kementerian turut melaksanakan penempatan seorang pembantu tadbir perkeranian operasi di semua sekolah kementerian di bawah Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mengurangkan beban guru," katanya.

Jelasnya, kementerian akan memberi komitmen penuh bagi memastikan isu berbangkit mengenai beban tugas guru ini diselesaikan sebelum pelaksanaan PPPM.

KPPK gesa Kementerian Pendidikan mansuh PBS


posted by Mohd Fadzil on

No comments


  • kppk
 1 / 1 
KANGAR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Hashim berkata, prestasi guru turut dinilai melalui PBS, dan sistem akses yang sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka diberi penilaian sempurna.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan sistem itu, yang diperkenal pada 2011.

"Sepatutnya PBS dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan di seluruh negara," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden KPPK Tey Meng Seng dan Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai sebuah kereta baharu yang kelihatan cantik namun pemandunya tidak boleh menggerakkan kenderaan itu kerana ketiadaan tayar.
 
Hashim berkata, KPPK juga menolak pelaksanaan E-Prestasi, yang sepatutnya dilaksana pada 2015 namun dipercepat ke tahun ini, bagi menilai prestasi guru kerana masih ramai yang kabur tentangnya.

E-Prestasi menimbulkan rungutan bukan sahaja dalam kalangan guru malah pengetua dan guru besar kerana mereka sering dipersalah jika sistem itu gagal menghantar laporan kepada kementerian.

"Sebaiknya sebelum melaksanakan apa jua sistem, keberkesanannya perlu diuji dan bukan menyalahkan guru apabila terdapat kegagalan," katanya.

Beliau juga berkata, KPPK bimbang pelaksanaan sistem yang menyukarkan akan menyebabkan guru tertekan sehingga memberi kesan negatif terhadap tugasan dan pelajar mereka. - Bernama

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (SPP)


posted by Mohd Fadzil on

2 comments



Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-masing dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan.

Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) adalah seperti berikut :

  a. PPLD, PPPS dan PPPT
   
 
  1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
  2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
  3. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
  4. Lulus tapisan keselamatan (bagi pegawai lantikan tetap pada atau selepas 1.1.2008).
   
  b. AKS
   
 
  1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun; 
  2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi; 
  3. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan; 
  4. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan 
  5. Lulus tapisan keselamatan (bagi pegawai lantikan tetap pada atau selepas 1.1.2008).

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah memperakukan PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen berikut:

  1. salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan teratur serta mencatatkan jenis-jenis cuti selain cuti rehat tahunan yang telah diambil semasa tempoh percubaan pegawai;  
  2. salinan Sijil Kursus Induksi;  
  3. salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKS);  
  4. Jadual Ketiga atau Jadual Ketiga(i), P.U.(A) 176/2005 dengan menyatakan tarikh PDP yang diperakukan; dan  
  5. Jadual Kelima - Borang opsyen KWSP, P.U. (A) 176/2005.

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai sendiri boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan dengan mengemukakan dokumen berikut sekiranya Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai yang telah layak disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan:

  1. borang PDP atas permohonan pegawai;
  2. senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah;
  3. salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini;
  4. salinan sijil Kursus Induksi;
  5. salinan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (jika berkaitan); dan
  6. salinan keputusan tapisan keselamatan.

Suruhanjaya boleh menjalankan satu siasatan dan mengesahkan pegawai  itu layak disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling yang berkaitan

  1. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U. (A) 176/2005)  
  2. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2010 - Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan; dan   
  3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2006 - Kaedah Penetapan Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

________________________________________________________________________________

ARAHAN UNTUK PENGESAHAN PERKHIDMATAN

SENARAI SEMAK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

1) SURAT IRINGAN SEKOLAH

2) BORANG SPP/K/002 (3 SALINAN ASAL)
http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=99&Itemid=

3) JADUAL KETIGA (i) (3 SALINAN ASAL)

4) JADUAL KELIMA,LAMP.A: PILIH PENCEN ATAU KWSP (3 SALINAN ASAL)

5) JADUAL KETIGA,PERAKUAN KELULUSAN PEPERIKSAAN (AKP SAHAJA)

6) SALINAN PENGESAHAN PELANTIKAN (3 SALINAN DISAHKAN OLEH Ketua Jabatan)

7) SIJIL SPM

8) SIJIL STPM (JIKA ADA)

9) DIPLOMA PENDIDIKAN (SIJIL & TRANSKRIP)

10) IJAZAH SARJANA MUDA (SIJIL & TRANSKRIP)

11) SIJIL PROGRAM TRANSFORMASI MINDA(PTM) / INDUKSI
http://apps.moe.gov.my/smg/05/050002/

12) SIJIL TAPISAN KESELAMATAN
http://evetting.cgso.gov.my//login.php?


SYARAT-SYARAT

Sijil-Sijil disahkan oleh Ketua Jabatan dalam 3 salinan.

Telah menjalani dengan jayanya tempoh percubaan selama 1 tahun serta bebas tindakan tatatertib.

Lulus Peperiksaan Perkhidmatan/Kursus Induksi yang disyaratkan dan mesti diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Jika Induksi dalam tempoh setahun dari tarikh lantikan maka tarikhnya diambil pada tarikhnya genap setahun.

Jika Induksi lebih dari setahun dari tarikh lantikannya maka tarikh pengesahan hendaklah diambil sehari selepas tarikh induksi.

____________________________________________________________________________

* Sila bertanya kepada PT di Jabatan/Sekolah masing-masing mengenai prosedur dan salinan yang perlu di buat.

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM GRED 1 HINGGA GRED 54


posted by Mohd Fadzil on

2 comments

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 36 TAHUN 2013

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM
GRED 1 HINGGA GRED 54 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

 ________________________________________________________________________________


Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.


posted by Mohd Fadzil on

38 comments



Skim Gaji Bersepadu
Untuk Makluman, 
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK. 
Diharap bersabar.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK

07/11/2013


______________________________________________________________________________________

Adakah berdasarkan Memorandum NUTP tahun 2008?


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengemukakan memorandum kepada kerajaan bagi mengusulkan skim gaji bersepadu khusus untuk kira-kira 350,000 guru siswazah dan bukan siswazah di seluruh negara, akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata struktur skim gaji itu disediakan dengan khidmat pakar swasta dan akan menyediakan laluan kerjaya lebih baik serta teratur sama taraf atau seimbang kepada guru, di samping memberi penekanan kepada sistem ganjaran untuk mereka yang ada nilai tambah.

Katanya, sistem ganjaran itu antara lain memberi pengiktirafan secara peningkatan skim gaji kepada guru siswazah yang meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Beliau berkata, skim gaji ketika ini tidak memperuntukkan penambahbaikan kepada guru siswazah yang melanjutkan pelajaran sehingga menyebabkan ada yang meletak jawatan atau menyertai profesion mengajar di institusi lebih tinggi.

Hashim berkata, skim bersepadu berkenaan turut membolehkan guru bukan siswazah menikmati kesinambungan tangga gaji sebagai guru siswazah dengan mengambil kira pengalaman mereka.
"NUTP mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran menyediakan kursus khas kepada guru bukan siswazah apabila tamat mengikutinya, terus diiktiraf sebagai guru siswazah.

"Langkah penyeragaman skim gaji bersepadu amat perlu kerana keadaan sekarang terlalu kompleks kerana banyak kumpulan guru siswazah dan bukan siswazah menjalankan tugas sama di bawah satu sekolah sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, usul itu ialah antara perkara yang dipersetujui pada Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang, baru-baru ini, dan bengkel khusus diadakan dalam waktu terdekat bagi mengumpul input berkaitan secara terperinci.


[MUNGKIN] Senarai 81 Skim Perkhidmatan Awam yang dinaiktaraf


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments



 
Dalam Bajet 2014, PM Najib Razak ada menyebut tentang penambahbaikan 81 gred penjawat awam. Bernama melaporkan, KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim tersebut akan dikeluarkan pada November 2013 dimana penjawat awam berkenaan diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.

Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.

Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam [sumber tak dinyatakan] yang dinaiktaraf.

1
Pembantu Kawalan Trafik Udara


2
Pemandu Lokomotif Sabah


3
Pereka




4
Pegawai Kebudayaan



5
Ahli Fotografi



6
Jurusolek




7
Pegawai Galian



8
Pegawai Kimia Bumi



9
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)

10
Penolong Pegawai Galian


11
Penolong Pegawai Kimia Bumi


12
Pembantu Galian



13
Pembantu Kaji Bumi



14
Pegawai Makmal Filem



15
Penolong Pegawai Makmal Filem


16
Pembantu Makmal Filem


17
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
18
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
19
Pensyarah Perubatan



20
Pensyarah Pergigian



21
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/

22
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/

23
Pegawai Latihan Vokasional


24
Pengajar Kraf



25
Pembantu Pertanian



26
Pembantu Veterinar



27
Renjer Hutan



28
Pengajar Membalak



29
Pengawas Hutan



30
Pembantu Hidupan Liar


31
Pembantu Hidupan Liar Rendah


32
Tukang K1




33
Tukang K2




34
Tukang K3




35
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah

36
Operator Loji



37
Pekerja Awam Khas



38
Pekerja Awam



39
Penyelamat




40
Pelukis Pelan



41
Juruteknik Landskap



42
Juruteknik




43
Juruteknik Ukur



44
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa

45
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera

46
Penguasa Bekalan Air



47
MerinyuTali Air



48
Pegawai Perhubungan Preman


49
Penyelia Jeti



50
Penghantar Notis



51
Pembantu Kamera/Pemandu


52
Pemandu Kenderaan



53
Pembantu Am Pejabat



54
Pengurus Stesen



55
Penyelia Jurupakaian



56
Peniup Kaca




57
Pegawai Khidmat Pelanggan


58
Pengawas Pemulihan



59
Pegawai Penerbitan



60
Penolong Pegawai Penerbitan


61
Pembantu Penerbitan



62
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat

63
Penolong Operator Kamera


64
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial

65
Pembantu Penyelidik Sosial


66
Pengurus Asrama



67
Penolong Pengurus Asrama


68
Penyelia Asrama



69
Penolong Pegawai Tadbir Tanah


70
Pembantu Tadbir Tanah


71
Pegawai Pemeriksa Paten


72
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)

73
Pembantu Pemuliharaan


74
Jurulatih Kawad



75
Pembantu Wartawan/Wartawan


76
Atendan Kesihatan



77
Penolong Pegawai Penaksir


78
Pegawai Aktuari



79
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
80
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.