Archive for May 2012

LANGKAH - LANGKAH MENJADI GURU KALI PERTAMA


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

LANGKAH - LANGKAH MENJADI GURU KALI PERTAMA




Urusan pertama ;


(1) Serahkan Dokumen - dokumen yang sekolah kehendaki. Cth di ;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/dokumen-dokumen-untuk-penempatan-guru.html

Senarai SPP minta,

Senarai semak tersebut :
http://www.mediafire.com/view/?jwqjs06c9o8rm63

1. Surat setuju terima tawaran pelantikan
http://www.mediafire.com/view/?xm1w6tkx1kc6ua9
2. Surat akuan sumpah* (ini kena print atas kertas warna putih)
http://www.mediafire.com/view/?fiinaq182rxu5ps
3. Surat Aku Janji* (ini kena print atas kertas warna kuning cair)
http://www.mediafire.com/view/?2nxqb95c5398f83
4. Borang pemeriksaan perubatan (print bermula lampiran B sahaja)
http://www.mediafire.com/view/?11dbb42ekbd4my0
5. Kew-8 (kna abaikan, itu keje kerani)
6. Salinan ijazah n transkrip


(2) Daftar ( wajib) untuk sistem keselamatan penjawat awam di ;

http://evetting.cgso.gov.my//login.php

(3) Kemaskini maklumat kita untuk  ;

http://apps.moe.gov.my/eoperasi/

(4) Untuk Kursus Induksi boleh rujuk JPN Negeri masing-masing.

Cth sy di Johor ;

Kursus Induksi merujuk :

(1) KISSM = Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia
(2) PTM = Program Transformasi Minda
*kemungkinan terbatal sebab SBPA terbatal

Mohon Online ;

http://ppdpgudang.edu.my/ulks/

* Tetapi kene tunggu dahulu kerana No. Gaji dan No. Fail JPN masih tiada.



Urusan kedua ;


(1) Dapatkan CD PPGB di sekolah atau download di ;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/program-pembangunan-guru-baharu-ppgb.html

(2) Siapkan Folio PPGB

(3) Siapkan Buku Rekod

(4) Dapatkan Jadual Mengajar dan Pesediaan Mengajar.


Urusan Ketiga


(1) Untuk kursus ;Update ngan SU LADAP sekolah.
http://apps.moe.gov.my/splg/index.cfm


*Pilihan jika berminat

(2) Pendaftaran Yayasan Guru Malaysia Berhad

http://www.ygmb.com.my/index.php/profil-ygmb/ygmb/keahlian-ygmb

(3) Pendaftaran NUTP -  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) 

http://www.nutp.org/new/ms/Pendaftaran

Macam mana untuk mendaftar sebagai ahli KPPK ?
  • Muat turun dan cetak Borang Pendaftaran Ahli dari KPPK online.
  • Isi borang dan hantar dengan salinan penyata gaji dan kad pengenalan anda.
  • Anda juga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Ahli dari Ibu pejabat KPPK atau cawangan di seluruh negara.
  • Hantarkan borang siap diisi ke cawangan KPPK yang terdekat
  • Jangan hantar wang kepada kami kerana pembayaran secara pemotongan gaji melalui Angkasa.
Cth ;

Wisma KPPK, 1-11, Tingkat 1 & 2
Jalan Indah 2, Taman Indah, Sungai Abong
84000 Muar, Johor
Tel : 06-9512030 / 9542030
Fax : 06-9520288
E-mail : nutpjoh@tm.net.my
Laman Web : www.kppkjohor.net.my

Sekian, Terima kasih.

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU ( PPGB )


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU ( PPGB )




DOWNLOAD KESELURUHAN CD : MEDIAFIRE LINK (174 MB)

http://www.mediafire.com/?4nuddbb2usuk414

Selepas siap download ; Extract guna WINRAR.

PASSWORD : fadzilmahasiswa.blogspot.com


Terima Kasih.

KRONOLOGI USAHA GRADUAN DAN MAHASISWA PENDIDIKAN BERHUBUNG ISU PENEMPATAN


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KRONOLOGI USAHA GRADUAN DAN MAHASISWA PENDIDIKAN BERHUBUNG ISU PENEMPATAN BATCH 2011/2012









22 Ogos 2011 - Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) menubuhkan Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) bagi memperjuangkan penempatan guru.

13 Oktober 2011 - GGIM membuat pertemuan dengan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) berhubung isu kelewatan penempatan guru.
18 Oktober 2011 - PMUKM bersama GGIM membuat kenyataan media di TV3 terhadap penempatan guru lepasan ISMP.
29 Oktobor 2011 - Penubuhan gerakan mahasiswa atas nama Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK). Terdapat wakil dari semua kampus dalam Pra-Konvesyen Pendidikan Kebangsaan.
2 November 2011 - GMPK dalam mesyuarat wakil kampus (29 Okt 2011) telah sepakat membuat penerangan berhubung isu pendidikan secara serentak bagi semua kampus pada tarikh 2 Nov 2011.
2 November 2011 - Mahasiswa UPSI bersama GGIM telah membuat piket aman dan penyerahan memorandum kepada TNC Penyelidikan dan Inovasi UPSI terhadap tuntutan jaminan penempatan guru.
29 November 2011 - GMPK membawa tuntutan di parlimen melalui penyerahan memorandum menggesa Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan masalah penempatan guru dengan segera.
2-3 Disember 2011 - Konvesyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan anjuran GMPK melalui PMUKM dengan kerjasama PENDIDIK UKM bagi membincangkan isu-isu pendidikan secara ilmiah.
4 Disember 2011 - Penyerahan resolusi Konvesyen kepada Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran supaya menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan dalam konvensyen.
28 Disember 2011 – GGIM mengadakan pertemuan dengan En Jamal dan En Aswan merangkap Pegawai Khas dan Setiausaha Sulit kepada Dr Puad Zarkashi bagi membincangkan tarikh temuduga graduan ISMP
12/01/11-30/03/11 – Graduan ISMP ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, gred DG41.
16/01/11-31/03/11 - Jawatan Guru Interim/Sangkut diwujudkan bagi graduan ISMP namun tidak semua graduan mendapat jawatan tersebut
31 Mac 2011 – Kontrak Guru Interim dilanjutkan sehingga Disember 2012 namun tidak semua Guru Interim mendapat lanjutan kontrak.
16 April 2011 – Keputusan temuduga (SPP) jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bermula bagi opsyen Bahasa Arab, Sains Pertanian, Sejarah, Sains Komputer/Teknologi Maklumat, Ekonomi Rumah Tangga dan Lukisan Kejuruteraan dan sterusnya subjek-subjek lain berperingkat.
17 April 2012- Lawatan Mesra GMPK ke Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak KPM berhubung isu mahasiswa dan graduan pendidikan.
18 April 2012- GGIM mengadakan pertemuaan dengan Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran bagi mendapat penjelasan berhubung isu kelewatan penempatan graduan ISMP.

( Sepanjang masa : Pihak graduan melakukan perlabagai inisiatif sendiri seperti menulis surat, e-mail, kenyataan media, facebook, twitter kepada KPM, Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran)














KRONOLOGI RESPON KPM


3 Ogos 2011 - Pelantikan GST tidak dilantik kerana selaras dengan keputusan JPA yang membekukan sebarang pengambilan perkhidmatan bermula Jun sehingga Ogos 2011. Pengambilan GSTT merupakan program “One-Off” kerajaan terhadap mereka.
13 Oktober 2011 - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) memberi jaminan akan berlaku penempatan guru pada awal januari 2012 akan tetapi sebaliknya pula yang berlaku jawatan guru interim diwujudkan.
3 Nov 2011 - Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin mengeluar kenyataan supaya graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ‘cari kerja lain’, tiada lagi jaminan penempatan guru.
3 Januari 2012 - [ Keratan Akhbar Berita Harian ] Kerajaan memberi jaminan nasib kira-kira 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) termasuk 5,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang belum ditempatkan akan ditemuduga , sebelum mereka yang layak ditempatkan di sekolah terpilih bermula Mac depan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
29 Mac 2012 - [ Keratan Akhbar Berita Harian ] 5500 graduan ISMP hadir temu duga bakal isi kekosongan, penempatan guru bulan depan. 4400 guru kontrak termasuk di kalangan ISMP yang dijangkakan tamat mengajar 31 Mac ini akan disambung dua minggu lagi sehingga pertengahan April.









18 April 2012 – Laporan Penuh pertemuan dengan Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran bagi mendapat penjelasan berhubung isu kelewatan penempatan graduan ISMP.
___________________________________________________________________________________

Mesyuarat Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) bersama

Timb. Menteri Pelajaran 1 YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

untuk perbincangan PERMASALAHAN DAN ISU PENEMPATAN Graduan ISMP

Tarikh : 18 April 2012 (Rabu)

Tempat : Kompleks Kementerian Pelajaran Malaysia
Masa : 3.00 Petang

Kehadiran Jawatankuasa GGIM ;


(8 Wakil)


Abdul Rahman Usman

Arahman.Usman@Gmail.Com
Penyelaras GGIM

Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

Fadzil.Mpputhm@Gmail.Com
Setiausaha GGIM

Ahmad Jamalludin Bin Ridzuan.

Sifufizik@Yahoo.Com
Exco GGIM

Muhammad 'Izzuan Hilmi B. Mohammad Nordin

Izzuannordin@Gmail.Com
Exco GGIM

Abdul Rahim B Abdullah

Putraim87@Yahoo.Com
Exco GGIM

Mohammad Sopian Zakaria

Sopian_88@Yahoo.Com
Exco GGIM

Hj. Mohd Nor Izzat Bin Hj Mohd Johari

Exco GGIM

Razali Chokarri

Exco GGIM

Usul/Agenda Wakil GGIM :


1.0 KATA ALU-ALUAN


Ucapan pembuka kata daripada pengerusi majlis.

2.0 KELEWATAN PENEMPATAN GRADUAN ISMP SELEPAS PROSES TEMUDUGA


Proses penempatan yang lambat menimbulkan tanda tanya di kalangan Graduan ISMP, apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pihak KPM sehingga berlaku kelewatan penempatan melebihi 6 bulan dari tarikh transkrip dikeluarkan.

3.0 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KPM


Kecelaruan maklumat di antara Bahagian Sumber Manusia KPM dengan SPP

4.0 STATUS GRADUAN YANG GAGAL DITEMPATKAN DALAM BULAN APRIL


Bagaimana dengan status graduan yang gagal ditempatkan pada pertengahan bulan April ini?

5.0 SOLUSI BAGI MENGATASI MASALAH KELEWATAN PENEMPATAN GRADUAN ISMP DAN LAMBAKAN 1300 GURU SAINS DAN MATEMATIK


Apakah langkah-langkah yang bakal diambil oleh pihak KPM bagi memastikan isu dan permasalahan ini tidak berulang?

6.0 HAL-HAL LAIN

a) Status dan masa depan graduan IPTS di sektor awam, mengikut NKEA Pendidikan EPP:4 Mengembangkan latihan Guru Swasta.
b) Usul mekanisme penempatan graduan mengikut alamat dan kekosongan negeri.
c) Mohon graduan ismp yang gagal ditempatkan dimasukkan dalam senarai menunggu oleh kpm bagi mengelakkan peningkatan peratusan penganguran di kalangan graduan ismp
d) Keboleh pasaran pelajaran lepasan pendidikan di sektor lain selain pendidikan.
e) Usul khas graduan GGIM (Berkahwin) yang sama Kohort (Batch) yang telah selesai temuduga SPP untuk diberikan penempatan dalam kawasan yang sama.

Jawapan lisan ;


Panel :
(1) YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

(2) Pegawai KPM , En. Amran
(3) Pegawai KPM, En. Aidie

Jawapan (1) YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong


1) Pihak KPM mencari jalan pragmatik bagi menyelesaikan masalah penempatan ini.

2) YB Ir. Dr. Wee Ka Siong menerangkan diberikan amanah untuk selesaikan masalah isu GSTT sebelum ini oleh TPM.
3) Tiada istilah KPM melebihkan IPGM, GSTT daripada GST.
4) Isu GSTT mempunyai sejarah yang panjang. Satu ketika dulu untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru, GSST digunapakai. Setelah berkhidmat sepert 5 hingga 6 tahun, pihak kerajaan adalah tidak bertanggungjawab jika membuang GSTT dalam perkhidmatan.

5) Pihak KPM perlu seimbangkan kebajikan kumpulan-kumpulan ini (GSTT, GST, DPLI, KPLI).
6) Pihak KPM mempunyai perjanjian dengan KPT dalam pengurusan pengambilan guru. Satu ketika dahulu Kementerian Pelajaran Malaysian dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas pengasingan kepada dua kementerian, pihak KPM menguruskan persediaan guru sekolah rendah melalui IPGM, manakala persediaan guru sekolah menengah adalah melalui IPTA di bawah KPT. Oleh kerana IPGM adalah di bawah KPM, data adalah lebih pantas di proses untuk penempatan berbanding IPTA di bawah KPT.
7) Permasalahan penjawatan yang dihadapi oleh graduan ISMP pada tahun ini adalah berdasarkan kronologi berikut ;
(a) Proses penempatan bagi kohort petama IPGM (IPGM) lebih kurang 1400++ pada Jun 2011.
(b) Penempatan IPGM seterusnya pada 16 Januari 2012
(c) Pembekuan Jawatan bermula 1 Jun 2011 hingga 31 Disember 2011.
Rujukan lain (Bukan kenyataan YB) :

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/09/isu-permohonan-penempatan-guru-sandaran_17.html

Oleh kerana itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran hanya dapat melakukan temuduga bermula pada 30 Jan 2012 hingga 30 Mac 2012.

(d) Pembekuan Jawatan ini berkait rapat dengan pengumuman SBPA yang di umumkan dalam Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011. Oleh kerana terdapat masalah dalam pelaksanaan SBPA, ianya tertangguh sehinggalah PENGUMUMAN SBPA BATAL dan SSM DITAMBAHBAIK pada 8 MAC 2012.
(e) Pembekuan ini bukan sahaja pada Kementerian Pelajaran sahaja tetapi melibatkan kesemua kementerian. Tetapi ianya menjadi isu yang panas kerana penjawatan bagi guru adalah paling besar berbanding kementerian-kementerian lain.
(d) Bagi mewujudkan penjawatan, akibat pembekuan, pihak KPM tidak mempunyai Anggaran Belanja Mengurus (ABM) sehingga tarikh tamat pembekuan.
8) Penjelasan YB Ir. Dr. Wee Ka Siong pada twitter mengenai lapor diri pada 15 April 2012, ianya tidak dapat dilaksanakan oleh kerana bantahan graduan-graduan ISMP yang tidak mendapat tempat dalam kekosongan jawatan sebanyak 2660 seperti yang diumumkan. Jika ianya terus dilaksanakan maka penyelesaian sepenuhnya tidak selesai kerana baki graduan yang daripada keseluruhan graduan. Hanya 2660 jawatan sahaja mengikut kekosongan opsyen yang akan ditawarkan penempatan.
9) Bagi menyelesaikan masalah ini, permasalahan ini di bawa kepada TPM. Atas intervensi TPM , maka penyelesaian penambahan jawatan dilakukan dalam beberapa formula tertentu.
10) Berikutan keratan akhbar berkenaan lambakan guru Sains dan Matematik, bagi tahun ini graduan-graduan opsyen Sains dan Matematik tidak perlu risau kerana untuk tahun ini sahaja perkara ini di anggap selesai akan diatasi menggunakan kaedah PITO bergantung kepada sekolah. Melalui campur tangan TPM, pertambahan jawatan daripada 2660 ke semaksimum mungkin bagi keseluruhan graduan yang ditemuduga.Tetapi opsyen yang diajar bergantung kepada kekosongan opsyen di sekolah nanti.
11) Sekiranya graduan ISMP lulus temuduga maka penempatan tidak akan bermasalah.
12) Mengenai formula penyelesaian isu penempatan ISMP akan diumumkan oleh TPM sendiri dalam masa terdekat iaitu dalam bulan April. Tiada tarikh diberikan.
13) Berkenaan penempatan graduan ISMP, majoriti besar kemungkinan akan dipostingkan serentak. Kecuali sekumpulan kecil yang akan dipostingkan dalam tempoh berfasa selama 2 bulan.
14) Kemungkinan Guru Interim akan diserap masuk dalam perkhidmatan ataupun akan diberikan notis perbehentian kemudian sebelum diberikan penempatan. Jika Guru Interim gagal temuduga, maka tidak akan mendapat penempatan.
15) Salah satu formula adalah terdapat graduan ISMP akan disalurkan kepada sekolah rendah iaitu SJKT dan SJKC bagi mengatasi permasalahn kekurangan guru di sektor itu. Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) untuk guru-guru bukan opsyen BM/BI dan mengajar mata pelajaran selain Bahasa Cina.
Rujukan lain (Bukan kenyataan YB):

http://www.nst.com.my/mobile/top-news/muhyiddin-issues-statement-on-chinese-schools-1.70881

"Sebagai contoh KPM juga telah menyemak dengan SPP dan mendapati dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam yang telah ditemuduga, terdapat seramai 105 orang yang mempunyai kelayakan BC di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, KPM telah bersetuju akan melantik mereka untuk berkhidmat di SJKC dalam tempoh yang terdekat"

16) Kebolehpasaran graduan pendidikan. Selain penyediaan penempatan oleh KPM, terdapat juga reaksi postif daripada sektor pendidikan selain bawah kerajaan seperti Sekolah Antarabangsa yang sudi menerima graduan pendidikan.
17) Masalah mengenai tempat penempatan. Telah bedepan isu ini selama 4 tahun.
18) Bergantung kepada kekosongan negeri. Contoh negeri yang kritikal Kelantan, terdapat graduan yang akan posting mengikut kekosongan opsyen tetapi amat sedikit. Dalam erti kata lain peratusan amat kecil untuk masuk ke Kelantan.
19) Akan membantu dengan budi bicara mengenai permohonan khas usul pihak GGIM, bagi permohonan penempatan bersama oleh pasangan suami isteri yang merupakan kohort yang sama iaitu graduan ISMP sama batch yang telah ditemuduga untuk dipostingkan dalam satu kawasan. Pihak GGIM diberikan tanggungjawab untuk mengumpulkan data bagi usul ini.
20) Tetapi bergantung pada opsyen suami dan isteri dan kekosongan di tempat itu. Sebagai contoh suami asal Kelantan, Isteri asal Pahang, kemungkinan jika tiada kosong di kedua-dua buah negeri tersebut, ada kemungkinan ke negeri lain bersama-sama sepeti dipostingkan di Sabah atau Sarawak.
21) Isu seperti pengambilan satu opsyen contohnya 163 daripada 500 daripada sesebuah opsyen itu bagi kekosongan jawatan di kira telah terbatal kerana ketika itu menggunakan formula penjawatan 2660. Tetapi memandangkan penjawatan telah di tambah isu ini telah selesai.
22) Kelebihan kepada pengambilan guru pada kali ini ialah GST dimansuhkan. Pelantikan perkhidmatan akan terus dilakukan oleh SPP. Senioriti lebih cepat berbanding guru-guru terdahulu yang terpaksa menunggu antara setahun hingga dua tahun untuk pengesahan pelantikan.
23) Kenaikan gaji akan terus dinikmati oleh graduan yang mendapat penempatan berdasarkan SMM DITAMBAHBAIK.
24) Menasihatkan tidak perlu mencari kerja kerana masa sudah suntuk, kerana tawaran penempatan akan dilakukan.

Jawapan (2) Pegawai KPM , En. Amran


(1) Kaedah pengambilan pada kali ini ialah, kekosongan opsyen dan yang terbaik akan dipostingkan terlebih dahulu.

(2) Opsyen yang kritikal akan diutamakan terlebih dahulu.
(3) Berfasa, yang terbaik akan ditempatkan terlebih dahulu.
(4) Pasaran terbuka, bermula 2013. Graduan Pendidikan IPTS akan berpeluang, kerana yang terbaik sahja akan dipilih tidak kira IPTA atau IPTS.
(5) Teach For Malaysia adalah kerjasama kerajaan. Mengikuti contoh negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan. Kohort pertama hanya 50 orang pada tahun ini. Tidak menjejaskan penempatan ISMP.
(6) Sekiranya gagal dalam temuduga. Tunggu untuk temuduga seterusnya. Kebiasaannya peratusan yang gagal hanya sedikit. Kegagalan temuduga bukan berdasarkan jumlah graduan bagi opsyen tersebut tetapi bergantung kepada penilaian penemuduga terhadap persediaan menjadi guru berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Boleh cuba membuat rayuan melalui surat kepada SPP. Walaubagaimanapun perlu mohon semula dengan graduan junior yangg lain. Graduan yang gagal dalam interview kali ini perlu juga bersaing dengan graduan junior untuk penempatan seterusnya.
(7) Penempatan hanya bagi yang lulus temuduga. Bagi yang gagal, perlu memohon semula untuk temuduga. Hanya kurang 10% yang gagal dalam temuduga daripada keseluruhan.

Jawapan (3) Pegawai KPM, En. Aidie


(1) Kesukaran pelarasan kerana terdapat 12 universiti yang menawarkan pendidikan.

(2) Pihak sumber manusia menggunakan mekanisme penempatan berdasarkan kekosongan opsyen pada sesebuah negeri. Pihak KPM akan pertimbangkan penempatan berdasarkan alamat dan dipadankan dengan kekosongan opsyen pada sesebuah negeri. Sekiranya negeri tersebut penuh, ianya adalah di luar bidang kuasa dan graduan-graduan harus menerima dan akur dengan kawasan penempatan.

Kesimpulan ;


(1) Isu jumlah penjawatan selesai. Majoriti graduan akan mendapat penempatan sekiranya lulus temuduga SPP.

(2) Perlu menunggu pengumuman TPM dalam masa terdekat iaitu dalam bulan April bagi penyelesaian menyeluruh bagi isu penempatan ini.
(3) Berkenaan tarikh penempatan, Ahli Jawatankuasa berpendapat, penempatan samaada bermula pada bulan Mei atau awal Jun. Kemudian dalam tempoh 2 fasa iaitu fasa pertama majoriti akan mendapat penempatan kemudian fasa kedua minoriti akan mendapat penempatan dalam tempoh 2 bulan selepas fasa pertama. Pihak YB dan KPM tidak menyebut mengenai tarikh penempatan tetapi berdasarkan analisa, dan komen YB semasa mesyuarat, pihak kami menjangkakan selepas sahaja pengumuman TPM dalam bulan April, maka proses penempatan akan dilaksanakan. Pihak kami akan mengambil tindakan lanjut berkenaan isu tarikh penempatan selepas pengumuman TPM.

Tindakan GGIM seterusnya ;


(1) Menunggu pengumuman TPM dalam bulan April seperti yang dijanjikan oleh YB Ir. Dr. Wee Ka Siong berkenaan penyelesaian isu penempatan.

(2) Sekiranya tiada apa-apa pengumuman oleh TPM, maka pihak GGIM akan berusaha untuk berjumpa TPM bagi status isu penempatan ini.
(3) Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan situasi dan keadaan selepas pengumuman TPM.

Disediakan oleh ;


………………………...................

Mohd Fadzil bin Abdul Hanid

Setiausaha
Jawatankuasa Gabungan Graduan
ISMP Malaysia Sesi 2011/2012
013-7107705
E-mail : fadzil.mpputhm@gmail.com
_________________________________________________________________________________


27 April 2012 - Kenyataan Media YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Mengenai Isu Penempatan Graduan Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam
_________________________________________________________________________________

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan telah mengambil langkah-langkah prakmatik dalam menyelesaikan soal penempatan mereka di sekolah-sekolah KPM.
Beberapa ketetapan dan penyelarasan telah dibuat bagi memastikan graduan ISMP yang belum ditempatkan dapat diserapkan di sekolah-sekolah bermula Mei ini.

Seramai 5,510 graduan IPTA telah mendapat panggilan temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai Januari tahun ini. Proses temuduga telah diadakan secara berfasa.

Seramai 4,953 graduan telah hadir dan dari jumlah tersebut SPP terpaksa menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap sementara 557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila mereka tidak menghadirkan diri pada hari temuduga itu dijalankan.

Seramai 4,859 graduan telah berjaya dalam temuduga manakala 62 graduan telah gagal kerana tidak memenuhi empat (4) elemen yang dinilai iaitu keterampilan diri dan sikap, keupayaan berfikir dan kemahiran berkomunikasi, pengetahuan am dan isu semasa pendidikan serta pengetahuan bidang tugas.

Bagi sejumlah 4,859 graduan yang berjaya dalam temuduga, 29 graduan telah diberi penempatan ke Pusat Anak Permata Negara pada 8 April lalu.

Baki 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa. Penempatan Fasa 1 akan dilaksanakan pada 23 Mei 2012 dengan melibatkan 4,671 graduan.

Daripada jumlah itu, seramai 4,116 graduan akan ditempatkan di Sekolah Menengah, 439 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, 98 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 18 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Baki 159 pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam Penempatan Fasa 2 pada bulan Julai 2012 .

Pecahan graduan ISMP mengikut IPTA adalah seperti berikut :

Universiti Utara Malaysia (90), Universiti Sains Malaysia (368), Universiti Teknologi Malaysia (185), Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017), Universiti Pertanian Malaysia (482), Universiti Malaya (308), Universiti Sains Islam Malaysia (54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), Universiti Kebangsaan Malaysia (330), Universiti Teknologi Mara (132), Universiti Islam Antarabangsa (53) dan Universiti Malaysia Sabah (214).

Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan.

Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT.


Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari SPP.

Status Graduan Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG)

• Pada Jun 2012, terdapat 2,484 graduan J-QAF keluaran IPG untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan. Kesemua mereka akan melalui urusan temuduga pelantikan sebagai PPPS oleh SPP terlebih dahulu sebelum penempatan diuruskan.
Status Graduan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

• Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan adalah tajaan KPM.

Graduan boleh melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran www.spp.gov.my untuk mengetahui samada mereka berjaya atau tidak. Keputusan penempatan akan diumumkan oleh KPM dalam sedikit masa lagi.

Saya berharap kenyataan media ini dapat menerangkan dengan jelas kedudukan ISMP IPTA. Kepada yang telah berjaya di dalam temuduga dan akan diberikan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, saya ucapkan tahniah. Semoga anda semua akan menjadi Guru yang berdedikasi dan dapat berbakti kepada negara. Kepada yang gagal pula, masih ada lagi ruang untuk terus berusaha.

YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran
________________________________________________________________________________

Sekian, Terima Kasih.

DOKUMEN-DOKUMEN UNTUK PENEMPATAN GURU


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

10 comments

DOKUMEN-DOKUMEN UNTUK PENEMPATAN GURU


Salam.

Tahniah kepada semua ISMP yang telah pun mendapat tahu mengenai penempatan masing-masing.

* Ini adalah pesediaan tidak rasmi. Sila dapatkan yang rasmi melalui suarat penempatan ataupun arahan-arahan rasmi daripada JPN, Bahagian atau sektor masing-masing. Untuk pesediaan awal boleh rujuk maklumat di bawah ;



Untuk perhatian ; Gambar di atas adalah contoh Pelantikan Jawatan, bukan Pengesahan Jawatan. Gred DC41 ke DG41. Tetapi mulai Tahun 2012, bakal guru akan terus di lantik ke DG41. Tetapi untuk pengesahan jawatan akan memerlukan dokumen-dokumen ini juga nanti.

Cikgu2 x perlu risau mengenai Medical Checkup, Akuan sumpah, penyata kewangan. Kerana nanti lapor diri akan di beritahu dan diberikan masa untuk berbuat perkara2 tersebut.


Contoh Tawaran Penempatan SBP (Bawah)





Contoh Senarai Semak Yang posting di Sarawak (Bawah)

Apa-apa pun, sebelum datang untuk melapor diri, ada beberapa perkara yang mesti kamu buat. Antaranya;

Akaun KWSP
Dapatkan slip yang ada nombor akaun KWSP korang untuk memudahkan urusan gaji nanti. Buat siap-siap sebab benda ni sekejap ja 5 min pon x sampai. Manalah tahu   yang pertama kali  sampai negeri tersebut ( bagi yang telah kerja).

* Bagi yang tidak pernah bekerja,  ada kawan beritahu pun boleh pergi ke pejabat KWSP buk akauan. Hanya perlu bawa IC. Pun skeejap je x sampai 5 minit.

* Lagi satu KWSP dah buat sistem online untuk memudakan kerja check penyata terkini, korang kene pergi pejabat KWSP ambil No. Pengaktifan, pastu g laman web KWSP untuk daftar online.


* kalau tak settle ni, lambatlah urusan gaji sebab gaji akan dipotong sikit untuk simpanan KWSP selagi korang tak sah jawatan atau tak pilih skim pencen. Sekarang rate potongan adalah 11% dari gaji pokok. 

* Penyata KWSP boleh di minta di cawangan pejabat KWSP terdekat. Tetapi jika berdaftar I-Akaun, boleh print daripada internet (warna-warni) berbanding hitam putih di pejabat KWSP. hehe.

Daftar I-Akaun


https://secure.kwsp.gov.my/index.php?tpl=p2_iakn_general&page=activate



Buku Bank

- untuk gaji.
- lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank berlainan) sebab korang tak tahu bank apa yang paling dekat dengan korang kan? Lagipun senang in case ada problem nak daftar kemasukan gaji dengan bank yang korang prefer.
better Maybank lebih baik.

* Ada kawan cakap walaupun status bank kita aktif, kita kite pergi bank untuk PENGESAHAN No. Akaun Bank, dah dapat pengesahan photostat bawa nanti untuk urusan gaji (Bank Statement).

* Kawan tu cakap juga kalau selain Maybank, gaji kita akan lambat sehari.



Dokumen-Dokumen
Fotostat dan bawa original copy benda-benda di bawah ni:

*Sahkan siap2… cari tok penghulu masing2 key.


-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Surat Beranak
-Salinan Sijil SPM / STPM/ SMU
-Salinan Sijil Berhenti Sekolah
-Salinan Ijazah ( KPLI sahaja)
-Salinan Transkrip Ijazah / Keputusan peperiksaan Tahun Akhir (KPLI Sahaja)
-Salinan Surat Pengiktirafan JPA (KPLI / IJAZAH LUAR NEGARA)
-Salinan surat nikah dan surat pengesahan majikan suami / isteri *
-Salinan sijil- sijil penglibatan kokurikukum / bakat
-Setiap salinan dokumen telah disahkan
-gambar pasport
statemet kwsp
-Akaun Maybank dan bank lain(dapatkan bank statement)
-IC ayah dan ibu dan surat beranak ( Tak Perlu la bawa original yg ni)
- Salinan Sijil KISSM (Jika dah pergi)
- Salinan Sijil BTN (Jika dah pergi)

- ini untuk fail peribadi korang dan urusan-urusan lain (temuduga pengesahan dan sebagainya)

* Buat salinan antara 5 hingga 10 set ( Ikut kemampuan bajet dan kemampuan ketua kampong korang nak sign untuk sahkan…. Hehe)

*Salinan perlu DISAHKAN oleh Saksi terlebih dahulu.


SENARAI SAKSI HENDAKLAH terdiri daripada PEGAWAI- PEGAWAI KERAJAAN (pegawai-pegawai dari Badan SWASTA tidak dibenarkan) yang boleh mengesahkan butir-butir keterangan diri pelajar dan penjamin-penjamin berkenaan.

Mereka terdiri daripada :-

(1)Penghulu Mukim    - yang dilantik oleh KERAJAAN sahaja

(2)Wakil Rakyat          - Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen /Senator.
(3)Pegawai-pegawai   - Pegawai-pegawai kerajaan yang menjawat
                                  Jawatan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional
                                  (Kumpulan ‘A’ seperti contoh berikut )


-Pegawai Tadbir I Penolong Pengarah
-Jurutera
-Akauntan
-Hakim I Peguam
-Doktor Hospital Kerajaan
-Pengetua Sekolah Menengah
-Pensyarah Universiti Tempatan
-Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas
-Lain-lain jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KERAJAAN.

* Salinan Fotostat


Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti DI ATAS. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.



Surat Penempatan


-sebab dia sama seperti di atas.
-untuk pengesahan lantikan.
-untuk gaji.
-akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah (pedalaman khasnya)

KISSM dan BTN

- untuk pengesahan jawatan (ini selepas pengesahan lantikan)
- kalau belum pergi, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri.


Yang posting ke Sabah dan Sarawak -

1) Dokumen Perjalanan Terhad – Imegresen (2keping gambar terbaru 3.5 cm x 5 cm, kad pengenalan, surat beranak asal,

2) 10 salinan ijazah, transkrip, diploma,sijil-sijil spm dan sijil2 koko,kad pengenalan, surat beranak, sijil2 akademik pmr,sijil koko, ke atas dan sijil2 penting.
3) Berat maksimum bagasi 20kg – lebih tanggung sendiri
4) Akaun maybank dan bank lain(dapatkan bank statement)
5) Surat akuan sumpah
6) Statemet kwsp
7) Gambar pasport(8 keping) 3.5 cm x 5 cm
8) IC Ayah dan ibu dan surat beranak

Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)


ini penting untuk urusan keluar/masuk sebab bila korang datang sini untuk bekerja/belajar, kena ada DPT ni. Yalah, macam korang ni foreigner..hehe..Macam pasport, warna biru. Buat sahaja di pejabat imigresen dengan bayaran RM5 untuk lima tahun. Boleh juga guna pasport antarabangsa (merah). Tapi korang lagi banyak guna DPT ni daripada pasport merah tu kot?? Macam yang kerja di Lawas ni, ada dua-dua pasport sebabnya Lawas terletak di antara Brunei dan Sabah. Untuk ke Brunei aku perlukan pasport merah, dan untuk ke Sabah/ Semenanjung aku gunakan DPT. Guna yang merah pon okey jugak.



Penambaikkan daripada ;
http://cheguabbas.blogspot.com/2012/01/persediaan-perkara-perkara-penting.html

Sekian, Terima Kasih

*Jika ada kekurangan dan penambaikkan sila komen.

____________________________________________________________________________

(1) PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING ( GAJI/ELAUN/INSENTIF)
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-bagi-guru-baru-posting.html

(2) PANDUAN AM UNTUK GURU


http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-am-untuk-guru.html

(3) PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-tambang-perjalanan-bagi.html

(4) Maklumat Penempatan ISMP Batch Mei 2012
(BORANG, CARTA, ANALISA, FB GROUP IKUT NEGERI, NO.TELEFON JPN, BAHAGIAN, SEKTOR DAN PPD)


http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/maklumat-penempatan-ismp-batch-mei-2012.html

____________________________________________________________________________

PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

6 comments


PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA


PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI
(TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS)

TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA

13. Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan yang diarah melaporkan diri di mana-mana tempat di Malaysia adalah layak menuntut tambang perjalanan bagi diri dan keluarganya dari rumah kediamannya ke tempat yang ia diarahkan bertugas mengikut kelayakan tambang perjalanan yang layak diperolehinya setelah memegang jawatan yang ditawarkan itu. Keluarga bermaksud jika bagi pegawai lelaki adalah isteri dan anak-anaknya; dan jika bagi pegawai perempuan, ialah suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had.


SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2010

PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003 DAN
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 18 TAHUN 1982

TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA


10. Perenggan 13, PP3/03 dipinda seperti berikut:
Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan layak membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan pegawai setelah memegang jawatan yang ditawarkan terhad kepada perkara berikut:

i. pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/ Elaun Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/
berkursus/ menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap; dan
ii. Tambang Pengangkutan Awam/ Tuntutan Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat penempatan
tetap pegawai. Bagi tujuan tuntutan ini, keluarga bermaksud bagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan ialah suami dan anak-anaknya. Anak-anak
yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf
oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan terpakai.



PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI
(TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS)

4.7 Elaun Perjalanan Kenderaan

4.7.1 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas
rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut
Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kadar seperti berikut:


Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan
Kelas
A
B
C
D
E
(sen/km)
500 kilometer pertama
60
50
40
25
20
501-1,000 km
55
45
35
25
20
1,001-1,700 km
45
40
30
20
15
1,701 km dan seterusnya
40
35
25
15
10












4.7.2 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan
atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan;
4.7.3 seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau kereta api bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi terus oleh kapal terbang atau kereta api dan oleh itu tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan melainkan di dalam keadaan seperti berikut:
(a) jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240 km;
(b) apabila seseorang pegawai dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya di beberapa tempat di sepanjang perjalanan;
(c) apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan sendiri; dan
(d) apabila seseorang pegawai mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi;
4.7.4 bagi peruntukan (b), (c) dan (d) di atas kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dilampirkan dengan baucar tuntutan pegawai tersebut;


PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 2006
PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003
DAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003 MENGENAI ELAUN PERJALANAN KENDERAAN

Pekeliling ini bertujuan untuk meminda kadar Elaun Perjalanan Kenderaan di perenggan 4.7.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan perenggan 4.8.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003 seperti berikut:

Pekeliling ini bertujuan untuk meminda kadar Elaun Perjalanan Kenderaan di perenggan 4.7.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan perenggan 4.8.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003 seperti berikut: Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan
Kelas
A
B
C
D
E



(sen/km)
500 kilometer pertama
70
60
50
45
40
501-1,000 km
65
55
45
40
35
1,001-1,700 km
55
50
40
35
30
1,701 km dan seterusnya
50
45
35
30
25














Elaun Perjalanan Kenderaan

Kelas dan sukatan selinder kenderaan bagi maksud menuntut hitungan perjalanan di perenggan B14 Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dipinda seperti berikut:


Kelas Gaji
Sukatan Selinder                                                               Kenderaan (s.s)
A Tidak kurang dari RM2,323.41
1400 s.s ke atas
B Tidak kurang dari RM2,064.60 sebulan    
1000 s.s ke atas
C Tidak kurang dari RM1,611.28 sebulan     
Di bawah 1000 s.s
D Kurang dari RM1,611.28 sebulan            
Tidak kurang 175 s.s
E Kurang dari RM1,611.28 sebulan
Di bawah 175 s.s




Prosedur Tuntutan


Senarai Semak Bagi Penyediaan Tuntutan

Berkaitan Dengan Tuntutan Perjalanan / Pertukaran / Perpindahan
Penyataan Tuntutan Perjalanan

- Satu salinan buku akaun simpanan-bagi staff baru
- Hendaklah menggunakan satu akaun dgn bayaran gaji
- Mesti diisi dgn lengkap
- Tandatangan Ketua Unit
- Surat Arahan Rasmi / Pertukaran / Penempatan
- Resit , Bil -bil , Tol (hendaklah digamkan pd kertas A4 mengikut tarikh
- Kenderaan sendiri – Kepunyaan org lain – surat kebenaran diperlukan.

Contoh :










PENGALAMAN SEBENAR ; 25 MEI 2012



(1) RUJUK SURAT TAKLIMAT PENEMPATAN

" Tuan dibenarkan membuat tuntutan perjalanan ( tambang teksi ) mengikut pekeliling yang    sedia ada".





(2) Pembantu Tadbir ( Kerani)  arahkan isi maklumat pada Softcopy (bertaip) Tuntutan Elaun.

Download di sini ( Sila klik )

Untuk Kadar Tambang Teksi sila rujuk sini ;

Download di sini ( Sila Klik )

(3) Pembantu Tadbir ( Kerani)  arahkan isi maklumat pada hardcopy  Maklumat Penerima Bayaran Perseorangan/Individu.



(4) Sertakan salinan ;

- IC
- Surat Taklimat
- Surat Penempatan
- Surat Tawaran ( Pelantikan ) *jika ada

(5) Hantar/Selesai
Sekian, Terima kasih.

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.