Pin It

Widgets

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SEKOLAH SEMPENA PROGRAM PASCA PMR PERINGKAT SEKOLAH (SMKDUA) 2012


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SEKOLAH SEMPENA PROGRAM PASCA PMR PERINGKAT SEKOLAH (SMKDUA) 2012



Syarat-syarat Pertandingan

1.            Penyertaan adalah secara  INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN dan setiap kumpulan tidak boleh melebihi daripada LIMA (5) orang pelajar. TETAPI pelakon dibenarkan tanpa HAD Maksimum.
2.            Borang Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 17 OKTOBER 2012 (RABU) kepada Penyelaras  Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang tiba lewat daripada tarikh tutup tidak akan diterima. Manakala, TARIKH HANTAR VIDEO selewat-lewatnya pada 24 OKTOBER 2012 (RABU).
3.            Durasi masa video hendaklah diantara 5 - 15 minit.
4.            Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
5.            Setiap individu atau kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
6.            Yuran Penyertaan bagi SEORANG PESERTA  ialah RM1.00 sahaja.
7.            Sekretariat Pertandingan berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
8.            Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
9.            Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta, Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan  menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
10.          Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
11.          Video boleh dihantar dalam bentuk softcopy dalam Pendrive@External Hard Disk atau salinan CD/DVD.


Panduan Pertandingan

  • Para peserta perlu mencipta satu video pendek yang menunjukkan aspek tema dengan teliti.
  • Peserta perlu mengisi borang penyertaan dan memberikan sinopsis video secara ringkas (tidak melebihi 50 patah perkataaan).
  • Kandungan video adalah tidak melebihi lima belas minit dan definisinya boleh dilihat dan difahami dengan jelas.
  • Tidak ada halangan dalam rakaman video, asalkan rakamannya boleh dilihat dengan jelas.
  • Video akan dinilai melalui keaslian karya, ketelitian, kandungan dan kesesuaian dengan tema.

Hadiah


TEMA
Hadiah
Wang Tunai
KEHIDUPAN SAYA DI SEKOLAH @
MY LIFE AT SCHOOL
Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
RM 50.00
RM 40.00
RM 30.00

BORANG PERTANDINGAN boleh didapati pada;

(1) Cikgu Mohd Fadzil
(2) Cikgu Joohana

Atau boleh di download kemudian cetak di;

http://www.mediafire.com/view/?da33j0j79c0g4p9


BORANG PERTANDINGAN PERLU DIHANTAR SEBELUM ATAU PADA 17HB OKTOBER 2012 (JUMAAT) KEPADA :

CIKGU MOHD FADZIL BIN ABDUL HANID

Telefon       : 013-7107705
E-mail        : fadzil.mpputhm@gmail.com
Website     : http://smkdua2.blogspot.com
Facebook   : http://www.facebook.com/smkdua2

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.