Pin It

Widgets

RESIPI ; SOTO "IBU SAYA"


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

RESIPI ; SOTO "IBU SAYA"




Dah lama x kemaskini blog ni. Memandangkan sekarang ni cuti raya, maka kat umah ibu penulis mestilah meriah dengan sesi masak memasak. Penulis sebenarnya nak simpan resipi ni untuk diri sendiri. Letak kat blog ni, nanti boleh cari balik. Mesti pengunjung yg datang ni banyak tengok pasal hal ehwal pendidikan yg penulis postkan sebelum ni. Jadi  penulis ingin ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Senyum Sokmo !!!!!


BAHAN-BAHAN ( SOTO )

(1) BAWANG BESAR 1 KILO
(2) BAWANG MERAH 1 KILO
(3) BAWANG PUTIH ½ KILO
(4) HALIA 6CM
(5) SERAI 6 BATANG’
(6) GARAM KASAR
(7) MINYAK MASAK”
(8) PERENCAH SOTO 2 BUNGKUS
(9) AYAM SEEKOR ( POTONG 4 )
(10) KENTANG 1 KILO
(11) DAGING KISAR RAMLY 1 BUNGKUS
(12) TELUR 5 BIJI
(13) TEPUNG GANDUM
(14) DAUN SUP+DAUN BAWANG RM1.00
(15) PAKET NASI IMPIT ( 33 PAKET KECIL MINI)
(16) DAUN PANDAN
(17) KICAP MASIN DAN MANIS
(18) CILI PADI RM1.00
(19) GULA
(20) TAUHU PUTIH 4 KETUL
(21) SOO ONN
(22) KACANG GORENG
(23) IKAN BILIS
(24) BAWANG GORENG
(25) TEMPE
(26) MEE KUNING



(A) RESIPI NASI IMPIT

(1) RENDAM DALAM AIR SETENGAH JAM.
(2) BASUH DAN SALIN AIR TERSEBUT.
(3) REBUS NASI IMPIT DALAM 3 ATAU 4 JAM.
(4) MASUKKAN DAUN PANDAN.
(5) SETELAH MASAK, SEJUKKAN, UNTUK CEPAT BOLEH RENDAM DALAM AIR.

(B) RESIPI KUAH SOTO ( 1 PERIUK BESAR)



(1) *BAWANG PUTIH 4 BIJI
(2) *BAWANG MERAH 2 BIJI
(3) *HALIA 6 CM
- Kupas dan tumbuk hingga lumat.
(4) *SERAI 6 BATANG
- Bersihkan dan tumbuk sedikit.
(5) *Perencah Soto 1 bungkus.
- Campurkan bersama air dan gaulkan dalam besen.
(6) Ayam seekor (potong 4 drpd kedai)
- Bersihkan dan potong sedikit ikut kesesuain.

Cara Masak ;

(1) Sediakan periuk besar. Masukkan sedikit minyak dan panaskan.
(2) Tumis semua bahan bertanda * .
(3) Bubuh air dlm periuk mengikut kesesuain dan keperluan.
(4) Bubuh garam kasar secupak tangan kemudian rasa dan tambah garam secukup rasa.
(5) Masukkan ayam yang telah di potong tadi.
(6) Masukkan bawang besar sebiji yang telah dipotong mayang bulat2.

(C) RESIPI PEGEDIL



(1) 7 BIJI KENTANG DIKUPAS DAN DIPOTONG DUA.
- Di goring sekejap dan ditumbuk.
(2) DAGING KISAR SEKEPING
- Digoreng sekejap.

Cara masak ;

(1) Campurkan kedua-dua bahan diatas.
(2) Campurkan garam secukupnya.
(3) Tepung gandum secukupnya ( 7 sudu besar)
(4) Rempah soto 2/8 dicampurkan,
(5) Masukkan daun sup+daun bawang yan dah dihiris2 halus.
(6) Gaulkan semua bahan tersebut dalam bekas.
(7) Bentukkan bulat2 sehingga menjadi bentuk pegedil.
(8) Letakkan pegedil yg telah siap ke dalam bekas yang berisi telur yg telah dipukul.
(9) Goreng sekejap sehingga kekuningan.



(D) RESIPI SAMBAL KICAP

(1) CILI PADI DIBUANG TANGKAI DAN DIBERSIHKAN.
(2) 2 BIJI BAWANG PUTIH
- Goreng kedua2 bahan tanpa air sekejap.
(3) MASUKKAN KICAP SECUKUPNYA.
(4) MASUKKAN GARAM DAN GULA SEDIKIT.
(5) BLANDER KESEMUA BAHAN DAN DIMASUKKAN SEDIKIT AIR.
(6) SIAP.

(E) RESIPI HIDANGAN SOTO.


(1) TAUHU PUTIH DIGORENG, SELEPAS ITU DIPOTONG2 KECIL.
(2) SOO ONN DI GORENG SEHINGGA KEMBANG
(3) KACANG DIGORENG
(4) IKAN BILIS DIGORENG
(5) BAWANG GORENG
(6) TEMPE DIGORENG
(7) ISI AYAM DISIAT2 YG DIAMBIL DRPD REBUSAN AYAM DALAM SUP SOTO.
(8) MEE KUNING DICELUR SEKEJAP


Sekian, Terima Kasih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.