Pin It

Widgets

PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

6 comments


PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA


PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI
(TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS)

TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA

13. Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan yang diarah melaporkan diri di mana-mana tempat di Malaysia adalah layak menuntut tambang perjalanan bagi diri dan keluarganya dari rumah kediamannya ke tempat yang ia diarahkan bertugas mengikut kelayakan tambang perjalanan yang layak diperolehinya setelah memegang jawatan yang ditawarkan itu. Keluarga bermaksud jika bagi pegawai lelaki adalah isteri dan anak-anaknya; dan jika bagi pegawai perempuan, ialah suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had.


SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2010

PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003 DAN
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 18 TAHUN 1982

TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA


10. Perenggan 13, PP3/03 dipinda seperti berikut:
Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan layak membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan pegawai setelah memegang jawatan yang ditawarkan terhad kepada perkara berikut:

i. pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/ Elaun Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/
berkursus/ menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap; dan
ii. Tambang Pengangkutan Awam/ Tuntutan Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat penempatan
tetap pegawai. Bagi tujuan tuntutan ini, keluarga bermaksud bagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan ialah suami dan anak-anaknya. Anak-anak
yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf
oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan terpakai.



PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI
(TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS)

4.7 Elaun Perjalanan Kenderaan

4.7.1 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas
rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut
Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kadar seperti berikut:


Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan
Kelas
A
B
C
D
E
(sen/km)
500 kilometer pertama
60
50
40
25
20
501-1,000 km
55
45
35
25
20
1,001-1,700 km
45
40
30
20
15
1,701 km dan seterusnya
40
35
25
15
10












4.7.2 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan
atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan;
4.7.3 seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau kereta api bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi terus oleh kapal terbang atau kereta api dan oleh itu tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan melainkan di dalam keadaan seperti berikut:
(a) jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240 km;
(b) apabila seseorang pegawai dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya di beberapa tempat di sepanjang perjalanan;
(c) apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan sendiri; dan
(d) apabila seseorang pegawai mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi;
4.7.4 bagi peruntukan (b), (c) dan (d) di atas kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dilampirkan dengan baucar tuntutan pegawai tersebut;


PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 2006
PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003
DAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003 MENGENAI ELAUN PERJALANAN KENDERAAN

Pekeliling ini bertujuan untuk meminda kadar Elaun Perjalanan Kenderaan di perenggan 4.7.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan perenggan 4.8.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003 seperti berikut:

Pekeliling ini bertujuan untuk meminda kadar Elaun Perjalanan Kenderaan di perenggan 4.7.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan perenggan 4.8.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003 seperti berikut: Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan
Kelas
A
B
C
D
E



(sen/km)
500 kilometer pertama
70
60
50
45
40
501-1,000 km
65
55
45
40
35
1,001-1,700 km
55
50
40
35
30
1,701 km dan seterusnya
50
45
35
30
25














Elaun Perjalanan Kenderaan

Kelas dan sukatan selinder kenderaan bagi maksud menuntut hitungan perjalanan di perenggan B14 Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dipinda seperti berikut:


Kelas Gaji
Sukatan Selinder                                                               Kenderaan (s.s)
A Tidak kurang dari RM2,323.41
1400 s.s ke atas
B Tidak kurang dari RM2,064.60 sebulan    
1000 s.s ke atas
C Tidak kurang dari RM1,611.28 sebulan     
Di bawah 1000 s.s
D Kurang dari RM1,611.28 sebulan            
Tidak kurang 175 s.s
E Kurang dari RM1,611.28 sebulan
Di bawah 175 s.s




Prosedur Tuntutan


Senarai Semak Bagi Penyediaan Tuntutan

Berkaitan Dengan Tuntutan Perjalanan / Pertukaran / Perpindahan
Penyataan Tuntutan Perjalanan

- Satu salinan buku akaun simpanan-bagi staff baru
- Hendaklah menggunakan satu akaun dgn bayaran gaji
- Mesti diisi dgn lengkap
- Tandatangan Ketua Unit
- Surat Arahan Rasmi / Pertukaran / Penempatan
- Resit , Bil -bil , Tol (hendaklah digamkan pd kertas A4 mengikut tarikh
- Kenderaan sendiri – Kepunyaan org lain – surat kebenaran diperlukan.

Contoh :










PENGALAMAN SEBENAR ; 25 MEI 2012



(1) RUJUK SURAT TAKLIMAT PENEMPATAN

" Tuan dibenarkan membuat tuntutan perjalanan ( tambang teksi ) mengikut pekeliling yang    sedia ada".





(2) Pembantu Tadbir ( Kerani)  arahkan isi maklumat pada Softcopy (bertaip) Tuntutan Elaun.

Download di sini ( Sila klik )

Untuk Kadar Tambang Teksi sila rujuk sini ;

Download di sini ( Sila Klik )

(3) Pembantu Tadbir ( Kerani)  arahkan isi maklumat pada hardcopy  Maklumat Penerima Bayaran Perseorangan/Individu.



(4) Sertakan salinan ;

- IC
- Surat Taklimat
- Surat Penempatan
- Surat Tawaran ( Pelantikan ) *jika ada

(5) Hantar/Selesai
Sekian, Terima kasih.

6 comments

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

CHATROOM CIKGU FADZIL ( PERLU LOG IN GOOGLE AKAUN)

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.