PANDUAN MEMBELI KERETA BARU (2012)
Nasihat : Sesiapa yang baru memulakan kerjaya adalah bijak dengan membeli kereta second hand. Antara saranan ambil julat usia kereta 5 tahun. 5 tahun tu masih lagi belum outdated. Condition still tip top, murah, insurance dan road tax murah, dapat jimat banyak. Lagi best mampu beli cash. Takde la banyak hutang. Bila dah kawin dan stabil lepas 3-4 tahun nak tukar keta lain baru la tuka. takde pening kepala.
Tapi kalau masih nak beli kereta baru, berikut adalah perkara yang anda perlu tahu.
1. Memiliki kereta sendiri!
Keinginan untuk memliki kereta sendiri bagi setiap manusia boleh menjadi keinginan yang sukar dikawal. Memiliki kereta sendiri lebih2 lagi buat pertama kali mungkin akan membuatkan anda rasa bebas untuk bergerak ke mana saja. Tapi apakah anda benar2 tahu apa syarat untuk memiliki kereta anda?
Lebih dari satu syarat, terdapat pelbagai syarat yang membuatkan anda pembeli yang bijak! Walaupun ini mungkin bukan pertama kali anda memiliki kereta anda, anda mungkin tersilap beli kali ini, atau tersilap membuat keputusan untuk kali kedua! Jika anda bercadang untuk membayar ansuran selama 9 tahun, bayangkan.. selama 9 tahun anda perlu berpuas hati dengan kesilapan sendiri. Jadi bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?
Pilihan yang betul tidak wujud sebenarnya. Apa lagi kalau pada waktu seperti ini, terdapat pelbagai model kenderaan, dan setiap jenis model mempunyai kriteria tertentu. Tak ada satu pun 'manufacturer' kereta yang akan membuat kesilapan secara sengaja. Setiap jenis model dan setiap kelebihan dan kekurangan telah pun dikaji bertahun2. Terpulang pada pembeli menentukan kegunaan kenderaan tersebut.
2. Memilih model kenderaan
Memilih model kereta yang sesuai sangat penting. Ini akan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah. Model yang anda pilih juga melambangkan identiti anda sendiri, seorang yg gemar berkeluarga, gemarkan aktiviti lasak, yg bergaya ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya.
Tetapi identiti anda harus seiring dengan keperluan anda, ini untuk memudahkan aktiviti seharian anda melainkan anda mampu memiliki lebih dari sebuah kereta.
Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu. Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segment dan B-segment
D-segmen
Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series. Jika kereta Nasional, Proton Inspira boleh juga dimasukkan dalam kategori ini.
C-segmen
Merupakan Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze, yang tebaru seperti Proton Preve, Hyundai Elentra (2012).
B-segmen
Kereta sedan bersaiz kecil. Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2. Proton Preve juga dikatakan tergolong dalam segmen ini.
Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car. Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat.
Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal.
Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan. Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya.
Mini MPV pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.
3. Survey kereta?
4. Pinjaman/ Loan kenderaan
5. Kadar Faedah Pinjaman Kenderaan
Secara umumnya, kadar faedah berbeza mengikut:
1. Brand kereta
2. Tempoh pinjaman
3. Bank
Untuk menarik pembeli, terdapat brand dan model tertentu yang menawarkan faedah yang lebih rendah atau tiada faedah langsung, contohnya Naza Spectra, BMW, Chevrolet, melalui skim Credit mereka sendiri. Misalnya, BMW Credit menawarkan kadar faedah 1.38% untuk kereta mereka.
Contoh 1 :
LAST UPDATED: 30 April, 2012
Perodua : From 2.80- – 3.00% (Grad Scheme: 3.1%)
Toyota : From 2.48 – 2.60 %
Hyundai : From 2.50 – 2.60 %
Naza : From 2.50 – 2.60 %
Contoh 2 ;
This apply to Perodua and Proton Cars only! Update : 23 May 2011
Loan
Amount
|
1-5
years
|
7
years
|
9
years
|
RM
20,000
|
3.89%
|
3.92%
|
4.03%
|
RM
22,000
|
3.84%
|
3.87%
|
4.00%
|
RM
24,000
|
3.78%
|
3.83%
|
3.96%
|
RM
26,000
|
3.73%
|
3.80%
|
3.94%
|
RM
28,000
|
3.70%
|
3.76%
|
3.91%
|
RM
30,000
|
3.67%
|
3.74%
|
3.89%
|
RM
32,000
|
3.63%
|
3.72%
|
3.87%
|
RM
34,000
|
3.61%
|
3.70%
|
3.86%
|
RM
36,000
|
3.59%
|
3.69%
|
3.84%
|
RM
38,000
|
3.57%
|
3.67%
|
3.83%
|
RM
40,000
|
3.55%
|
3.66%
|
3.81%
|
6. Insuran kereta
EH? Nak beli kereta dah? Nanti dulu!! Betul ke nak beli ni? Cukup ke kemampuan tu? Okla.. ade yang kata cukup nak bayar bulan-bulan kan? Tapi betul ke cukup nak bayar yang tahunannye?
Kereta anda pun ada Hari Jadi jugak! Happy Birthday!! Tidak! bukan itu yang anda patut ucapkan, tapi ucapkan selamat tinggal kepada duit dalam bank anda! Kenapa tu?
Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?
Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:
Nilai diinsurankan Harga insuran
RM40,000 RM1,251
RM50,000 RM1,500
RM60,000 RM1,700
RM70,000 RM2,087
Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.
NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insurans seluruh dunia.
Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!
Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:
25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima
dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!
Jadi bagaimana ia berfungsi?
Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:
Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938
Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368
Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.
Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!
Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!
NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.
Setelah melakukan sedikit kajian dan pemerhatian di perbincangan forum-forum internet, di dapati kebanyakan pengguna mengesyorkan menggunakan insurans kenderaan berasaskan ‘Takaful‘ seperti Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia ataupun mana-mana penyedia insurans yang mempunyai nama ‘Takaful‘. Ini kerana insurans yang bersifatkan takaful adalah lebih menepati syariat Islam dan bebas daripada unsur riba. Malahan harga bayaran insurans kenderaan sama sahaja di antara kesemua Penyedia Khidmat Insurans. Jadi adalah lebih baik mengambil insurans yang terbaik di antara yang terbaikkan.
Contoh under-insured yang senang difahami ;
1. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured cuma RM70,000 - atau 7/10 @ 70%.
- bila berlaku kemalangan dan katakan kos pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 7/10 atau RM7,000. ini kerana premium dibayar cuma 7/10 saja.
2. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured RM80,000. - atau 8/10 @ 80%.
- kereta terbakar hangus dan total loss. oleh kerana sum insured cuma 80%, maka insurans cuma membayar 80% saja atau RM80,000.
Untuk no 1 saya bagi kan fomula nya sekira berlaku under insured dan average clause diguna pakai untuk pengiraan tuntutan insuran.....
kos pembaikan x nilai insuran / nilai pasaran = bayaran yg akan dijelaskan oleh sykt insuran. Perbezaan nya di tanggung oleh pemilik kenderaan.
(cost of repair x insured value/ market value = amount borne by insurance company. The different from own pocket)
10000 x 70000 / 100000 = 7000. 3000 dari poket pemilik
Tetapi fomula ini tidak diguna pakai untuk tuntutan total loss atau kecurian. dalam kes in jumlah pampasan ialah nilai insuran atau nilai pasaran mana satu yang paling rendah..... lebih kurang macam tu lah.... nak cerita panjang sgt kena buka kelas..... off and on saya akan cuba mencelah.
(a) Cara ingin tahu nilai premium insurans kereta anda ;
- Kalkulator premium kenderaan peribadi kami membolehkan anda mengira jumlah premium insurans yang akan dibayar oleh anda bila anda mengambil insurans bagi kenderaan anda. Premium ini berubah bergantung kepda perincian polisi seperti jenis perlindungan, kapasiti enjin, diskaun tiada tuntutan dan manfaat tambahan.
Sila klik link di bawah ;
http://www.insuranceinfo.com.my/help_and_advice/useful_tools/car_premium.php?intPrefLangID=2
(b) Cara untuk tahu nilai Insurans kereta anda apabila memperbaharui insurans (Secondhand) ;
- Kalkulator Memperbaharui Insurans
Sila klik link di bawah ;
http://www.einsuran.com/B001001.aspx
(c) Untuk tahu harga pasaran kenderaan anda boleh mencuba di ;
Sila klik link di bawah ;
http://www.autoclaims.com.my/agv1/home.php
-Masukkan data maklumat kenderaan yang dikehendaki.
(d) 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai insurans dan cukai jalan(roadtax)
Masa- Pasti ramai di antara anda akan memperbaharui cukai jalan pada saat akhir. Mungkin paling awal pada minggu yang terakhir. Mungkin ada juga yang memperbaharui cukai jalan selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikhnya tamat. Ini akan memudahkan lagi anda untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Anda boleh merujuk geran kereta sekiranya anda berasa tidak yakin.
Urusan- Pada kebiasaannya, anda akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan sehingga memperoleh roadtax. Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna. Selaku pengguna, anda berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang anda bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful/insurans kenderaan.
Jumlah perlindungan- Jumlah perlindungan takaful/insurans adalah hak anda untuk tentukan, bukan ejen. Anda dinasihatkan untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan. Cara paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Dan cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata sesebuah kenderaan.
Below/Over insured- Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa(over insured). Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan(below insured). Tetapi sesetengah syarikat masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Amat penting untuk anda mengetahui harga semasa kenderaan anda.
Faedah- Anda juga perlu mengetahui mengenai faedah yang anda dapat sekiranya mengambil insurans daripada mana-mana syarikat. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Bandingkan faedah-faedah yang diberikan oleh beberapa buah syarikat kemudian buatlah keputusan yang anda rasakan paling sesuai. Antara contoh faedah adalah sepeti diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan dan
7. Cukai Jalan / Road Tax
- Jenis pemilikan (individu/syarikat)
- Jenis kenderaan (Engin desel/petrol)
- Kapasiti Enjin/CC
- Kawasan (Semenanjung,Sabah,Sarawak)
(a) KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) MALAYSIA
GARIS PANDUAN PENGIRAAN KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) BAGI KENDERAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK (PINDAAN SELEPAS BAJET 2009) [as at 29 Mei 2011]
1. SEMENANJUNG MALAYSIA, PULAU PANGKOR & PULAU LANGKAWI
Download di :
http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=13&Itemid=3
(c) Contoh Pengiraan Cukai Jalan ;
Lihat CC pada Sijil Perakuan Pendaftran Pengankutan anda ;
Hyundai Elentra(2012) = 1797cc
(d) Cara kira Manual : Lihat Jadual di atas ;
” ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif 1601 hingga 1800cc = RM 200.00, RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc “
1797cc – 1600cc = 197cc
107cc x RM0.40 = RM78.80
Jumlah Sebenar = RM200.00 + RM78.70 = RM 278.80
Cara kira Automatik :
- Masukkan nilai cc kenderaan anda dan tekan Calculate.
- Nilai cc (taip) jika 1.5cc = 1500, 1.8 = 1800
Sila klik link dibawah ;
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/roadtax.asp
8. Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Kenderaan(Registration Fee)
Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan dan pendaftaran kenderaan.
Bil
|
Permohonan Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan |
Tiada Tuntutan Hakmilik
(Kadar Bayaran)
|
Ada Tuntutan HakMilik
(Kadar Bayaran)
|
Pendaftaran Baru (e Daftar) |
|||
1
|
Kenderaan Tempatan |
||
Motokar
< 1500 cc
|
150.00
|
200.00
|
|
Motokar
> 1500 cc
|
300
|
350
|
|
Motokar
Syarikat
|
500.00
|
550.00
|
|
Motosikal
|
5.00
|
20.00
|
|
Lori/Jentera
|
60.00
|
110.00
|
|
Kenderaan
Badan Berkanun
|
500.00
|
550.00
|
|
2
|
Kenderaan Import |
||
Motokar
< 1500 cc
|
150.00
|
200.00
|
|
Motokar
> 1500 cc
|
300.00
|
350.00
|
|
Motokar
Syarikat
|
500.00
|
550.00
|
|
Motosikal
|
300.00
|
320.00
|
|
Lori/Jentera
|
50.00
|
110.00
|
|
Kenderaan
Badan Berkanun
|
500.00
|
550.00
|
|
3
|
Pertukaran
Nombor Pendaftaran (interchange)
|
200.00
|
|
(tanpa
gantian LKM)
|
|||
4.
|
Pertukaran
Nombor Pendaftaran (interchange)
|
210.00
|
|
(dengan
gantian LKM)
|
|||
5.
|
Salinan
Perakuan Pendaftaran Kenderaan
|
||
Motokar/Jentera
|
50.00
|
||
Motosikal
|
20.00
|
||
6.
|
Permohonan
Maklumat Kenderaan
|
||
Maklumat Terhad
|
|||
-
Pemilik
|
10.00
|
||
-
Insurans
|
10.00
|
||
7.
|
Tukar
Hakmilik Kenderaan
|
||
Motosikal
|
3.00
|
150.00
|
|
Motokar
|
100.00
|
23.00
|
|
Kenderaan
Perdagangan
|
40.00
|
90.00
|
|
Kenderaan
Off Road
|
100.00
|
150.00
|
|
8.
|
Pembatalan
Tuntutan Hak Milik
|
Percuma
|
|
9.
|
Pindaan
Data
|
||
tukar
enjin, tukar bahan bakar
|
Percuma
|
||
10
|
Pembetulan
Data
|
Percuma
|
|
11
|
Permohonan
Pengesahan Rekod
|
Percuma
|
|
12
|
Pembatalan
Pendaftaran Kenderaan
|
Percuma
|
|
13
|
Semakan
Senarai Hitam
|
Percuma
|
|
14
|
Permohonan
Baru Lesen Kenderaan Perdagangan Motor (Trade Plate) 1 tahun
|
||
-
1 tahun
|
700.00
|
||
-
6 bulan
|
350
|
||
16
|
Permohonan
Baru Lesen Kenderaan Perdagangan Motor (Trade Plate - Motorsikal ) 1 tahun
|
||
-
1 tahun
|
240.00
|
||
-
6 bulan
|
120.00
|
||
17
|
Salinan
Lesen Kenderaan Motor
|
||
-
Motokar / Lori / Jentera
|
50.00
|
||
-
Motosikal
|
20.00
|
Sumber :
http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=97%3Akadar-bayaran-bagi-pelesenan-kenderaan&catid=6%3Akenderaan&Itemid=42&lang=en
9. Panduan Daftar Nombor Kenderaan (PLATE)
KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
11
|
12
|
13
|
14
|
15
|
16
|
17
|
18
|
19
|
22
|
28
|
33
|
38
|
55
|
66
|
77
|
88
|
99
|
111
|
222
|
333
|
555
|
666
|
777
|
888
|
999
|
1111
|
2222
|
3333
|
5555
|
6666
|
7777
|
8888
|
9999
|
20
|
21
|
23
|
24
|
25
|
26
|
27
|
29
|
30
|
31
|
32
|
34
|
35
|
36
|
37
|
39
|
40
|
41
|
42
|
43
|
44
|
45
|
46
|
47
|
48
|
49
|
50
|
51
|
52
|
53
|
54
|
56
|
57
|
58
|
59
|
60
|
61
|
62
|
63
|
64
|
65
|
67
|
68
|
69
|
70
|
71
|
72
|
73
|
74
|
75
|
76
|
78
|
79
|
80
|
81
|
82
|
83
|
84
|
85
|
86
|
87
|
89
|
90
|
91
|
92
|
93
|
94
|
95
|
96
|
97
|
98
|
100
|
200
|
300
|
400
|
500
|
500
|
700
|
800
|
900
|
1000
|
1001
|
1122
|
1221
|
1133
|
1331
|
1155
|
1551
|
1166
|
1177
|
1771
|
1188
|
1881
|
1199
|
1919
|
1991
|
2000
|
2002
|
2020
|
2211
|
2112
|
2233
|
2332
|
2255
|
25225
|
2552
|
2266
|
2662
|
2277
|
2727
|
2772
|
2288
|
2828
|
2882
|
2299
|
2929
|
2992
|
3000
|
3003
|
3030
|
3300
|
3131
|
3113
|
3322
|
3232
|
3223
|
3355
|
3535
|
3553
|
3366
|
3636
|
3377
|
3773
|
3388
|
3838
|
3399
|
3939
|
3993
|
4000
|
5000
|
5005
|
5515
|
5115
|
5522
|
5533
|
5353
|
5335
|
5566
|
5665
|
5577
|
5775
|
5588
|
5885
|
5599
|
5995
|
5000
|
5006
|
6611
|
6116
|
6622
|
6633
|
6336
|
6655
|
6556
|
6677
|
6776
|
6688
|
6868
|
6886
|
6699
|
6969
|
6996
|
7000
|
7007
|
7070
|
7711
|
7171
|
7117
|
7722
|
7227
|
7733
|
7373
|
7755
|
7557
|
7766
|
7667
|
7788
|
7878
|
7887
|
7799
|
7997
|
8000
|
8008
|
8811
|
8181
|
8118
|
8822
|
8228
|
8833
|
8383
|
8338
|
8855
|
8558
|
8866
|
8668
|
8877
|
8778
|
8899
|
8989
|
8998
|
900
|
9009
|
9911
|
9119
|
9922
|
9229
|
9933
|
9339
|
9955
|
9559
|
9966
|
9696
|
9669
|
9977
|
9779
|
9988
|
9898
|
9889
|
Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini
Nombor-nombor Semasa
Dokumen yang perlu dikemukakan
TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN " dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.
PERMOHONAN MENYERTAI TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA TAWARAN
PERMOHONAN MENDAPATKAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA PILIHAN
PERMOHONAN MENDAPATKAN NOMBOR PENDAFTARAN (KELULUSAN KHAS)
Keputusan
Harga Tempahan
Maklumat tambahan
Sumber :
http://busuk.org/ping/view/40953
10. Harga Kereta Susut Nilai

Just nak share mengenai berapa harga kereta turun (susut nilai @depreciation) setelah kita guna kereta selapas 5 tahun:
- Kiraan ini berdasarkan jenama Honda, Perodua, Toyota, Proton dan Kia
- Honda adalah jenama
yang paling kurang susut nilai iaitu hanya 32% dan diikuti oleh Perodua at
33%. Maknanya kedua-dua jenama ini memberi nilai yang agak baik apabila
kita hendak jual kembali or trade-in
11. Soalan Lazim Ditanya
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pembelian kereta?
Soalan:
Apakah dokumen yang diperlukan oleh pihak Bank untuk pinjaman pembelian kereta?
Jawapan:
Selalunya, 4 dokumen ini sudah memadai
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen Memandu*
3. Salinan Slip Gaji (3 bulan)
4. Salinan Bank Statement (terbaru)
*Sekiranya anda belum lagi mempunyai lesen memandu kereta yang sah, lesen kelas D, anda masih boleh memohon pinjaman kereta melalui 2 cara berikut:
1. Pinjaman dengan AMBANK. Selain salinan IC, Penyata gaji 3 bulan dan penyata bank terkini, anda hanya perlu menyertakan dua keping gambar bersaiz IC anda.
2. Dalam kes permohonan pinjaman yang memerlukan penjamin, jika penjamin anda mempunyai lesen memandu kereta, anda hanya perlu mengemukakan lesen penjamin anda.
Baru-baru ini, melalui pengalaman membuat pinjaman bank untuk pembeli saya, ada kes-kes tertentu, MAYBANK melepaskan pinjaman pembeli yang hanya memiliki lesen motorsikal sahaja.
Berapakah dan bagaimanakah bayaran bulanan dikira?
Saya bercadang ingin membeli Myvi, berapa bayaran bulanan kereta Myvi saya?
Jawapan:
Bayaran bulanan dikira berdasarkan kepada 3 perkara asas berikut:
1. Jumlah pinjaman anda
Lebih tinggi jumlah pinjaman, lebih tinggi bayaran bulanan.
2. Kadar faedah semasa bank
Lebih tinggi kadar faedah bank, lebih tinggi bayaran bulanan.
3. Tempoh masa pembayaran balik
Lebih pendek tempoh masa bayaran balik, lebih tinggi bayaran bulanan.
Pembayaran pinjaman sewa beli dikira mengikut kaedah garis lurus yang mudah (simple straight-line).
Contoh:
Katalah anda bercadang membuat pinjaman Myvi anda rm40,000 dalam tempoh masa 9 tahun. Kadar faedah semasa 3.75%.
Sekarang anda tahu 3 perkara asas yang disebutkan di atas:
1. Jumlah pinjaman anda rm40,000
2. Kadar faedah semasa bank 3.75%
3. Tempoh masa pembayaran balik 9 tahun
Pengiraan:
Jumlah pinjaman anda: rm40,000
Jumlah keseluruhan faedah 9 tahun adalah: rm40,000 x 3.75% x 9 tahun = rm13,500
Jumlah kos pemilikan anda: Jumlah keseluruhan faedah + Jumlah pinjaman = rm40,000 + rm13,500 = rm53,500
Maka; bayaran bulanan anda = Jumlah kos pemilikan bahagi dengan Jumlah bulan bayaran semula:
rm53,500 bahagi (9 tahun x 12) = rm53,500 / 108 bulan = rm495.37 / bulan.
Atau, anda cuma perlu masukkan nilai sahaja, sistem akan kira untuk anda, klik web dibawah:
CALCULATOR ANDA. MAYBANK. KLIK DI SINI.
Berapa kadar faedah terkini?
Soalan:
Saya bercadang nak beli Viva, berapa kadar faedah terkini?
Jawapan:
Secara umumnya, kadar faedah berbeza mengikut:
1. Brand kereta
2. Tempoh pinjaman
3. Bank
1. Brand kereta
Secara umumnya:
A. Kereta Nasional, Proton dan Perodua, kadar faedahnya adalah:
3.50% untuk pinjaman 5 tahun
3.65% untuk pinjaman 7 tahun
3.75% untuk pinjaman 9 tahun
B. Kereta Continental, Jepun dan Korea, kereta recond AP, kadar faedahnya:
3.20% untuk pinjaman 5 tahun
3.35% untuk pinjaman 7 tahun
3.50% untuk pinjaman 9 tahun
C. Untuk menarik pembeli, terdapat brand dan model tertentu yang menawarkan faedah yang lebih rendah atau tiada faedah langsung, contohnya Naza Spectra, BMW, Chevrolet, melalui skim Credit mereka sendiri. Misalnya, BMW Credit menawarkan kadar faedah 1.38% untuk kereta mereka.
2. Tempoh pinjaman
Seperti yang ditunjukkan di atas, lebih lama tempoh jangkamasa pinjaman kebih tinggi kadar faedah yang dikenakana oleh pihak Bank.
3. Bank
A. Bank Nasional, kakitangan Kerajaan sahaja, kereta Nasional 3.50% - 3.75%
B. Maybank, Ambank, kakitangan Swasta dan Kerajaan, Perodua 3.50% - 3.75%
C. Bank Rakyat, kakitangan Kerajaan sahaja, Perodua 4.15%, Proton 4.15%
D. Bank Islam, kakitangan Swasta dan Kerajaan, Graduan Skim, Perodua 3.83%, Proton 3.83%
Ketiga-tiga faktor di atas mempengaruhi kadar faedah setiap pembelian kereta baru.
Untuk pembelian kereta terpakai (second-hand) melalui syarikat-syarikat kereta terpakai, kadar faedahnya lebih tinggi, terkini antara 4.00% hingga 6.0%, bergantung kepada model kereta, kekuatan status pembeli, bank dan usia kereta berkenaan. Lebih tua usianya, lebih tinggi kadar faedahnya.
Berapa gaji dan kelayakan untuk pinjaman?
Gaji saya rm1,800, bolehkah saya beli Persona 1.6 Auto M-Line metallic full loan?
Jawapan:
Kebiasaannya, pinjaman diluluskan berdasarkan bayaran bulanan dan gaji bersih anda. Jumlah bayaran bulanan tersebut tidak melebihi 1/3 atau 33% dari gaji bersih anda.
Harga Persona 1.6 (A) M-Line metallic rm53,300. Pada kadar 3.99%, pinjaman rm53,300, tempoh 9 tahun, bayaran bulanan adalah rm670.
1/3 atau 33% dari rm1800 = rm600.
Oleh kerana rm670 melebihi 1/3 dari gaji rm1,800, pembelian 100% adalah tidak mungkin. Kecuali dalam kes-kes tertentu, misalnya pemohon adalah kakitangan kerajaan, kelonggaran akan diberikan jika lebihan itu adalah kecil.
Sebagai pilihan lain, anda boleh menggabungkan pendapatan anda dengan salah satu dari 3 penjamin yang mempunyai pendapatan tetap:
1. Ayah
2. Mak atau
3. Pasangan anda (Suami / isteri)
Pendapatan penjamin di atas, akan digabungkan dengan pendapatan anda. Sekiranya gabungan pendapatan itu melebihi 1/3 atau 33% dari kadar bayaran bulanan kereta anda, anda boleh mendapatkan nilai pinjaman yang dikehendaki.
Siapa dan apakah model syarat untuk pinjaman 100%?
Saya cukup berminat dengan MyVi SE. Boleh tak saya mendapat pinjaman 100% untuk MyVi 1.3 (A) SE?
Jawapan:
Mengikut Prosedur Standard Operasi bank (Bank's Standard Operating Procedure), jumlah pinjaman kereta baru hanya untuk pembiayaian 90% dari harga kereta tersebut, 10% lain perlu dibayar sebagai duit muka oleh pembeli.
Tetapi, sekiranya anda kakitangan kerajaan atau badan berkanun (MARA, TNB etc), dengan gaji melebihi 1/3 atau 33% daripada bayaran bulanan tersebut, anda layak/ boleh mendapatkan melalui skim potongan gaji dengan BANK RAKYAT tetapi kadar faedah 4.25%. Satu kadar yang tinggi berbanding dengan bank-bank lain. MAYBANK misalnya menawarkan kadar faedah 3.50% - 3.75%.
Dan, potongan ini selalunya hanya dibenarkan jika anda belum lagi membuat penolakan potongan gaji untuk pinjaman lain. Jika anda sudah melakukannya, anda masih boleh membuat pembiayaan 100% dengan Bank Rakyat, dengan syarat jumlah bayaran tersebut tidak melebihi 60% balance gaji anda.
Jika anda kakitangan swasta, anda seorang Graduan yang baru setahun atau dua tahun bekerja, Bank Islam juga menawarkan pinjaman 100% untuk semua model, termasuk MyVi SE, tertakluk kepada syarat kelayakan gaji anda.
Bank selain BANK RAKYAT dan BANK ISLAM, anda tidak boleh mendapatkan pinjaman 100% untuk MyVi SE. Untuk kakitangan swasta, hanya model yang harganya lebih rendah dari nilai pinjaman 90% model tertinggi sahaja boleh mendapat pinjaman 100%. Kaedah ini selalunya disebut 'mark-up model' dan 'mark-up aksesori'. Melalui kaedah ini, pembelian MyVi (A) standard akan dibuat dengan pinjaman MyVi SE (A).
Atau, jika hanya terdapat satu spesifikasi sahaja, contohnya MyVi 1.0 (M), nilai pinjaman akan dinaikkan melalui tambah-nilai aksesori.
Kenapa MyVi SE tidak boleh dapat pinjaman 100%?
Jawapannya, MyVi SE adalah spesifikasi yang paling tinggi dan lengkap aksesorinya, sebab itulah 'mark-up model' atau 'mark-up aksesori' tidak boleh dilakukan.
Mark-up loan hanya boleh diguna-pakai untuk spesifikasi Myvi standard dan Myvi Premium sahaja, dengan mark-up loan kepada MyVi SE.
Jadi sekiranya anda bukan kakitangan Kerajaan atau badan berkanun tertentu dan bukan seorang graduan yang baru setahun dua bekerja, untuk membeli MyVi SE, anda perlu mengeluarkan 5% - 10% duit muka. Kecuali dalam tempoh-tempoh promosi tertentu, jika Perodua memberi diskaun sehingga rm5,000 kepada model MyVi. Memandangkan MyVi adalah model yang sangat laris dan popular, kemungkinan ini tidak mungkin berlaku.
Kenapa perlu penjamin?
Kenapa saya memerlukan penjamin?
Jawapan:
Selalunya, kerana beberapa faktor berikut:
1. Gaji anda tidak mencukupi 1/3 dari bayaran bulanan kereta anda.
2. Anda berumur bawah 24 tahun. Dalam kes yang kuat, contohnya anda kakitangan Kerajaan dengan gaji yang kuat, anda dikecualikan dari penjamin.
3. Gaji anda tidak tetap. Contohnya gaji yang berdasarkan komisyen.
4. Rekod bayaran terdahulu anda tidak memuaskan. Nama anda tersenarai dalam CTOS atau CCRIS.
Siapa yang boleh jadi penjamin?
Siapa yang boleh jadi penjamin saya?
Jawapan:
Sekarang, hanya:
1. Ayah
2. Emak
3. Suami atau isteri
4. Adik beradik
5. Ipar duai
Yang mempunyai pendapatan tetap sahaja yang dibenarkan menjadi penjamin anda.
Tidak seperti tahun 90an dahulu, kawan-kawan boleh jadi penjamin. Sekarang tidak boleh.
Blacklist, CTOS atau CCRIS boleh mohon pinjaman?
Soalan:
Blacklist boleh mohon pinjaman?
Jawapan:
1. Blacklist
Blacklist adalah kerana kegagalan anda, atau orang yang anda jamin, membayar hutang Bank, atau hutang Kerajaan, hutang MARA, atau Institusi Perniagaan seperti Courts Mammoth, Singer dan sebagainya. Dan kes ini telah dibawa ke mahkamah.
Kes-kes seperti di atas, Bank tidak mungkin meluluskan permohonan anda.
2. CTOS (Credit Tip Off Services)
CTOS adalah satu badan bebas yang memiliki rekod kurang baik individu dalam pembayaran hutang-hutang seperti hutang kredit kad, hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya. Nama anda mungkin anda dalam senarai CTOS jika anda lambat membayar hutang-hutang anda.
Dalam kes-kes seperti di atas, terutamanya kelewatan itu tidak begitu kritikal, permohonan anda mungkin diluluskan oleh Bank. Selalunya dalam kes-kes begini, pihak Bank akan meminta penjamin. Pinjaman akan dikurangkan dari jumlah yang diminta, kadar faedah lebih tinggi dari yang standard.
3. CCRIS (Central Credit Reference Information Systems)
Sama seperti CTOS, bezanya dua badan yang berbeza. Lulus atau tidak permohonan pinjaman anda, bergantung kepada kelewatan dan nilai tunggakan tersebut.
Untuk kes-kes CTOS dan CCRISB yang tidak kritikal, brand-brand tertentu seperti Hyundai, Nissan, Toyota, Perodua, BMW misalnya, mereka mempunyai Institusi Credit mereka sendiri untuk pembiayaan pinjaman mereka dengan kadar faedah yang kompetitif dengan kadar faedah Bank. Perodua dan Toyota dengan Toyota Capital, Hyundai dan BMW dengan BMW Credit, Nissan dengan Tan Chong Capital.
BERITA BAIK!
Kakitangan Kerajaan masih boleh membuat pinjaman kereta walaupun nama anda termasuk senarai BLACKLIST. Ambank menyediakan skim melalui penolakan gaji melalui Biro Angkasa, syaratnya, bayaran bulanan kereta tidak melebihi 60% dari gaji bersih anda, dan jumlah Blacklist tidak melebihi rm25,000-
Tiada lesen memandu, boleh mohon pinjaman bank?
Soalan:
Saya tidak mempunyai lesen memandu kereta, boleh tak saya buat pinjaman kereta?
Jawapan:
Ya, anda boleh buat pinjaman kereta anda. Syaratnya sediakan seorang penjamin yang mempunyai lesen memandu kereta, anda hanya perlu mengemukakan lesen penjamin anda. Itu sahaja.
Sumber : http://allcarnegotiator.weebly.com/information.html
11. Kalkulator Finance dan Insurans
Automatik :
http://auto.bernama.com/calc.htm
Manual :
Deposit : 10% = RM5,000
Jumlah loan : RM45,000
Jumlah tahun utk buat pembayaran : 5 tahun
Peratus interest : 4%
interest setahun = Jumlah loan x Peratus interest
= RM45,000 x 4% = RM1,800
interest utk 5 tahun = Jumlah thn utk buat pembayaran x interest setahun
= 5 tahun x RM1,800 = RM9,000
Jumlah sebenar yg dihutang dgn bank = RM9,000 + RM45,000 = RM54,000
Jumlah bulan dalam 5 tahun = 60 bulan
Jumlah bayaran sebulan kpd bank = RM54,000 bahagi 60 = RM900
12. Kos Tersembunyi

13. Cara Kira Gaji Bersih
Keterangan gaji
Gaji Pokok ialah gaji asas yang diperolehi pada setiap bulan.
Elaun Tetap ialah elaun yang diperolehi setiap bulan tidak termasuk elaun memangku, elaun lebih masa , tunggakan gaji dan bonus.
Gaji Kasar ialah jumlah Gaji Pokok dan kesemua elaun tetap atau tidak tetap diperolehi pada bulan tersebut.
Gaji Bersih adalah jumlah Gaji Kasar setelah ditolak dengan POTONGAN TETAP pada setiap bulan.
Maklumat yang diperlukan untuk kiraan kelayakan GAJI POKOK + ELAUN TETAP serta POTONGAN TETAP sahaja.
Ini laman web menarik untuk tahu GAJI BERSIH setelah potongan TETAP ( EPT@KWSP dan SOCSO)
http://www.payroll.my/
14. Analisa Kereta
Contoh Kereta Terbaru Dilancarkan di Malaysia ;
(a) Hyundai/ Inokom

http://www.hyundai.com.my/v2/
Segmen C, Hyundai MD Elantra (bakal menggunakan lencana Inokom) yang baru-baru ini telah diperkenalkan lebih awal kepada media. Berikut ialah senarai harga dan varian yang ditawarkan untuk pilihan pelanggan
1.6MT Standard (RM86,888.00)
1.6AT Standard (RM91,888.00)
1.6AT High Spec (RM96,888.00)
1.8AT Premium (RM111,888.00)

Contoh pilihan ;
Gaji bulanan = RM2700.00 (Bersih)
Hyundai MD Elantra 1.6AT High Spec
- Basic Car Price = RM93781.00
- Sum Insured = RM 93, 000
- Insurance 1 Year = RM 2667.00
- Road Tax 1 Year = RM 90 ( 1591 cc )
- Registration Fee = RM300.00
- Ownership Claim Fee = RM50.00
Jumlah = (RM96,888.00) On The Road
Downpayment = RM 20000.00
Kadar Faedah = 2.7%
Bayaran Bulanan (9 Tahun) = RM884.92
Adakah saya layak ?
1/3 atau 33% dari RM2700 = RM900.
Oleh kerana RM884.92 tidak melebihi 1/3 dari gaji RM2700.00 iaitu RM900.00, maka saya LAYAK.
14. Panduan Prosedur Membeli
Semua orang ingin memiliki kenderaan sendiri. Bergantung kepada kemampuan kewangan sendiri sama ada membeli kenderaan baru atau terpakai. Biarpun membeli kenderaan baru menyeronokkan bukan sahaja dapat menikmati pemanduan secara selesa dan menyenangkan, tetapi jika tidak berhati-hati, kenderaan yang baru dibeli itu akan menimbulkan masalah.
Pendaftaran Kenderaan
Untuk tujuan pendaftaran, kemukakan dokumen-dokumen berikut di Jabatan Pengangkutan Jalan :
3.Semasa penyerahan kenderaan
Apabila menerima kenderaan baru, sila pastikan :
http://konmeiinstitution.blogspot.com
http://sharinginfoz.blogspot.com
![]()





Terima kasih untu info yang berguna
Bayak tul benda yg aku baru tau.. Terbaek...
Kalau saya tak kerja lagi tp nak bli kereta guna nama ayah saya yg bkal pncen next year boleh ke?
cukup forum..cukup segalanya siap ade kira2...nice info..=)
macam nii...lah bro kalau nak nak buat blog...A to Z senang nak difahami dan berguna kepada orang lain...ini tidak langsung tidak faham dan separuh jalan pula tu....TQ En. fadzil
good info.tq
bagus...moga bermanfaat kepada semua dan menjadi jariah kepada anda
thank untuk info berguna ini:)
slm bos.ingt nk agkat honda civic fd second , gaji bersih dalam 2200 je.lepas x loan utk import second handnye car?berapa rate dia?bayaran bulanan berapa?
Good Info for newbie :)
terbaikla..tpikan..napa kdg2 harga lain2 walaupun atas s2 jnama model keta..
tahniah kerana sudi berkongsi ilmu.. moga dirahmati Allah atas usaha murni tuan!
info yg berguna....
Sgt2 bguna..tgh plan nk bli kete baru...thank's byk2..
Penuh dgn info.dh mcm buku panduan membeli kenderaan plak.sgt bagus untuk merancang pembelian kereta.
Satu model ada mcm2 spec,ada basic,ada yg full pakej.contohnya model ada abs maybe mahal 5k dari model yg takde abs.
Terbaik bro..
great info :-)
Untungnya terjumpak blog ni. Terima kasih atas segala info. :)
tq..sgt2 brguna...info yg baek..
10Q ITS REALY USEFULL INFO
Kena baca sambung2 baru habis... tapi berbaloi... tengkiu2...
terima kasih.Info berguna!
Terima kasih bebanyak.. sangat2 membantu ... Semoga Allah merahmati usaha anda membantu mereka yg memerlukan maklumat...
Xavi Gerad Jude Am.Seorang wakil aiicco insurans plc.Kami menawarkan pinjaman pada kadar pembayaran balik 3%. Jika anda berminat hubungi kami di alamat ini (CEO) E-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Notis 20 tahun ke atas hanya membenarkan di Aiicco insurans plc.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pelaburan Pinjaman Perniagaan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih dari satu atau tahun untuk membayar.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Apa-apa pada pinjaman sehingga tahun 5000 untuk 8000.000.00 Euro.
Syarikat kami adalah Dipercayai, transaksi Cekap pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini .. Jawapan hendaklah dihantar kepada Hubungi Nama: SR GERAD Jude Pelaburan plc. Email: xavigeradloanfirm@yahoo.com
INFO..TERBAIK..THAKS..
terbaekk....
terbaik bro...tq atas share yg berguna ni
good info... thnx to en.tunang rekemen blog ni kt sy :)
Info yang amat berguna. Thanks a lot.. God bless u
Kbtln trjmpe blog ni..mmg cdg nk beli keta pn..thankss en.fadzil
Tq en.fadzil dengn info anda...kebtuln jge sy memg bercadang utk bli keta...siap ade pengiraan..sudah terjawab soaln sy berkenaan pengiraan byrn bulann...
ty sgt berguna :)
F.R.4.G
Terbaek ar info nie.. thanks..
saya nak tanya saya nak beli kereta tapi bank minta gurantor jadi saya bagi suami, tapi suami ada pernah lambat bayar kereta beliau jadi adakah akan ada effect kepada permohon saya?
macam tulisan assgment je..hehe..TERANGGG dan jelasss sgt..
Thanks.. baru faham dan sangat membantu
Terima kasih..
Hi...sy nk tanya...su dh ada 1 loan kereta persona..
Monthly rm470...kmdn kenalam sy ni bRu 3 bln bli inspira...beliau mampu bayar tp problemnya nama beliau diblacklist akibat org yh dijamin xbyr hutang dulu kala...jd beliau guna nama org lain...masalahnye tiba2 org tu berubah fikiran stlh kereta dh 3 bln dipAKai..org tu mintak kwn sy cari nama lain utk apply sdmula loan dgn bank & tukar nama kereta inspira tu...soalan sy, boleh ke guna nama sy apply loan utk inspira ti sedangkn sy dh ada loan persona? Dr segi pertimbNgan bank, gaji sy mgkn xckup kot (basic 2000-2500) utk byr bln2 dua buah keretA tp sbnrnye mmpu la sbb kwn sy tu yg byrkn... jd mcm mna solutionnya ye? Blh sape2 tlg xplain x?
Terima kasih atas komen. Sy penulis asal, sy bukan salesman kereta. Sy hanya buat penyelidikan ketika membeli kereta. Sebarang masalah-masalah teknikal sy tidak dapat jawab, kene berurusan dengan pihak bank, salesman utk maklumat lanjut yg tidak ada dlm artikel ini. Sy juga sarankan mana2 pembaca dapat menjawab masalah2 yg dikemukakan sahabat2 lain. Tq
Terbaik.....sangt2 membantu....tq bro....wa tbik sama lu....tqqqqqqqqqqqqq
rinkas padat n mudah untk dfhami.. perkogsian yg sgt baek.. ty.
sy ad satu pertanyaan yg da lma brmain dfkran sy.. katakan sy ad buat loan untk 7 tahun, namun sy dpat menjelaskanny dlm mase 5 thun.. Soalan sy, adakah byaran sebenar yg sy jelaskan dlm masa 5 thun tu sama jumlahnye jika sy menyelesaiknye dlm masa 7 thun? Krana perjanjian kn 7 taun, tp byr dlm 5 tahn kn..dharapkn kpda yg brpnglaman dpt menergknye.. Terma kasih..
sronoknyee bce blog ni..tahniah u tn tanah..
terbaikkkkk...
sronoknyee bce blog ni..tahniah u tn tanah..
terbaikkkkk...
salam,,
alhamdulillah ilmu ni dpt jd harta jariah untuk anda nanti. mekasih 4 sharing info2 penting ni..sgt2 b`guna coz sy da penah wat silap once buy 1st car..
thanks a lot EN FADZIL.
Subhanallah..Hebatnye pengetahuan anda dlm bidang ni.. memang betul2 dari a-z. Terbaik sgt2!!!
Terimakasih diatas penjelasan yg sgt lengkap ini. Baru kami faham tentang pengiraan insuran tu, kalau tak mcm2 info dr sekeliling yg buat kami pening2 lalat.
Salam,
Saya Hazmirul, Sales Advisor utk Perodua Sales Sdn Bhd..
Sekiranya anda semua berminat untuk mendapatkan kereta atau ada apa2 pertanyaan mengenai kereta(semua model dan jenama) boleh hubungi saya melalui email hazmirul_perodua@yahoo.com..tq =)
Assalam.. macam mana pula dengan skim perodua yang terbaru iaitu Whats Up Graduate? ok xkalau nak buat? sy masih lagi mempertimbangkan untuk beli kereta menggunakan skim ini. terima kasih untuk info.
Untuk Penanya NamaRahsia pd 8/12/12. Saya cuba menjawab soalan anda b'dasarkan pertanyaan yg sama saya ajukan pd seorang kawan. Katanya, BOLEH ttpi jumlah bulanan untuk kedua2 kereta itu MESTI tdk melebihi separuh gaji anda. Cthnya,kereta Persona RM470,Inspira RM700. Gaji anda pula 4k.Jika dibahagi 2 ialah 2k. Jumlah bulan kedua2 kereta itu ialah RM1170. Maka nama anda masih blh digunakan krn bulanannya blm melebihi 2k.Jika lebih, NYATA nama anda tdk blh lagi digunakan. Tapi disarankan, anda bertanya pd org yg lebih arif. Harap menjawab pertanyaan anda.
Assalam..selamat sejahtera...
Kalau ada rakan2 yang boleh tolong jawab saya ucapkan terima kasih..
Saya nak beli kereta baru..
Sekarang guna kelisa..
Tapi kereta sekarang ada dalam rm 10000 lagi..boleh ke?
Contohnya nak tukar ke preve?
Bro Fadzil thx share the info !
useful for me to make some reference when going to buy car..
Salam bro fadzil. Saya baru nak beli sebuah kereta terpakai. Bagaimana saya nak pindahkan ncd kereta saya yg sedia ada kpd insurans utk kereta terpakai yg bakal saya beli tu? Adakah kedua2 insurans harus dari syarikat insurans yg sama baru boleh pindah ncd? Seterusnya, bagaimana cara utk sy tukar nombor pendaftaran kereta sy yg sedia ada dgn nombor pendaftaran yg kereta terpakai yg bakal sy beli tu? Harap bro fadzil dpt menjawab soalan2 saya ini. Sekian, terima kasih.
Info yg bermanfaat & komprehensif..Mohon Share saudara..Tq
info berguna..cuma di sini nak di warwarkan..
1) kenapa jenama kenderaan yang berkualiti seperti KIA mengalami susut nilai yang ketara di MALAYSIA?
2) berkenaan dengan insuran / takaful.. setiap pemilik kenderaan hendaklah menyelidiki secara detail ketika membayar caruman tersebut.contohnya tarikh berkuatkuasa polisi tersebut..agar claim di kemudian hari tidak menjadi masalah
Kepada saudara anonymous, boleh je pindah ncd tu. Pergi je kat kedai anda nak beli kete baru. Cakap kat orang tu anda nk tukar ncd skali.. biasanya tempat jual kete boleh uruskan semua ni. Maka ncd kereta lama anda secara automatic-nya jadi kosong "0" .
info yang sangat berguna.. terima kasih penulis...
Wow!..............
terbaik bro . A to Z . :)