Pin It

Widgets

PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

14 comments


PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING

( Sebarang maklumat di bawah adalah hasil analisa penulis. Kemungkinan terdapat kesilapan maklumat, boleh maklumkan dengan komen sebarang penambaikkan dan cadangan)





1. Lulus Temuduga oleh SPP anda akan diLANTIK jawatan DG41 (ada surat pengesahan Lantikan). Sistem terdahulu anda diLANTIK jawatan DC41 tetapi mulai tahun ini terus dilantik jawatan DG41.

2. Sebelum ini
semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST)  dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa  jenis Ijazah pun. Tangga gaji pada masa ini sama. Tetapi pemansuhan GST anda akan terus ke  
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. Anda dapat lihat pada keputusan temuduga SPP menunjukkan gred jawatan anda ialah DG41.

3. Perbezaan DC41 dan DG41

(a) Sebelum ini
lantikan ke PPPS DG41 perlu temuduga dengan SPP terlebih dahulu. Selepas temuduga akan dapat surat lantikan (kalau lulus) dan  akan dinyatakan nama dan gred jawatan, tangga gaji dan selepas tu tempoh pengesahan jawatan adalah selama 1-3 tahun. Antara syarat nak “confirm” kena lulus KISSM dan dah lulus BTN.  Masa temuduga SPP ini akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru besar/pengetua ada dalam borang itu.

(b) DC41 rugi  dari segi senioriti. Contoh katakan kita posting tahun 2012. Tapi tidak lulus temuduga. Jadi kena atend temuduga baru,  sepanjang masa kita bertugas sebelum temuduga kali pertama itu tidak dikira dari segi ganjaran.
(b) DC41 Elaun Rumah tidak diberi (akan diberi kemdian dengan tunggakan). Berbanding DG41 kita layak menerima kenaikan tangga gaji dan semua elaun.

4. Dapat surat penempatan oleh KPM. Lapor diri.

5. Manakala temuduga bagi PENGESAHAN jawatan oleh SPP dimansuhkan berbanding sebelum ini mesti temuduga sekali lagi untuk PENGESAHAN jawatan. Untuk Pengesahan Jawatan beberapa perkara yang anda perlu tahu ialah ;

Rujukan =
PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
BILANGAN 2 TAHUN 2010

SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Pegawai yang diperakukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) telah menjalani tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun;
(b) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Induksi;
(c) lulus peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
-Seseorang pegawai dalam percubaan hendaklah memenuhi semua syarat PDP bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatannya.
- Apabila pegawai mendapati beliau layak untuk diperakukan PDP tetapi Ketua Jabatan gagal berbuat demikian, maka pegawai itu  boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan mengikut peraturan 27(3) P.U. (A) 176/2005 dengan mengemukakan dokumen berikut dan satu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan:

(a) borang PDP atas permohonan pegawai seperti LAMPIRAN A;
(b) senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah;
(c) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini;
(d) salinan sijil Kursus Induksi; dan
(e) salinan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan.

Rujukan :
TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
BERDASARKAN PERATURAN 27(3) PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN
PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005

_______________________________________________________________________________________________

6. 
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
KISSM ni adalah kursus yang anda kena attend, dan ada penilaian akan dibuat semasa anda menjalani kursus ni. Kalau nak baca lebih lanjut tentang KISSM, korang kena check entri aku yang terdahulu tentang KISSM.
Nak tahu apa maksud Kursus Induksi (KISSM) ? Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dikenali sebagai KISSM. Kursus ni penting, dan wajib bagi semua pegawai baru yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam sebelum mereka disahkan dalam jawatan. 

Tujuan utama Kursus Induksi (KISSM) ? Kursus ni diadakan untuk memastikan pegawai baru bekerja dapat memberikan perkhidmatan terbaik , cemerlang serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kerja. 


7. KWSP Atau Pencen?

-
Hanya selepas PENGESAHAN jawatan, baru boleh pilih skim KWSP atau Pencen. Sebelum itu KWSP akan dipotongAutomatik potong KWSP 11%.
- Sebagai panduan pada akhir artikel akan diterangkan cara pengiraan kedua-dua SKIM ini.



___________________________________________________________________________________

8. Panduan Mengenai Sifir Gaji dan Elaun


- Penetapan gaji permulaan bagi Skim Perkhidmatan PPP Siswazah Gred DG41 mengikut nilai taraf kelayakan seperti berikut:-

* Anda perlu berhubung baik dengan kerani sekolah yang menguruskan mengenai gaji dan elaun. Sekiranya kerani baik mereka akan bertanya dan maklumkan  kepada anda borang-borang yang perlu diisi tetapi terdapat juga kerani yang diam dan menunggu anda sendiri ambil inisitif bertanya kepada mereka.

(a) Anda perlu tahu anda dalam kategori P1T? . Lihat Jadual di bawah.



Jika konfius lihat kembali nilai Ijazah anda di ;
http://pengiktirafan.jpa.gov.my

- Kekeliruan tangga gaji berdasarkan ISMP ;

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik & Vokasional ( Dalam skrol tiada ditulis Kepujian)

Tetapi boleh lihat jika ianya setaraf dan terdapat surat /pekeliling maka anda masih layak dapat PIT4.

Contoh :


(b) Sifir Gaji terbaru SSM + (Penambaikkan 2012)



SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012

PERUBAHAN PENETAPAN GAJI PERMULAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN JADUAL GAJI MINIM - MAKSIMUM MENGGANTIKAN GAJI MATRIKS



(c) Jenis ELAUN

1) Imbuhan Tetap
2) Bayaran Insentif
3) Bayaran Balik Perbelanjaan.

___________________________________________________________________________________

- TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA


Sila Ke LInk di bawah untuk maklumat lanjut ;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-tambang-perjalanan-bagi.html

___________________________________________________________________________________



- ELAUN ( IMBUHAN TETAP) Bagi DG41

(a) Bantuan Sara Hidup/ Cost Of Living Allowance (COLA)
Cost of living allowance (COLA). Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

Rujukan :
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007
JPA(BGE)(S)63/145/1-2(47) bertarikh 19 Disember 2008
JPA(BGE)(S)63/145/1-2(48) bertarikh 19 Disember 2008
JPA(BGE)(S)63/145/1-2 (67) bertarikh 8 April 2009
JPA(S)63/57/2 Klt. 8 (97) bertarikh 8 Februari 2010
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012


Syarat : Bantuan Sara Hidup diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan mereka tertakluk syarat-syarat berikut:
(i) Pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan.
(ii) Pegawai lantikan tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran.
(iii) Pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri sama ada cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji dan yang mengikuti kursus.
(iv) Pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti kursus/ cuti belajar jangka panjang mengikut lokasi institusi pengajiannya.
(v) Dibayar mengikut tempat kerja pegawai (pejabat) atau institut pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar.
(vi) Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau
(vii) Rumah Kerajaan melebihi 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar penuh.

Kadar :

Bil. 
Kawasan
Kadar Sebulan (RM)
1.
Kawasan A
300.00
2.
Kawasan B
250.00
3.
Kawasan Lain
150.00
  






* Kawasan A/B adalah berdasarkan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Lampiran.

Tarikh Kuat Kuasa : 1 April 2012


KAWASAN A

Negeri
Dewan Bandaraya/ Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Perbadanan
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya
Pulau Pinang
Pulau Pinang dan Seberang Perai
Selangor
Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya
Johor
Johor Bahru


 KAWASAN B 

Negeri
Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran
Johor
Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai, Muar dan Pasir Gudang
Kedah
Alor Setar, Kulim, Langkawi dan Sungai Petani
Kelantan
Kota Bahru
Melaka
Alor Gajah dan Bandar Melaka
Negeri Sembilan
Nilai, Port Dickson dan Seremban
Perak
Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan
Pahang
Bentong, Kuantan dan Temerloh
Perlis
Kangar
Terengganu
Kemaman, Kuala Terengganu dan Dungun



Pegawai yang layak menerima BSH adalah seperti;

a). Pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan;
b). Pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran, dan
c). Pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri.

Pegawai yang TIDAK LAYAK menerima BSH adalah seperti berikut;

a). Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi;
b). Pegawai memangku jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi;
c). Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah;
d). Pegawai yang diperuntukan perumahan kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat);
e). Pegawai yang berkhidmat diagensi yang diasingkan pegurusan saraannya;
f). Pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta;
g). Pegawai yang bercuti tanpa gaji genap satu bulan kalender tidak layak bagi bulan berkenaan; dan
h). Pegawai yang diluluskan cuti belajar di luar negara melebihi satu tahun.


(b) KADAR IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM  (ITKA)
Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA). Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.
ITKA bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45 adalah ditetapkan seperti berikut:
(a) Pegawai Gred 41 dan 42


KADAR SEBULAN (RM)
SEMASA
BARU
300.00*
170.00
300.00


* Kadar ITKA RM300 sebulan diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.



Tarikh Kuatkuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006.

Rujukan :
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2005
PINDAAN IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM BAGI PEGAWAI GRED 41 DAN 42 SERTA GRED 45


(c) KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)

Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 hingga Gred 44 di bawah Sistem Saraan Malaysia adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 Hingga Gred 44

Gred               Kadar Baru (RM/ Sebulan)
43 dan 44                       400
41 dan 42                       250

TARIKH KUAT KUASA

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008.

Rujukan :
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007
PINDAAN KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN

___________________________________________________________________________________


CONTOH PENGIRAAN GAJI


Jika Mengambil kira Gaji Basic (P1T4 ) + COLA (Luar Bandar – Marang ) + ITKA + ITP


RM2222.94 + RM150.00 + RM300.00 + RM250.00 = RM2922.94



___________________________________________________________________________________

ELAUN ( Bayaran Insentif)


Elaun-Elaun yang mungkin anda nikmati ;



Bayaran Insetif Subjek Pendidikan (BISP)

Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, English For Sceince Teknology (EST) dan Teknologi Maklumat (IT).

(Pek. Perkhidmatan Bil. 3/2003 & Ruj. KP (PP)0053/7/ ( ) Bth: 8.7.2003

8.1 Bayaran ini diluluskan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris.

8.2 Pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat yang meliputi beberapa aspek seperti berikut :-

8.2.1 Syarat Kelayakan bagi PPP Siswazah dan PPP Lepasan Diploma

1) Syarat Kelayakan Opsyen
i) Opsyen subjek Sains atau Matematik atau Bahasa Inggeris

ATAU

ii) Mengajar 3 tahun berturut-turut (Jadual Waktu Mengajar)
Contoh : Jadual Waktu Mengajar Tahun 2002, 2003 dan 2004 – BISP dibayar pada Tahun 2005

ATAU

iii) Diperakukan oleh Guru Besar/ Pengetua (Format A serta Sijil Kursus kerna telah menghadiri kursus pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkaitan).

2) Syarat-syarat Kelayakan Mengajar
Jadual Waktu Mengajar (Mengajar subjek Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris mengikut peruntukan waktu minima)

3) Syarat Penguasaan Bahasa Inggeris
i) Opsyen bahasa Inggeris (Sijil Perguruan/Ijazah) ATAU
ii) Sijil tamat Pendidikan Menengah atau tertiari dalam Bahasa Inggeris (MCE/HSC) ATAU
iii) Kepujian Bahasa Inggeris (SPM/SPMV/) ATAU
iv) Memiliki Sijil Kursus Bahasa Inggeris peringkat Antarabangsa atau dalam negeri atau lain-lain institusi berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran. Sijil tersebut diperakuai dan disahkan oleh Ketua Jabatan ATAU
v) Hadir dan memperolehi Sijil Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institusi yang diiktiraf ATAU
vi) Sijil Pengajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (Etems)

8.2.2. Syarat kelayakan bagi Pengetua/Guru Besar dan semua Penolong Kanan

1. Syarat Kelayakan Opsyen
Opsyen subjek Sains atau Matematik atau Bahasa Inggeris

2. Syarat kelayakan Mengajar
Sama seperti para 8.2.1

3. Syarat Penguasaan Bahasa Inggeris
Sama seperti para 8.2.1

8.2.3 Kadar dan Kriteria Pembayaran

i) 5% daripada gaji pokok bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
ii) 10% daripada gaji pokok bagi Peg. Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
iii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik secara tetap/Sementara/Kontrak (termasuk pegawai bertaraf kontrak dari luar negara) layak dibayar insentif ini.
iv) Layak mendapat satu bayaran BISP sahaja samada Pengajaran subjek Sains atau Matematik dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris.

8.2.4 Pegawai Tidak Layak Menerima Bayaran Insentif Subjek Pendidikan

i) Pegawai menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)
ii) Pegawai bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji)
iii) Pegawai bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji)
iv) Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan
v) Cuti haji, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari berturut-turut.

8.2.5 Dokumen Sokongan

i) Sijil Perguruan / Diploma / Ijazah yang berkaitan
ii) Lampiran B (Format Perakuan BISP)
iii) Jadual Waktu Mengajar
iv) Sijil Kursus yang berkaitan
v) Sijil Etems
vi) Format A (Format Perakuan)


Elaun Wilayah (EW)

- layak bagi pegawai dari Sabah/Sarawak/Labuan.
- Ibu bapa pegawai lahir di sana.
- Ikut kadar 12.5% - 25%. (P.P.Bil.7/2007)
- Surat beranak ibu/ bapa diperlukan
- Jika suami dan isteri dari sana (salah seorangsaja layak)
- Tidak layak BSH

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1998 & Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12/2001)

 Syarat-syarat Kelayakan;

i) Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan atau ditempatkan di Semenanjung atau

ii) Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak atau

iii) Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat di Sarawak dan pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat disabah (termasuk Labuan).

Kadar Bayaran

Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Pemangkuan)
Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima
RM4839.66 dan ke atas
12.5%
RM4839.65 – RM2852.84
15%
RM2852.83 – RM1427.07
17.5%
RM1427.06 – RM871.68
20%
RM871.67 – RM623.63
22.5%
RM623.62 dan ke bawah
25%

Pegawai yang berkelayakan untuk dibayar Elaun Wilayah

i) Pegawai yang telah dilantik Tetap
ii) Guru sandaran Terlatih

Dokumen sokongan yang diperlukan

i) Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa Pegawai
ii) Sijil Kelahiran Pegawai
iii) Surat akuan Sumpah

(Bagi tujuan mengistiharkan wilayah yang dipilih samada mengikut wilayah asal ibu atau wilayah asal bapa)


Elaun Perumahan Wilayah (EPW)



PANDUAN PEMBERIAN ELAUN PERUMAHAN

WILAYAH BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

Peraturan

1.1 Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar Wilayah layak diberi Elaun Perumahan Wilayah (EPW).

Takrif Pegawai Yang Bertukar Wilayah

2.1 pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung; atau

2.2 pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak; atau

2.3 pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sarawak dan pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan).

Takrif Berasal

3.1 Berasal ditentukan berasaskan asal pegawai dengan memberi perhatian kepada asal ibu dan bapa pegawai, iaitu -

(i) Pegawai dan ibu bapa yang dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah berkenaan;
(ii) Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah atau tempat lahir ibu bapanya;
(iii) Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang berbeza boleh memilih untuk menentukan Wilayah asalnya berdasarkan tempat lahir ibu atau bapanya; dan
(iv) Jika terdapat kes-kes selain daripada (i), (ii) dan (iii) di atas bolehlah dikemukakan kepada JPA untuk dipertimbangkan.

Pegawai Yang Tidak Layak

4.1 Pegawai yang bertukar Wilayah tidak layak EPW dalam keadaan berikut:-

(i) menduduki rumah kerajaan (termasuk menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isteri);
(ii) pegawai yang membeli rumah dalam stesen dengan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan;
(iii) pegawai bercuti tanpa gaji; dan
(iv) pegawai berkursus melebihi 3 bulan.
 


(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2001)

i) Elaun Perumahan Wilayah dibayar kepada Pegawai mulai dari tarikh pegawai melaporkan diri di Wilayah baru.
ii). Penggantian kemudahan Kadar Sewa Rumah bagi Pegawai yang bertukar wilayah.

Syarat-syarat Kelayakan

i). Pegawai yang dibayar EPW tidak Layak Imbuhan Tetap Perumahan
ii). Pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih sama ada menerima EPW atau ITP
iii). Pegawai yang menduduki rumah kerajaan tidak layak EPW dan tidak layak ITP (rumah diperuntukan kepada pegawai secara perseorangan atau secara berkongsi).
iv). Pegawai yang menduduki rumah kerajaan yang diperuntukan kepada suami atau isteri tidak layak EPW tetapi layak ITP
v). Pegawai suami dan isteri tidak menduduki rumah kerajaan boleh dibayar ITP. Walau bagaimanapun salah seorang boleh memilih EPW.
vi). Guru Sandaran Terlatih/Tidak Terlatih layak dibayar EPW.

Pegawai tidak layak dibayar Elaun Perumahan

i). Pegawai yang bercuti tanpa gaji
ii). Pegawai yang telah membeli rumah dalam stesen pegawai berkhidmat dengan pinjaman perumahan kerajaan
iii). Pegawai yang menghadiri kursus melebihi 3 bulan
iv). Pegawai yang bertukar wilayah yang dibenarkan menduduki hotel melebihi tempoh yang ditetapkan akan kehilangan secara proportionate EPW bagi tempoh tambahan yang beliau tinggal di hotel.
Dokumen Sokongan

Sama seperti kelayakan Elaun Wilayah.


Elaun Warden

- Layak jika dilantik menjadi warden.
- Jika tinggal dibangunan kerajaan (tidak layak ITP layak bayaran perumahan khas.)
- Warden – RM240.00
- Ketua Warden– RM280.00
Jika pegawai duduk di kuaters (rumah sewa) kerajaan :
ELAUN YANG LAYAK DIBAYAR
1. Elaun Warden
2. Elaun Wilayah
3. ITKA
ELAUN YANG TIDAK LAYAK DIBAYAR
1. Elaun Perumahan Wilayah
2. BSH
3. BPK – 50% (separuh dari ITP)
KELAYAKAN ELAUN BAGI PEGAWAI YANG TINGGAL DI SEMENANJUNG :
1. Elaun Warden
2. ITKA
3. BPK – 50% (separuh dari ITP)
4. BSH – 50% (separuh)

          
(Pek. Perkhidmatan Bi. 3/1997)

9.1 Menerangkan tatacara perlantikan Warden Asrama di Sekolah-sekolah, Maktab-Maktab Perguruan dan Politeknik-Politeknik

Peraturan-peraturan Lantikan Warden / Ketua Warden

i) Bilangan Warden Asrama yang boleh dilantik oleh pihak Sekolah / Maktab / Politeknik adalah berasaskan bilangan murid yang tinggal diasrama. Tiap-tiap asrama mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang Warden.

ii) Bilangan Warden Asrama yang layak dilantik adalah seperti berikut :-
Asrama murid biasa - Seorang Warden bagi setiap 50 orang murid
Asrama murid cacat - Seorang Warden bagi setiap 20 orang murid

iii) Sekiranya sesebuah asrama mempunyai 190 murid, warden yang layak dilantik secara rasmi adalah 3 orang.

iv) Asrama yang mempunyai tidak kurang dari 5 orang warden maka salah seorang bolehlah dilantik sebagai Ketua Warden.

v) Warden Asrama atau Ketua Warden Asrama seboleh-bolehnya hendaklah tinggal di asrama atau dipersekitaran kawasan Sekolah/ Maktab/ Politeknik dimana boleh dihubungi jika berlaku kecemasan

Pegawai Yang Layak Dilantik Sebagai Warden / Ketua Warden

i) Perlantikan Warden Asrama diberi keutamaan kepada anggota akademik seperti Guru atau Pensayarah.
ii) Jika tiada calon dari kalangan mereka, maka anggota bukan akademik boleh dicadangkan dengan syarat tidak menjejaskan perlaksanaan tugas mereka.

Contoh : Pembantu Tadbir (Operasi/Perkeranian) dan Penyelia Asrama

Kuasa Meluluskan Permohonan

1) Permohonan lantikan Warden / Ketua Warden Asrama bolehlah diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing seperti berikut :

i) Asrama bagi sekolah-sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Pendidikan Khas
- Kuasa meluluskan ialah Pengarah bahagian Sekolah-sekolah

ii) Asrama Politeknik dan Sekolah Teknik/Vokasional
- Kuasa meluluskan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

iii) Sekolah-sekolah Harian Berasrama
- Kuasa meluluskan ialah Pengarah Pendidikan Negeri

Kadar Bayaran Elaun Warden

i) Elaun Ketua Warden Asrama - RM280.00 sebulan
ii) Elaun Warden Asrama - RM240.00 sebulan

9.2 Mendiami Rumah Warden / Bilik Warden

Warden yang mendiami rumah-rumah Warden atau bilik-bilik Warden diasrama adalah tidak layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan tetapi layak dibayar Bayaran Perumahan Khas.


Bayaran insentif mengajar kanak-kanak pendidikan khas (cacat penglihatan,pendengaran dan masalah pembelajaran) (BIMKC)

- sepenuh masa guru pendidikan khas.
- Ada sijil pendidikan khas/kursus 12 bulan/kursus 12 jam.
Elaun Khas (Tidak Berpencen) Kepada PPP Yang bertugas Sepenuh Masa Di Dalam Pendidikan Khas Kanak-Kanak Cacat Penglihatan Dan Cacat Pendengaran.

(Pek. Perkhidmatan Bil. 1/1989)

Pemberian elaun khas ini diluluskan kepada semua guru-guru pendidikan khas yang terlibat secara langsung dengan mengajar murid-murid cacat penglihatan dan cacat pendengaran secara sepenuh masa.

Pegawai yang layak dibayar Elaun Khas

i) Pengetua/ Guru Besar dan Penolong Kanan yang bertugas di sekolah-sekolah pendidikan khas.
ii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di sekolah-sekolah pendidikan khas samada mempunyai sijil khas ataupun tidak
iii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mempunyai sijil khas yang mengajar sepenuh masa di kelas-kelas percantuman disekolah-sekolah harian
iv) Pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas yang bertugas didalam bidang pendidikan khas.

Pegawai Yang tidak Layak Dibayar Elaun Khas

i). Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas dikementerian dan Jabatan pendidikan Negeri walaupun mempunyai Sijil Kelayakan.
ii) Guru Sandaran Tidak Terlatih

Kadar Bayaran

Kadar Bayaran Insentif mengajar Kanak-kanak bermasalah ialah sebanyak RM100.00 sebulan.

Dokumen Sokongan

i. Sijil Perguruan/ Diploma Pendidikan Khas
ii. Surat Pengesahan Daripada Pengetua/ Guru Besar Pegawai mengajar kelas Pendidikan khas.
iii. Jadual Waktu Mengajar


Bayaran Insentif Pedalaman (BIP)

– Kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan bekalan elektrik) dan kemudahan awam (tiada kemudahan awam, telefon dan kemudahan perubatan)
- 10 % daripada gaji pokok
Diarah secara bertulis berkhidmat dikawasan pedalaman
Tinggal menetap dikawasan pedalaman
Berkhidmat dalam tempoh 1 bulan kalendar atau lebih di kawasan pedalaman

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2000)

3.1 Kriteria untuk menentukan sesuatu kawasan terpencil mengikut keperihalan negeri masing-masing sebagai kawasan pedalaman adalah seperti berikut :-

i) Kemudahan Asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan bekalan elektrik)
ii) Kemudahan Awam yang tidak sempurna (tiada pengangkutan awam, telefon awam dan kemudahan perubatan)

Syarat-Syarat Kelayakan

3.2. Anggota Perkhidmatan Awam (termasuk kontrak, anggota sambilan, anggota sangkut, anggota sementara dan anggota sandaran) yang telah diarahkan bertugas di kawasan pedalaman dan memenuhi semua syarat seperti berkut:-

i) Diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman
ii) Tinggal menetap di kawasan pedalaman
iii) Berkhidmat selama tempoh satu bulan kalender atau lebih dikawasan pedalaman.

Dokumen sokongan

i) Surat arahan pertukaran
ii) Surat pengesahan daripada Pengetua atau Guru Besar.

Kadar bayaran

3.3. Elaun Pedalaman dibayar atas kadar 10% daripada gaji bulanan anggota berkenaan.



Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

P = Pedalaman Tahap 1, 2 dan 3
P1-RM1500, P2-RM1000 dan P3-RM500


Bayaran Insentif Wilayah (BIW)

Jika anda berasal dari Semenanjung dan ditempatkan di Sabah dan Sarawak, anda akan mendapat elaun ini dengan kiraan 17.5% dari gaji kasar anda.

Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2000

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1997
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987

Lingkungan Gaji
(termasuk Elaun Pemangkuan)
Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima
RM4340.60 dan ke atas
12.5
RM4340.50 – RM2534.40
15
RM2534.39 – RM1283.70
17.5
RM1283.69 – RM778.80
20
RM778.79 – RM553.30
22.5
RM553.29 dan ke bawah
25



Elaun Gangguan

i) Elaun Gangguan adalah dibayar di atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai.
ii) Kadar yang layak akan ditentukan apabila pegawai berkenaan ditukarkan balik ke wilayah asalnya.

Contoh : a) Pegawai yang berasal dari semenanjung bertukar ke Sabah atau Sarawak kemudian berpindah semula ke Semenanjung.

b) Pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak bertukar ke Semenanjung dan kemudian ditukarkan semula ke Sabah atau Sarawak.

iii) Elaun gangguan juga boleh dibayar secara pendahuluan iaitu sebanyak 50% daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai sebelum pegawai bertukar ke wilayah asalnya.

iv) Bagi pegawai suami isteri yang bertukar ke wilayah yang sama salah seorang daripada mereka dibenarkan untuk membuat tuntutan berdasarkan pegawai yang menerima gaji yang lebih tinggi.

Dokumen Sokongan

i) Surat Arahan Pertukaran

ii) Surat Pengesahan Daripada Pengetua atau Guru Besar samada pernah dibayar Elaun Gangguan 50% atau belum.

Bayaran Insentif Kritikal (BIK)

Subjek Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan.
Mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan.
Mengajar 15 waktu seminggu subjek tersebut.



(Pek. Perkhidmatan Bi. 9/1991)

Bayaran Elaun Kritikal diberi kepada anggota dalam Perkhidmatan Kritikal kecuali anggota dalam Kumpulan pengurusan tertinggi.

Syarat-syarat kelayakan

i) Pegawai yang bertugas di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Guru dan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mempunyai kelayakan serta mengajar atau menggunakan kelayakan tersebut dalam menjalankan tugas.

ii) Pegawai-pegawai yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (berbagai bidang) atau
iii) Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta pendidikan ( berbagai bidang kejuruteraan) atau
iv) Mengajar matapelajaran kejuruteraan

Pegawai tidak layak menerima Elaun Kritikal

i) Bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji)
- Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tanpa gaji

ii) Bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji)
- Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti separuh gaji

iii) Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan.
- Bayaran diberhentikan bagi tempoh kursus

iv) Bercuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut
- Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tersebut

v) Cuti Haji, Cuti bersalin dan cuti sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut
- Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tersebut

 Kadar bayaran

i) PPP Siswazah Gred DG41 – 5% dari gaji Pokok
ii) PPP Lepasan Diploma DGA29 – 10% dari gaji Pokok

Dokumen Sokongan

i) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
ii) Surat Pengesahan Dari Pengetua mengajar matapelajaran kejuruteraan. iii) Jadual Waktu Mengajar  

Elaun Balik Kampung

Rujukan =
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2008
KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL
BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH


Bayaran Perumahan Khas

(Pek. Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002)

Diberi kepada pegawai yang diperuntukan Rumah Khas Jabatan, Rumah Khas Jawatan dan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan

i) Diberi kepada pegawai yang menduduki Rumah Khas Jabatan seperti Pengarah dan Pengetua. (Lampiran A)
ii) Diberi kepada pegawai yang menduduki Rumah Khas Jawatan seperti Pengetua, Guru Besar dan Warden Asrama (Lampiran A)
iii) Warden Asrama yang diperuntukan bilik Khas didalam kawasan sekolah/institusi Pendidikan.
iv) Pegawai yang menduduki rumah yang diperuntukan tidak menyewakan rumah sendiri.

Pegawai yang Tidak Layak Menerima Bayaran Perumahan Khas

i) Pegawai yang diperuntukan rumah khas jawatan atau rumah khas jabatan tidak mendiami rumah tersebut.
ii) Pegawai yang diperuntukan rumah biasa kerajaan.
Kadar Bayaran Perumahan Khas

Dibayar sebanyak 50% daripada kelayakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan.

Dokumen Sokongan

i) Surat Perlantikan sebagai Pengetua/Guru Besar/warden
ii) Perakuan kemasukan Rumah Khas Jawatan atau Rumah Khas Jabatan
iii) Surat Pengesahan Dari Pengetua / Guru Besar
iv) Surat pengesahan dari Ketua Jabatan memperakui pegawai tidak menyewakan ruma sendiri.


Elaun Pakaian Panas.

Syarat-syarat kelayakan

- Seseorang pegawai tetapi tidak termasuk pegawai yang berkhidmat di luar negeri yang tertakluk kepada arahan yang berasingan adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas.
- Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar negeri atau selewat-lewatnya tiga bulan selepas pulang dari luar negeri.
- Pegawai dikehendaki bertugas di luar negeri yang beriklim sederhana sejuk atau sejuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun.

Kadar Bayaran

- Kadar tututan adalah sebanyak RM1500.00.

Dokumen Sokongan

- Surat Kelulusan menuntut elaun pakaian panas
- Surat arahan menjalankan tugas


ELAUN ( Bayaran Balik Perbelanjaan)

- elaun makan, elaun harian, elaun lojing, elaun pakaian panas, elaun pakaian istiadat,bayaran balik pasport,bayaran balik lesen memandu,bayaran balik letak kereta, dan berbagai lagi.
___________________________________________________________________________________

- Panduan Pengiraan KWSP atau PENCEN


Ringkasan


- KWSP (Potong bulan2 dari gaji, bila dah tamat perkhidmatan boleh ambil semua simpanan),


- Pencen (Automatik KWSP tiada,bila tamat perkhidmatan dapat bayaran pencen setiap bulan)


OPSYEN KWSP/SKIM PENCEN


Pegawai perlu tandatangan borang opsyen. (Lampiran ‘A’)

Pilihan adalah muktamad.

Jika pilih KWSP

- dapat caruman KWSP kesemuanya
- dapat wang tunai gantian cuti rehat (GCR)

FORMULA PENGIRAAN GCR :


1/30 X cuti rehat dikumpul x gaji akhir + imbuhan tetap

Contoh : CRehat dikumpul = 120 hari
gaji + imbuhan tetap = RM5736.63
1/30 x 120 hari x RM5736.63 = RM22,946.51

Jika memilih Skim Pencen

- dapat Ganjaran Perkhidmatan (GP)
- pencen Bulanan (PB)
- wang tunai gantian cuti rehat
- kemudahan rawatan perubatan

FORMULA PENGIRAAN GP :


7.5% X Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir

Contoh : tempoh perkhidmatan = 30 tahun
gaji akhir DG44 = RM4936.63
7.5% X 30 tahun X RM4936.63 = RM133,289.01

FORMULA PENGIRAAN PB :


1/600 X Bulan Perkhidmatan x Gaji Akhir

Contoh : tempoh perkhidmatan = 30 tahun
gaji akhir DG44 = RM4936.63

1/600 x 360 bulan x RM4936.63 = RM2961.97 sebulan


FORMULA PENGIRAAN GCR :


1/30 X cuti rehat dikumpul x gaji akhir + imbuhan tetap

Contoh : CRehat dikumpul = 120 hari
gaji + imbuhan tetap = RM5736.63
1/30 x 120 hari x RM5736.63 = RM22,946.51

___________________________________________________________________________________

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:


Kenaikan gaji setiap tahun. Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ad
a kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.
  1. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan. Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.
  2. Cuti tahunan mengikut kelayakan. Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.
  3. Cuti bersalin. Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!
  4. Pinjaman perumahan. Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.
  5. Caruman KWSP atau pencen. Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua – duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..
  6. Bersara pada umur 58 tahun. Anda mengeluh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?
  7. Peluang kenaikan pangkat. Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..
  8. Peluang melanjutkan pelajaran. Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.
  9. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

    Kemudahan Baru Dan Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Sehingga April 2012
BIL.
NAMA
RUJUKAN
KADAR (RM)
KUAT KUASA
1.
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2010
RM3,000.00
15 Oktober 2010
2.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010
300 hari bergaji penuh sepanjang tempoh perkhidmatannya(Minimum 60 hari dan maksimum 90 hari setiap kali bersalin)
15 Oktober 2010
3.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2007.
Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan
1 November 2002
4.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 29 Tahun 2009.
Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan
30 Disember 2009
5.
JPA(SARAAN)262/10-2 Jld. 3 (37) bertarikh 2 Julai 2009
14 hari setahun
1 November 2002
6.
JPA(SARAAN)(S)223/8/5-1(6) bertarikh 29 September 2010
Kelas rumah yang disediakan ialah Kelas A
29 September 2010
7.
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2010
Kadar adalah mengikut gred/jawatan
1 Ogos 2010
8.
JPA(S)187/20 Klt.7(39) bertarikh 30 November 2010
Kadar premium untuk insurans kesihatan akan ditentukan oleh syarikat penanggung insurans yang dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tempat dan tempoh lawatan tersebut.
30 November 2010
9.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2011
RM140.00 sehelai sebanyak 2 helai bagi setiap tempoh 3 tahun perkhidmatan
1 April 2011
10.
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011
Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan
1 Januari 2011
11.
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011
Kadar adalah mengikut gaji bulanan hakiki (RM)
1 Januari 2011
12.
JPA(SARAAN)(S)264/15/16-4 Jld.8(60) bertarikh 21 April 2010
Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan
1 November 2009
13.
JPA(S)223/8/3 Klt. 15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010
Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan
21 Oktober 2010
14.
JPA SARAAN (S) 187/24-2 Jld.9 (55) bertarikh 6 April 2012
Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan
1 Februari 2012



PANDUAN AM GURU

Sila ke link di bawah ini ;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-am-untuk-guru.html


Sekian, Terima kasih.


Semoga bermanfaat.

14 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous
  5. Anonymous
  6. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.