Pin It

Widgets

LAPORAN PENUH GGIM


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

6 comments

LAPORAN PENUH GGIM


Mesyuarat Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) bersama
Timb. Menteri Pelajaran 1 YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
untuk perbincangan PERMASALAHAN DAN ISU PENEMPATAN Graduan ISMP

Tarikh      :    18 April 2012 (Rabu)
Tempat    :    Kompleks Kementerian Pelajaran Malaysia
Masa        :    3.00 Petang


Kehadiran Jawatankuasa GGIM ;

(8 Wakil)

Abdul Rahman Usman
Arahman.Usman@Gmail.Com
Penyelaras GGIM

Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
Fadzil.Mpputhm@Gmail.Com
Setiausaha GGIM

Ahmad Jamalludin Bin Ridzuan.
Sifufizik@Yahoo.Com
Exco GGIM

Muhammad 'Izzuan Hilmi B. Mohammad Nordin
Izzuannordin@Gmail.Com
Exco GGIM

Abdul Rahim B Abdullah
Putraim87@Yahoo.Com
Exco GGIM

Mohammad Sopian Zakaria
Sopian_88@Yahoo.Com
Exco GGIM

Hj. Mohd Nor Izzat Bin Hj Mohd Johari
Exco GGIM

Razali Chokarri
Exco GGIM


Usul/Agenda Wakil GGIM :

1.0 KATA ALU-ALUAN
Ucapan pembuka kata daripada pengerusi majlis.

2.0  KELEWATAN PENEMPATAN GRADUAN ISMP SELEPAS PROSES TEMUDUGA
Proses penempatan yang lambat menimbulkan tanda tanya di kalangan Graduan ISMP, apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pihak KPM sehingga berlaku kelewatan penempatan melebihi 6 bulan dari tarikh transkrip dikeluarkan.

3.0 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KPM
Kecelaruan maklumat di antara Bahagian Sumber Manusia KPM dengan SPP

4.0 STATUS GRADUAN YANG GAGAL DITEMPATKAN DALAM BULAN APRIL
Bagaimana dengan status graduan yang gagal ditempatkan pada pertengahan bulan April ini?

5.0 SOLUSI BAGI MENGATASI MASALAH KELEWATAN PENEMPATAN GRADUAN ISMP DAN LAMBAKAN 1300 GURU SAINS DAN MATEMATIK
Apakah langkah-langkah yang bakal diambil oleh pihak KPM bagi memastikan isu dan permasalahan ini tidak berulang?

6.0 HAL-HAL LAIN
a)  Status dan masa depan graduan IPTS di sektor awam, mengikut NKEA Pendidikan EPP:4 Mengembangkan latihan Guru Swasta.
b)  Usul mekanisme penempatan  graduan mengikut alamat dan kekosongan negeri.
c)  Mohon graduan ismp yang gagal ditempatkan dimasukkan dalam senarai menunggu oleh kpm bagi mengelakkan peningkatan peratusan penganguran di kalangan graduan ismp
d)  Keboleh pasaran pelajaran lepasan pendidikan di sektor lain selain pendidikan.
e) Usul khas graduan GGIM (Berkahwin) yang sama Kohort (Batch) yang telah selesai temuduga SPP untuk diberikan penempatan dalam kawasan yang sama.


Jawapan lisan ;

Panel : (1) YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
           (2) Pegawai KPM , En. Amran
           (3) Pegawai KPM, En. Aidie
       
       
Jawapan (1) YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong


1) Pihak KPM mencari jalan pragmatik bagi menyelesaikan masalah penempatan ini.

2) YB Ir. Dr. Wee Ka Siong menerangkan diberikan amanah untuk selesaikan masalah isu GSTT sebelum ini oleh TPM.

3) Tiada istilah KPM melebihkan IPGM, GSTT daripada GST.

4) Isu GSTT mempunyai sejarah yang panjang. Satu ketika dulu untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru, GSST digunapakai. Setelah berkhidmat sepert 5 hingga 6 tahun, pihak kerajaan adalah tidak bertanggungjawab jika membuang GSTT dalam perkhidmatan.

5) Pihak KPM perlu seimbangkan kebajikan  kumpulan-kumpulan ini (GSTT, GST, DPLI, KPLI).

6) Pihak KPM mempunyai perjanjian dengan KPT dalam pengurusan pengambilan guru. Satu ketika dahulu Kementerian Pelajaran Malaysian dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas pengasingan kepada dua kementerian, pihak KPM menguruskan persediaan guru sekolah rendah melalui IPGM, manakala persediaan guru sekolah menengah adalah melalui IPTA di bawah KPT. Oleh kerana IPGM adalah di bawah KPM, data adalah lebih pantas di proses untuk penempatan berbanding IPTA di bawah KPT.

7) Permasalahan penjawatan yang dihadapi oleh graduan ISMP pada tahun ini adalah berdasarkan kronologi berikut ;

(a) Proses penempatan bagi kohort petama IPGM (IPGM) lebih kurang 1400++ pada Jun 2011.
(b) Penempatan IPGM seterusnya pada 16 Januari 2012
(c) Pembekuan Jawatan bermula 1 Jun 2011 hingga 31 Disember 2011.


Rujukan lain (Bukan kenyataan YB) :
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/09/isu-permohonan-penempatan-guru-sandaran_17.html
Oleh kerana itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran hanya dapat melakukan temuduga bermula pada 30 Jan 2012 hingga 30 Mac 2012.

(d) Pembekuan Jawatan ini berkait rapat dengan pengumuman SBPA yang di umumkan dalam Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011. Oleh kerana  terdapat masalah dalam pelaksanaan SBPA, ianya tertangguh sehinggalah PENGUMUMAN SBPA BATAL dan SSM DITAMBAHBAIK pada 8 MAC 2012.

(e) Pembekuan ini bukan sahaja pada Kementerian Pelajaran sahaja tetapi melibatkan kesemua kementerian. Tetapi ianya menjadi isu yang panas kerana penjawatan bagi guru adalah paling besar berbanding kementerian-kementerian lain.

(d) Bagi mewujudkan penjawatan, akibat pembekuan, pihak KPM tidak mempunyai Anggaran Belanja Mengurus (ABM) sehingga tarikh tamat pembekuan.

8) Penjelasan YB Ir. Dr. Wee Ka Siong pada twitter mengenai lapor diri  pada 15 April 2012, ianya tidak dapat dilaksanakan oleh kerana bantahan graduan-graduan ISMP yang tidak mendapat tempat dalam kekosongan jawatan sebanyak 2660 seperti yang diumumkan. Jika ianya terus dilaksanakan maka penyelesaian sepenuhnya tidak selesai kerana baki graduan yang daripada keseluruhan graduan. Hanya 2660 jawatan sahaja mengikut kekosongan opsyen yang akan ditawarkan penempatan.

9) Bagi menyelesaikan masalah ini, permasalahan ini di bawa kepada TPM. Atas intervensi TPM , maka penyelesaian penambahan jawatan dilakukan dalam beberapa formula tertentu.

10) Berikutan keratan akhbar berkenaan lambakan guru Sains dan Matematik, bagi tahun ini graduan-graduan opsyen Sains dan Matematik tidak perlu risau kerana untuk tahun ini sahaja perkara ini di anggap selesai akan diatasi menggunakan kaedah PITO bergantung kepada sekolah. Melalui campur tangan TPM, pertambahan jawatan daripada 2660 ke semaksimum mungkin bagi keseluruhan graduan yang ditemuduga.Tetapi opsyen yang diajar bergantung kepada kekosongan opsyen di sekolah nanti.

11) Sekiranya graduan ISMP lulus temuduga maka penempatan tidak akan bermasalah.

12) Mengenai formula penyelesaian isu penempatan ISMP akan diumumkan oleh TPM sendiri dalam masa terdekat iaitu dalam bulan April. Tiada tarikh diberikan.

13) Berkenaan penempatan graduan ISMP, majoriti besar kemungkinan akan dipostingkan serentak. Kecuali sekumpulan kecil yang akan dipostingkan dalam tempoh berfasa selama 2 bulan.

14) Kemungkinan Guru Interim akan diserap masuk dalam perkhidmatan  ataupun akan diberikan notis perbehentian kemudian sebelum diberikan penempatan. Jika Guru Interim gagal temuduga, maka tidak akan mendapat penempatan.

15) Salah satu formula adalah terdapat graduan ISMP akan disalurkan kepada sekolah rendah iaitu SJKT dan SJKC bagi mengatasi permasalahn kekurangan guru di sektor itu. Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) untuk guru-guru bukan opsyen BM/BI dan mengajar mata pelajaran selain Bahasa Cina.

Rujukan lain (Bukan kenyataan YB):
http://www.nst.com.my/mobile/top-news/muhyiddin-issues-statement-on-chinese-schools-1.70881
"Sebagai contoh KPM juga telah menyemak dengan SPP dan mendapati dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam yang telah ditemuduga, terdapat seramai 105 orang yang mempunyai kelayakan BC di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, KPM telah bersetuju akan melantik mereka untuk berkhidmat di SJKC dalam tempoh yang terdekat"

16) Kebolehpasaran graduan pendidikan. Selain penyediaan penempatan oleh KPM, terdapat juga reaksi postif daripada sektor pendidikan selain bawah kerajaan seperti Sekolah Antarabangsa yang sudi menerima graduan pendidikan.

17) Masalah mengenai tempat penempatan. Telah bedepan isu ini selama 4 tahun.

18) Bergantung kepada kekosongan negeri. Contoh negeri yang kritikal Kelantan, terdapat graduan yang akan posting mengikut kekosongan opsyen tetapi amat sedikit. Dalam erti kata lain peratusan amat kecil untuk masuk ke Kelantan.

19) Akan membantu dengan budi bicara mengenai permohonan khas  usul pihak GGIM, bagi permohonan penempatan bersama oleh pasangan suami isteri yang merupakan kohort yang sama iaitu graduan ISMP sama batch yang telah ditemuduga untuk dipostingkan dalam satu kawasan. Pihak GGIM diberikan tanggungjawab untuk mengumpulkan data bagi usul ini.

20) Tetapi bergantung pada opsyen suami dan isteri dan kekosongan di tempat itu. Sebagai contoh suami asal Kelantan, Isteri asal Pahang, kemungkinan jika tiada kosong di kedua-dua buah negeri tersebut, ada kemungkinan ke negeri lain bersama-sama sepeti dipostingkan di Sabah atau Sarawak.

21) Isu seperti pengambilan satu opsyen contohnya 163 daripada 500 daripada sesebuah opsyen itu bagi kekosongan jawatan di kira telah terbatal kerana ketika itu menggunakan formula penjawatan 2660. Tetapi memandangkan penjawatan telah di tambah isu ini telah selesai.

22) Kelebihan kepada pengambilan guru pada kali ini ialah GST dimansuhkan.  Pelantikan perkhidmatan akan terus dilakukan oleh SPP. Senioriti lebih cepat berbanding guru-guru terdahulu yang terpaksa menunggu antara setahun hingga dua tahun untuk pengesahan pelantikan.

23) Kenaikan gaji akan terus dinikmati oleh graduan yang mendapat penempatan berdasarkan SMM DITAMBAHBAIK.

24) Menasihatkan tidak perlu mencari kerja kerana masa sudah suntuk, kerana tawaran penempatan akan dilakukan.


Jawapan (2) Pegawai KPM , En. Amran
      

(1) Kaedah pengambilan pada kali ini ialah, kekosongan opsyen dan yang terbaik akan dipostingkan terlebih dahulu.
(2) Opsyen yang kritikal akan diutamakan terlebih dahulu.
(3) Berfasa, yang terbaik akan ditempatkan terlebih dahulu.
(4) Pasaran terbuka, bermula 2013. Graduan Pendidikan IPTS akan berpeluang, kerana yang terbaik sahja akan dipilih tidak kira IPTA atau IPTS.
(5) Teach For Malaysia adalah kerjasama kerajaan. Mengikuti contoh negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan. Kohort pertama hanya 50 orang pada tahun ini. Tidak menjejaskan penempatan ISMP.
(6) Sekiranya gagal dalam temuduga. Tunggu untuk  temuduga seterusnya. Kebiasaannya peratusan yang gagal hanya sedikit. Kegagalan temuduga bukan berdasarkan jumlah graduan bagi opsyen tersebut tetapi bergantung kepada penilaian penemuduga terhadap persediaan menjadi guru berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Boleh cuba membuat rayuan melalui surat kepada SPP. Walaubagaimanapun perlu mohon semula dengan graduan junior yangg lain. Graduan yang gagal dalam interview kali ini perlu juga bersaing dengan graduan junior untuk penempatan seterusnya.
(7) Penempatan hanya bagi yang lulus temuduga. Bagi yang gagal, perlu memohon semula untuk temuduga. Hanya kurang 10% yang gagal dalam temuduga daripada keseluruhan.

Jawapan (3) Pegawai KPM, En. Aidie


(1) Kesukaran pelarasan kerana terdapat 12 universiti yang menawarkan pendidikan.
(2) Pihak sumber manusia menggunakan mekanisme penempatan berdasarkan kekosongan opsyen pada sesebuah negeri. Pihak KPM akan pertimbangkan penempatan berdasarkan alamat dan dipadankan dengan kekosongan opsyen pada sesebuah negeri. Sekiranya negeri tersebut penuh, ianya adalah di luar bidang kuasa dan graduan-graduan harus menerima dan akur dengan kawasan penempatan.



Kesimpulan ;


(1) Isu jumlah penjawatan selesai. Majoriti graduan  akan mendapat penempatan sekiranya lulus temuduga SPP.

(2) Perlu menunggu pengumuman TPM dalam masa terdekat iaitu dalam bulan April bagi penyelesaian menyeluruh bagi isu penempatan ini.

(3) Berkenaan tarikh penempatan, Ahli Jawatankuasa berpendapat, penempatan samaada bermula pada bulan Mei atau awal Jun. Kemudian dalam tempoh 2 fasa iaitu fasa pertama majoriti akan mendapat penempatan kemudian fasa kedua minoriti akan mendapat penempatan dalam tempoh 2 bulan selepas fasa pertama. Pihak YB dan KPM tidak menyebut mengenai tarikh penempatan tetapi berdasarkan analisa, dan komen YB semasa mesyuarat, pihak kami menjangkakan selepas sahaja pengumuman TPM dalam bulan April, maka proses penempatan akan dilaksanakan. Pihak kami akan mengambil tindakan lanjut berkenaan isu tarikh penempatan selepas pengumuman TPM.


Tindakan GGIM seterusnya ;


(1) Menunggu pengumuman TPM dalam bulan April seperti yang dijanjikan oleh YB Ir. Dr. Wee Ka Siong berkenaan penyelesaian isu penempatan.

(2) Sekiranya tiada apa-apa pengumuman oleh TPM, maka pihak GGIM akan berusaha untuk berjumpa TPM bagi status isu penempatan ini.

(3) Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan situasi dan keadaan selepas pengumuman TPM.



Disediakan oleh ;


………………………...................

Mohd Fadzil bin Abdul Hanid
Setiausaha
Jawatankuasa Gabungan Graduan
ISMP Malaysia Sesi 2011/2012
013-7107705
E-mail : fadzil.mpputhm@gmail.com

*Mendapat perkenan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa GGIM pada 12.00 a.m (20/04/2012)


_________________________________________________________________________
Jawatankuasa GGIM bergambar Kenangan Bersama YB Ir. Dr. Wee Ka Siong
selepas mesyuarat

Tweet daripada YB Ir. Dr. Wee Ka Siong semasa Mesyuarat.


________________________________________________________________________


MEMO :



Permohonan Penempatan ISMP (Sudah Berkahwin)

Sila klik link dibawah ;

Harap maklum.

6 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.