Pin It

Widgets

RMK10 - Pendidikan


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

RMK10 - Pendidikan

Bab 5 MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA

Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini berbanding dengan beberapa negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut. Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal insan berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah negara menyertai kajian ini. akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik. Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara maju dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi tumpuan kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan sektor ekonomi tersebut. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea melalui pembangunan modal insan. Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.


Rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia

Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah
Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari

  • Universiti/ Kolej
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)
Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema
 
▪ Mengarusperdanakandan memperluas TEVT
 ▪ Meningkatkan kompetensi siswazah
 ▪ Mempercepat penyusunan semula pasaran pekerjaan
 ▪ Menarik dan mengekal bakat terbaik
▪ Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada
▪ Memastikan setiapkanak–kanak boleh berjaya
▪ Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar
▪ Membuat pelaburankeataspemimpin unggul disetiapsekolah
▪ Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkanguru terbaik

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu.

 Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
 • Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;
 • Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan
• Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Penc paia ini mat mena ik. N mun apa y ng leb h mena jubk n ial h kep ntasan Republi Korea m mbang n daripa a se uah nega a yan mu nah akiba pepera gan epada negara k as besar ekon mi. Seteng h abad la u, Republi Korea yang memp nyai amai ten ga ke ja b rkos murah telah enjadikan pen idika dan pemba gunan modal insa sebagai at 198 Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta merupakan antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen sekolah menengah yang terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi manusia, malah amat penting kepada perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan. Prestasi pelajar akan terus ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan pencapaian dan peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan negara lain, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Programme for International Student Assessment (PISA) di samping meneruskan penyertaan dalam TIMSS. TIMSS dan PISA adalah dua alat pengukuran perbandingan pencapaian pelajar yang diiktiraf tinggi di peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59 negara telah menyertai TIMMS pada tahun 2007, dan 65 negara menyertai PISA pada tahun 2009. Dalam tempoh Rancangan, Kementerian Pelajaran (KPM) akan menjalankan penilaian dan kajian semula sistem pendidikan secara komprehensif dengan memberikan tumpuan khusus kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaan program pendidikan. Usaha untuk merombak sistem pendidikan akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat Falsafah ini adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan diberi kepada penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah pelajar. Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.

MEROMBAK SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DENGAN SIGNIFIKAN

Pend dika adal h satu aripada Bidang Keberhasi an Uta a N gara ( KRA). NKR pend dik n merupak n landasa dan titi permu aan da am saha me ambah aik pre tasi pelajar dalam sistem pendidi an p ringkat seko ah secara menye uruh serta m mboleh an mere a me dapat kses ke ada pendidikan yan berkualiti.Sistem pe didika adalah penti g un uk mempe kuk h daya s ing us seko ah keban gsaa akan teru diperkuk hkan bagi me jadikann a sekol h p lihan kepad semua rakya Malays a mel lui peni gkatan piaw ian dan merapatkan urang p estasi ntara sekol h kebang aan Untuk me percepa pe ambahb ikan p esta i pel jar secara be rkesan, be terusa dan menyeluruh, Ker jaan tidak a an ha ya mem eri tu mp an ke pada pemb ng un n fiz kal t tapi a an l bih men mpuka kepad aspek yan memberi mpak be ar kep da prestasi pelaj r seperti k aliti uru dan epimp nan di sekolah.

 S lara dengan pen galama pelaksana n sist m pendi ikan erbaik duni dan keper uan un uk enghasilkan ening kat n p restas i ela jar ya g signifik an, empat s rategi akan iguna akai dal m tempo Rancangan ni:

Memastikan Setiap Kanakkanak Boleh Berjaya

Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui dua pendekatan. Pertama, meletakkan sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat. Pendekatan kedua pula, menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokongan yang lebih untuk mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan, terutama bagi mereka daripada kalangan isi rumah 40% terendah. Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memainkan peranan yang besar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan potensi diri setiap kanak-kanak di Malaysia.

Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak

Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu
 • Memastikan setiap kanak-kanak boleh ggi kepa a semua pe ajar ta pa m ngira atar b lakan dan me yedia an bant an da sokonga ya g sistemati teruta a k pada mer ka y ng ketingg lan dala pem bel ja ran;
M njadikan sekolah bertanggu ng terhadap p estasi elajar. Memberik n autono i kepada beberapa aspek peng rusan s kolah ebagai g njara ke atas p ingkata sig ifika n pe ncapai an pelaja ;
Membuat pe buran bagi memba ng emimpin n unggul i se iap sekol h.Membuat pe aburan ya g besa bagi me ningkat an presta i ke impin n se olah sebagai pemangki utama per bahan m nerusi riteria p milih n yang ke at, lati an dan p ngurusan rest si yan mantap be rdasa kan pr sta si pelajar; dan
Me ngkatkan daya ta kan pr of keguruan dan meng asilkan guru terb ik.Menja ika profesion k guru n lebih menarik su aya lebih ramai in ividu berkebo ehan t nggi ermin t menyer ainya, menin katkan kualiti atihan prakti um, dan mema tapkan penguru an prestas se ta pembangu n profesio al berta af du ia yang ber erusan.
dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak kanak supaya mereka boleh berjaya. Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik ‘permata’ masa hadapan negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh Rancangan.

Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-3, program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010–2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk program ini.

Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan

Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal. 2 High Scope Perry Pre-School Study, the United States of America (2005)202 di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan program ini, peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga tahun, iaitu 2010–2012.

Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi

Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran. Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi

Program LINUS memberi tumpuan kepada intervensi awal dengan menempatkan fasilitator dan guru pemulihan terlatih di sekolah. Sehingga kini, seramai 15,500 fasilitator dan guru pemulihan telahpun dilatih.

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Kerajaan akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI akan juga memperkukuh

Program LINUS di seluruh negara bertujuan meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi murid sekolah rendah

1 Program ini memfokus kepada intervensiawal (Tahun1-3) untuk kemahiran literasi dan numerasi. Program sebelumnya hanyamenumpukan kepada kemahiranliterasi(KIA2M) ataukepada kanak-kanak diTahun4-6 (PROTIM) Meningkatkan nisbahguru pemulihan daripada seorangguru bagisebuahsekolah kepada seorangguru bagi15 murid
2 Pengurusan dan penyeliaan diturunkuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah & dipantau oleh Inpektorat Sekolah. Sebelumini, dipantau secara berpusat
3 Guru terbaik akanditempatkandi Tahun 1 dan 2 iaitu, Program LINUS (bukannya pada tahun peperiksaaniaitu, Tahun 6)
4 Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitatorkhusus(FasiLINUS)
5 15,500 guru pemulihan dan fasilitator program LINUS dilatih pada tahun 2010 Perbezaan program LINUS berbanding program sebelum ini Sasaran Pencapaian Program Literasi dan Numerasi selepas 3 tahun disekolah rendah pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar, pemantauan jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya.

Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara Menyeluruh

Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha yang menyeluruh dengan harapan dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan kepada semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah berprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen elemen berikut:
Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah: Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan
Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah: Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan, khususnya sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah

Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan positif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

Memperkenal Bai’ah atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah
Pendekatan baru dalam pengurusan pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan pengetua yang dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian semua sekolah akan dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah komposit.

Ringkasan pendekatan penarafan sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran

1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai sekolah berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program pengurusan pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya mencapai markah komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian sekolah. Program ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima ganjaran tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di samping itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Peruntukan sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam tempoh 2010-2012.

Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi. Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah institut latihan kepimpinan asas untuk warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya 14,000 orang pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh Rancangan berbanding dengan 8,000 orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan prestasi. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing pengetua akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada sekolah berprestasi rendah.

 Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik

Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam Carta 5-7. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah berprestasi tinggi berupaya menarik dan menerima hanya calon terbaik sebagai guru, meningkatkan prestasi mereka secara berterusan serta memupuk budaya berprestasi tinggi di sekolah. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan mengambil pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.

Mempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara Signifikan
Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM

Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama

Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:
 • Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi;
 • Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang;
Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini; dan
 • Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawab membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah berikut:

 • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212 satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih;
• Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;
• Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka; dan
• Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.

Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih

Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru

Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen: • Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi; • Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru; dan • Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap.

Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi

Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

Pembangunan Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong Pembangunan Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya

Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD yang menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 dan mengandungi elemen berikut:
• Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat;
 • Modul ini memberi lebih fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah; dan
• Pelbagai modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauh dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan Instrumen dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru

Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain. Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti. Satu pendekatan baru yang selari dengan amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk memastikan penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya cemerlang di sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilai guru yang menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas dan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Transformasi Keberkesanan Penyampaian

Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksanakan dengan efektif.

Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah

Penambahbaikan mekanisme penyampaian kepada sekolah memerlukan perubahan dalam proses kritikal yang memberi kesan secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru, pengurusan prestasi sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM akan melaksana ‘Service Line’ iaitu perkhidmatan khusus untuk membantu sekolah yang amat memerlukan, antaranya bimbingan, bina upaya dan kemudahan peralatan yang sewajarnya. Di peringkat prasekolah, Kerajaan akan terus mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua prasekolah awam yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan produktiviti sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan penyampaian.

Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi

Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab 216 terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip 1Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar ‘1Murid, 1Sukan’ mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.

Pendidikan Asas dan Prasekolah Swasta

Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan orang ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan di semua peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari. Kerajaan akan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran pelajar.

Perkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah

Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Insentif akan disediakan kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di luar bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini juga boleh membantu isi rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaan pendidikan prasekolah. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

 Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas

Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di Amerika ecialist chool dan pecial st  United Kingdo d n inde endent cho l di indepe dent s ho juga te ah di una pa ai d seko ah per endir an Cina di Malaysia. Ke ajaa a an memper enalkan angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam ang te pilih. ekol h Am nah adala sekola awam ang di adbir b rsam ole pihak s asta da pem mpin ekolah awa

MENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELUASKAN KEBOLEHPASARAN

 
Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan 20 universiti awam dan 26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584 institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28% dan mencecah 35% di Singapura dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27% daripada siswazah institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 29% daripada mereka pada tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi memastikan negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal. Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan kepada strategi berikut:

• Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti; dan
• Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang Berkualiti

Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECD adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiari.

Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan, empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti:
• Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar;
• Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;
• Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan industri; dan
• Memperkemas penyampaian TEVT.

Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai Pelajar

Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan bertanggungjawab untuk menyediakan panduan


 Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif

Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi. Tenaga pengajar yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh dinaikkan pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri yang berpengalaman tinggi dan mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja akan digalak menjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan, dan syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat pertengahan akan dihapuskan. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan membantu untuk memastikan tenaga pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.

Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri. Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun. Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.

Mempertingkat dan Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan Keperluan Industri

Pembangunan kurikulum TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan keupayaan, kapasiti dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian TEVT. Langkah akan diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum, mengurangkan kos pembangunan kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengan keperluan terkini industri. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi untuk membangun dan menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun 2011. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan. Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan literasi dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran asas ini penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja. Di samping itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap kualiti latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM, Diploma Teknologi dan Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM akan diguna pakai sebagai persijilan kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh pengiktirafan sijil TEVT: • Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM dengan kesemua sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012; • Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan • Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011. Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran dan teknologi. Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat untuk membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut ini berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan pengurusan Jepun. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT dan mengelak pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan memperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

Memperkemas Penyampaian TEVT

Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi TEVT awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi. Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi awam dan swasta akan diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT akan menjadi asas kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di institusi TEVT swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan di institusi TEVT awam dan swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun 2008. Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan juga akan disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000 pelajar tercicir akan mendapat manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihan dan menetapkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di tempat kerja. Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228 sebahagian daripada pendidikan formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan:
Persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tempat kerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik melalui pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang diperoleh akan meningkatkan kebolehpasaran;
 • Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja. Majikan mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru memudahkan mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan
 • Sumbangan produktif. Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada majikan, ini menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui SLDN, pekerja industri yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai pembimbing kepada perantis. Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih untuk memberi latihan yang berkesan di tempat kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk melatih pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih pembimbing dan tenaga pengajar.

Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki Pasaran Pekerjaan

 
Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja yang berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli profesional, agen paten dan usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasi dan membangunkan teknologi. Usaha untuk menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru memerlukan bilangan siswazah yang mencukupi dan kompeten. Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran, kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam pembangunan modal insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk mempertingkat ompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian tinggi, iaitu dengan:
• Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan;
• Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi tinggi;
• Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan soft skills; dan
• Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik.

Memperkukuh Kerjasama Industri dan Penyelidikan

 
Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah dan aktiviti ekonomi baru. Penglibatan sektor swasta dalam penyediaan pendidikan melalui perkongsian awam-swasta akan dipertingkat bagi menggalakkan penyertaan industri dalam penyediaan kursus dan latihan industri. Di samping itu, kursus berorientasikan pasaran akan ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya. Rangka kerja dasar yang standard bagi program latihan industri yang berstruktur akan dilaksana oleh institusi pengajian tinggi dengan kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan program. Program ini dirancang untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang mewajibkan latihan klinikal seperti perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di samping itu, program latihan industri untuk staf akademik akan dipergiat bagi memastikan tidak kurang 15% daripada staf akademik mengikuti sekurang-kurangnya enam bulan latihan industri bagi setiap lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi memperluas pengalaman industri kepada staf akademik, program Knowledge Transfer Partnership (KTP) akan diperkenal pada tahun 2011 untuk meningkatkan kerjasama antara industri dengan universiti berkaitan. KTP bertujuan memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil kajian melalui projek inovatif yang dikendalikan bersama oleh staf akademik dan rakan kongsi perniagaan daripada industri. Di samping itu, KTP juga menyediakan latihan berasaskan industri kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman, kemahiran keusahawanan serta kebolehpasaran semasa menjalankan projek berkenaan.230 Universiti akan digalak untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan antarabangsa dan universiti luar negara untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama dalam bidang teknologi baru. Antara langkah yang akan diambil adalah:
• Melaksanakan lebih banyak program sangkutan bagi membolehkan staf akademik berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dan menggalakkan pertukaran staf akademik;
• Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang dibangunkan di universiti bagi menambahbaik tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan
• Mengukuhkan pusat kecemerlangan di universiti melalui kerjasama industri dalam aktiviti R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi dan teknologi baru.

Memberi Lebih Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya Berprestasi Tinggi

Di negara lain, universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi membangunkan kaedah untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapai kecemerlangan. Pemberian autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasi cemerlang merupakan elemen kritikal bagi membolehkan universiti di Malaysia setanding dengan institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu bertanggungjawab terhadap prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar keperluan kewangan dibiaya oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi dalam pencapaian prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan memberi sokongan dalam bidang yang diperlukan.

Menginstitusikan Autonomi dalam Universiti

 
Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi dan prestasi serta menggalak kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan dalam bidang berikut:
 • Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan, menentukan keutamaan bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam had yang ditetapkan;
 • Fakulti. Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik melalui insentif yang menarik dan ganjaran yang kompetitif;
Tadbir urus. Tanggungjawab yang lebih besar dan hak membuat keputusan penting tentang universiti termasuk hala tuju strategik, keutamaan dan pengagihan sumber serta mendapat hak yang lebih besar dalam membuat keputusan; dan
Pengambilan pelajar. Meningkatkan kawalan terhadap kualiti dan profil pelajar yang akan diambil. Di bawah Accelerated Programme for Excellence (APEX), universiti APEX akan diberi autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar. Program ini diperkenalkan pada tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai universiti pertama diberi status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai autonomi dalam pengambilan pelajar. Autonomi dalam bidang lain hanya akan dipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan. Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan universiti awam lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.

Mengukuh Budaya Berprestasi Tinggi di Universiti

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada universiti awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang menawarkan pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian yang jelas dan seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi, dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi. Penarafan mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek kebolehpasaran siswazah akan dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan diperluas untuk meliputi aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran serta khidmat sokongan kepada pelajar. Dalam tempoh Rancangan, sistem penarafan ini akan merangkumi setiap jabatan di institusi berkenaan. Naib canselor bertanggungjawab ke atas prestasi universiti dan pembaharuan kontrak mereka bergantung kepada prestasi yang dicapai. Prestasi yang rendah boleh menyebabkan kontrak tidak disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas bagi naib canselor telah disediakan, termasuk KPI bagi kebolehpasaran siswazah. Dengan ini, naib canselor akan memastikan semua staf bertanggungjawab terhadap prestasi 232 mereka dan seterusnya meningkatkan budaya akauntabiliti di institusi. Dalam tempoh Rancangan, pembiayaan berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan dilaksana bertujuan menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk memangkin peningkatan prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen berikut:
 • Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan dengan SETARA.
Pembiayaan kepada universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasi jabatan dan institusi secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam penyediaan pembiayaan dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan awam. Mekanisme pembiayaan ini mempunyai dua komponen, iaitu komponen tetap dan komponen berubah. Komponen tetap merangkumi item operasi asas seperti gaji staf akademik dan kos utiliti, dan pembiayaannya tidak bergantung kepada pencapaian prestasi. Komponen berubah pula bergantung secara langsung kepada prestasi yang diukur melalui SETARA. Universiti yang menerima penarafan yang rendah akan menerima peruntukan yang lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk pembangunan intelektual dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar;
 • Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran kepada berasaskan-permintaan. Kerajaan akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari dan mewujudkan keserataan persaingan bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam mengukuhkan budaya berprestasi tinggi serta meningkatkan kualiti dan daya saing pendidikan tertiari di Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu pembiayaan awam langsung dan pemberian geran kepada institusi awam akan beralih kepada pembiayaan berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan biasiswa selaras dengan pendekatan yang lebih berasaskan-pasaran; dan
Pengurangan kadar pembiayaan Kerajaan kepada universiti. Universiti awam perlu menambah dana melalui sumber kewangan alternatif termasuk sumbangan daripada perbadanan, sektor swasta atau alumni. Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama antara universiti dan industri, dan seterusnya meningkatkan kesesuaian serta kualiti pengajaran dan penyelidikan.

Memperkukuh Kurikulum Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan Akademik dan Soft Skills

Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi akan menyemak semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program dan pembelajaran selaras dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730 program sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan semula ini adalah berdasarkan kepada prinsip berikut: • Kandungan kursus yang ditawarkan akan ditanda aras dengan kriteria dan piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa; dan • Penerapan domain yang ditetapkan dalam MQF yang merangkumi soft skills seperti etika kerja positif, kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan. Selaras dengan pertambahan permintaan bagi pekerja mahir dan profesional, semua politeknik di Malaysia akan disusun semula untuk menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta mengurangkan secara berperingkat kursus di peringkat sijil menjelang akhir tempoh Rancangan. Politeknik akan meningkatkan pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat kecemerlangan. Tiga politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier bagi melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan untuk memupuk inovasi dan membangunkan teknologi tempatan dalam bidang baru. Kurikulum institusi pendidikan tertiari perlu memberi lebih penekanan terhadap pembangunan soft skills pelajar selaras dengan maklum balas yang diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian penilaian kendiri untuk menilai kompetensi siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan dilaksana mulai Julai 2010. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan terus memainkan peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan kualiti pengajian tinggi dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional. MQA akan memperluas kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui pemeteraian Memorandum of Arrangement sebagai usaha menetapkan tanda aras yang 234 piawai dan membantu meningkatkan keupayaan anggotanya.

Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik

Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009 adalah 35.9%. Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%. Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik sebagai staf akademik. Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Proses pelantikan staf akademik juga akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan lebih kompetitif supaya setanding dengan faedah yang ditawarkan oleh sektor swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi keutamaan. Modul latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi memastikan mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang bertanggungjawab membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara berkala. Di samping itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik, tugas mengajar akan dikurangkan untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio penyelidikan yang mantap dan memperoleh geran daripada sumber luar. Sebagai usaha penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang telah bersara dan pensyarah luar negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam secara kontrak. Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada industri juga akan digalakkan untuk mengajar di universiti awam. Bagi tujuan ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan kompetitif telah disediakan. Di samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak semula untuk membolehkan mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan atau ketua jabatan.

MENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

 
Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan dicapai, antara lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran. Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan menghalang transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Usaha penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu untuk memastikan kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran, meningkatkan keupayaan mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada pakar asing dan diaspora Malaysia. Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia mempunyai silang budaya yang kukuh dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan dan keupayaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan modal insan negara mewujudkan rangkaian yang kukuh di peringkat serantau dan global. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang utama:
• Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;
 • Mempertingkat kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada; dan
• Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan terbaik.

Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel

Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia menduduki tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian pekerja. Di samping itu, kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modal insan tempatan.

Mengkaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan Kaedah Penggajian dan Pemecatan yang Fleksibel

Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang perburuhan supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran globalisasi. Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan mobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapan penyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan pekerja, kos pemecatan pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Secara purata, majikan di negara ini perlu membayar pampasan sehingga 75 minggu gaji kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak, berbanding hanya 56 minggu di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu, masa yang panjang diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja. Sehubungan ini, undang-undang perburuhan akan dikaji semula dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan keseimbangan antara fleksibiliti pasaran pekerjaan dengan kestabilan pekerjaan serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja. Bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur ekonomi negara dan pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial untuk membantu mereka. Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada syarikat untuk mengurus tenaga kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan Kehilangan Pekerjaan akan diperkenalkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang diberhentikan dan tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang diberhentikan dan layak menerima bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan, dengan syarat mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut. Sebanyak RM80 juta akan diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.

Memperkukuh Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja

Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel adalah keupayaan membuat pemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan ketidakpadanan penawaran dan permintaan tenaga kerja. Terdapat peluang yang besar untuk mewujudkan kerjasama industri dan perkongsian awam-swasta ke arah mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia bagi menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan. Kerajaan akan mengukuh dan memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan awam sedia ada. Langkah ini akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat kerjaya, menyedia perkhidmatan pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh industri, dan melaksanakan program pendidikan atau jangkauan komuniti yang berterusan mengenai arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pencari kerja dan masyarakat akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang wujud dan potensi laluan kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada akses kepada platfom tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat ini, pusat pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali secara bersama oleh sektor awam dan swasta perlu diwujudkan.

Memperbaharui Dasar Pekerja Asing Tidak Mahir

Pekerja asing tidak mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000 kepada 1.9 juta orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing tidak mahir berkos rendah telah melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan inovasi, terutama dalam sektor pertanian dan pembuatan, dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan menjejaskan aspirasi negara untuk beralih kepada ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor yang sangat bergantung kepada pekerja asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10. Kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir akan dikurangkan secara berperingkat. Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja, seperti pembinaan dan perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asing berdasarkan keperluan. Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dan kemudahan asas. Sistem levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir. Mela ui si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek atau men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg . Sistem levi baru ini bertujuan mengawal kemasukan pekerja asing tidak mahir kerana levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya pekerja. Penetapan kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu bayaran levi berkadar langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja asing.

Meningkatkan Penyertaan Tenaga Kerja

Arah aliran isi rumah dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap kaedah bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan Kerja Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk yang berada di luar tenaga kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya. Kaedah bekerja dari rumah, teleworking, dan separa masa atau masa anjal akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga kerja. Oleh itu, langkah akan diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja daripada 46% pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun 2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara dengan negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa masa akan menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada ekonomi, terutama dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.

Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada

Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015, dan 50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada sektor swasta.

Menggalakkan Perkongsian Kos Latihan

Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan memperluas bantuan kewangan daripada lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari bahawa tidak semua pekerja mampu untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar faedah yang rendah akan disediakan oleh Tabung ini untuk membiayai kos latihan peningkatan kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan pinjaman kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada lepasan sekolah. Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) akan membantu dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran global. Di samping menyediakan kemudahan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan program sokongan yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan Program Peningkatan Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja EKS di peringkat teknikal, penyeliaan dan pengurusan terutama dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik, teknologi maklumat serta reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME Corp. akan membiayai 80% daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untuk melatih pekerja mereka di pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan melalui peluasan liputan Tabung Pembangunan umber Manusia Berhad daripada 44 kepada 70 subsektor. Tabung ini adalah kumpulan wang yang disumbangkan melalui levi oleh majikan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan peningkatan kemahiran pekerja EKS. Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai program perantisan yang melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini akan digunakan bagi membiayai elaun perantis dan yuran latihan vokasional. Kerajaan menggalakkan semua peringkat tenaga kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke peringkat lebih tinggi. Dalam tempoh Rancangan, program akan diperkenal bagi menggalakkan penyertaan industri supaya bersama menaja pekerja mereka untuk melanjutkan pengajian ke program PhD perindustrian. Program ini akan melibatkan latihan dan penyelidikan projek berkaitan dengan pekerjaan serta berfokus kepada keperluan industri. Program ini akan dilaksana secara bersama oleh syarikat dengan universiti. Pendekatan ini akan menggalakkan inovasi dan perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, dan menggalakkan penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan program di bawah pakej rangsangan ekonomi 2009 dengan menyediakan peruntukan bagi membiayai sebahagian daripada kos pengajian di peringkat PhD di universiti tempatan. Sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan dalam tempoh Rancangan yang akan memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.

Menggerakkan Industri bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga Kerja

 
Penyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam industri tertentu akan memastikan kandungan latihan menepati keperluan industri. Bagi tujuan ini, latihan vokasional akan diselaras dan diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf dan memperluas program tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan hanya terdiri daripada pekerja mereka bagi memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan pembiayaan tempat latihan bagi program latihan dalam bidang kemahiran khusus untuk sektor yang diberi keutamaan. Kursus ini akan dipersijilkan 242 sama ada di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia atau badan persijilan antarabangsa. Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian (INSEP) merupakan program latihan untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah dalam bidang seperti kejuruteraan, ICT dan pengurusan. Program bridging ini dilaksanakan oleh 11 pusat pembangunan kemahiran negeri dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan siswazah yang baru tamat pengajian dengan kemahiran khusus dan kompetensi yang sesuai dengan keperluan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka. Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan antara universiti dan industri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) yang diuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi Putrajaya akan terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah yang menganggur. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pemadanan antara siswazah dengan majikan, melengkapkan siswazah dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang menepati keperluan industri dan jawatan yang disasarkan, dan meningkatkan asimilasi serta integrasi siswazah dengan tempat kerja. Selain daripada syarikat berkaitan Kerajaan, program ini juga disertai oleh EKS, agensi Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak inisiatif ini dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMS telah berjaya melatih 5,000 siswazah. Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf pengalaman terdahulu dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan memberi ganjaran terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja akan diperluas. Program ini akan meningkatkan dengan ketara prospek kemajuan kerjaya  tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM kepada pekerja yang memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi tidak mempunyai latihan formal. Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000 pekerja setahun. Bantuan kewangan kepada pekerja untuk menjalani latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM akan mula dilaksana pada tahun 2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data bagi merekod latihan dan mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.

Menaik Taraf dan Memperluas Akses kepada Kolej Komuniti

Sistem kolej komuniti di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam pelbagai kursus teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej komuniti di seluruh negara yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untuk menyediakan latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat dalam pelbagai disiplin. Kolej ini juga menggalak pembelajaran sepanjang hayat kepada semua lapisan masyarakat dan kumpulan umur. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan memperkenal pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti melalui pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung untuk melayakkan pelajar dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini akan dilaksana secara latihan praktikal di industri atau di tempat kerja. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Pendekatan modular yang lebih fleksibel ini akan menawarkan 135 kursus yang berlainan menjelang tahun 2015 berbanding dengan 52 pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar menjelang tahun 2014.


Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran

Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal insan berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana pekerjaan di seluruh pelusuk dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan diambil untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan secara aktif berusaha mendapatkan modal insan berkepakaran yang kritikal untuk negara.

Mempermudah Prosedur dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik Modal Insan Asing Berkepakaran

Kerajaan akan menambah baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakaran dari luar negara dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilangan agensi penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur pengeluaran permit kerja supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, amalan semasa akan dikaji semula dan diselaraskan. Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah baik sebagai langkah meningkatkan lagi daya tarikan kepada modal insan asing berkepakaran. Langkah ini termasuk membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar kerja dengan persetujuan majikan yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta memberi kebenaran kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih memegang pas tanggungan. Bagi meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti modal insan asing berkepakaran, had masa visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang berkemahiran tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat atau majikan tertentu. Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang berharga RM250,000 dan ke atas. Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan modal insan asing berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional untuk menampung kekurangan modal insan tempatan. Sehingga kini, Pertubuhan Negara negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina, perubatan dan pergigian. Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal ukur bahan dan perakaunan telah ditandatangani. Usaha akan dilaksana dengan mengambil kira objektif bagi mempermudah mobiliti golongan profesional ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain akan meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya menarik lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional dari negara ASEAN yang lain.

Menjadikan Bandar Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran

 
Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi modal insan berkepakaran di peringkat global memilih destinasi untuk tinggal dan bekerja. Kuala Lumpur merupakan bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk didiami, dan berpotensi untuk menjadi antara lima bandar terbaik. Secara umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang mengutamakan kualiti dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya, dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu, usaha bersepadu akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami. Inisiatif yang akan dilaksana di bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang terbuka seperti taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts dan memperindah lokasi kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Mewujudkan Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk Masa Hadapan

 
Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, mereka yang masih berada dalam sistem pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya. Pelajar asing yang belajar di universiti tempatan, terutama dalam bidang kritikal merupakan potensi sumber modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar ini, prosedur sedia ada yang 246 mewajibkan mereka kembali ke negara asal sebaik sahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan mereka bekerja di Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa akan diberi kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah dan pasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang kritikal yang spesifik selaras dengan keperluan negara. Sebaik menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang untuk bekerja di Malaysia. Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan bilangan modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan mengenal pasti pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti terbaik di luar negara dan akan menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran pengajian tahun akhir dengan syarat mereka kembali ke tanah air. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat Malaysia yang belajar di luar negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan pengajian mereka.

Penglibatan Diaspora Rakyat Malaysia

 
Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar negara adalah aset unik yang boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Dianggarkan lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara, kebanyakan daripada mereka adalah profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan mengambil usaha yang tekal untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara, untuk terlibat dengan mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada negara melalui tindakan berikut:
Mengekalkan hubungan. Diaspora Malaysia akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan memperkukuh hubungan mereka dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti, mempertemu dan membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora yang lengkap mengandungi maklumat seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan latar belakang kemahiran akan diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan dalam bidang bersesuaian;
Mengesah dan mengiktiraf sumbangan. Anugerah dan acara yang bersesuaian akan diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian penting ahli komuniti diaspora Malaysia. Di samping itu, persatuan diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan peluang rangkaian melalui saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di bandar raya yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan aktiviti dan peluang yang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;

 •Mendapatkan idea dan nasihat.
Dialog berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia di bandar raya utama yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi input untuk penggubalan dasar terutamanya yang berkaitan teknologi dan perindustrian. Di samping itu, diaspora Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam bidang tertentu seperti sektor ekonomi yang utama. Mereka ini akan dirujuk dan ditawarkan untuk menganggotai lembaga penasihat; dan
Sumber pelaburan modal. Kerajaan akan menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di Malaysia. Mengambil kira kepakaran mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam projek khusus dengan kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi sektor awam melalui usaha sama.

Menubuhkan Talent Corporation bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan Berkepakaran yang Diperlukan

Usaha menarik pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia dengan jayanya, tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan berkepakaran yang bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta membekalkan modal insan yang sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh itu, Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TC akan mempunyai tiga peranan utama:
Sebagai pemangkin. TC akan meneraju dan memacu inisiatif dalam usaha untuk menarik dan membangunkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaan dengan kerjasama sektor awam dan swasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk melibatkan diaspora Malaysia, 248 mengenal pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi, dan mencungkil bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis;
Sebagai pemudah cara. TC akan membantu industri dan sektor swasta dalam mewujud, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagai agensi dan syarikat akan diketemukan untuk mewujudkan keselarasan dan koordinasi kukuh kepada pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan dilengkapkan melalui penyediaan insentif dan sokongan untuk menghubung dan mengagih modal insan berkepakaran; dan
 • Sebagai penyampai. TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama negara tentang pembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi membangunkan dan mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan merapatkan jurang yang besar serta menangani halangan dalam pembangunan modal insan berkepakaran. TC juga akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program dan mengenal pasti program dan menilai kesan inisiatif utama pembangunan modal insan berkepakaran. Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran Kebangsaan yang bersepadu akan dibangunkan oleh TC dengan kerjasama sektor awam dan swasta pada tahun 2011. Rangka tindakan ini akan mengenal pasti dan membuat unjuran keperluan modal insan berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke semasa, dan membangunkan inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal insan berkepakaran yang kritikal. Rangka tindakan tersebut akan:
• Menyediakan analisis menyeluruh bagi menangani isu modal insan berkepakaran bermula daripada peringkat prasekolah hingga persaraan, dan akan dipacu oleh permintaan dengan kerjasama industri bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan; dan
• Mengandungi maklumat terperinci mengenai keseluruhan peringkat pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs), jurang permintaan dan penawaran modal insan semasa an pada masa akan datang serta portfolio inisiatif bersepadu untuk memastikan program dilaksana dan ditadbir urus dengan berkesan. Selaras dengan peningkatan persaingan modal insan berkepakaran di peringkat global, langkah yang proaktif diperlukan bukan sahaja untuk menarik, malahan untuk mengenal pasti modal insan asing yang berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah sama seperti pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing. TC akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia untuk merancang dan melaksana strategi secara giat untuk menarik modal insan asing dan diaspora Malaysia, terutama mereka yang berkepakaran dalam sektor ekonomi yang diberi keutamaan atau bakal siswazah dari universiti terkemuka dunia. Di samping usaha mengadakan roadshow dan festival kerjaya, Kerajaan akan melatih, mengenal pasti dan menarik modal insan asing berkepakaran tinggi bagi memenuhi kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program menarik dan mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga Negara Malaysia yang Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia dan Program Brain Gain akan digabungkan di bawah TC dan diperkukuh untuk memastikan penyelarasan yang lebih baik, lebih fokus dan memberi impak yang lebih besar. Insentif di bawah program ini akan dikaji semula dan diperluas untuk menjadikannya lebih menarik bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi yang disasarkan di luar negara.

KESIMPULAN

Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi berasaskan inovasi, pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi negara diperlukan. Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal insan berkepakaran bertaraf dunia. Kerajaan akan melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap tahap pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada menambah baik pendidikan awal kanak kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua akan dipertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan autonomi sewajarnya. Dalam tempoh Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan kemahiran bagi memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan industri, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan diarusperdanakan, dan pendidikan tertiari akan dinaik taraf dengan ketara melalui pemberian autonomi yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi dengan matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. Dalam tempoh Rancangan, sumber akan ditumpukan kepada usaha untuk membangun serta mengekalkan modal insan terbaik bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan dengan mandat utama untuk mengenal pasti dan membekal modal insan berkepakaran tinggi yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi negara tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil untuk memastikan akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong golongan yang amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan ditumpukan kepada isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah dan inisiatif LINUS dilaksana bagi merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran dan meningkatkan pencapaian sekolah berprestasi rendah. Langkah ini akan memastikan setiap pelajar di Malaysia boleh berjaya. Modal insan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia untuk Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal, terselaras dan berfokus supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa serta untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.