Pin It

Widgets

PEGAWAI PENDIDIKAN


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

PEGAWAI PENDIDIKAN

Pegawai Pendidikan lebih dikenali sebagai guru ataupun cikgu. Jawatan ini adalah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jawatan Pegawai Pendidikan adalah lebih tepat berbanding dengan guru ataupun cikgu kerana Pegawai Pendidikan tidak semestinya mengajar di sekolah sahaja. Mereka juga boleh bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun di pelbagai bahgian dan jabatan di Kementerian Pendidikan sendiri.

Tugas dan tanggungjawab Pegawai Pendidikan adalah berbeza mengikut jawatan yang disandang. Di antara jawatan yang boleh disandang oleh Pegawai Pendidikan termasuklah Guru Besar, Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid, Guru Kelas, Warden Asrama, Guru Panitia Mata Pelajaran, Guru Disiplin, Guru Perpustakaan dan Guru Biasa.
  
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas
1.    Buku Daftar Kedatangan
2.    Pengurusan Yuran
3.    Perkara-perkara Akademik
4.    Bantuan Keangan dan Biasiswa

Tugas Dan Tanggungjawab Guru Biasa
1.    Mengajar
2.    Membuat Perancangan Mengajar
3.    Menjaga Disipin, Keselamatan dan Kebajikan Murid
4.    Mentadbir dan Menguruskan Bilik Darjah

Tugas Dan Tanggungjawab Guru Besar
1.    Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum
2.    Pengurusan Kewangan, Kemudahann dan Sumber
3.    Pengurusan Tenaga Pengajar dan Kakitangan
4.    Pengurusan Kebajikan Pelajar
5.    Pengurusan Perhubungan Dalaman dan Luaran

Laluan Untuk Menjadi Guru

          Kerjaya sebagai seorang guru boleh dimulakan selepas tamat SPM. Iaitu dengan memasuki Institut Pendidikan Guru. Walau bagaimanapun, buku ini membicarakan mengenai kerjaya pilihan, sebagai Pegawai Pendidikan yang memerlukan ijazah universiti sebagai kelayakan masuk. Bagi tujuan tersebut, terdapat dua kaedah untuk menjadi seorang Pegawai Pendidikan:-

·       Bagi lepasan SPM boleh memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.
·       Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Kelayakan

        I.        Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41: P1T2);
      II.        Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41: P1T4);
    III.        Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41: P1T5);
    IV.        Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41: P1T6);
      V.        Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41: P1T8);
    VI.        Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan adalah pada gred DG3 / DG41: P1T10, bagi Ijazah Perakaunan serta Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan  P1T11 dan Ahli Penuh Malaysian Institute Of Accountant : P1T12)


Jadual Gaji
P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85
P2T1 RM1790.47 – P2T27 RM4924.12
P3T1 RM2976.07 – P3T27 RM5226.19



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

CHATROOM CIKGU FADZIL ( PERLU LOG IN GOOGLE AKAUN)

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.