Pin It

Widgets

ISU HUKUM HUDUD ; SATU PANDANGAN PERIBADI


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

3 comments

ISU HUKUM HUDUD ; SATU PANDANGAN PERIBADI

Tulisan ini adalah rangkuman cebisan-cebisan analisa penulis yang sempat difikirkan. Cetusan untuk memberi pandangan adalah apabila terdapat seorang sahabat di dalam sebuah  group di Facebook memperbincangkan persoalan isu semasa bakal-bakal guru yang akan di Temu Duga oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Polemiknya mereka ingin menjawab mengikut keihklasan hati ataupun perlu bias kepada dasar kerajaan mengenai Isu Hukum Hudud.Soalannya berbunyi begini ;

"kalo soalan kpd bkl guru pnddkn Islam berkenaan isu hukum hudud di Malaysia patut dilaksana atau tidak.."

Bagi penulis merungkai persoalan ini adalah berdasarkan pemahaman dan mengambil jalan sederhana sebagai bakal pendidik dan bukannya kenyataan taksub atau agresif tanpa mengimbangkan kepelbagaian pendapat. Ibarat `menarik rambut dari dalam tepung', rambut seharusnya tidak putus dan tepung tidak berselerak.


Pengenalan ;

(1) Definisi yang dapat dipetik mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud.

(2) Tiada seorang yang beriman pun yang akan berani membantah nas-nas qat’i (definitive texts) sama daripada al-Quran ataupun as-Sunnah. Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama. Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam. Nas-nas yang qat’i (definitive texts) itu, sekalipun diyakini tanpa syak daripada Allah, namun para sarjana Islam sering berbeza pendapat dalam menafsirkan maksudnya, atau berbeza pendapat dalam memperincikannya. Ini disebut sebagai dalil yang zanni (speculative meaning).

(3) Umpamanya, dalam hukuman memotong tangan pencuri, tiada siapa yang syak tentang kewajiban melaksanakan nas ini. Namun, para sarjana berbeza pendapat dalam menentukan syarat yang melayakkan seseorang dijatuhkan hukuman tersebut. Demikian juga dibincang suasana yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan. Ini kerana terdapat nas-nas yang lain yang boleh menafsirkan hukuman ini. Membahaskan, ataupun meletakkan syarat-syarat yang layak sebelum perlaksanaan sesuatu hukum hudud itu, bukanlah bererti menolak hukum itu, sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law).

(4) Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri.

Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Dalam riwayat Abu Daud: “Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan ataupun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif. Dengan melihat kepada nas yang seperti ini, maka persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira.

Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan. Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata:

“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Satu lagi contoh, kes zina dalam zaman Khalifah Umar Al Khattab. Khalifah Umar dan pembantunya meronda pada waktu malam. Satu malam, dia dapat berita tentang seorang lelaki yang suka berzina. Khalifah pergi ke rumah lelaki tersebut untuk mengintip. Memang betul lelaki itu sedang berzina pada waktu itu. Khalifah Umar menyuruh pembantunya mencampakkan (aku tak sure whether this is the correct action, tapi dia nak pecah masuk ke rumah lelaki tu) beliau ke dalam rumah lelaki itu. Memang waktu tu Khalifah dapat tangkap lelaki itu dalam keadaan Hasyafah(keadaan ni mesti dilihat oleh saksi kalau kita nak sabitkan seseorang mengikut hukum hudud). Lelaki itu mengaku kesalahannya berzina, tetapi, katanya Umar juga bersalah kerana mengintai sedangkan Allah melarang kita mengintai.

Al-Hakim meriwayatkan dari Abdul Rahman bin `Auf bahawa pada suatu malam dia berjaga bersama `Umar bin al-Khattab di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan mereka tertarik dengan cahaya pelita di sebuah rumah. Justeru mereka berdua bergegas menuju ke sana, sehingga ketika sudah dekat dengan rumah tersebut, didapati pintu tertutup, di dalamnya kaum lelaki yang bercakap dengan suara yang tinggi. `Umar berkata sambil memegang tangan Abdul Rahman, ``Tahukah kamu ini rumah siapa?'' Abdur Rahman menjawab, ``Tidak''. Umar menjawab: ``Ini rumah Rabi'ah bin Umayah bin Khalaf. Mereka kini sedang minum arak, bagaimana pendapat mu?'' Abdur Rahman menjawab; ``Saya berpendapat bahawa kita telah mendatangi sesuatu yang dilarang oleh Allah `Azza Wajjalla. Allah berfirman: ``Jangan kamu mengintai. Tetapi kita telah mencari-cari.'' Justeru Umar pun beredar dan meninggalkan mereka.

(5) Syariat Islam terbahagi kepada 5 cabang - Ibadat, Aqidah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud diletakkan di bawah Jinayat. Di bawah cabang Jinayat, ada lagi dua cabang selain Hudud iaitu Qisas dan juga Ta'zir. Hukum Hudud, macam yang kita tahu, adalah hukuman yang telah termaktub dalam Al-Quran. Itu ketentuan Allah. Tiada siapa yang boleh ubah bentuk hukuman yang ditetapkan. Hukum Ta'zir adalah hukuman yang ditetapkan mengikut budi bicara pemimpin serta hukuman untuk kesalahan yang tidak dapat dihukum mengikut hukum hudud. Akta Buruh, Akta Cetak Rompak dan Akta Hutan Simpan adalah contoh undang-undang di bawah hukum Ta'zir. Ada sesetengah ulama meletakkan Qisas (hukum balas) di bawah hukum Hudud, ada sesetengah yang mengasingkannya. Setakat masa sekarang ni, Malaysia banyak melaksanakan hukum Ta'zir.


Hudud di Dunia ;






Legal systems of the world
  Bijuridical (civil and common law, also known as mixed jurisdiction)
  Shariah


Negara Pengamal Undang-Undang Berdasarkan Agama ;
Country Description
Afghanistan Afghanistan Islamic law & American British Law after invasion
Bangladesh Bangladesh Formerly based on English common law
The Gambia The Gambia English common law, Islamic law and customary law
Ghana Ghana Based on English common law
Iran Iran Shia Islamic law
Libya Libya mix of Islamic law and the Green Book of Ghaddafi
Mauritania Mauritania mix of Islamic law and French Civil Codes, Islamic law largely applicable to family law.
Morocco Morocco mix of Islamic law and French Civil Codes, Islamic law largely applicable to family law.
Nigeria Nigeria Sharia in the northern states, common law in the south and at the federal level.
Oman Oman Sharia and tribal custom laws
Saudi Arabia Saudi Arabia Islamic law
Sudan Sudan Based on Islamic law
Vatican City Vatican City Based on principles of Code of Canon Law
Yemen Yemen Islamic law

Campuran Undang-Undang "Common" dan Agama ;

Country Description
Bangladesh Bangladesh
Brunei Brunei
The Gambia Gambia
Malaysia Malaysia based on English common law, personal law based on sharia law applies to Muslims
Nigeria Nigeria Sharia is applied in some northern states
Pakistan Pakistan based on English Common Law, some Islamic law applications in inheritance. Tribal Law in FATA



Kenapa Hudud Di Malaysia Masih Tidak Di Laksanakan?

(1) Kerajaan belum bersedia melaksanakan Hukum Hudud berdasarkan  persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Rujuk kenyataan ahli politik  pada perenggan di bawah kemudian.

(2) Kedudukan masyarakat majmuk di Malaysia amat berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w. Pada zaman Rasulullah s.a.w, sungguhpun masyarakatnya majmuk tetapi ia lebih kepada majmuk kekabilahan, bangsa, budaya dan adat resam.
(3) Manakala dari segi agama hampir sebahagian besarnya beragama wahyu sama ada Islam, Kristian atau Yahudi yang hukum dalam Injil dan Taurat mereka hampir sama malah kadang-kadang jauh lebih berat dari Islam. Dalam kedudukan inilah Islam memberi pilihan sama ada untuk mengikut hukum hudud Islam atau hukuman agama mereka. Ini jauh berbeza dengan Malaysia. Di mana masyarakat majmuk agamanya tidak bersandarkan agama wahyu.

(4) Oleh kerana majmuknya bukan agama wahyu, terdapat pembangkang membuat ketetapan kepada bukan Islam memilih undang-undang sivil atau hudud. Dengan kata lain,  memberi peluang kepada bukan Islam memilih undang-undang yang lebih ringan dari Islam. Ini berbeza dengan zaman Rasulullah di mana undang-undang Islam lebih ringan atau setara dengan agama wahyu yang lain.
(5) Sungguhpun diriwayatkan ada agama majusi dan penyembah berhala tetapi sebesar mana golongan ini, adakah mereka masih wujud ketika hukuman hudud mula dilaksanakan dan apa hukuman yang setara untuk mereka tidak disebut atau terdapat fakta yang jelas.

(6) Kerajaan melalui cerdik pandai Islam yang ada dalam kerajaan bukan sahaja mengambil kira kedudukan hudud kepada orang Islam tetapi juga bukan Islam. Ijtihad yang ada hari ini terutamanya yang dipegang oleh sebuah parti pembankang adalah bukan Islam di Malaysia boleh dikecualikan dari Hudud. Ini berdasarkan pandangan bahawa dalam al-Quran hanya membicarakan tentang orang Islam dan ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani) sahaja.

(7) Dalam keadaan 45% (hampir separuh) daripada penduduk Malaysia ini merupakan bukan Islam, undang-undang yang tidak seragam boleh memberi pelbagai implikasi besar kepada pentadbiran, undang-undang dan kestabilan masyarakat pada masa depan jika tidak ditangani secara teliti. Apatah lagi bila bukan Islam yang bukan Yahudi dan nasrani (majoriti bukan Islam di Malaysia) tidak tertakluk kepada hudud ini. Ini perlu diambil kira secara serius oleh kerajaan dan parti yang bertanggungjawab seperti kerajaan.
Ini juga yang menjadi masalah kepada kerajaan Islam Malaysia. Tidak ada satu contoh terdahulu untuk diikuti dalam konsep masyarakat majmuk hari ini yang hampir 50% rakyatnya didakwa oleh Pas tidak tertakluk dengan Hudud.

(8) Dalam zaman Rasulullah hukuman yang dikenakan ke atas Islam dan bukan Islam (yang diklasifikasikan sebagai ahli kitab) adalah serupa tetapi apakah hukuman ke atas golongan bukan ahli Kitab seperti Majusi? Ini tidak diperdebatkan secara jelas.


Hudud Dari Segi Kaca Mata Ahli Politik Islam Malaysia ;

(1) Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti. Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan. “Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia,” Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan. Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’. “Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya

(2) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hukum hudud wujud dalam syariah tetapi kerajaan berpendapat pelaksanaannya tidak sesuai dengan situasi dan komposisi masyarakat di Malaysia. Tegas beliau, isunya ialah bukan mengenai hudud tetapi persoalannya ialah pelaksanaan hukum itu. Justeru katanya, antara langkah yang diambil ialah memberi penjelasan dan pemahaman kepada rakyat supaya mereka faham maksud hudud sama ada ia sesuai dilakukan dalam persekitaran di Malaysia. "Dalam konteks masyarakat berbilang kaum, kita kena jelaskan supaya orang ramai faham, saya percaya sekarang ini belum sampai masanya (untuk dilaksanakan)."Bukan soal hudud diterima atau tidak kerana dalam Islam memang ada hukum hudud, sebagai orang Islam saya tak tolak termasuk juga pembangkang... itu kenyataannya kerana ia terkandung dalam hukum syarak tetapi soal pelaksanaan itulah pokok perbahasannya," jelas beliau.

(3) Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau. Pas masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).“Pelaksanaan hukum hudud adalah untuk golongan orang Islam, maka ia sebenarnya tidak akan menimbulkan masalah kepada masyarakat bukan Islam.“Ia dilakukan di mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil untuk semua rakyat di negara ini,” katanya.

(4) Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut. Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

(5) Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil. Malah, beliau juga mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah. Kata Abdul Hadi, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan.Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian.“Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga,” katanya.

(6) Naib Presiden Pas,  YB Dato' Husam Musa mengakui pelaksanaan hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan PAS selama ini terpaksa ditangguhkan kerana ia memerlukan persetujuan rasmi dua rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Beliau dilaporkan berkata tiga parti itu telah menandatangani perjanjian Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut. "PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya seperti dilaporkan.

(7) Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Pas Kedah perlu menjaga dan mendengar pendapat sekutunya dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu perkara termasuk melibatkan syiar Islam. Beliau berkata, berbeza dengan Kelantan, Pas Kedah menang dengan majoriti kecil pada Pilihan Raya Umum 2008 dan terpaksa bergabung dengan sekutunya daripada parti lain untuk membentuk kerajaan negeri. "Jangan bandingkan saya (Kedah) dengan Kelantan. (Pas) Kelantan sudah lebih 20 tahun mentadbir. Mereka menang dengan majoriti yang banyak. Saya hanya dapat 16 kerusi dan terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan yang bukan daripada Pas. Kebanyakan perkara kita terpaksa berunding dengan mereka dahulu untuk jangka panjang.

(8) Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas ini, memerlukan persiapan teliti melibatkan semua aspek dan mengambil masa lama.Kerajaan Negeri tidak menolak hudud, sebaliknya bersedia melaksanakan dan menguatkuasakan hukum hudud dan qisas sekiranya persediaan ke arah itu sudah cukup lengkap, terutama dalam hal berkaitan prasarana dan soal teknikal, dengan mengambil kira setiap pendapat golongan ulama di negeri ini.


Hujah Bukan Islam Berdasarkan Persepsi Negatif Hukum Hudud di Dunia


Contoh pelaksanaan hudud

(1) Di negara yang mengamalkan hudud, misalnya Republik Islam Afghanistan, terdapat laporan insiden di mana si tertuduh tidak diberikan apa-apa pertolongan kecemasan atau bantuan perubatan setelah tangan mereka dipotong. Tiga orang budak kampung yang berasal dari pedalaman hampir maut kerana pendarahan teruk selepas hukuman dijalankan.

Baca The International Herald Tribune: ‘The men whose hands were chopped off’ (May 24, 2010)

(2) Manakala di Republik Islam Iran, hukuman rejam dijatuhkan ke atas seorang remaja Azhar Bakri kerana dituduh berzina oleh suami yang dikahwininya pada usia 14 tahun. Seramai 11 orang lagi sedang menunggu hukuman rejam sampai mati dijalankan.

Baca Wall Street Journal: ‘Iran’s Medieval Justice System’ (July 16, 2010)

(3) Di Arab Saudi pula, seorang pembantu rumah pekerja Indonesia telah dipancung kepala dan mayatnya digantung dari helikopter untuk tontonan orang ramai. Ruyati binti Satubi yang didapati bersalah (menikam orang) sebenarnya telah didera dengan dashyat oleh majikannya sebelum itu tetapi sistem penghakiman Saudi amat memihak kepada warga Arab. Pernah ada kes bunuh di mana keterangan saksi bukan-Muslim tidak diterima mahkamah.

Baca AsiaNews: ‘After Ruyati’s beheading, Jakarta stops migrants from going to Saudi Arabia’ (June 24, 2011)

Negara-negara paling selamat tiada hudud



Global Peace Index (GPI) telah menyiapkan laporan tahunan terbaru yang membandingkan tahap keamanan dan keselamatan negara-negara di dunia.



Warna hijau menunjukkan negara-negara paling aman dan warna merah yang paling kurang selamat serta kacau-bilau.

PALING AMAN PALING TIDAK AMAN



Di bawah ialah senarai negara-negara yang menduduki 10 tempat teratas dalam GPI 2011. Kesemuanya negara barat kecuali Jepun.

GPI dibentuk berdasarkan pencarian mengikut beberapa petunjuk, yakni (kurangnya) keganasan, (tiada) peperangan dan konflik dalaman, kadar jenayah, polis dan sekuriti, dsb.



Di bawah pula ialah kedudukan 20 negara Islam anggota OIC. Laporan GPI merangkumi 153 negara.

  • 108 – Turkmenistan
  • 109 – Uzbekistan
  • 114 – Kyrgyzstan
  • 116 – Syrian Arab Republic
  • 119 – Niger
  • 119 – Islamic Republic of Iran
  • 122 – Azerbaijan
  • 123 – Bahrain
  • 127 – Turkey
  • 129 – Algeria
  • 130 – Mauritania
  • 137 – Lebanon
  • 138 – Yemen
  • 141 – Chad
  • 143 – Libyan Arab Jamahiriya
  • 146 – Pakistan
  • 150 – Afghanistan
  • 151 – Sudan
  • 152 – Iraq
  • 153 – Somalia

Negara yang mengamalkan hudud ada juga berada di tempat tercorot.

Malaysia menduduki tempat ke-19 dalam GPI.


*Inilah pandangan bukan Islam kepada Hukum Hudud. Walaupun ada kebenaran tetapi beberapa perkara yang penulis perlu dipertikaikan ialah pembolehubah dalam index tersebut tidak setara. Katakan Negara-Negara barat ini membenarkan pelacuran, dadah ( Marijuana di Belanda)  dan lain-lain pembolehubah tidak dibenarkan di negara-negara Islam, maka terdapat ketidakadilan dalam Index ini.



Kesimpulan ;


(1) Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah ada dalam AL Quran sejak 1,400 tahun lalu, namun perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yg telah disusun atur oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya.

(2) Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi keyakinan yg mendalam, tidak cukup dengan cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yg belum terbukti. Sebagai rakyat biasa yang mampu kita lakukan dalam isu  hukum Hudud ialah terus  dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.

(3) Sebagai pemimpin atau penguasa perlulah dengan hikmah menerangkan mengenai penangguhan Hukum Hudud  dalam pemahaman rakyat biasa. Sebagai wakil rakyat Islam dalam Parlimen boleh merancang agenda berdasarkan Maqasid Syariah, memperkasakan Mahkamah Syariah dan Menggubal Undang-Undang baru bagi Mahkamah Sivil secara halus yang berteraskan Islam tanpa menwar-warkan ianya Hukum Hudud suapaya penerimaannnya samaada kepada Islam  ataupun bukan Islam  dapat di terima secara perlahan-lahan.

(4) Kepada golongan taksub parti supaya tidak mempolitikkan Hukum Hudud, secara jelas UMNO dan PAS sebenarnya satu pendapat berkenaan dalam kerangka Nasional , Hukum Hudud masih belum boleh dilaksanakan kerana bukan soal  menguasai kerusi  tetapi kerana keadaan kondusif masih belum mampu lagi di negara Malaysia ini. Mungkin ada pengecualian bagi Negeri yang majoriti Islam seperti Kelantan sekiranya dapat persetujuan Persekutuan dengan Autonomi Undang-Undang.

(5) Kepada Golongan Mahasiswa biasanya cenderung untuk agresif, caci maki dengan label-label kepada kepada golongan pertentangan biasanya akan berakhir dengan menuduh pihak lain menolak Hukum Allah, kemudian melabel mereka sekular, perlu di hentikan. Sepatutnya berdebatan Ilmiah Isu Hukum Hudud ini adalah persoalan pelaksanaan bukannya soal menerima atau menolak. Sikap mempertahankan taksub kepada parti politik biasanya mengheret sama isu Hukum Hudud ini dalam isu sekitar mahasiswa. Mahasiswa sepatutnya suara ketiga yang menyuarakan pendapat, kajian ilmiah kepada isu ini dalam mencari jalan keluar. Supaya nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum ALLAH. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yg berbeza-beza, yg biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yg kita pertahankan.

(6) Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar berkenaan perlaksanaan hudud ialah tidak dilaksanakan hukum hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai murni, kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan hukum hudud”.

(7) Secara logiknya, tidak mahukah UMNO menutup terus modal politik Pas jika ia mampu melaksanakan tanpa menjejaskan kestabilan masyarakat dan negara hari ini? Jika mempunyai ruang dan kemampuan untuk melaksanakan Hudud pada masa ini, nescaya hari ini juga UMNO laksanakan kerana hanya itu sahaja beban agama yang belum dapat dilaksanakan oleh UMNO; dan ia juga menjadi beban politik UMNO kerana Pas menggunakan isu ini untuk modal politik.

(8) Begitu juga PAS pasti akan memasukkan Hukum Hudud dalam manifesto sekiranya jujur ingin melaksanakannya dan mendapat modal politik. Bukankah mengejutkan apabila Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang. Tetapi PAS mengerti bahawa dalam perjuangan Nasional sepertimana UMNO-MCA-MIC, mereka juga memerlukan PAS-PKR-DAP.  Maka tidaklah layak mana-mana pihak mereka mengakui siapakah yang lebih Islam daripada lain dalam menegakkan Hukum Hudud. Sedangkan masing-masing menggunakan pendekatan Maqasid Syariah bagi menyatakan pendapat dalam Hukum Hudud.

(9) Pendapat penulis bila diajukan kesimpulan cukuplah menulis mengatakan penulis menghormati pemimpin-pemimpin negara samaada kerajaan ataupun pembangkang yang tidak menolak 100%  tetapi menerangkan kepada kita masanya belum tiba Hukum Hudud dilaksanakan.  Sedangkan Transformasi Kerajaan, Politik dan Ekonomi boleh dilakukan mungkin satu hari nanti Transformasi Hukum Undang-Undang dapat dilakukan apabila masyarakat telah bersedia. Kefahaman dan penerimaan Hukum Hudud yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks. Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik Islami. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan.


Rujukan ;

http://drmaza.com
http://cpintrass.com
http://www.malaysiakini.com
http://www.pemudaumno.org.my
http://www.qaradawi.net
http://en.wikipedia.org
http://helenang.wordpress.com

__________________________________________________________________________________


Kerana penulis kekurangan masa, sebelum bertanya atau membahaskan mungkin boleh rujuk sedikit perbahasan berdasarkan artikel di atas di sebuah group. (Mohon Izin kepada penama-penama yang membahaskan untuk diletakkan, jika rasa tidak sesuai, sila maklumkan untuk sy buang penama-penama yg tidak ingin namanya diletakkan. )



Awang Nurjihan Perlu dibaca, huraian menarik dan berfakta. konteks pendapat setiap parti baik kerajaan dan pembangkang juga diperkongsikan dan dari situ kita boleh membanding beza pandangan setiap pemimpin mengenai hudud bukan seperti yang semua sangkakan.

22 hours ago · Like

Muhammad Syukri salam, alhamdulillah satu pengkajian yg baik dari saudara, cumanya ada beberapa pandangan saudara yg sy rasa perlu diperincikan, pertamanya berkenaan ciri2 negara kodusif dan sesuai untuk kita saksikan bahawa hukum hudud ini sesuai dilaksanakan, wujudkah negara yg boleh kita kategorikan sebagai negara yg sesuai untuk pelaksanaan hudud? jika dilihat begitu bermakna negara2 Islam yg saudara listkan diatas dilihat sebagai tidak memenuhi syarat melaksanakan hukum hudud itu sendiri kerana dilihat rakyatnya tidak sepenuhnya memahami atau menghayatinya.

yg keduanya, soal pelaksanaan, bersedia dan x bersedia, usaha kearahnya hanya berlaku dari yg bukan memerintah, bagaimana kita nak menuju sedia sedangkan platform itu tidak ada bahkan yg berusaha kearahnya juga diberi tekanan. Ya saya setuju dengan pandangan saudara rakyat perlu diperjelaskan, tp apakah usaha pemerintah yg sedia ada bahkan yg berusaha dilabelkan sebagai membwa agenda politik semata. adakah hukum hudud ini tidak lagi relevan setelah perubahan masa, suasana masyarakat dan sebagainya lagi? dikhuatiri pandangan sebegini menolak Al-Quran yg sifatnya syumul sesuai dengan peredaran masa dan zaman.


bagi sy soal perlembagaan negara x sepatutnya kita bandingkan dengan perlembagaan Al-Quran kerana ianya tidak sama taraf untuk kita bandingkan. 2 sumber utama kita ialah Al-Quran dan hadis. didalam Al-Quran ada hukum yg qat'i(tetap) dan tidak tetap, bagi hukum yg qat'i tidak dibolehkan lagi segala perbahasan manakala hukum yg tidak tetap masih ada ruang untuk perbahasan. banyak ayat dari Al-Quran yg memperjelaskan berkenaan ini anataranya ahzab:36, maidah:49, dan banyak lagi.


perlu difahami tujuan hukuman hudud bukanlah perlu dilihat sebagai suatu hukuman semata2, tetapi perlu dilihat sebagai ubat mujarab bagi pencegahan sesuatu wabak yg akan merebak akibat dari sesuatu jenayah itu.


menyentuh soal maqasid syariah Nuruddin Mukhtar, al-Khadimi, al-Ijtihad al-Maqasidi, Qatar , 1998M , m.s.50 "maqasid sebagai lima prinsip islam yang asas iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta". Islam menyeru kepada 5 prinsip ini yg perlu diberi keutamaan. penjelasan berkenaan maqasid ni mgkin sy boleh kongsikan satu link tuk kita teliti mengenai definisi maqasid sendiri, kerana dikhuatiri jika kita tidak benar2 memahami definisi maqasid akan menyebabkan kita tersalah tafsir.. http://fikrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm


soal bersedia atau tidak, kitalah sebagai org yg memahami perlu berusaha bersama memberi penjelasan kepada masyarakat bukan dengan memberi salah tanggapan bahawa kita belum bersedia sedangkan usaha ke arahnya tidak ada, bukan tidak ada langsung cumanya terlalu kecil bahkan dianggap sebagai agenda politik sebelah pihak sahaja, ini berlaku kerana apa, kerana sebelah pihak lagi tidak ada usaha untuk kearahnya. jika berlaku kedua2 pihak berusaha ke arah kefahaman hudud ini, sy percaya nescaya tidak akan wujud tanggapan bahawa ini adalah agenda politik sebelah parti sahaja. jika benar UMNO mahukan hudud, maka berlumba-lumbalah dengan PAS memberi kefaham yg jelas kepada masayarakat tentang hukum hudud ini.


sekadar pandangan saya bagi menghuraikan topik yg saudara bawakan ini..


fikrah.interaktif.tripod.com

Islam merupakan mesej Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia di serata dunia da...See More

21 hours ago · Like · 3

Mohd Fadzil Abdul Hanid Waalaikummusalam,

(1) Satu penambaikan dalam perincian Maqasid Syariah. Syukran.


(2) Negara yang amalkan hukum Syariah : Contoh telah di beri :


Arab Saudi ; 97% of the total population.

Sudan : 97% of the total population.

Dll.


Faktor paling menjurus kepada pelaksanaan adalah di lihat faktor populasi penduduk beragama Islam.


Sebab itu, Sy telah memeberikan beberapa contoh bahawa pelaksanna dalam bentuk autonomi adalah lebih releven cth di Kelantan. Ini dilaksnakan di Acheh walaupun Indonesia tidak melaksanakan Undang2 Syariah.


(3) Sy tidak bercakap mengenai melebihkan perlembagaan, ataupun menolak Hukum Hudud. Sepertimana contoh yg diberikan pelaksanaan di zaman Nabi dan Sahabat pun terdapat rukhsah dalam kelonggaran penangguhan.


(4) Usaha2 setiap pihak perlu dihargai. dalam hal ini Kelantan harus di puji kerana usaha mempermosikan Hukum Hudud, tetapi usaha pihak pemerintah juga harus di puji dalam melaksankan pelbagai Undang-Undang Syriah lain dalam hal2 muamalat, urusan hal ehwal orang Islam dalam Mahkamah Syariah, walaupun dalam kes Hudud masih belum terlaksana. Bersangka baik di dalam kerajaan terdapat usaha juga memperbincangkan.


Petikan daripada Pemuda UMNO ;


Kesungguhan UMNO antara tindakan terawal Dr. Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri ialah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Hukum Hudud peringkat Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh (Allahyarham) Prof Ahmad Ibrahim, seorang tokoh perundangan Islam yang amat diakui oleh masyarakat antarabangsa. Banyak perkara yang disarankan oleh jawatankuasa tersebut dilaksanakan secara perlahan-lahan tetapi berterusan.Antara lain pelbagai perkara pembaikan dan pelaksanaan peringkat bawahan perlu dilakukan sebelum melaksanakan hudud ini. Ini termasuk melakukan secara sedikit demi sedikit dan beransur-ansur serta memperbaiki kualiti pentadbiran Islam negeri-negeri. UMNO menyedari bahawa hukum hakam Allah swt bukannya bahan mainan politik atau janji-janji pilihan raya. UMNO hanya boleh berjanji perkara yang mampu dilakukannya. Bukan cara UMNO untuk menang pilihan raya melalui janji palsu, apatah lagi janji menggunakan agama.


(5) Kenyatan yang pedih untuk di terima ialah UMNO atau PAS keduanya2 kalau di lihat kenyataan pemimpin kedua2 pihak adalah mengatakan belum tiba masa melaksnakaannya. Biarlah pihak mana yg selalu mengatakan mengenai Hukum Hudud ini. Jika tidak kerana Maqasid Syariah, bagaimana dalam manifesto Nasional, PAS sanggup menegeluarkan Hukum Hudud. UMNO juga langsung tidak ketengah isu ini keranan mereka thu mereka tidak mampu melaksankananya pada masa kini.


(6) Bilakah tertegak Hukum Islam secara keseluruhannya, Wallahu 'alam. Kita hanya mampu membuat persiapan, sehingga saat itu tiba. Sebelum ianya tiba bersabarlah saudaraku, sesungguhnya kecintaan saudara terhadap Islam, Hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.


(7) Saya hanya memberikan realiti keadaan, suasana kondusif, berdasarkan sosiopolitik Malaysia. Mustahil atau tidak, hanya masa dan keadaan akan menentukan.


(8) Dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.


Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

20 hours ago · Like · 1

Syafiq Akmal maaf ye.. saya ada pertanyaan.. maklumat n analysis yg saudara fadzil buat nie berdasarkan blog2 UMNO atau mempelajari n mendalami hukum hudud setelah menuntut ilmu daripada guru2 agama yg betul n mahir dalam bidang ni?

16 hours ago · Like

Muhammad Syukri boleh sy dapatkan hasil kajian dari Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Hukum Hudud peringkat Jabatan Perdana Menteri, sy dah cuba bt carian, tp x jumpa, jika saudara ada mgkin boleh kongsikan

berkenaan dengan mahkamah syariah, itu menjadi tanggungjawab pemerintah melaksanakannya, kerana negara kita merupakan sebuah negara Islam dan diiktiraf, tapi malangnya mahkamah syariah ini diperkecilkan skopnya spt yg saudara nyatakan diatas, soal jinayat khususny pd sy x da langsung malah dipisahkan terus dari mahkamah syriah.

15 hours ago · Like

Muhammad Syukri sy ambil contoh isu kartika, bila mana mahkamah syriah telah menjatuhkan hukuman sebatan dan kartika sendiri merelakan dirinya disebat, namun usaha mahkamah syariah ini disekat, persoalan mula timbul, adakah soal bersedia menjadi persoalannya?

15 hours ago · Like

Muhammad Syukri maka disini adalah soal keyakinan yg sebenarnya menjadi masalah masyarakat bukan soal bersedia atau tidak, hukum dah ada, hasil kajian pelaksanaan tu klu boleh dikongsikan secara perinci sy percaya negara mampu bahkan bersedia melkasanakannya..

15 hours ago · Like

Syafiq Akmal mereka yang buat salah sahaja takut akan pelaksanaan hukum hudud ini..

15 hours ago · Like

Muhammad Syukri jd bagaimana nak menanamkan keyakinan pd agama Allah ni, jawapan usaha dakwah perlu dibawa kepada masyarakat dalam apa jua cara sekalipun , samada melalui politik, ekonomi, perundangan dan sebagainya, kerana masyarakat kita pada hari ini tidak mampu menghadam dan menggambarkan hudud yg realiti selagi mana usaha kearahnya hanya kecil sangat jika dibandingkan usaha kearah hiburan yang menjadi lambakan dalam arus media perdana. dengan hanya duduk diam berpeluk tubuh menuggu masa yg sesuai untuk pelaksanaanya, sy rasa sampai bila2 pn x kan terlaksana hudud itu kecuali dengan satu keajaiban dari Allah..

15 hours ago · Like · 1

Mohd Fadzil Abdul Hanid Saya ulas dahulu Isu Kartika.

(1) Kesalahan minum arak pada prinsipnya adalah di bawah hudud. Walau bagaimanapun, pemerintah boleh melaksanakan takzir. Dan dalam keadaan tertentu hukumannya boleh sama dengan hudud.


(2) Presiden PAS = Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.


Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 – 80 rotan jumlahnya. Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.


(3) Dr. al-Qaradawi menulis, Ibn Mas'ud berkata: ``Aku masih ingat lelaki pertama yang dipotong (tangannya) oleh Rasulullalh s.a.w. telah didatangkan seorang pencuri kepada baginda, maka baginda menyuruh dipotong (tangannya), tetapi seolah-olah wajah Rasulullah s.a.w. nampak menyesal.


Justeru para sahabat bertanya: ``Wahai Rasulullah, seolah-olah engkau tidak suka memotongnya.'' Nabi bersabda: ``Tidak ada yang menghalang aku, janganlah semua kamu menjadi penolong syaitan atas saudara kamu kerana tidak patut bagi seorang imam apabila telah sampai padanya hukuman hudud kecuali melaksanakannya.


Sesungguhnya Allah Pengampun dan suka mengampun. Allah berfirman: Dan hendaklah mereka memaafkan dan mengampunkan. Apakah kamu tidak mahu Allah mengampunkan kamu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


(4). Hudud minum khamar (Arak)


Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:


Bahwa Nabi saw. pernah didatangkan seorang lelaki yang telah meminum khamar, lalu beliau menderanya dengan dua tangkai pohon korma sebanyak empat puluh kali. (Shahih Muslim No.3218)


(5) Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat. “Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan sunah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat,” kata beliau.


Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini, kata beliau sambil menambah, “cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan.” “Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira,” kata beliau lagi. Katanya, ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.


“Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,” kata beliau lagi. Jelas

beliau, hukuman rejam pula patut mengambil kira pandangan yang memasukkannya di bawah takzir bererti pemerintah boleh meminda dan menukar atau membatalkannya.


Di samping tafsiran ihsan itu hendaklah disempitkan kepada maksud lelaki ataupun perempuan yang masih berkahwin bukan yang pernah berkahwin, kata Asri dalam kertas kerja pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru hari ini. Kelantan kerajaan pimpinan PAS bercadang untuk melaksanakan hukum hudud selepas menerajui negeri itu pada 1990.


“Ini kerana pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga sesuatu yang amat buruk. Di samping takzir, hukuman rejam mempunyai suasana zaman yang berbeza, itupun perlu diambil kira dalam membahaskannya,” kata beliau lagi. Asri menambah, jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat diambil kira dalam pelaksanaan hukuman, maka akan didapati hudud mencapai matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama menonjolkan keindahan hukuman tersebut.


“Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka terhadap Islam. Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik, ia akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik. Namun keindahannya akan hilang jiwa berada di bawah suami yang fasik dan rosak,” kata tokoh agama yang dilihat progresif ini.


(5) Dalam konteks negara kita, Mahkamah Syariah terikat dengan bidang kuasa yang diberikan oleh Parlimen.


Undang-undang sebat bagi kes kesalahan syariah ini pun baru dilaksanakan selepas pindaan Akta Parlimen 1965 mengikut Akta A612 yang digazetkan pada tahun 1986. Itupun hanya maksimum enam sebatan, tiga tahun penjara atau denda RM5,000.


Jadi, tak boleh salahkan Mahkamah Syariah jauh sekali mempertikai keputusan hakim kenapa tidak hukum sebat 40, 80 atau 100 kali. Yang jelas, mahkamah bertindak mengikut undang-undang.


Dalam kes takzir, pesalah tidak boleh dihukum sebat lebih 10 rotan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Janganlah disebat lebih 10 kali sebatan kecuali dalam kes had daripada had-had (hudud) Allah. (riwayat Bukhari dan Muslim)


(6) Kesimpulannya dalam isu Kartika, Sultan Pahang sebagai kuasa khas pemerintah berhak mengampunnya atas budi bicaranya dalam penafsiran Hukum Takzir. Samaada benar atau tidak ijtihad beliau. Walllahualam.

13 hours ago · Like|

Mohd Fadzil Abdul Hanid Syafiq Akmal : Sumber rujukan artikel ada di bawah bahagian artikel. Sy tidak bias kepada blog pro UMNO semata2, sy cuba seimbangkan sumber daripada UMNO, PAS, Ulama, dan suara ketiga. Hanya mungkin bagi pendokong PAS tidak sedap kerana artikel ini merungkai seolah2 dari segi poilisi pendangan pemimpin UMNO dan PAS adalah sekata. Kenyataan ini pedih tetapi harus ditelan.

13 hours ago · Like

Mohd Fadzil Abdul Hanid Sepertimana Kelantan meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), bagi membuat kajian tentang hukuman itu dapat dijalankan. Kenyataan yang umum.

Daripada sumber UMNO juga hanya menyatakan secara umum, seperti kenyataan sy dalam artikel di blog. Terdapat juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yg bertanggungjawab terhadap Agama ISlam. Termasuk Agensi-Agensi Kerjaan.


Bersangka baik, iri terdapat aliran baharu dengan tertubuhnya ILMU dalam UMNO. Badan atau sayap agama sepertimana PAS mempunyai Dewan Ulama, semoga mereka ini masing-masing dapat memperbaiki kedua-dua parti politik ini.


Perlu sy tegaskan sekali lagi, secara dasar Malaysia adalah Negara Demokrasi Berparlimen


Sebagai pindaan perlembagaan bagi akta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang memerlukan 2/3 persetujuan ahli parlimen. Ahli parlimen Islam yang ada sekarang hanyalah 132 orang yang mana ia memerlukan 16 lagi ahli parlimen yang bukan beragama Islam untuk mencapai majoriti 2/3 dalam dewan parlimen (Betulkan jika salah). Kalau ikut rasionalnya, agak sukar orang bukan Islam untuk bersetuju. Sedangkan yang beragama Islam ada juga yang tak bersetuju, inikan pula orang kafir?


Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri.

13 hours ago · Like

Muhd Syafiq Al-fateh minta maaf...cara saudara tarjih dan buat kesimpulan di akhir kenapa malaysia tak laksanakan hudud langsung tidak relate dengan hujah2 dan nas yang saudara sendiri kemukakan...saudara kemukakan hadith yang nabi s.a.w melarang dilaksanakan hudud ketika konteks peperangan...soalnya, di malaysia kita tidak berperang...

Kedua, saya memohon didatangkan nas atau pandangan ulamak yang mengatakan faktor kemajmukan bangsa dan masyarakat adalah salah satu sebab membolehkan menolak hudud...dari masa saudara datangkan kesimpulan mudah negara majmuk tak payah laksana hudud...

13 hours ago · Like · 1

Muhammad Syukri isu kartika yg sy ingin highlightkan ialah bukan soal berapa sebatan dan sebagainya, mmg jelas hukum atau nas yg saudara sendiri telah nyatakan. cumanya mohon untuk saya ambil pendapat saudara, saya quotekan kesimpulan ketiga saudara "Sebagai wakil rakyat Islam dalam Parlimen boleh merancang agenda berdasarkan Maqasid Syariah, memperkasakan Mahkamah Syariah dan Menggubal Undang-Undang baru bagi Mahkamah Sivil secara halus yang berteraskan Islam tanpa menwar-warkan ianya Hukum Hudud suapaya penerimaannnya samaada kepada Islam ataupun bukan Islam dapat di terima secara perlahan-lahan. " sy lihat isu kartika ini sebagai satu langkah yg baik bagi merencanakan pandangan saudara ini.

soal kesedian kartika dan hukum yg dijatuhkan oleh mahkamah syariah perlu kita ambil kira sebagai cara terbaik dalam merencanakan pandangan saudara tadi.. jadi apa pandagan saudara?

13 hours ago · Like · 1

Muhammad Syukri dan sy quotekan lagi "Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri."

maka dengan apa yg saudara dah nyatakan, sy dapat nyatakan bahawa mahkamah syariah telah berusaha mengenakan tindakan dengan hukuman yg pling tinggi sesuai dengan peruntukan dalam akta 355 t, yg mana mahkamah syariah terikat dengannya..

12 hours ago · Like · 1

Mohd Fadzil Abdul Hanid Muhd Syafiq Al-fateh : Hujah Kenapa Malaysia Tidak Melaksanakan Hudud ini adalah rangkamun analisa sy terhadap sosiopolitik Malaysia. Ini Ijtihad,

Kenyataan saudara :


" saya memohon didatangkan nas atau pandangan ulamak yang mengatakan faktor kemajmukan bangsa dan masyarakat adalah salah satu sebab membolehkan menolak hudud ".


Jika salah faham dalam artikel saya, sy perjelaskan bukan faktor kemajmukan bangsa dan masyarakat , Hudud tertolak. Tetapi Hudud tidak dapat dilaksankan lagi sehingga satu persetujuan atau penerimaan daripada msayarakat majumuk terhdap Hudud dapat diperjelaskan.


Ijtihad ini, dapat di buat analogi bahawa untuk memgang kuasa, berdasarkan sosiopolitik Malaysia, Parti politik terpaksa menggunakan sisitem demokrasi sedangkan dalam konteks dahulu, Sistem Khalifah digunakan berdasarkan Syura. Jika begitu tidak Islami medium demokrrasi yg digunakan smaada UMNO dan PAS. Bila kita kembali kepada realiti, Negara yang dapat melakukan Hukum Syariah 100% adalah negara dengan faktor populasi masyarakat ISlam hampir 100%. Sekali lagi realiti di dalam duni adakah contoh negara majmuk seperti Malaysia yang dapay melaknakana Syariah. Tiada bukan?


Tetapi ini tidak mustahil, dengan keazaman dan langkah-langkah yang betul, penerangan dan dakwah yg halus, suapaya sussaana kondusif dan praktikal untuk implementasi hukum Hudud ada ruang untuk bernafas di Malaysia.


Saya tegaskan keseluruhan artikel ini bukan bermaksud MENOLAK tetapi menerangkan mengenai sejarah, dasar, sebab Hukum Hudud di Malaysia masih BELUM dilaksankanan.

12 hours ago · Like

Mohd Fadzil Abdul Hanid Muhammad Syukri : Setuju, Mahkamah Syariah telah berusaha. Ianya adalah Takzir daripada apa yang sy faham. Tetapi Sultan ada kuasa untuk mengampun atas budi bicara untuk mengampun atas budi bicara atas nasihat daripada penasihat2nnya.

Jika kita lihat konteks Arab Sudi yang amalakan Hukum2 Syariah terdapat ruang juga untuk pemerintah dalam Hukum Takzir.


" Kira-kira 325 banduan Indonesia termasuk pembantu rumah diberi pengampunan diraja oleh kerajaan Arab Saudi, kata seorang pegawai Indonesia di Riyadh semalam.


Keputusan itu dibuat selepas beberapa siri rundingan antara Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dengan Duta Arab Saudi ke Indonesia, M. Amen Al-Khayyat di Jakarta.


"Senarai nama rakyat Indonesia yang diberi pengampunan itu telah dihantar kepada Indonesia oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi."

12 hours ago · Like

Muhd Syafiq Al-fateh jika hujah mengatakan hanya negeri populasi penduduk majoriti muslim sahaja yang melakukan hudud...kelantan adalah negeri majoriti melayu muslim & mereka sudah lama mewartakan undang2 jenayah Islam, hudud dan qisas...tetapi tidak boleh dilaksanakan kerana kerajaan pusat mengugut akan mengambil tindakan jika sekiranya hudud dilaksanakan di kelantan...mengapa kerajaan persekutuan masih menghalang dan mengugut jika kelantan ingin melaksanakannya? sedangkan kelantan negeri majoriti muslim

7 hours ago · Like

Akmal Kudus bersedia atau tidak bkn persoalan utk laksanakan hudud. hudud ni utk org yg melakukn jenayah. jd xtimbul soal bersedia atau x. lol~

5 hours ago · Like · 1

Muaz Syamil Azizan Dato' Seri Najib: ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’. hudud keterlaluan??

5 hours ago · Like

Akmal Kudus skrg ni kerajaan mnjlnkn kempen memelayukn islam. bkn mngislamkn melayu. sbb tu jd cmni.

4 hours ago · Like · 2




about an hour ago · Like




38 minutes ago · Like

Mohd Fadzil Abdul Hanid Mohd Fadzil Abdul Hanid Muhd Syafiq Al-fateh :

(1) Tugas sy bukan pertahankan Kerajaan Persekutuan. Sy fikir rujukan kerjaan menghalang adalah pada tahun 1994 merujuk surat Dr. Mahathir.


http://www.negarakita.com/Post-220593-Surat+Mahathir+tolak+hudud+yang+dihantar+kepada+Tok+Guru+Nik


Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.


"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.


Ulasan sy sy fikir pada tahun 1993 atau 1994 apakah enakmen yg dihasilkan ketika itu tidak dapat menerangkan kepada Dr. Mahathir seperti ia pertikaikan dalam surat itu contoh pada kesalahan rogol, perlukan 4 saksi. Pada masa sekarang sy fikir sekiranya Hudud sukar dibuktikan maka ianya berpindah kepada takzir. Adakah enakmen tersebut memberi kefahaman kepada Dr. Mahathir dan rakyat secara khususnya. Jika ada enakmen tersebut, suka sy minta lihat. Maka konteks pada mas aitu tidak dapat sy ulas lebih lanjut.


Jika tiada maka daripada segi persediaan, bagi pelaksannan memerlukan penambaikkan daripada segi penggubalan, pelaksnaan.


Malah ketika enakmen itu dalam rangka atau diperkenalkan Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Tiada golongan parti dominasi bukan Islam seperti DAP.


(2) Kita akan bercakap dalam konteks pada masa sekarang,


Sebab itu kita lihat kembali artikel sy memtik pemimpin-peminpin skrg yg lebih releven dalm bercakap soal Hudud.


Secara umum mereka adalah senada.


(3) Bukankah keterbukaan Dato` Seri Najib dalam transformasi, kerjaan , eekonomi dan politik, bahkan tertubuhnya ILMU , ustaz2 atau dikenali sebgai Ulama Muda UMNO yg memperkatakan tentang Hudud juga. Sepatutnya PAS mengambil langkah ke depan untuk Kelantan untuk menguji dato Seri Najib memberika autonomi undang2. Malah ;


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan Persekutuan tidak boleh disabitkan sebagai punca kegagalan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana rakyat telah memberi mandat kepada Pas mentadbir kerajaan negeri lebih 21 tahun.


Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan penghalang, sebaliknya kepimpinan Pas boleh melaksanakan di negeri yang ditadbir mengikut prosedur perundangan, namun perjuangan untuk merealisasikan hukum hudud terhenti begitu sahaja.


Tetapi berdasarkan faktor kuasa politik dan starategik bukankah di lihat PAS tidak bersedia untuk masa kini dan juga tidak memartabatkan dalam konteks nasional atas dasar kerjsaam PKR-DAP?


Jika kita lihat dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat berkenaan isu Hudud memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga. Tiada langsung menyentuh Isu Hudud dalam agenda sekiranya kemenagan bersama.

Hanya menyebut " Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah."


Bukankah ditegaskan dalam artikel mengenai kesimpulannya samaada UMNO atau PAS senada pada konteks kini, Mereka memperakui Hukum Hudud tetapi menerangkan belum tiba masanya.

21 minutes ago · Like

Mohd Fadzil Abdul Hanid Video Aziz Bari : Contoh Nigeria ;

Hukum Hudud apabila melaksnakannya harus di lihat maksud tujuan dan matalamat. Jika membawa kepada negatif maka maksudnya x tercapai. Sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law).


Jika contoh Nigeria yg komposisi kaumnya lebih kurang Malaysia. Maka di Nigeria pecahan besar adalah agama wahyu iaitu Islam dan Kristian. Malaysia Agama Wahyu dan Agama Budaya.


malah di Nigeria adalah gagal keranan konflik agama yg berterusan yang meragut banyak nyawa. Boleh search di google.


Video Dr. Asri ;


Mengukuhkan lagi dengan contoh Pakistan dan Afghanistan.


Kesimpulan pelaksnaan terburu=buru tanpa membuat persedian dalam penggubalan undang-undang Hudud, persedian susasan kondusif maka akan memabwa persepsi negatif kepada Hukum Allah.


Sy tegaskan sekali lagi , dengan keazaman dan langkah-langkah yang betul, penerangan dan dakwah yg halus, suapaya sussaana kondusif dan praktikal untuk implementasi hukum Hudud ada ruang untuk bernafas di Malaysia.

9 minutes ago · Like

Mohd Fadzil Abdul Hanid Akmal Kudus ; Bersedia adalah persoalan, sila baca artikel di blog untuk huraian lanjut.

Ringkasannya begini ; Nas dalam Al-Quran sabitkan kesalahan mencuri perlu potong tangan, tetapi x sebut berapa kadar hasil curian itu patut dihukum.


Maka ini yang dipersoalkan, dibincang , dibahas dan Ijtihad untuk pelaksanna.


Islam, Melayu, Arab topik yg x sentuh , kernaan tajuk perbahasan adalah Hukum Hudud, Kalau dibahsakan akan meleret2. Mungkin pada medan lain.


Muaz Syamil Azizan ; Bersangka baik pada perkataan, mungkin maksud dan tafsiran si bercakap lain. Samalah kita tidak menuduh Nik Aziz salah 100% cakap Tuhan Samseng atau Mencarut. Kita tidak tahu niat manusia ini.

5 minutes ago · Like


4 minutes ago · Like



3 comments

  1. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.