Archive for June 2011


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Sekolahku, Rumahku - Satu Memori Indah

2002 - SMTWT/SMVKT , 5 PKE

2011, SMVKT - Bersama Cikgu Nasir, bekas guru saya pada tahun 2002

Bagai sirih pulang ke ganggang adalah ayat paling sesuai apabila saya kembali ke sekolah sebagai guru di mana ini merupakan sekolah sy bergelar seorang pelajar dahulu.
Cikgu Nasir merupakan guru kelas saya dahulu kini merupakan rakan setugas sebagai guru bengkel elektrik.


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Takdir? Jangan Bersedih kerana Ketetapan Allah S.W.T itu ada Hikmahnya.

Gambar kenangan penulis bersama anak-anak masyarakat Islam Kemboja. Terfikir kenapa takdir umat Islam kemboja sebegini. Persoalan yang masih tiada jawapan. Bagaimana Palestin? Afghanistan? Iraq?


Apakah Al-Qadar baik itu dari Allah?


Kita wajib beriman mengenai al-Qadhaa' dan Al-Qadar, maka sudah tentu, tidak ada sesuatu perkara pun yang tidak terlepas dari pengetahuan Allah swt, baik secara umum atau secara terperinci. Persoalannya ialah, Apakah al-Qadar itu meliputi perkara yang buruk? Syiekh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa "qadar Allah tidak ada sesuatu yang buruk, akan tetapi keburukan itu terdapat pada yang ditakdirkan.". Allah swt melakukan sesuatu dengan mempunyai tujuan kebaikkan didalamnya, cuma sebagai hamba Allah swt tidak semua hikmah sesuatu takdir dapat kita ketahui rahsianya. Begitu juga jika dilihat dari qadar Allah yang umum, diturunkan dengan sebab-sebab kebaikan yang umum; contoh di turunkan Nabi Muhammad saw untuk kesejahteraan sekalian alam, firmannya :-

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". - [al-Anbiya’ 21:107]


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Cubalah Untuk Mengerti "BERSIH ATAU KOTOR"



Hidup di dunia bermacam-macam dan berbagai-bagai pertarungan terjadi, tidak putus-putus. Pertarungan politik, pertarungan ekonomi, pertarungan mazhab, pertarungan perkauman, pertarungan fikiran dan pendapat, pertarungan pengaruh, pertarungan kepimpinan, pertarungan antarabangsa. Macamlah ombak laut yang tidak pernah berhenti daripada gelombang dan gelora.

Mengenai isu yang hangat sekarang mengenai isu perhimpunan BERSIH 2.0. kerana ruang lingkup saya masih lagi seorang mahasiswa di mana beberapa sahabat-sahabat telah memperbincangkannya samaada pro atau kontra, saya akan mengulas secara peribadi.

Sedangkan anak-anak muda ini adalah jiwanya penuh semangat dan idealis. Tindakannya kurang pengalaman, maka mudahlah membuat keputusan yang terburu-buru. Mereka ini sering ingin jadi penggerak perubahan yang agresif.

Dalam isu ini walaupun pihak BERSIH mengatakan mereka neutral. Siapa pun tidak bodoh untuk mengagak tindakan sebelah pihak ini. Adalah menjadi kerisauan saya secara peribadi melihat kepala penganjur adalah Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 adalah bekas Presiden Bar Council.


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Nak jadi Guru ke Pensyarah bila baca surat ni!!!!!!!!

SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi.

Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernah menjawat jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya rasa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi.

Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan "rangking dunia," maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (ISI).




posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

4 comments

Celoteh Intelektual Malam Selasa Bersama Fadzil

Tahun 2002. 5 PKE Sek Men. Teknik Wakaf Tembusu. Penulis berbaju biru sebelah kanan.

Sedar x sedar cuti 2 minggu sekolah bermula. Mula la gatal tangan nak menulis, bila banyak masa lapang ni, lama tak menulis ni, mula la berkarat otak ni. Hari ni berkesempatan daftar ahli Pepustakaan Terengganu. Yang pertama masuk kira gah jugak tengok 4 tingkat. Dengan niat nak cari sebuah buku motivasi yang disarankan majalah Al-Islam berjudul La Tahzan(Jangan Bersedih) , buku karangan Dr Aidh Al Qarni, dikatakan merupakan buku yang terlaris dipasaran dalam genre motivasi. Kalau sebelum ni karya Stephen R. Covey ( 7 Tabiat Orang Amat Berkesan) dan karya Edward De Bono jadi pilihan. Tertarik la kan sebab buku motivasi ni dikatakan Islamik Motivasi yang setanding dengan tokoh2 motivasi barat tu.

Lepas search kat sistem OPAC, dapatkan Call Number, tertera "Available". Tapi cari kat rak x jumpa-jumpa. Tengok kat sebelah kanan, cam ade la sorang gadis kat meja dengan deretan buku tengah study. Dalam hati nak jer g meja dia tengok ade x judul buku yg aku cari. Nasib baik aku ni pemalu, kalau x ikut adrenalin aku g jer buat "spot check". X pe la x de rezeki kut.



Fadzil Hanid. Powered by Blogger.