Pin It

Widgets

Sekolah Harapan Negara


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Sekolah Harapan Negara


"Anugerah Sekolah Harapan Negara" merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara kolektif), di sebuah sekolah, iaitu, satu unit institusi asas pendidikan, di atas dedikasi serta pengorbanan mereka sebagai pendidik terhadap pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan warganegara khususnya.


Penganugerahan ini mengiktirafkan model sekolah contoh dalam konteks semasa yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain untuk menilai secara ikhtisas tentang pencapaian, cabaran dan hambatan yang dialami oleh para pendidik di sekolah berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks masa ini.

OBJEKTIF PENGANUGERAHAN

" Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang telah dan sedang berusaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara sebagai langkah ke arah pembinaan warganegara yang berguna.

" Memupuk, mengembang serta menyuburkan perasaan perpaduan di kalangan guru-guru bagi mencapai tahap profesion keguruan yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam konteks semasa.

" Memberi penilaian secara objektif terhadap sumbangan guru-guru dalam melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya penganugerahan ini akan mencetuskan semangat bersaing yang sihat dan berkesan.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.