Pin It

Widgets

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran,Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri. Pada tahun 1968 ditukarkan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. MSSM ini di bawah Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan Kejohanan Peringkat MSSM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejohanan Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun.

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama.

VISI MSSM

Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.

MISI MSSM
Melahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalamdan di luar negara

OBJEKTIF MSSM

Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.

Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.

Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.

Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri

Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan sukan.

Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.

Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

2 comments

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.