Pin It

Widgets

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Matlamat Kurikulum Program Ijazah

· Meluaskan keintelektualan dalam bidang yang berkaitan
· Meluaskan kesedaran dan kefahaman terhadap bidang disiplin dan antara disiplin
· Menjadikan pelajar lebih berdikari dan bekerjasama
· Bersedia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran dan diterima umum bidang keprofesionalan mereka
 i. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI(R)) telah diperkenalkan mulai Januari
2003 untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah. Kurikulum ini
digubal berasaskan keperluan mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-kanak,
keperluan meningkatkan ilmu pedagogi dan pengalaman berasaskan sekolah rendah serta
keperluan memupuk nilai positif dan amalan profesional di kalangan guru. Keperluan-keperluan
tersebut diterjemahkan dalam kandungan kurikulum latihan perguruan yang mendefinisikan
bagaimana seseorang guru perlu mereka bentuk pengajaran yang berkesan, mewujudkan
suasana bilik darjah yang selesa dan kondusif untuk menimba ilmu serta memupuk ciri-ciri guru
profesional yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Kurikulum ini juga menuntut agar guru-guru
yang mengikuti program latihan ini berketrampilan dalam penggunaan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK).

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.