Pin It

Widgets

KBSR & KBSM


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

KBSR & KBSM


Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar PelajaranKebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.Di samping itu juga, ia jugamemberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yangmeliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Pada tahun1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula
diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untukmemperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secaramenyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yangberilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepadakemajuan , kesejahteraan serta pembangunan negara.Walaubagaimanapun,
faktor utam


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

KBSR

2.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )
1.         Matlamat Pendidikan Persekolahan
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
  
2.         Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
  
3.         Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:




i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.




4. Prinsip KBSR




KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-


i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas
viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah


Ciri-Ciri KBSR
 
5. Penekanan


Fokus Tahap I


i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.




Fokus Tahap II


i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai


6. Struktur KBSR


Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-


i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.


Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
7.    Bidang Pelajaran

 
Bidang
 
Komponen
Matapelajaran
Fasa 1
Fasa 2
 
 
Komunikasi
 
 
Kemahiran Asas
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Matematik
Matematik
 
Manusia dan Persekitaran
 
Sikap , Nilai
dan Spiritual
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
 
-
Sains
Kajian Tempatan
Perkembangan
 Diri Individu
 
Kemahiran Hidup
Seni dan Riadah
Kokurikulum
-
Kemahiran Hidup
Pendidikan Muzik
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni
Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

     


Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-


i. Bidang Komunikasi


1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.


ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya


1. Pendidikan Islam;
2. Pendidikan Moral;
3. Sains; dan
4. Kajian Tempatan.


iii. Bidang Perkembangan Diri Individu


1. Kemahiran Hidup;
2. Pendidikan Muzik;
3. Pendidikan Seni;
4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

 8.         Peruntukan Masa
  
Mata Pelajaran
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan
Tahap 1
Tahap 2

Tahap 1

Tahap 2
Perkara
1
2
3
4
5
6
1
2
3
4
5
6

Bahasa Melayu

450
450
450
300
300
300
270
270
270
150
150
150
Bahasa Inggeris
240
240
240
210
210
210
 
 
60
90
90
90
Bahasa Cina/Tamil
 
 
 
 
 
 
450
450
450
300
300
300
Sains
 
 
 
150
150
150
 
 
 
150
150
150

Matematik

210
210
210
210
210
210
210
210
210
210
210
210
Pend. Islam/Moral
180
180
180
180
180
180
150
150
150
150
150
150
Pendidikan Seni
60
60
60
60
60
60
60
60
60
60
60
60
Pendidikan Muzik
60
60
60
60
60
60
60
60
60
60
60
60
Kemahiran Hidup
 
 
 
60
60
60
 
 
 
60
60
60
Kajian Tempatan
 
 
 
120
120
120
 
 
 
120
120
120
Pend. Jas. & Kes.
90
90
90
60
60
60
90
90
90
60
60
60
Perhimpunan
30
30
30
30
30
30
30
30
30
30
30
30
Pilihan Guru Besar
30
30
30
 
 
 
30
30
30
 
 
 
JUMLAH
1350
1350
1350
1440
1440
1440
1350
1350
1350
1440
1440
1440



9. Teras KBSR


i. Penggabungjalinan;
ii. Penyerapan;
iii. Penilaian;
iv. Pengkayaan; dan
v. Pemulihan.


10. Penekanan Dalam KBSR


Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-


i. Kemahiran asas;
ii. Kemahiran berfikir;
iii. Nilai Merentas Kurikulum;
iv. Bahasa merentas kurikulum;
v. Patriotisme merentas kurikulum;
vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;
vii. Penilaian berterusan;
viii. Pemulihan dan pengayaan;
ix. Prinsip mudah ubah; dan
x. Sains dan teknologi merentas kurikulum


11. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;


i. mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;


Kemudahan fizikal kelas
· ruang pembelajaran yang selesa;
· sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;
· ruang pameran hasil kerja;
· bahan rujukan untuk penggunaan murid;
· bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.


Aspek emosi sosial


· penggunaan bahasa yang mesra;
· keupayaan guru memahami muridnya;
· penggunaan teknik yang pelbagai.




ii. mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


· Melibatkan murid secara aktif;
· Menjalankan penilaian yang berterusan;
· Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;
· Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;
· Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan;
· Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional;
· Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang;
· Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;
· Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.


iii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran




Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.


Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;


· Simulasi
· Lakonan
· Permainan
· Tunjuk ajar
· Lawatan
· Bercerita
· Projek
· Sumbangsaran
· Main peranan
· Pidato




12. Penilaian


i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)


· Penilaian Kendalian Sekolah Rendah




ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)




13. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR


Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.


Antara perubahan besar dalam KBSR ialah


i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran


ii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian


iii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik


iv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran


v) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat


vi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan


vii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta


viii) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains


14. Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)



15. Rumusan

Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan penguasaan  3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang kukuh

Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.
Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk
menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.


KBSM



• KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

• Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup.

• Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh.

(Pukal Latihan KBSM, 1990)


Kesinambungan Dan Kesepaduan Dalam KBSM

Kesinambungan

• Kandungannya diolah kesinambungan daripada 3 bidang utama KBSR:

– Komunikasi (Bahasa, Matematik)

– Manusia dan Alam Sekeliling (Pend Agama Islam, Peng Moral, Sains dan Kemasyarakatan)

– Perkembangan Diri (PJK, PS, Aktiviti Kokurikulum)

• Usaha perkembangan potensi pelajar dalam bidang emosi dan rohani diperluaskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.

Objektif KBSM


• Membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan penaakulan.

• Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta membolehkan mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan bertanggung jawab.

• Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, serta mempertingkatkan peribadi dan watak.

• KBSM Menengah Rendah : fokus kepada pencapaian pendidikan umum dan perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan.

KBSM Menengah Atas : fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lebih meluas dan mendalam.

• Menitikberatkan aktiviti kokurikulum.

• Pendekatan dan strategi pembelajaran seimbang dengan KBSR dan berpusatkan murid.



1 comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.