Pin It

Widgets

Gerak kerja kokurikulum


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Gerak kerja kokurikulum

Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum dan setiap orang pelajar harus melibatkan diri. Gerak Kerja ini boleh dijalankan didalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah. Maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.


Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah perlu, berasas kepada anggapan bahawa :

i) Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik ) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu ( sosial, jasmani dan rohani )

ii) Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
iii) Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.
iv) Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat.
v) Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang dinyata dalam Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat utama gerak kerja kokurikulum. Matlamat gerak kokurikulum hendak dicapai adalah :

i) Perseimbangan antara perkembangan ,mental (akademik ) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
ii) Pengukuhan interaksi dan intergrasi dikalangan pelajar di sekolah.
iii) Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum yang diceburi.
iv) Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
v) Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
vi) Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukunegara.
vii) Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembiraan pelajar.
viii) Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.


Bagi meningkatan gerak kerja kokurikulum ( berikut adalah beberapa pelaksanaan )

i) Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
ii) Menambahkan lagi bilangan-bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan sukan serta mempelbagaikan gerak kerja, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.
iii) Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum, dimana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
iv) Melibatkan pelajar dan pihak sekolah gerak kerja khidmat masyarakat.
v) Melibatkan Persatuan Ibubapa/guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum.
vi) Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki.
vii) Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum.
viii) Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua secara berterusan.
ix) Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
x) Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.

Gerak kerja kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Diantaranya ialah :

Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada pelajar. Ia dapat juga membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Gerak kerja ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu saja.

Para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk dua hala antara masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat bekerja sama dan saling bantu membantu.

Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

Semua kerja korikulum boleh memberi peluang kepada melatih diri sendiri untuk kesihatan diri disiplin, memupuk minat bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.


Gerak Kerja Kokurikulum sekolah dapat dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu :

Badan Beruniform

Pengakap
Persatuan Bulan Sabit Merah
Kadet Remaja Sekolah
Pandu Puteri
Kadet Tentera Udara
Puteri Islam

Persatuan/Kelab
 
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah dan Geografi
Seni dan Kraftangan
Sains
Matematik
Kemahiran Hidup dan Pengguna
Pelajar Islam
Rekacipta
Kelab Kebajikan dan Pendidikan Moral
Kelab Pencegah Jenayah

Sukan & Permainan


Bola Sepak
Bola Tampar
Bola Jaring
Bola Keranjang
Badminton
Hoki
Catur
Tenis
Renang, Terjun dan Polo Air
Olahraga

Pasukan Rumah : Laksamana/Temenggung/Bendaraha/Syahbandar



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.