Pin It

Widgets

Isu Permohonan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Masih Belum Dibuka. (SIRI 2)


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

3 comments

Isu Permohonan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Masih Belum Dibuka. (SIRI 2)

Sila ke artikel Siri Pertama untuk pemahaman terlebih dahulu : klik link dibawah ;


Lanjutan mengenai isu yang dibangkitkan sebelum ini, penulis telah analisa dan beberapa kemusykilan mungkin terjawab dalam artikel berdasarkan analisa yang di buat  Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam kemelut ini.

(1) Respon surat bernombor rujukan KP(PP)0017/122/34/4 Jilid 2(9) bertarikh 3 Ogos 2011/ 3 Ramadhan 1432H menyatakan bahawa isu permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih yang masih belum dibuka sehingga kini mempunyai perkaitan dengan pembekuan jawatan yang diselaraskan dengan keputusan JPA melalui surat rujukan JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17) bertarikh 20 Mei 2011.



Petikan Artikel Siri 1 ;

" Apabila ditanya mengenai tarikh pembukaan permohonan Guru Sandaran Terlatih, beliau menjawab ianya bergantung kepada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Menurut beliau, sekiranya tidak ada masalah, permohonan tersebut akan dibuka pada pertengahan atau hujung bulan september dan calon-calon akan layak akan ditemuduga pada bulan 11. Ini mungkin merupakan ambilan terakhir sebelum ditukarkan kepada Sistem Pasaran Terbuka”. 
"

- Petikan tersebut berdasarkan analisis penulis dengan automatik tidak dapat di guna pakai berdasarkan maklumat terbaru di bawah ;

(2) Kemudian timbul ura-ura bahawa pembekuan jawatan dilanjutkan sehingga 
31 Disember 2011.

Berdasarkan komen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melalui laman web Facebook SPA :

http://www.facebook.com/pages/Suruhanjaya-Perkhidmatan-Awam-Malaysia-SPA/119180408130615


Kemudian, soalan pengukuhan kepada SPA;



Jawapan yang saya sendiri tidak pasti samaada membabitkan graduan pendidikan atau tidak mengenai lanjutan pembekuan.




Lampiran beberapa isu berkaitan ;



Posting Guru GSST 2011: Respon Pegawai KPM kepada Graduan Pendidikan





“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”



Tuan/Puan, 


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan  Puan/Cik Elizabeth Elain, bertarikh 09hb September, 2011 berkaitan dengan Permohonan e-GST dan Pembekuan Pengambilan Penjawat Awam. 


Untuk makluman, bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam hendaklah memohon sebagai Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi atas talian (e-GST) di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my/.



Permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST telah dibuka di laman sesawang KPM pada 20hb Disember 2010 dan telah ditutup pada 15hb Januari 2011 yang lalu. Namun begitu, tiada tarikh yang telah ditetapkan bilakah permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih (e-GST) bagi sesi seterusnya akan dibuka.

Panggilan temuduga akan dibuka 4 kali setahun iaitu Februari, April, Julai, dan Oktober. Walaubagaimanapun, permohonan e-GST dan juga panggilan temuduga akan dibuka sekiranya terdapat keperluan pekhidmatan dan kekosongan opsyen pengajaran.

Bagi calon lepasan IPTA, calon perlu melalui Temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST). Temuduga tersebut adalah bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Bakal guru yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terlalu rendah berkemungkinan tidak akan dilantik. Manakala, bagi calon di bawah tajaan KPM dan memperolehi PNGK 2.75 ke atas, mereka dikehendaki menduduki Ujian INSAK sahaja kerana ujian temuduga akan dikecualikan. Jika Ujian INSAK tersebut gagal maka keseluruhan sesi Temuduga Pengambilan GST adalah tidak berjaya. Ujian Insak dan Temuduga merupakan satu komponen yang sama di mana, jika salah satu daripadanya gagal maka keseluruhan Temuduga Pengambilan GST adalah tidak berjaya dan disarankan untuk mengemukakan permohonan baru.

Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada calon untuk membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan maklumat terkini berkaitan dengan permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST dan panggilan temuduga tersebut.

Berikut adalah syarat-syarat asas bagi permohonan e-GST :-
    1.   Kewarganegaraan - Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
    2.   Umur - Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa pada tarikh tutup iklan dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.
    3.   Kelayakan :-
              i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
              ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
              iii. Mendapat kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    4. Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.
Panggilan temuduga Guru Sandaran Terlatih (GST) akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan e-GST dilakukan. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap gagal dan disarankan untuk membuat permohonan baru.

Untuk pengetahuan puan, urusan pemberian penempatan adalah berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan, opsyen pengajaran dan kekosongan tempat disesebuah kawasan. Keputusan penempatan Guru Sandaran Terlatih akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh temuduga dijalankan. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya dan disarankan juga untuk membuat permohonan baru. Calon yang berjaya ditawarkan penempatan kelak akan dimaklumkan berkenaan dengan tarikh melapor diri di penempatan masing-masing.

Walaubagaimanapun, tiada tarikh yang ditetapkan bagi panggilan temuduga dan juga pemberian penempatan bagi Guru Sandaran Terlatih (GST). Oleh itu calon-calon disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa dilaman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia melalui capaian http://www.moe.gov.my/bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan makluman terkini berkaitan dengan perkara tersebut.


Untuk makluman, berdasarkan Surat Siaran bertarikh 20hb Mei 2011 yang bertajuk Pembekuan Pengambilan / Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), memaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6hb Mei 2011, telah bersetuju supaya semua jawatan kosong dimansuhkan berkuatkuasa pada 1hb Jun 2011.


Untuk makluman juga, urusan pembekuan pengambilan baru ini berkuatkuasa mulai tarikh surat siaran ini dikeluarkan sehingga 31hb Ogos 2011.

Namun begitu, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah dikecualikan. Keputusan ini adalah selaras dengan Kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan Perkhidmatan Awam yang kejat (Lean Civil Service).

Oleh yang demikian, calon-calon / pemohon disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa di laman sesawang JPA (http://www.jpa.gov.my), KPM (http://www.moe.gov.my), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di http://www.spp.gov.my dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dihttp://www.spa.gov.my, selepas pada tarikh 31hb Ogos 2011 bagi sebarang pengumuman berkenaan dengan kekosongan jawatan sektor kerajaan.

Dilampirkan bersama Surat Siaran bertarikh 20hb Mei 2011 yang bertajuk Pembekuan Pengambilan / Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Lain-Lain Badan Kerajaan untuk rujukan puan.
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu  Puan/Cik Elizabeth.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM)  di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Sekian.

“SEDIA BANTU”

Yang benar,
NOR MUSLIHA BINTI ATAN
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia




p/s : Mungkin perbincangkan dan tambah maklumat kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan. Sekiranya benar pembekuan sampai 31 Disember 2011. Maka permohonan penempatan juga akan lewat dan jangkaan penulis pada awal Jun/Julai baru mendapat penempatan. Adakah benar?

Sekian, terima kasih.

3 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.