Pin It

Widgets

Isu Permohonan Penempatan Guru Sandaran Terlatih (GSTT) Yang Masih Belum Dibuka.


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Isu Permohonan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Masih Belum Dibuka. (SIRI 1)

Memandangkan terdapat beberapa pertanyaan mengenai permohonan penempatan yang masih belum di buka sehingga kini daripada rakan-rakan Fakulti Pendidikan Teknikal. Sy tidak berapa maklum sebelum ini kerana masih mengikuti Latihan Mengajar sehingga 13 September 2011 ini yang hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Bagi yang telah tamat lebih awal pasti tertunggu-tunggu permohonan penempatan ini di buka. Beberapa sumber yang saya perolehi adalah jawapannya seperti berikut berdasarkan inisiatif Persatuan Mahasiswa UKM dan maklumbalas Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam kemelut ini.





Saudara Mohd Izzuddin bin Pisol, Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan, ditemani oleh Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff, Timbalan Presiden PMUKM, Saudara Afham bin Nazmi, Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK), dan Saudara Ezuan Saad, Setiausaha Agung PMUKM telah menghantar surat mohon penjelasan lanjut kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).

Surat bertarikh 29 Julai 2011 dengan rujukan kami UKM 3.31/PMUKM1011/BKA/03 (11)/8 telah dihantar untuk mendapatkan penjelasan berkaitan kekeliruan isu pelantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ). Surat berkenaan telah dipanjangkan kepada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat mohon penjelasan berkenaan juga turut diserahkan kepada Pejabat Menteri Pelajaran Malaysia dan Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

“Kami telah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Pelajaran, Bahagian Sumber Manusia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih ( GST ) yang tidak dibuku sehingga kini” Saudara Izzudin, Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan.

Surat ini dihantar ekoran susulan dari aduan bakal graduan Fakulti Pendidikan UKM, berkaitan permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih ( GST ) yang masih belum dibuka sehingga kini. Hal ini menjadi semakin keliru apabila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Mohd Fuad Zarkashi menerusi surat khabar Berita Harian Online yang bertarikh 27 Julai 2011 menyatakan pihak kementerian menawarkan jawatan guru tetap kepada 13000 Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ).


Maklumbalas Kementerian Pelajaran Malaysia


Pihak KPM telah memberi respon berhubung dengan tindakan MPP Mohamad Timbalan Presiden PMUKM, MPP Ezzuan Setiausaha Agung PMUKM, MPP Izzuddin Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM dan Afham YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM (PENDIDIK) memohon penjelasan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Ogos 2011 lalu, (rujuk sini).

Respon surat bernombor rujukan KP(PP)0017/122/34/4 Jilid 2(9) bertarikh 3 Ogos 2011/ 3 Ramadhan 1432H menyatakan bahawa isu permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih yang masih belum dibuka sehingga kini mempunyai perkaitan dengan pembekuan jawatan yang diselaraskan dengan keputusan JPA melalui surat rujukan JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17) bertarikh 20 Mei 2011.

Selain itu, respon mengenai pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih yang ditawarkan mengikuti kursus sebelum diserapkan ke jawatan tetap. Jawapanya ialah tawaran KPM kepada 13000 GSTT untuk mengikuti latihan perguruan adalah merupakan program “On-Off” yang diaksanakan oleh pihak Kerajaan kerana menghargai jasa dan sumbangan GSTT yang telah berkhidmat melebihi 2 tahun di sekolah-sekolah KPM.

Disamping itu, MPP Fakulti Pendidikan UKM merangkap Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan PMUKM telah berhubung dan berjumpa sendiri dengan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat KPM En. Amran bin Abdullah pada 11 Ogos 2011 mengenai perkara tersebut. Beliau menjelaskan dengan lebih terperinci. Respon beliau, perkara ini berkaitan dengan masalah ekonomi dan lambakan guru dan penawaran bidang pendidikan yang banyak ditawarkan di IPG, Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta dan pengambilan kursus perguruan. Secara lanjutnya, boleh rujuk kepada Rancangan Malaysia Ke -10 dalam bab ke-5.

Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru. Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA.

Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.

Hal ini telah berlaku banyak perubahan isu pendidikan disebabkan oleh keadaan zaman yang berbeza. Menurut beliau lagi, Malaysia sedang kearah mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Apabila ditanya mengenai tarikh pembukaan permohonan Guru Sandaran Terlatih, beliau menjawab ianya bergantung kepada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Menurut beliau, sekiranya tidak ada masalah, permohonan tersebut akan dibuka pada pertengahan atau hujung bulan september dan calon-calon akan layak akan ditemuduga pada bulan 11. Ini mungkin merupakan ambilan terakhir sebelum ditukarkan kepada Sistem Pasaran Terbuka”.

Kesimpulannya, bakal graduan Fakulti Pendidikan perlulah meluaskan pemikiran minta supaya tidak terikat dengan kerangka sekolah saja. Bakal Graduan perlu mencari peluang dan ruang yang lain seperti skim pensyarah Politeknik DG41, guru di Maktab Rendah Sains Mara dan banyak lagi peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan.

Sekian, terima kasih .

2 comments

  1. Anonymous
  2. Fadzil
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.