Pin It

Widgets

The Color of Paradise [Koleksi Filem Majid Majidi - Iran]


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

The Color of Paradise [Koleksi Filem Majid Majidi - Iran] (Mediafire Link)

Pengarah - Majid Majidi


[ Koleksi Filem Majid Majidi biasanya mengupas  sudut pandangan kanak-kanak,sifat kemanusian, kekeluargaan, kemiskinan dan umumnya mengajak penonton berfikir sendiri dan membuat kesimpulan pada akhir filem sendiri. Boleh dikatakan genre yang agak artistik pada pandangan saya]

Trailer :


 
The Colour of Paradise

The Colour of Paradise adalah sebuah filem Iran diarahkan oleh Majid Majidi. Diterbitkan pada tahun 1999.

Sinopsis

Kehidupan seorang kanak-kanak bernama Mohammad, berusia 8 tahun yang tidak dapat melihat dunia dengan kedua matanya tetapi dapat melihat alam ini dengan mata hati. Mohammad kematian ibu dan mempunyai ayah, 2 orang adik beradik perempuan serta seorang nenek.

Mohammad yang pulang bercuti sekolah dari sekolah kanak-kanak cacat penglihatan di Tehran kurang disenangi oleh ayahnya yang ingin berkahwin lagi. Dan ayahnya, Hashem bertindak untuk menghantar Mohammad jauh dari rumah supaya majlis perkahwinannya berjalan lancar. Keadaan menjadi semakin tegang apabila nenek Mohammad yang berkecil hati dengan sikap Hashem. Nenek Mohammad bertindak meninggalkan rumah dan kemudian jatuh sakit.

Akhirnya, perancangan untuk perkahwinan kedua Hashem gagal setelah nenek Mohammad meninggal dunia. Apakah kesudahan Mohammad setelah kehilangan neneknya?

Pengajaran

Ramai manusia hari ini punya kedua mata yang sempurna penglihatan. Tetapi mata yang dikurniakan kita banyak melihat kesalahan. Banyak membawa racun ke dalam hati. Kurang melihat kebaikan dan memandang ujian sebagai satu kepayahan.

Ini adalah isi-isi yang juga diketengahkan oleh cerita ini.

Saya tertarik dengan kata-kata Mohammad;

"Cikgu kami berkata bahawa Tuhan lebih menyayangi orang yang cacat penglihatan kerana mereka tidak dapat melihat.

Tetapi saya memberitahu Cikgu; walaupun begitu Dia tidak akan menjadikan kami buta kerana kami tidak dapat melihat-Nya.

Cikgu berkata; Tuhan itu tidak dapat dilihat. Dia berada di seluruh tempat. Awak boleh merasakan-Nya. Awak boleh melihat-Nya melalui jari jemari awak.

Sekarang saya mencari Tuhan di seluruh tempat sehingga pada hari tangan saya mencapai-Nya. Dan ceritakan kepada-Nya semua rahsia di hati saya."

Download Link (Mediafire)


Language : Parsi (Iran)
Subtitle : English

Sila Klik link di bawah ini untuk download ( Perhatikan langkah-langkah seterusnya )






Langkah Yang perlu anda tahu.

(a) Download adalah percuma menggunakan Server Mediafire yang terbahagi kepada beberapa bahagian yang perlu dicantumkan (Join) kembali setelah download kesemua part bagi filem/drama/ dokumentari ini. Software yang di cadangkan ialah HJ SPLIT. Boleh download dan kaedah pengunaan software ini di link di bawah ini ;
 

(b) Bagi setiap fail Part 1 (.001) yang di download anda perlu masukkan password pada link mediafire. Sekali sahaja seumur hidup untuk mendapatkan password ini. Cara mendapatkan password berdasarkan tatacara di bawah ;

Password?

Sila ke link di bawah ;


Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page.

Sekian, Terima kasih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.