Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Dokumentari Anwar Sadat : Biography (2003) (Mediafire Link)

Language : English
Subtitle : Bahasa Melayu



Sypnosis

Follow the Nobel Peace Prize winner's journey from rebel to statesman.

The Egyptian president who boldly attacked Israel in 1973, courageously made peace with the Jewish state five years later. He won the Nobel Peace Prize for this maneuver, and then was assassinated in Cairo by Muslim extremists in 1981. This dvd includes a look at Anwar Sadat's tense peace negotiations with U.S. President Jimmy Carter and Israeli Prime Minister Menachem Begin at Camp David in 1978.

He was a military student who put his lessons to use. But his greatest accomplishment was making peace.

Anwar Sadat grew up in British occupied Egypt, where he was studied math, science and important battles at a military school. Sent to a remote outpost upon graduation, he began the long journey that would see him lead his nation to the brink of a new era. Filled with recollections from world leaders, political insiders and esteemed scholars, this BIOGRAPHY® illuminates every aspect of Sadat's life, from his days as a rebel to the historic speech before Israel's parliament and winning the Nobel Prize.

Sejarah Anwar Sadat

Era Gamal Nasser

Anwar Sadat terbabit dalam rampasan kuasa dalam Revolusi Mesir 1952 yang menggulingkan Raja Farouk I.

Pada 1954 beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1969, selepas menjawat banyak jawatan dalam kerajaan Mesir, dia dilantik menjadi timbalan presiden kepada sahabat karibnya Gamal Abdel Nasser. Banyak perkara yang dilakukan oleh Gamal Nasser perlu diperbentulkan demi ekonomi dan politik Mesir. Oleh itu Anwar Sadat melancarkan Revolusi Pembetulan dan membuang segala elemen-elemen sahabatnya Gamal Nasser.

Apabila Nasser meninggal dunia pada tahun berikutnya, Anwar Sadat menjadi Presiden mulai 15 Oktober 1970. Anwar Sadat menjadi presiden dalam 1970- 1981, selama 11 tahun.

Pada 1971, Soviet Rusia menganjurkan Perang Attition di zon Terusan Suez. Anwar Sadat telah menulis surat kepada perunding PBB iaitu Gunnar Jarring untuk mencari jalan damai sepenuhnya dengan Israel. Tetapi rundingan itu gagal kerana AS dan Israel tidak setuju berhubung sempadan baru yang ditetapkan.Selepas Perang Enam Hari 1967, ekonomi Mesir menderita teruk. Rusia membekalkan beribu-ribu penasihat tentera dan peralatan perang. Mesir dan Russia juga saling tidak mempercayai lagi dan Mesir mahu tentera Rusia dikeluarkan dari Mesir.

Pada 6 Oktober 1973, Hafez al-Assad Syria melancarkan Perang Oktober terhadap Israel. Perang ini dikenali dengan nama Perang Yom Kippur untuk mengambil semula Semenanjung Sinai. Pasukan tentera Mesir berjaya masuk hingga 15 km ke dalam Semenanjung Sinai melebihi Garisan Bar Lev.Banyak kereta kebal Israel dimusnahkan oleh Mesir.

Jeneral Ariel Sharon telah mengepung Terusan Suez dan memerangkap tentera ke-3 Mesir. Perjanjian dibuat antara Amerika Syarikat, Mesir dan Rusia agar mematuhi arahan gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB menuurut Resolusi 338 pada 24 Oktober 1973 .

Pada 19 November 1977, Anwar Sadat melawat Jerusalem di atas undangan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin yang merupakan permulaan perbincangan perdamaian antara Israel dan Mesir. Anwar Sadat telah berucap di Knesset, Jurusalem iaitu parlimen Israel. Beliau memberi cadangan-cadangan bagaimana konflik Arab-Israel boleh dicapai. Jalan damai itu melalui Resolusi PBB 242 dan 338 .

Perjanjian Kem David

Pada tahun 1978, terhasillah Perjanjian Kem David, yang mana Anwar Sadat dan Menachem Begin menerima Hadiah Keamanan Nobel 26 Mac 1979. Perjanjian atas daya usaha Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter. Perjanjian ini dianggap penamat kepada Perang Arab-Israel 1948. Inti perjanjian ini termasuklah Israel keluar dari Semenanjung Sinai, pembebasan Terusan Suez, mengiktiraf Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai laluan air antarabangsa.

Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab terutamanya kumpulan radikal Muslim. Nasser telah menjadikan Mesir ikon nasionalisme Arab. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab dan mengkhianati pan-Arabism yang dimulakan oleh Nasser.Ramai yang percaya bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat memaksa Israel berunding mengenai Palestin, dan Perjanjian Kem David mengenepikan Mesir yang merupakan sebuah negara ketenteraan Arab yang penting daripada kemungkinan ini.

Di Amerika Syarikat, kejayaan Jimmy Carter ini amat dialu-alukan oleh rakyat Amerika. Beliau telah diberi anugerah Prince Peace Award oleh Pat Robertson.

Dari 1979-1989 Liga Arab telah mengeluarkan Mesir ekoran Perjanjian Kem David. Ibu pejabat Liga Arab dipindahkan dari Kaherah ke Tunis di Tunisia. Pada 1989 Msir kembali ke dalam Liga Aran dan ibu pejabat dipindah semula ke Kaherah.

Banyak tunjuk perasaan diadakan oleh puak penentang terhadap rasuah Anwar dan keluarganya. Siri Rusuhan Roti diadakan bagi menentang liberalisasi dan ketiadaan kawalan harga makanan hingga harga makanan naik mendadak. Banyakm kelab malam menjadi sasaran puak radikal Islam. Segelintir radikal Islam ini dilatih oleh pegawai tentera Mesir sendiri.Antaranya ialah Ketua Stratregi El-Jihad ialah Aboud el-Zumar adalah ketua inteligen tentera Mesir. Mereka sedang menyiapkan perintah 'gerakan penggulingan' dengan membunuh pemimpin utama Mesir dan menawan kem tentera, ibu sawat terlefon, radio dan televisyen.

Tentera dan polis Mesir yang menyedari gerakan sulit El-Jihad itu telah mebuat tangkapan besar-besaran.Pada September 1981, Anwar Sadat mengenakan tindakan terhadap pertubuhan Islam, termasuk kumpulan pelajar, dan organisasi Coptic, dengan membuat hampir 1600 tangkapan menyebabkan dia dikecam diseluruh dunia di atas tindakannya.Antara tahanan itu ialah Leftenan Khalid Islambouli yang berjaya membunuh Anwar pada Oktober 1981. Semua ini ada kaitan dengan 'syeikh buta' yang mengetuai 'Maglis el-Shura' .

Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga merupakan orang yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.

Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatan bertugas sedang mengerjakan haji di Mekah. Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara. Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat. Pembunuh keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit. Jurufoto Bill Foley berjaya merakam detik-detik 'senyuman terakhir' itu. Khalid Islambouli menjerit "Matilah kami Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. 7 terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat.Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Islambouli didapati bersalah dan dijtuhi hukuman mati pada April 1982.

Sempena pembunuhan itu, satu pemberontakan terjadi di Asyur, utara Mesir. Pemberontak berjaya menawan beberapa hari dan membunuh 68 orang polis dan tentera. Mereka berjaya ditenteramkan sebelum sampai ke Kaherah. Tentera ini dijatuhi hukuman ringan, hanya 3 tahun penjara.

Semasa pengkebumian, tiga presiden dan bekas presiden Amerika Syarikat turut hadir ialah Gerald Ford, Jimmy Carter dan Richard Nixon. Tidak ada pemimpin negara Arab yang hadir kecuali Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry. Hanya 2 dari 24 Liga Arab menghantar wakil iaitu Somalia dan Oman.

Anwar Sadat diganti oleh timbalannya Hosni Mubarak (seorang juruterbang), yang selepas pembunuhan Anwar Sadat telah membuat 300 tangkapan, penyiksaan, dan tahanan tanpa perbicaraan dalam usaha untuk menghapuskan kumpulan radikal Islam.

Antaranya ialah Khalid Islambouli,Ayman al-Zawahiri, Omar Abdel-Rahman dan Abd al-Hamid Kishk.Zawahiri dibebaskan dari penjara pada 1984, sebelum pergi ke Afghanistan dan menjadi sekutu rapat Osama Bin Laden.

Talaat al-Sadat mendakwa pembunuhan Anwar Sadat merupakan konspirasi antarabangsa iaitu adanya penglibatan Amerika Syarikat dan Israel .Pada 31 October 2006, dia ditahan dipenjara.


Download Link (Mediafire)



Language : English
Subtitle : Melayu

Sila Klik link di bawah ini untuk download ( Perhatikan langkah-langkah seterusnya )

Bahagian 1 (Part 1)
Bahagian 2 (Part 2)


Langkah Yang perlu anda tahu.

(a) Download adalah percuma menggunakan Server Mediafire yang terbahagi kepada beberapa bahagian yang perlu dicantumkan (Join) kembali setelah download kesemua part bagi filem/drama/ dokumentari ini. Software yang di cadangkan ialah HJ SPLIT. Boleh download dan kaedah pengunaan software ini di link di bawah ini ;
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2009/03/normal-0-false-false-false.html

(b) Bagi setiap fail Part 1 (.001) yang di download anda perlu masukkan password pada link mediafire. Sekali sahaja seumur hidup untuk mendapatkan password ini. Cara mendapatkan password berdasarkan tatacara di bawah ;

Password?

(1) Langkah Pertama anda perlu mempunyai Akaun Facebook. Kemudian Log In Akaun anda.

(2) Kemudian tekan butang Like di bawah ;



(3) Kemudian anda pergi ke Fan Page iaitu link di bawah ;

https://www.facebook.com/pages/Mohd-Fadzil-Abdul-Hanid/223692594327989

(4) Tekan bahagian Info di Page tersebut dan dapatkan Password di bahagian
Personal Interests. Sepertimana gambarajah di bawah ;



Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page.

Sekian, Terima kasih.

1 comment

  1. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.