Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

SIRI 1 : JELAJAH EROPAH ( LONDON –10 JULAI 2011–AHAD )

[ Panduan : ]
(1) Artikel ini terbahagi kepada 4 Siri berkaitan Lawatan Kerja ke Eropah & England daripada tarikh 10 Julai – 19 Julai 2011. Penulis akan bahagikan kepada 4 Siri iaitu, Siri 1 : Jelajah London ( United Kindom), Siri 2 : Jelajah Paris ( France), Siri 3 : Jelajah Brussel(Belgium), Siri 4 : Jelajah Amsterdam ( Belanda/ Netherland/Holland), Siri 5 Jelajah Cologne/Frankfurt ( Germany).

(2) MFAH = Singkatan bagi ”Mohd Fadzil bin Abdul Hanid” merupakan penulis artikel ini.
(3) Sila perhatikan untuk ayat formal MFAH akan taip secara terus dan formal manakala ayat x formal tanda ” ........ ” dan senget akan digunakan, ini bagi mengelakkan keboringan yang terlampau.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca semua.

King & Queen Place

Pada 10 Julai hingga 19 Julai 2011, penulis ( Mohd Fadzil bin Abdul Hanid) telah berkesempatan membuat Lawatan Kerja ke Eropah iaitu selama 8 hari dan 7 malam di London ( United Kindom), Paris ( France), Brussel(Belgium), Amsterdam ( Belanda/ Netherland/Holland), dan Cologne/Frankfurt ( Germany).





Seorang bijak bistari mengatakan : "Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan pelbagai kesusahan."

Al-Hafiz Ar-Ramhurmuzi dalam bukunya Al-Muhdatsu Al-Faadhil menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang diperolehi daripadanya.Buku itu ditulis sebagai bantahan ke atas orang yang tidak suka melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu,bahkan mencelanya. Ia berkata sebagai berikut :

" Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara untuk menuntut ilmu mengetahui betapa nikmatnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan kenikmatan yang dirasai oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru, pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah lapang, pada saat mengenal bentuk muka bumi yang baru, pada saat melihat keajaiban pelbagai negeri, pada saat melihat perbezaan bahasa dan kulit, pada saat berehat di bawah bayangan dinding-dinding dan kebun, pada saat makan di dalam masjid,minum di lembah-lembah, dan tidur di manapun saat malam tiba, pada saat berteman dengan sesiapa sahaja yang dicintainya kerana Allah tanpa memandang lagi faktor kerabat dan keluarga, ketika segala bentuk kepura-puraan ditinggalkan,dan ketika semua kegembiraan itu sampai ke dalam hatinya kerana sudah dekat dengan apa yang diingini,kerana tercapainya maksud yang di dambakan, kerana keberhasilannya menembusi majlis yang didambakan,kerana kemampuannya menaklukki semua rintangan.................


Berhampiran Big Ben dan Parliment House

Delegasi bersama penulis ialah Mantan MPP UTHM Sesi 09/10 seramai 23 orang iaitu Shahzada Khan, Pua Tiong Eng, Sufiah, Fauziah, Hafsa, Hadi, Latifi, Marina, Faris, Melissa, Amirul Hadi, Aiman, Najihah, Fauzi, Rosazlinda, Salbiah, Adib, Farah, Wan Adrizal, Anas, Hariz Hafiz, Syazwan Liyana, dan Sumaidah. Turut serta Timbalan Naib Canselor (HEP) Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim dan Pegawai Pejabat HEP, En. Khairuddin Hj Alias.

Hari Pertama , 11 Julai 2011


Ripley`s Believe or Not Museum

" Sebelum MFAH cakap tentang jelajah ke London. Pertama pembaca perlu tahu bahawa London ialah Ibu Negara bagi UK. Apa itu UK? Apa?.... Ulu Kelang? Ulu Kinta?. Jangan buat malu jawab camtu keyyy.........UK tu UNITED KINGDOM. Tu baru tanya UK, belum tanya beza UK, Great Britain, dan England lagi..... mula la gelabah tu.... masing2 skrg mesti nak tanya Pakcik Google tu, x pe kali ni MFAH akan cite sikit-sikit okey..... ”

" England adalah sebuah negeri di dlm Great Britain dan GB plak adelah satu negeri di bawah UK.. UNITED KINDOM adalah merujuk kepada gabungan 4 negara yg dulunya negara berlainan iaitu England, Scotland, Wales & Ireland. Its official name is "United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Great Britain pula terdiri drpd negeri-negeri utama UK! Iaitu England, Scotland & Wales!! England pulak salah satu negeri dlm UK termasuk Wales & Scotland."


Di Tengah Kota London

”Antara keempat-empat negara kat Britain ni, England lebih dominan berbanding yang 3 lagi tu, tambah-tambah pulak pusat pentadbiran Britain terletak kat London. Tapi 3 negara yg lain ttp diberi kuasa autonomi dlm hal-hal tertentu. Ratu Elizerbeth dr istana Buckingham, England adalah ketua bg empayar GB ni. Malah Queen Elizebeth juga adalah ketua negara bg Australia, NZ, Canada & negara-negara jajahan British kat pasifik & latin.”

St. Thomas Hospital

United Kingdom merupakan sebuah negara unitari beraja berperlembagaan, dan juga sebuah negara yang terdiri daripada empat negeri: England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales.UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara, London. Ireland Utara, Wales dan Scotland juga mempunyai pentadbiran peringkat negeri yang berbeza-beza kuasanya, dan berpusat di ibu negeri masing-masing, iaitu Belfast, Cardiff dan Edinburgh.

Rumah di pinggir London

UK mempunyai tiga Wilayah Tanggungan Mahkota dan 14 Wilayah Luar Negeri yang tidak menganggotai UK secara resam.Wilayah-wilayah tersebut merupakan tinggalan Empayar British yang pernah menguasai satu perempat jumlah daratan sedunia di zaman kemuncaknya pada tahun 1922, menjadikannya empayar terbesar dalam sejarah. Kesan pengaruh British masih terasa di kebanyakan bekas jajahannya yang masih memakai bahasa, budaya dan sistem perundangan bekas penjajahnya.

Bangunan di London

" MFAH : Malaysia salah satu ye kawan-kawan bekas tanah jajahan UK, tapi kita x la masuk UK tapi dalam negara Komanwel, kali ni kalau x paham tanya Pakcik Google key. Jangan malas2. Setelah paham jadi MFAH akan teruskan cerita key!!!!!"

Panorama di London

Daripada KLIA, penerbangan MH02 bertolak pada jam 11.40 p.m Penerbangan selama 13 jam menerusi Malaysia Airlines MH02 telah memberikan pelbagai rasa bagi penulis. Teruja, gentar dan berdebar tebal di benak hati, United Kingdom, merupakan negara pengembaraan penulis yang ke-5 setelah Singapura, Thailand, Kemboja dan Mesir. Pengalaman Ke London selama 2 hari merupakan pengalaman manis yang tidak akan larut sama sekali dalam kenangan.

Heathrow Airport di London

Selain merapatkan ukhwah sesama teman, perjalanan ke London merupakan satu peluang bagi penulis untuk menambahkan pengalaman merasakan perbedaan budaya dan adab, melihat pertembungan pelbagai budaya yang berbeda pancasila di bawah ruang langit yang satu iaitu London . Kami sampai di Heatrhrow Airport, London pada jam 5.40 a.m ( Waktu London) di Terminal 4. Kerlipan neon Kota London cukup mempesonakan penulis.


Heathrow Airport di London

Seperti dirancang, penerbangan MH02 telah selamat mendarat tepat jam 5.20 pagi waktu tempatan (London).
Sejurus sampai dengan pelbagai tanggapan mengenai kota London, penulis bergerak menghala ke imegresen bagi tujuan pemeriksaan. Melihat satu persatu penumpang berlalu pergi, penulis memang menjangkakan proses pengesahan kemasukan ke Kota London adalah ketat, pesanan daripada wakil Agensi Travel , Tn, Hj. Aziz terngiang-ngiang di kepala mengenai kawalan ketat imegresen.

” Selepas menjawab beberapa soalan. Peluh mula mengalir setelah pertanyaan ” please, only passport” mengelirukan MFAH. MFAH pun keluarkan tiket dan apa-apa yg ada dalam passport, ”Only Passport”. Pegawai Imegeresen tu mula buat tak tahu lepas tengok aku terpinga-pinga. Beberapa saat kemudian, MFAH dah gelabah, apa yg tak kena ngan passport aku ni? Lepas membelek-belek passport barulah aku paham yg ade cover passport lutsinar tu , apa lg aku try tanggalkan , barulah pegawai tu nak cop. Cakap la cover tu suruh buka, Yang pegawai ni pun satu asyik cakap ”Only Passport”, ”Only Passport”. Leceh tul la. Nasib baik la MFAH tak kena cam khabar angin yang dalam 100 org yg masuk imegresen, srng akan di tarik secara rambang ke bilik khas utk fully pemeriksaan, siap kena buka pakaian. Tak tau la betul ke tak cerita khabar angin yg MFAH dengar tu. Tapi yang penting mase tu nak cerita, MFAH cakap omputih tau jawab soalan-soalan diorang.”

Kami semua akhirnya menarik nafas lega dan melangkah keluar daripada airport, suhu sejuk mula menerjah kami, iaitu16 darjah celcius. Ini musim panas di Eropah, MFAH kira kalau musim sejuk pasti kami akan beku. Kami di jemput oleh sebuah Bas Travel dan bermulalah perjalanan kami melalui beberapa village dan melalui bangunan-bangunan di England. Kebanyakan berunsurkan kolonial ( istilah MFAH sendiri). Sangat cantik dan tersusun begitu teratur sekali.
Kami semua di bawa berpusing-pusing sekitar London dengan menggunakan bas. Di sebelah kanan MFAH tersergam indah ”Harrods” yang terletak di Knightsbridge. Pusat membeli belah orang kaya, MFAH hanya mampu menelan air liur.

Hyde Park di London

Kemudian bas melalui Hyde Parks yang terletak tidak jauh dari Harrods. Hyde Parks merupakan sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok maple dan padang-padang hijau yang indah serta tasik. Tidak dinafikan walaupun Kota London sarat dengan kemajuan, keindahan alam masih dikekalkan.


Buktinya, terdapat lebih dari 10 taman hijau selain Hyde Park, Kensington Garden, Green Park, Regent's park, Shoreditch Park dan pelbagai lagi. Taman-taman ini telah dijadikan kawasan riadah. Tidak kira waktu dan cuaca laluan pejalan kaki akan ada kelibat kumpulan sedang rancak berjogging. Apa yang menarik juga taman ini dimeriahkan dengan kehadiran haiwan yang jinak seperti angsa dan tupai yang tidak takut-takut untuk menghampiri pengunjung.

Royal Albert Hall di London

Selang beberapa ratus meter dari Hyde Park terdapat sebuah dewan muzik yang masyhur seantera dunia, Royal Albert Hall. Pastinya rakyat Malaysia sudah tidak asing telinganya mendengar akan nama dewan ini. Di sinilah Allahyarham Sudirman dan Dato' Siti Nurhaliza melantunkan suara hingga mempesonakan ribuan pengunjung. Royal Albert Hall telah diikitrafkan akan prestijnya. Teknologi yang digunapakai telah memegunkan dunia. Sistem bunyi yang hebat sehingga jarum peniti jatuh boleh didengari seluruh pelosok dewan yang pernah MFAH dengar sebelum ini.

Panorama di London

Bas kami melalui beberapa buah teater sepanjang jalan tersebut. London terkenal sebagai pusat perkembangan seni muzik teater, sebagai bukti terdapat ratusan pusat teater di seluruh kota London, ribuan kaunter tiket yang menjual tiket teater seperti Chicago, Mamma Mia, Bombay Dreams, Chita Rivera, Dirty Dancing, Evita dan banyak lagi. Dilihat pada sejarah, broadway mula berkembang di kota London dan seterusnya menular ke benua Amerika. Kerana teater bukan dalam pakej maka MFAH hanya mampu melihat daripada jendela tingkap bas sahaja. Terdapat penyataan apabila datang ke London tidak lengkap kunjungan ke London jika tidak menonton teater. Mungkin satu hari nanti. InsyaAllah.

Berhampiran Tower Bridge di London

Akhirnya pada pagi yang indah itu, diselubungi oleh hawa sejuk, kami berhenti berhampiran Big Ben. Menara ini yang tingginya 96.3 meter (316 kaki) direka bentuk dalam gaya Gothik Victoria. 61 meter (200 kaki) yang pertama struktur ini merupakan menara jam dan dibina dengan bata yang disaluti oleh batu; yang selebihnya merupakan puncak menara berangka yang diperbuat daripada besi tuangan.

Hadapan Big Ben

Big Ben ialah clock tower di Houses of Parliament ,Westminster, London. Terletak di north end of the Palace of Westminster di Central London dan di bina pada tahun 1859. Setelah bergambar di Big Ben, kami jalan kaki ke House of Parliment. Tak di nafikan bangunan lama di Kota London memang berseni, tak puas mata memandangnya. Kalau anda sukakan pemandangan sebegini memang anda patut ke sini .

Berhampiran Tower Bridge di London

” MFAH sambil berjalan-jalan di sini, menikmati suasana romantik memasang mp3 lagu classical, Nella Fantasia (Paul Potts) bagi menghidupan mood pada ketika itu, yang pasti kawan-kawan lain tak sedar , sekali sekala kena la berjiwa seni menikmati panorama seperti ini, sangat mengasyikkan.”

Parliment House di London

Antara Big Ben dan House of Parlimen terdapat dataran padang hijau yang di pagari di mana sekelilingnya terdapat khemah-khemah demontrasi. Mereka telah berkampung selama 5 tahun di situ menurut pemandu pelancong. Sangat unik dan membuatku tertawa.

Westminster Abbey

"Dari House of Parliment kami pergi pulak ke Westminster Abbey, tempat kahwin semua putera dan puteri di raja England, yang terbaru Prince William dan Kate Middleton. Tak terkata bila tengok binaan bangunan ni, menarik dan cantik sungguh. Sangat romantik.
"

Berhampiran Tower Bridge di London

“ MFAH memang suka tenguk hiasan binaan bangunan lama kat sini, Kalau nak belek memang makan masa yang lama, takut tertinggal bas pulak nanti. “
"Dari jauh dah nampak The London Eye. kawasan ni semua berdekatan antara satu sama lain, tak payah nak bus ataupun taxi, cukup ajer berjalan kaki. Di sini juga mengalirnya Sungai Thames di London, England, di antara Jambatan Westminster dan Jambatan Hungerford."

Sungai Thames ialah sungai utama yang mengalir di selatan England. Ia terkenal kerana mengalir merentasi London tetapi turut merentasi beberapa pekan dan bandar lain termasuk Oxford, ReadingWindsor.

Akhirnya kami menaiki bas untuk makan tengahari, kami menarik nafas lega hari pertama kami makan tengahari adalah menu ala Malaysia di Restoran Melur. Tomyam, ayam, telur, sayur menjadi hidangan kami pada tengahari itu.
Selepas makan tengahari kami menuju ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, kami di sambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London


” Bagi yang keliru perbezaan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Kedutaaan Besar. MFAH nak citer bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia hanya digunakan di Negara komanwel ( Cth : Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Australia, India , DLL) dan Kedutaan Besar di Negara bukan komanwel”


Dialog 2 hala di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London

Sesi dialog dua hala antara pihak Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 08/09 bersama-sama Timbalan Naib Canselor (HEP) Prof. Ir. Dr. Amir Hashim dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulong. Taklimat awal di berikan oleh beliau mengenai peranan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Antaranya kebajikan rakyat Malaysia di UK, peranan ekonomi dan lain-lain. Pihak mereka juga sedang membuat persiapan menyambut Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom pada keesokan harinya.

Antara input yang menarik ialah memetik data rasmi, Datuk Zakaria Sulong berkata Malaysia menarik pelaburan bernilai US$113 juta dari UK pada 2010, berbanding US$95.26 juta yang dicatatkan pada 2009. Jumlah dagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM13.03 bilion pada 2010, dengan eksport Malaysia bernilai RM7.197 bilion dan import pada RM5.835 bilion.

Hadapan Bunckingham Palace

Selepas sesi bersama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, kami menaiki bas menuju ke Bunckingham Palace untuk melihat “changing of the guard”, Istana tempat Queen Elizebeth menginap. Ribuan pengunjung memenuhi dataran di luar Bunckingham Palace. Menjadi rutin seharian setiap hari akan ada satu sesi upacara pertukaran tentera. Upacara yang diselang selikan dengan perarakan tentera berkuda dan pancaragam telah menarik ribuan pengunjung pelbagai bangsa dan negara untuk menonton.


Dataran Hadapan Bunckingham Palace

Kemudian kami menaiki bas ke tempat keramat London yang menjadi mercu kebanggaan London iaitu London Tower yang terletak di Sungai Thames. London Tower menjadi pilihan pengunjung untuk bergambar dan meninjau seluruh Kota London dari tempat tinggi. MFAH sempat juga melalui London Bridge yang terletak 250 meter dari London Tower. Selepas puas bergambar kami menaiki bas menuju ke hotel, kami melalui Trafalgar Square, King College London, St. Thomas Hospital dan sebagainya.

Selepas seharian berjalan-jalan, akhirnya kami menuju ke penginapan kami di Hotel Bexleyheath Marriot di luar London dalam jam 5.00 p.m waktu tempatan. MFAH sebilik dengan En. Khairuddin ( Pegawai HEP) , seorang yang sangat sempoi dan santai.

”En. Khairuddin pecah perut bila aku cakap kat lantai hotel tu x de lubang air mengalir. Rupa-rupanya MFAH dah buat kesilapan iaitu mandi dalam tab mandi hingga melimpah ke lantai. Maka banjirlah lantai bilik air kami. Di hotel rupanya lantai adalah kering dan bersih. Aku tersengih-sengih manja dan tido menutup muka. Malu la... haha”


Malam adalah aktiviti bebas, walaubagaimanapun pihak Travel Agency menyediakan pengangkutan kepada sesiapa yang ingin membeli belah ke Oxford Street. Oxford Street merupakan kawasan membeli belah yang yang menjadi tumpuan pelancong. Barisan kompleks membeli belah seperti, Debenhams, Selfridges, Mark n Spencer, Primark dan pelbagai lagi telah membuatkan rakan-rakan MFAH begitu teruja malam itu.

MFAH terlalu penat dan tidak ikut pergi. En. Khairuddin puas memujuk tetapi MFAH telah begitu setia dengan hatinya.

” Ko ni Fadzil, jom la, kalau nak tido kat Malaysia pun boleh, muda-muda dah x de tenaga.” tercabar beb dengar.


En. Din pergilah dengan budak-budak tu, sy dh x larat ni. Lagipun malam kat London ni bahaya, takut goyah iman sy nanti.” Ayat bagi menjawab soalan provokasi En. Din” MFAH terus terlena dengan mimpi-mimpi indah kota London.


Hari Kedua, 12 Julai 2011.


Universiti Cambridge

Selepas sarapan pagi di hotel, kami bertolak ke Cambridge. Cambridge merupakan antara tempat ulung dan megah dalam dunia pendidikan. Siapa sangka, kamus tebal Cambridge yang korang usung kesana kemari, kini tempat MFAH lawati. Lawatan kali ini, membuatkan MFAH rasa ingin terus menyambung pengajian aku pada peringkat seterusnya.

Universiti Cambridge

Universiti Cambridge

Universiti Cambridge merupakan universiti kedua tertua di dunia dan mempunyai 32 kolej di bawah naungannya. Antara kolej yang popular ialah "Trinity ", "King" dan "St Andrew" kolej, di mana Putera William mendapat pendidikannya di sini. Sejarah Cambridge sungguh dramatik, kerana pada awal zaman penubuhannya, perempuan tidak dibenarkan untuk menuntut ilmu sehingga 1869. Mereka di anggap pembawa kepada nasib malang kepada pelajar lelaki jika menuntut ilmu dalam satu kawasan yang sama. Mereka juga tidak mendapat sebarang pengiktirafan dalam dunia pendidikan ketika waktu itu.

Universiti Cambridge

Walaubagaimanapun Cambridge telah banyak melahirkan tokoh - tokoh terkemuka seperti Sir Isaac Newton, Stephen Hawking, James D Watson dan ramai lagi. Hari ini setiap tahun Cambridge menerima 55 ribu permohonan bagi setiap kemasukkan dan hanya 17 ribu sahaja akan di terima.

Sampan untuk pelawat di Universiti Cambridge

Semasa di sana, MFAH sempat melihat pelawat-pelawat menaiki "Punt", sampan yang berbentuk petak dan lebar. Setiap kolej mempunyai rekabentuk, struktur pendidikan dan ceritanya sendiri. Seperti KING kolej , ditubuhkan pada tahun 1441 by King Henry VI dengan tagline "truth and usefulness". Cambridge mempunyai kepadatan penduduk seramai 100 ribu dan 70 peratus daripadanya adalah gologan pelajar. Disebabkan itu, kenderaan utamanya ialah basikal dan anggaran basikal di sekitar Cambridge mencecah 36 ribu.

Universiti Cambridge

“Melihat suasana kampus sini, memang selamat hidup anda di sini, Insyallah. Bebas dari golongan mat rempit. Sempat juga kami pergi di luar pintu Cambridge University Botanic garden, di situ terdapat pokok epal, tempat Sir Isaac Newton mendapat ilham mengenai graviti. ”

Pokok Epal Sir Isaac Newton di Universiti Cambridge

" MFAH fikir masa Sir Isacc Newton melepak di bawah pokok tu, tiba-tiba buah Epal tu agaknya jatuh atas kepala dia, mesti Isacc Newton sakit dan marah, Kenapa epal ni jatuh ke bawah terus kat kepala sampai benjol, bukan keatas. Mungkin kerana ini idea Hukum Graviti tercipta" Lawak MFAH kepada Latifi yang terpinga-pinga mendengar teori spekulasi MFAH."

King College di Universiti Cambridge

Selepas puas di Camridge University, kami bertolak ke Bicester Village, Bagi pencinta barangan berjenama dan mementingkan harga yang berpatutan, dicadangkan para pengunjung membeli barangan secara terus dari kilang, sebagai contoh bagi yang menggilakan barangan jenama, Bicester Village merupakan pilihan tepat. Sekadar menyebut beberapa kedai di sana, Armani, Diesel, Dior, DKNY, DUNHILL, Guess, Levi`s, Polo, Valentino, Ralph Lauren, Jimmy Choo, Puma, dan lain-lain. Terdapat 135 kedai berjenama. Sangat mengkagumkan.

Bicester Village di Kedai Jimmy Choo

”Tetapi MFAH hanya ambil angin je, faham-faham jer la, poket kosong, yang penting ada gaya jalan situ kan dengan spek hitam. ”

Barangkali itulah kebenaran kata peribahasa Melayu `jauh perjalanan, luas pandangan'. Bukan saja pandangan kita akan terbuka, malah kita dapat belajar dan menimba banyak ilmu. Dan jika pengalaman serta ilmu itu diaplikasi dalam konteks diri kita, ia tentu saja boleh memajukan diri kita sendiri.

Selepas puas berjalan-jalan di Bicester Village, bas kami menuju ke Malaysia Hall di Bayswater. Di sini kami solat dan makan. Kemudian saat yang di tunggu-tunggu iaitu membeli cenderamata. Tidak jauh daripada Malaysian Hall selang 3 jalan ialah Queens` Way Street, iaitu deretan kedai cenderamata yang menawarkan harga yang berpatutan. MFAH membeli beberapa cenderamata sepeti keychain, fridge magnet, T-Shirt dan lukisan.

Terpancar kegembiraan di mata semua rakan-rakan yang membeli belah di situ kerana harga yang mampu beli sebagai pelajar adalah di situ MFAH fikir. Selepas penat membeli belah kami ke hotel untuk beristirehat dan bermalam di hotel.


Hari Ketiga, 13 Julai 2011


Stesen Keretapi St. Pancras

Selepas sarapan pagi di hotel, kami ke Stesen Keretapi St. Pancras untuk menaiki keretapi EUROSTAR 2nd class ke Paris pada jam 08:02 a.m.
Kisah di Paris akan di sambung pada Siri 2 : Jelajah Paris ( France). Mungkin lambat beberapa hari kerana penulis mempunyai tugas hakiki iaitu mengajar dan perlu membuat persediaan mengajar. Semoga bermanfaat para pembaca.

[ Tips : ]

Mengikut nasihat teman penulis, adalah lebih baik dan menguntungkan jika bergerak dengan menggunakan Tube yang merupakan sistem pengangkutan yang menghubungkan hampir kesemua kawasan utama di dalam Kota London. Tube sama sistem aliran ringan Putra, STAR dan Komuter.
Apa yang menarik terdapat pelbagai jenis pakej penggunaan iaitu merangkumi One-day ticket, Three-day ticket atau Seven-day ticket malah tiket tahunan juga ada. Menerusi pembayaran tiket itu, para pengguna bebas menggunakan sebarang bentuk pengangkutan awam di dalam Kota London seperti Tube atau bas sebanyak yang mungkin. Terdapat juga pendekatan yang berbeza, untuk mengurangkan kesesakan penggunaan Tube pada masa puncak, TfL syarikat pengurusan utama pengangkutan kota London telah menyediakan pakej yang berbeza, setiap pengguna yang menggunakan Tube ketika waktu puncak akan dikenakan bayaran yang lebih bebanding waktu-waktu biasa. Untuk makluman, aliran Tube di sini terbahagi kepada beberapa jenis yang mengikut destinasi. Setiap destinasi akan diklasifikasikan dengan nama dan warna. Terdapat 12 rangkaian seperti Jubilee yang berwarna kelabu, Bakerloo berwarna coklat, District berwarna hijau, Circle berwarna kuning dan pelbagai lagi. Sistem pengangkutan di Kota London sememang sistematik, setiap rangkaian telah dipermudahkan dengan penyediaan satu penerangan berbentuk rangkaian aliran sistem pengangkutan di Kota London.

Sekian, Terima kasih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

CHATROOM CIKGU FADZIL ( PERLU LOG IN GOOGLE AKAUN)

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.