Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Jelajah ke Eropah `11 : Pembuka Bicara

Seperti mimpi menjadi kenyataan, penulis menerima satu panggilan daripada sahabat penulis pada satu hari kira-kira 5 bulan lepas, Shahzada Khan yang menawarkan penulis satu tempat mengikuti lawatan Akademik ke Eropah bersama-sama ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 09/10.

London ( United Kingdom)

Penulis kira pihak universiti bersetuju memandangkan penulis merupakan ahli Majlis Perwakilan pelajar Sesi 08/09 yang sepatutnya pada tahun lepas ke Beijing, China tetapi kerana kecederaan akibat kemalangan tidak dapat mengikuti lawatan pada tahun lepas. Ianya lebih kepada peserta gantian penulis kira, penulis tidak bertanya lanjut dan terus bersetuju kerana teruja mendengar perkataan EROPAH.


Penerbangan MAS, MH002 ( KLIA - Heathrow Airport)

Lawatan dan melancong bersama merupakan pengisian masa berkualiti. Tidak kira di dalam negeri atau luar negara, percutian membawa banyak kebaikan. Selain dapat merehatkan minda dan melupakan seketika `stress' pekerjaan dan kehidupan, ia juga memberikan kita pendidikan dan pengalaman amat bermakna.


The Making "Road To Europe `11"

Dan paling istimewa, melancong bersama sahabat-sahabat yang penulis kenali sejak berorganisasi di UTHM memperkukuhkan lagi jalinan kekeluargaan dalam sesebuah institusi organisasi.

Bergambar kenangan di Heathrow Airport, London. Dari kiri Prof. Ir. Amir Hashim , Penulis, En. Khairuddin, Sdra. Latifi. Depan : Sdri Ain ( Anak Prof. Amir)

Sejak mula praktikal, penulis berasa tidak sedap hati, iaitu hakikatnya penulis perlu bersedia melepaskan status mahasiswa dan mula meloncat ke alam pekerjaan. Memikirkan penulis akan meninggalkan bumi UTHM dan meninggalkan sahabat-sahabat tercinta sememangnya amat menyedihkan. Tetapi itulah kehidupan, manusia datang dan pergi. Kenangan samaada indah dan duka akan terus terpahat dalam hati penulis selama-lamanya. Maka lawatan ke Eropah ini, penulis anggap sebagai majlis perpisahan penulis sebagai mahasiswa di UTHM.

Secara jujur, penulis begitu ingin sekali menyambung sepenuh masa dalam program Sarjana (Master) UTHM pada kemasukan September 2011 ini. Tetapi setelah perbincangan dengan keluarga, ibu bapa penulis menasihatkan sekiranya ingin menyambung buat secara PJJ ( Pengajian Jarak Jauh) sambil bekerja. Mereka menasihatkan penulis supaya berfikir mengenai masa depan, umur sudah 26 tahun, perlu bekerja dan berfikir tentang bekeluarga. Penulis akhirnya mengalah dan bersetuju untuk bekerja terlebih dahulu, kalau jodohnya sampai apabila bekerja nanti, maka penulis pasti akan memberitahu kepada isteri penulis, betapa dia adalah satu sebab penulis kena padamkan impian awal untuk terus ke menyambung belajar sepenuh masa, maka dia perlu tahu betapa pentingnya dan harga yang perlu di bayar untuk sebuah cinta yang penulis korbankan.

Bagi penulis, lawatan sambil melancong adalah suatu pengalaman menarik. Penulis telah menjelajah ke banyak tempat, dan hasil perjalanan itu, penulis belajar dan melihat banyak perkara. Tentang budaya dan cara hidup masyarakat berbilang bangsa.

Satu yang masih penulis ingat ialah ketika lawatan di Pulau Phuket(Thailand), Kaherah(Mesir) dan Phnom Penh(Kemboja) bersama sahabat-sahabat dalam persatuan pelajar, di mana kami melihat budaya dan sosio-ekonomi masyarakat di sana dalam kehidupan seharian.

Di Mesir misalnya, peniaganya cukup gigih menjalankan perniagaan sehingga boleh bertutur bahasa melayu. Di kaki-kaki lima kedai, pelbagai barangan dijual. Sebahagiannya barangan kraftangan. Mereka ini pula begitu bijak memujuk dan menawarkan potongan harga.

Perbandingan ini di bawa bagi penulis adalah mengenai kadar pertukaran mata wang Ringgit dengan negara tersebut dan perbandingan negara di Eropah. Di Thailand, Mesir dan Kemboja bagi penulis amatlah berbaloi untuk membeli belah tetapi di Eropah Ringgit Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding Pound Sterling (UK) dan EURO ( Europian Union).

London, United Kingdom

Bayangkan perasaan penulis apabila membeli terpaksa berfikir berulang kali nilai perbelanjaan iaitu RM 1.00 = 4.9 Pound = 4.3 EURO. Purata makan sekali iaitu 8 Euro = RM 34.40. Begitulah sekiranya ingin membeli cenderamata dan lain-lain barangan di negara Eropah. Tetapi atas nasihat rakan-rakan, jangan terlalu di fikirkan dan di nilai dalam ringgit, kalau tidak pening kepala untuk berbelanja.

Beberapa persediaan perlu di buat, pertama daripada segi kewangan, soal bajet makanan, cenderamata dan lain-lain. Persoalan agama seperti waktu solat( kerana siang lebih panjang di Eropah pada musim panas) dan arah kiblat perlu di bawa kompas arah Kiblat, kaedah musafir penerbangan( Penulis rujuk : http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/index.htm) . Soal pemakanan halal di sana, restoran Kebab Halal menjadi pilihan utama penulis. Soal suhu yang sejuk di sana walaupun musim panas. Semuanya menjadi keutamaan yang menjadi prioriti penulis.

Dalam penulisan berkaitan lawatan ini “ Road To Europe `11”. Penulis akan bahagikan kepada 4 Siri iaitu pada Siri 1 : Jelajah London ( United Kindom), Siri 2 : Jelajah Paris ( France), Siri 3 : Jelajah Brussel(Belgium), Siri 4 : Jelajah Amsterdam ( Belanda/ Netherland/Holland), Siri 5 Jelajah Cologne/Frankfurt ( Germany). Penulis tidak terlalu formal dalam penulisan dan akan bercakap mengenai sosio-budaya, sosio-ekonomi, rencam kepelbagai bangsa dalam masyarakat di Eropah dan hal-hal yang penulis rasakan sesuai untuk di kongsi.


Kota Fesyen, Paris. Penulis bersama Sdri Melissa bergambar kenangan.

Penulisan berkaitan akan di buat dalam 3 hari mendatang dalam kesempatan pada masa lapang di Kem Bari, Penarek, Terengganu kerana penulis bertugas sebagai guru pengiring sekolah bagi Perkhemahan Perdana Bulan Sabit Merah Peringkat Daerah Terengganu selam 3 hari bermula esok 21 Julai 2011.

Sekian, terima kasih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.