Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

INI CERITA KUMPULAN BAJU KUNING DAN MERAH DI SEKOLAH SAYA.


Saya ada dua orang kawan. KUNING dan MERAH. pada satu hari, KUNING marah kepada CIKGU atas sbb2 tertentu, kemudian menunjukkan protesnya dengan berjalan disekeliling sekolah tanpa baju. MERAH anak murid kesayangan CIKGU berang dgn tingkah laku KUNING, lalu membuka bajunya dan SAMA2 berjalan tanpa baju mengelilingi sekolah. jadi, persoalannya apakah beza MERAH dgn KUNING ini??




Beberapa murid sekolah berbincang masalah ini di kantin sekolah ;

Khairy Mat Sudin : bezanya MERAH buat macam tu sebab nak mempertahankan maruah cikgu dia sementara KUNING buat macam tu sebab nak malukan cikgu dia di mata sekolah lain dan guru2 lain..
Hishamuudein Mat Ludin : yup.. betull tapi kena ingat.. walaupun KUNING buat apa yang dia buat jalan tanpa baju,cikgu diorang tak pernah suruh MERAH buat benda yang sama.. tapi MERAH rasa dia patut sebab demi maruah cikgu dia dan sekolah yang cikgu dia mengajar..

Penjaga kantin : jadi, kalau akak la murid skola, akak melihat kejadian yg MERAH n KUNING wat, akak akan assume, kedua2 memalukan SEKOLAH. Apakata SEKOLAH2 lain bile dpt tau pasal menda ni. malu tau.

Ketua Pengawas : betol. yg 2 aku setuju. jadi mari la kita same2 bantu MERAH dan KUNING. kita bagi nasihat pada mereka supaya meraka sedar setiap kesalahan mereka. dan bukan cuba untuk membakar2 lg kedua2 pihak. mereka semua adalah MURID SEKOLAH. jika CIKGU mengambil sedikit masa untuk MENGENALI mereka dgn lebih RAPAT, lebih ADIL, sudah pasti semua ini xkan berlaku.

Ketua Pengawas : di dalam hal ini, kedua2 MERAH dan KUNING mempunyai ego yg tersendiri. apasalahnya jika CIKGU memulakan langkahnya dahulu dengan MENGENALI anak2 muridnya dengan ADIL dan SAMARATA. ya, sy setuju, KUNING mgkin adalah antara anak murid yg agak degil. namun itu bukan alasannya pada CIKGU untuk mengetepikan KUNING. CIKGU sebagai GURU mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik anak2 murid. sekeras2 KUNING, se ego2 KUNING, jika kita mengenalinya, kita layaninya sama ADIL dgn murid2 yang lain, sy yakin, yang DEGIL boleh berubah menjadi BAIK. ADIL, ADIL n ADIL



Khairy Mat Sudin : Cikgu yang tidak ingin mengenali atau si kuning yang begitu ego untuk tidak mahu dikenali.. rasanya tak wujud soal samarata atau tidak.. jika cikgu memberi tugasan atau homework,stiap murid harus menyiapkannya.. setiap murid kena menghantar tugasa tersebut.. tapi kuning,yup,ego dan emosi menutup minda.. dia tak mahu menyiapkan tugasan dan apabila dimarah,dia berkata cikgu tidak adil.. kena ada perubahan pada guru.. kena ramai2 lawan guru.. cikgu yang hanya memberi tugasan supaya murid2 senang di masa hadapan dimarah,dicerca.. sigh..

Hishamuudein Mat Ludin : bagaimana cara nak meluahkan perasaan??? sigh.. cikgu da banyak kali beri peluang.. beri cadangan untuk sama selesaikan masalah dengan si kuning.. tapi si kuning tak nak,sebab cara2 dan peluan2 yang cikgu beri itu tak dapat menarik perhatian murid lain,perhatian sekolah lain.. jadi,dengan tidak dihiraukan peluang yang diberi,kuning tetap hendak berjalan mengelilingi sekolah tanpa baju.. sigh~~

Kemudian datang seorang pelajar lain mencelah ;

Razak Mat Din
: Ade lagi, kawan baik MERAH, HIJAU yang pandai bersilat dan BIRU yg memang tulen punya pribumi sekolah tu turut terasa dengan tingkahlaku KUNING dan MERAH turut sama membuka baju dan mengelilingi sekolah. Ade lagi 2 kelompok satu PUTIH satu HITAM, x nak turut serta protes tu tapi diorang ambil kesempatan jual kerepek dan air sirap kat tepi sekolah takut2 kumpulan tadi kehausan dan bolehlah beli air dan makanan kat mereka. Sape yang untung skrg?

Ketua Pengawas : kamu murid SEKOLAH ini kan. tibanya HARI GURU MALAYSIA nanti, kamu lihatlah sendiri bertapa berat sebelahnya CIKGU menyayangi MERAH melebihi murid2 yg lain, n pada masa itu, kamu tanye pada diri sendiri, adakah ini namanya KEADILAN? saya sayang CIKGU, saya SAYANG MERAH, saya sayang semua murid di SEKOLAH. saya tegur kerana saya SAYANGKAN SEKOLAH ini. CIKGU, menanglah dengan bermaruah seperti dahulu kala. saya rindukan guru besar kita yg dahulu, TN. HJ. MAHATHIR MOHD ABU.

Khairy Mat Sudin : salahkah jika CIKGU meyayangi MERAH,Merah telah banyak berkorban untuk sekolah,untuk CIKGU,tidak pernah memalukan sekolah.. adakah kerana si KUNING tidak dapat menewaskan CIKGU dikatakan kemenangan CIKGU itu tidak bermaruah?? adakah bila si KUNING telah berjaya memalukan CIKGU itu,berjaya mengubah sistem dalam sekolah itu,diakatakan CIKGU telah menang bermaruah?? jangan dibanding2 pengetua kita.. setiap pengetua mempunyai cara pimponan yang berlainan tapi mempunyai matlamat pimpinan yang sama...


Akhirnya, kesemua murid tersebut di rotan oleh guru displin kerana berbual sampai tak masuk kelas. ^^

- Ini cerita asal daripada Cikgu Mohd Fadzil bin Abdul Hanid dan rakan-raknnya di FB. -

1 comment

  1. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.