Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Beberapa Petikan Hujah saya dalam Isu BERSIH.

Assalamualaikum..


Teguran saya adalah kerana Persaudaraan Islam

Saya telah melihat betapa tidak cerdiknya orang Melayu Islam berpolitik. Mereka ingin menjual maruah agama Islam untuk sesuatu yang belum pasti lagi.

Nampaknya umat Islam lebih selesa menjadi sebilangan sasterawan yang berminat untuk bermain dengan mitos berbanding dengan permainan sains yang lebih relatif pasti. Sains melihat semalam telah berlalu, esok setakat boleh diramal dan hari ini dan sekarang adalah data yang pasti. Adakah saudara Islam saya seperti menolak hari ini dan sekarang, yang pasti kerana melayan peristiwa semalam dan esok yang belum menjanjikan apa-apa tetapi menyeronokkan untuk diramal. Jika sesuatu berlaku nanti adakah rakan-rakan saya akan mengatakan ‘apakan daya ini takdir kita’ atau berani berdiri mengaku ‘bencana ini adalah hasil doa kami!


(1) Saya menentang Ambiga bukan kerana dia bukan Islam, Andai terdesak sekalipun hendak memilih pemimpin dari non-muslim, beribu non-muslim yang berdamai dan tidak mempertikaikan Islam di luar sana.Maka mengapa ambiga? Ambiga bukan sekadar mempertahankan manusia yang murtad, akan tetapi mempertikaikan syariat Islam.

(2) Hujah pertama saya, adalah daripada PENTAFSIRAN Surah al-Kafirun (orang kafir)

http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150235575385687

(3) Untuk berlaku adil, saya setakat ini hanya merujuk 2 link yang mempertahankan Ambiga daripada ahli PAS sy kira untuk membenarkan Ambiga dalam kes BERSIH.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/4185-bersih-ada-baca-cerita-hilful-fudhul


http://nikabduh.wordpress.com/2011/07/08/bersih-2-0-mengapa-ambiga/

Tetapi saya tidak dapat bersetuju dan sy telah memberikan komen meminta respon blog di atas berdasarkan hujah saya;

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam.”

(QS. an-Nisa`: 140)

Fakta ;

(1) Ambiga merupakan Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

(2)Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

(3) Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Persoalan saya ;

(1) Adakah umat Islam boleh bersama-sama dia kerana jelas dia anti-Islam dan memperolok-olokkan Islam.

(2) Walaupun undang-undang negara membiarkan mereka mencabar. Tetapi bukanlah lesen untuk membiarkan Ambiga mencerobohi hal ehwal Islam. Sudahlah kita lemah dalam menjalankan syariat tetapi kita menyalahkan umat Islam lain (pemimpin) pula dan melepaskan Ambiga. Yang di kendong keciciran, yang di kejar x kesampaian. Ana rasa ayat-ayat ustaz bermotifkan politik dalam hal Ambiga bagi membenarkan Bersih.

(3) Berkenaan Hak Istimewa Orang Melayu, saya tidak masukkan pihak yang sememangnya totok pertahankan, tetapi sy ambil daripada pandangan Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor seperti dinyatakan Subky Latif dalam sebuah buku yang diterbitkan dalam tahun 2003 telah membandingkan cerita sirah sahabat Nabi apabila ada orang bercakap kononya tiada hak istimewa dalam islam dan menyarankan hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Beliau menyatakan kejadian dalam pemerintahan Khalifah Omar Al-Khatab dan setelah Parsi menerima islam. Masa itu kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta. Orang-orang Parsi ramai pula yang miskin dan ramai yang menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.

(4) Pada pandangan Saidina Omar, jelas Ustaz Fadzil kalau dibenarkan orang-orang kaya Arab membeli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidina Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab. Berkata Ustaz Fadzil, larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi. Inilah hak istimewa Parsi. Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang. Bagi Ustaz Fadzil peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan itu adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.

Saya telah melihat beberapa perkara yang telah berubah mengikut situasi tetapi saya perlu menegur mana-mana perkara yang boleh merugikan orang Islam secara keseluruhannya dan Melayu Islam khususnya yang menjadi Khalifah di bumi Malaysia. Saya lihat orang Islam jangan berpolitik tanpa cerdik melihat yang untung dan rugi dalam jangka masa panjang. Matlamat tidak halalkan cara. Mohon respon.

Berkenaan rakan-rakan bukan Islam saya, mungkin akan terluka dengan prinsip sy pada kali ini. Maka pemahaman yang jelas berkenaan isu ini bukan kerana isu perkauaman, atau agama. Ini adalah mengenai isu campur tangan bukan Islam dalam Hal Ehwal Islam. Sy paling tersentak adalah komen cikgu sekolah rendah saya berbangsa India ;

Ilhamanggai Narinasamy

" Saya tak pernah beri komen tentang apa yang Fadzil tulis sebelum ini. Tapi sebagai orang bukan islam, terguris hati mendengar betapa bencinya Fadzil terhadap orang bukan Islam. Janganlah melihat Ambiga sebagai orang kafir, tapi sebagai seorang pejuang. Ambiga tidak melihat kepada agama kenapa pula ia menjadi isu agama. Nampaknya konsep 1Malaysia hanyalah satu propoganda sahaja jika ramai masih berperasaan begitu terhadap kami yang bukan Islam. Kafir atau murtadnya seseorang hanya boleh diadili oleh Tuhan. Saya ramai kawan beragama Islam tapi jika kawan Islam saya mempunyai perasaan begitu, amatlah sedih hati saya. Fadzil berhak mempunyai pandangan sebegitu, tapi kata-kata Fadzil amat menghina and mengecilkan umat bukan Islam. Ambiga tiada kuasa untuk memecah belahkan sesebuah umat. Setiap umat mempunyai fikiran mereka sendiri untuk membuat keputusan individu mengenai isu ini. Saya memohon maaflah kerana memberi komen disini, hanya ingin berkongsi pendapat. Jika saya ada menguris perasaan umat Islam, saya memohon maaf kerana tiada niat di hati untuk berbuat begitu. Dan saya meminta maaf kepada Fadzil juga jika saya menyakiti hati anda."

Saya telah membalas komennya mengenai salah faham ini, dan menerangkan perbezaan antara bukan Islam yang patuh dan ingkar kepada pemerintahan orang Islam di Malaysia. Bebrapa peyikan sy ambil drpd penjelasan panjang lebar sy kepada bekas cikgu sy ini.

" Sy bukan jenis pura2, yang sy tentang Ambiga adalah kerana dia pejuang org murtad. Bagaimana orang India marah bila Novel Interlok ada perkataan yg mengguris perasaan kaum India, orang Melayu kata itu karya sastera, tp atas budi bicara akhirnya di pinda setelah diperjuangkan orang India. Begitulah kes Ambiga, orang Islam juga terguris. Sy berhak mewakili ornag melayu Islam untuk mengingatkan mereka tentang perasaan sy yg terguris atas perbuatan Ambiga. Tapi kalau mengenai perkara Ambiga, sy tetap pada pendirian sy dia salah kerana masuk campur hal ehwal orang Islam. Tapi Pn. Illmangai bagai lilin yang menyuluh hidup sy semasa sy seorang budak kecil yg x mengerti apa-apa. Sy masih ingat senyuman Pn. Illamngai semasa sy darjah 5 di Sekolah Rendah Kebangsaan Peringgit. Sy amat menghormati Pn. Illamangai sebagai cikgu sy ketika sekolah rendah. Sy juga seorang cikgu, sy faham perasaan Puan kalau sy sebagai anak murid tidak di harapkan menjadi seperti yg Puan kehendaki. Sy minta maaf kalau puan terguris hati. Tapi sebagai seorang Islam, Sy perlu menasihat seagaama dengan sy apa yg betul dan apa yg salah. Perkataan kafir adalah istilah yg berat untuk orang bukan Islam, tapi sy gunakan. Kerana perbincangan ini bersangkut paut dengan kami orang Islam. Sy takkan nafikan nilai yang ada pada setiap agama, bangsa dan negera. Tapi dalam hal ehwal orang Islam sy akan bertegas, kalau mahu di hormati, sy minta orang bukan Islam tidak masuk campur dalam hal ehwal Islam sepertimana Ambiga..............."

" Alhamdullillah. Pn. Ilhamanggai Narinasamy faham akhirnya;

" Jangan risau Fadzil, saya tak terluka dengan apa yang Fadzil kata. Gembira anak murid saya kini dah tahu berjuang dan berfikiran matang. Teruskan!!! Saya faham apa yang Fadzil komenkan."

Sekian, terima kasih.

Wallahu a’lam

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.