Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Sekolahku, Rumahku - Satu Memori Indah

2002 - SMTWT/SMVKT , 5 PKE

2011, SMVKT - Bersama Cikgu Nasir, bekas guru saya pada tahun 2002

Bagai sirih pulang ke ganggang adalah ayat paling sesuai apabila saya kembali ke sekolah sebagai guru di mana ini merupakan sekolah sy bergelar seorang pelajar dahulu.
Cikgu Nasir merupakan guru kelas saya dahulu kini merupakan rakan setugas sebagai guru bengkel elektrik.



Banyak kenangan indah di sekolah ini semasa saya bergelar pelajar. Antara salah satunya kerana saya masuk di sekolah ini semasa Tingkatan 5. Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka dan berpindah ke Terengganu mengikut keluarga. Antara yang kelakar kerana saya cakap bandar atau "luar", maka bebudak kelas ni semua cuba cakap KL dengan sy. Kan bunyinya sangat pelik dan lucu.

Ini contoh bila orang Ganu cakap KL ;
1.Semalan tidur tak pasang ubat nyamak.Habis merah-merah badan kena kentit nyamak
2.Eeee...banyaknya nyamak.Beberong
3.Banyaknya... pasu kat sini.Bercotet aret.
4.Nak fotostat kertas ni dua helai.Nak selalu
5.Saje je nak gerak sampah ni.Daun-daun berkuban anyaa.
6.Aku pelankun dengan centon ni karang,bengkok combon
7.Kenapa tak royak aku awal-awal?sentok karun pa..
8.Cuba buat lari baldi tu sekejap
9.Dahi aku bincut terlanggar pintu
10.Masam reban mempelan ini
11.Kak,keropok singget,buat samah-samah
12.Sorry,i tak sengeleng lalu kat sini.
13.Awak,tolon beli Meggi, belan-belan awak pergi kedai.
14.Engkau nak ke takmboh?
15.Awak,gula-gula ni sedap.Nak cuba sutir?
16.Abang,air kelapa satu."Air nya xde la dik,tak dan nak kerabat".
17.Eh,kacang ni,menempus pulak.
18.Acit,tulun rebus tela 3butir..
^^

Hari Terbuka & Karnival Ko-Kurikulum Sekolah (30 Jun 2011)

Seminggu sebelum ini saya telah diberikan tugas membuat satu projek untuk bengkel Elektrik sempena Hari Terbuka & Karnival Ko-Kurikulum Sekolah (30 Jun 2011).

Ketua Bengkel, Cikgu Zainal memintaku membuat satu projek untuk menarik minat pengunjung bengkel sempena Hari Terbuka & Karnival Ko-Kurikulum Sekolah (30 Jun 2011). Cemas jugak saya dibuatnya, tanpa pengalaman agak ragu-ragu juga samaada proposal projek ini di terima atau tidak. Setelah pembentangan dan perbincangan dengan bantuan guru-guru bengkel lain iaiatu Cikgu Wan Zuhal, Cikgu Nasir. Akhirnya projek ini di terima dan dilaksanakan. Hasilnya ;

Projek Keseluruhan Yang Telah Siap

Ini Laporan Ringkas Projek Ini, Boleh Copy Paste Kalau Nak ;

Gambarajah Skematik ( Tidak mengikut piawai skematik komponen kerana hanya lakaran kasar yang dibuat dalam Microsoft Word )

Nama Projek : Permainan Menguji Kecekapan

Bahan : (1) Pengatur Litar Miniatur (PLM)
(2) Kabel 1.0 mm
(3) Punat Tekan
(4) Contactor Penyentuh
(5) Timer
(6) Tiub Copper
(7) Buzzer
(8) Power Supply DC
(9) Kuar
(10) Connector
(11) Papan
(12) Sesentuh tambahan

Kendalian :

(1) Apabila bekalan kuasa AC 240V dibekalkan, Litar akan mula berfungsi apabila Punat Tekan Hidup ” Hijau” di tekan,. Gelung dalam contacter akan mendapat aruhan tenaga menyebabkan sesentuh tambahan Normally Open (NO) akan tertutup.
(2) Suis NO tersebut akan memicu bekalan kuasa pada Timer ( Pemasa). Pemasa yang telah di set contohnya selama 15 saat, maka akan menyebabkan Buzzer Pemasa yang mendapatkan bekalan kuasa DC akan berbunyi selepas 15 saat.
(3) Bagi kendalian Buzzer sesentuh, akan berfungsi apabila kuar Tiub Cooper bersentuh dengan Tiub Copper maka Buzzer tersebut akan berbunyi.

Kendalian Permainan ;

(1) Pemain akan menggunakan kuar melalui halangan berbentuk Tiub Copper. Sekiranya kuar tersebut menyentuh Tiub Copper maka buzzer akan berbunyi dan pemain tersebut akan gagal.
(2) Selain itu, pemain akan mempunyai masa berdasarkan set pemasa yang telah ditetapkan contohnya 15 saat maka , sekiranya pemain gagal melalui halangan tersebut, buzzer pemasa akan berbunyi selepas 15 saat dan pemain tersebut di kira gagal.
(3) Menang beerti pemain yang menggunakan kuar melalui halangan tiub copper pergi kehujung dan kembali ke asal tempat kuar bermula. Pemain tersebut akan di kira sebagai pemenang.


Pengunjung Pelajar Tadika Menyukai Projek "Permainan Menguji Kecekapan"

Bergambar kenangan dengan murid tadika yang melihat projek ini.

Bergambar kenangan dengan pembantu pelajar SMVKT yang menjaga projek ini.



Sajak


" Dia Seorang Guru"

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.