Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

4 comments

Celoteh Intelektual Malam Selasa Bersama Fadzil

Tahun 2002. 5 PKE Sek Men. Teknik Wakaf Tembusu. Penulis berbaju biru sebelah kanan.

Sedar x sedar cuti 2 minggu sekolah bermula. Mula la gatal tangan nak menulis, bila banyak masa lapang ni, lama tak menulis ni, mula la berkarat otak ni. Hari ni berkesempatan daftar ahli Pepustakaan Terengganu. Yang pertama masuk kira gah jugak tengok 4 tingkat. Dengan niat nak cari sebuah buku motivasi yang disarankan majalah Al-Islam berjudul La Tahzan(Jangan Bersedih) , buku karangan Dr Aidh Al Qarni, dikatakan merupakan buku yang terlaris dipasaran dalam genre motivasi. Kalau sebelum ni karya Stephen R. Covey ( 7 Tabiat Orang Amat Berkesan) dan karya Edward De Bono jadi pilihan. Tertarik la kan sebab buku motivasi ni dikatakan Islamik Motivasi yang setanding dengan tokoh2 motivasi barat tu.

Lepas search kat sistem OPAC, dapatkan Call Number, tertera "Available". Tapi cari kat rak x jumpa-jumpa. Tengok kat sebelah kanan, cam ade la sorang gadis kat meja dengan deretan buku tengah study. Dalam hati nak jer g meja dia tengok ade x judul buku yg aku cari. Nasib baik aku ni pemalu, kalau x ikut adrenalin aku g jer buat "spot check". X pe la x de rezeki kut.





Kemudian aku beralih ke rak berkaitan Politik, Sejarah (900). Hampir-hampir pengsan juga la, pertama rak tu di susun di tepi deretan meja-meja. Kat meja tu pulak semua perempuan tengah study. Segan la aku nak cari buku camni. Nampak cam tarik perhatian je rase. Rasa2 cam semua kat situ perhati aku jer. Kan dah timbul perasaan perasan hensem sekejap mase tu. Kedua yang aku x puas hati, rak-rak buku 4 tingkat dari paras pinggang aku, yang bermaksud tingkat ketiga dan kemmpat tu aras atas kepala aku. Camne aku nak panjat? Aku pun terdongak-dongak la tengok judul buku yang aku cari. Sekali lagi diorang perhati aku. Ish.. ish cam ade x kena jer aku rasa.Dalam hati aku mase tu dah pikir mesti ade tangga yang leh gerak kiri dan kanan kat rak2 tu cam Pepustakaan kat Amerika yang aku tengok dalam filem-filem Hollywood.

Kemudian datang la penyelamat aku, seorang gadis yang baik hati, tanya aku ape yang aku cari. Aku pun tunjuk dia Call Number buku aku tu. Dengan senyum dia kata, " Encik, ni rak buku-buku lama, memang rak (900) tapi semua buku lama" Patut la aku tengok semua buku kat situ kuning2 dan berkulat. " Tu, kat depan sana tu nampak x rak baru2, ade tulis (900) , kat situ mesti jumpa buku yg encik nak cari". Dengan buat2 yang aku x bersalah aku pun blah dari situ. Malu sangat, patut la diorang semua tengok aku je. tu rak2 hiasan tepi dinding utk buku2 lama. Ape la pepustakaan ni mane leh ade rak nombor sama kat tempat yang berlainan. Kan dah nampak seolah2 aku nak tarik perhatian kat sana. Geramnyer....

Bercakap tentang gadis tu, nasib baik dia tolong, kalau x tah berapa lama aku jadi cam lelaki x betul kat situ. Agak2nyer sebab banyak kebetulan jumpa dia, naik Lif jumpa, Mase nak daftar ahli kat pepustkaan kat bawah jumpa, kat rak jumpa lagi. Rase2 nak nyanyi je lagu "Suratan atau Kebetulan" dendangan Kenny time tu. Sejuk mata memandang, dengan bertudung labuh, ramah dan baik hati. Kan dah puji dia, x pe la x tanya nama pun kurang2 aku dah doakan dia semoga dapat balasan yang baik. Kalau ade member kelas aku dulu Azila( lelaki ye), ungkapan popular dia bila tengok muslimah camni, " Adakah ini bakal teman hidupku depan mataku sekarang ni, persis bidadari syurga" . Memang x boleh tahan dengar, bukan sekali dua, setiap kali jumpa orang lain camtu je ayat lawak dia. Mula aku tersenyum2 sinis sorang diri mase tu ingat ayat kawan aku ni.

Bercakap tentang suratan atau kebetulan, sejak aku kembali kat Terengganu setelah 4 tahun buka cawangan kat UTHM sebagai rumah keduaku. Kebetulan jumpa cikgu2 lama kat sekolah aku praktikal. Mase kat Klinik Daerah Marang, jumpa kawan kelas Kushah, yang add aku kat group Facebook Otai Batch 01/02 SMTWT. Mula la segmen jejak kasih. Dulu yang muka selekeh je. Dah beranak pinak sekrang ni, lucu je tengok sorang2. Mase aku ngan akak aku pergi Kemaman , Mesra Mall semata2 nak tengok wayang, berenti la isi minyak kat Rantau Abang, jumpa sorang junior UTHM, Hazwani Wahab. Sempat la bercakap sepatah dua kata. Rupa-rupanya ade lagi sorang budak UTHM, nampak aku tapi x tegur aku kat stesen Petronas tu. Najihah Remali, ( dia x kenal Hazwani) , yg cakap kat aku dia takut salah orang nak tegur, aku kan Mantan MPP. Dia tanya aku kat fesbuk, aku ke mase tu. Kan dah rugi x tegur mase tu. Kalo tegur mungkin la aku belanja aiskrim mase tu. hehe. Suratan atau Kebetulan.

Dapat la 4 buku yang maksimum aku leh pinjam. walaupun nak pinjam banyak lagi. Tapi nak wat camne peraturan kan. Time2 camni la aku rasa rindu kat pepustakaan UTHM. 15 buah buku sekali pinjam. Aku memang ade masalah ketagihan membaca. Masalahnya kalau orang ketagihan dadah ni, ramai la yang nak bantu. Ketagihan cam aku ni? Terbiar camtu jer la nampaknyer...

Ok la, semua atas tu cakap2 kosong, pembuka bicara la katakan, yang penting semangat untuk cari makna hidup tu penting. X kisah la korang minat apa, membaca ke. melancong ke. memanjat gunung ke, berSMS ke, berFESBUK ke. Janji kalau ke arah positif its ok. Akhirnya kalau Allah S.W.T nak bagi hidayah , terbuka la hati kita kan.Doa la banyak2 semoga masing2 mendapat mencari jalan kebenaran. Ada yang ketemu kebenaran ni kat Highway, ade jalan pebandaran, ade jalan kampung malah ade denai kat lorong2 belukar dan hutan. Paham x ni? Ishhh... susah la nak bermadah sikit pun korang terlopong camtu, maksud aku, Allah S.W.T ni kalau nak bagi hidayah x kira kita kat mana. tengok cam2 kes sekarang. terbaru Sham Kamikaze. Jangan jadi cam Bob Lokman dah, bagus dah berhijrah tapi bila masuk politik, ramai la kecam. Ni mula nak cakap aku sekular, nak pisahkan agama dan politik. Bukan cam tu la, maksud aku kalo nak berdakwah ni, orang meluat sikit cakap politik. Cuba ikut bab politik Dr. Asri. X terlalu lembut, x terlalu keras. Aku bukan la totok sangat ngan kerjaan. Aku pun terlopong jugak bila kerjaan cakap pasal Transfomer ... ehhh Transformasi, MBE, BLR, Inflasi, Gaji berkapita Tinggi. Nasib baik aku tanya kat Pakcik Google , dia terang la sikit2 kat aku. Aku boleh la faham, tapi orang kampung ni mane la paham, yang diorang tahu, apa kaitan Transformasi dengan harga gula, ikan, sayur, teh tarik. Diorang x paham langsung kaitan harga minyak dengan kenaikan harga gula. Gula tu dari minyak ke diorang tanya aku? Aku dengan selamba jawab, bukan pakcik, harga gula naik sebab mesin kisar buat gula guna minyak kut. Kan aku dah berlagak pandai sekejap.

Stop politik. malas nak cakap. Kang ade pulak orang taksub politik marah aku, macam jugak orang taksub mazhab la. Taklid semata2. Padehal kalo baca sejarah, Imam2 mazhab ni pun x larang org utk tengok pendapat imam lain. Kan dah masuk bab Agama. Dah2.. jangan nak sindir aku pulak. ni nak habaq sikit , agama ni bukan milik ulama` semata2, aku pun boleh bagi pendapat. kalau salah tolong la tunjukkan. Semua orang mula dari x tahu jadi tahu. Ni proses. Mane tahu aku ulama mase depan? apa? mimpi je ko kata? x pe la kurang2 aku ade niat nak jadi dari langsung x de kan.

Bercakap tentang agama, aku tertarik utk lihat beberapa perkara yg aku anggap menarik dan unik. Dalam soal Isra` Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. Persoalannya bagaimana Nabi kesayangan kita dapat bergerak banyak tempat dalam masa semalam je. Buraj yang membawa Nabi dikatakan bergerak selaju cahaya. Kalai ikut hukum fizik maka idea Albert Einstein tentang Teori Kerelatifan Khas dan Umum boleh dipertikaikan.Pakcik Wikipedia cakap ;

Kerelatifan khas atau teori kerelatifan khas merupakan teori fizik yang diterbitkan pada 1905 oleh Albert Einstein dalam rencananya "Mengenai Elektrodinamik Jasad yang Bergerak" (bahasa Inggeris: "On the Electrodynamics of Moving Bodies"). Teori tersebut menggantikan tanggapan Newton tentang ruang dan masa dan melibatkan electromagnet seperti yang diwakilkan dalam persamaan Maxwell. Teori ini dipanggil "khas" kerana ia melibatkan prinsip kerelatifan hanya pada keadaan tertentu bagi kerangka rujukan inersia dalam ruang masa yang mendatar dan kerangka yang terpecut, iaitu ketika kesan graviti boleh diabaikan.

Kerelatifan khas menghubungkaitkan ruang dan masa ketika laju cahaya (begitu juga pemalar asas yang lain) adalah malar, dan teori membawa kepada satu keadaan ketika dua pemerhati boleh bercanggah tentang selang masa dan jarak di antara dua kejadian, tetapi tanpa bercanggah kejadian yang berlaku. Hal tersebut menunjukkan yang masa boleh berlalu lebih perlahan jika pemerhati bergerak, bergantung kepada laju relatif.

Teori ini turut meramalkan persamaan E=mc².

Maknanya impian manusia nak pergi planet Pluto atau Galaksi lain tanpa memakan masa beratus ribu tahun masa cahaya mungkin ade harapan. Maksudnya ilmu manusia ni belum cukup nak pecahkan teori si Albert Einstein ni. Kalau korang jumpa la hukum Fizik baru ni, maka kurang boleh cipta kenderaan yang boleh lawan kerelatifan graviti dan lengkungan masa ni. kalo korang x paham pergi cari maklumat menegnai kedua2 teori Albert Enstein ni. Kalau aku jumpa, maka tentulah Hukum ini dinamakan Hukum Fadzil. Siap boleh menang Hadiah Nobel lagi. X gitu?

Okey la, sampai sini jer la celoteh aku kali ni, esok mungkin sibuk persiapan nak pergi Johor, UTHM urusan akademik dan majlis kawen Izzat dan Farah 5hb ni, tapi aku tangguh dr 3hb ke 4hb malam baru bertolak sebab kereta aku masuk bengkel petang tadi, masalah clutch, kena angkat enjin, tukar clutch. habis plak RM600 kali ni. Kalo kena time, boleh kut ajak Rizal & Isteri dia tumpang kete aku ke Johor. Leh la kongsi duit minyak. harap2 jugak la Arif ngan Shahizul ade kat Johor. Dah cam Reunion kelas plak rasa, Aku, Rizal, Arif, Zul. Best2. Minggu ni rumah aku kosong la, Ayah aku balik Parit, Perak tengok opah aku sakit. Mak , adik, kakak aku pergi Sabak Bernam, Selangor tengok calon isteri adik aku, guru KAFA katanya. Tengok la, kalo x de program lepas aktiviti kat Johor sempat kut aku ke sana.

Akhir kata aku bagi serangkap kata-kata hikmat ;

Sejauh mana pun perjalanan anda, destinasi mana anda tuju, jangan di lupa memabawa Mykad Selalu.

Bye2...

Yang benar,

Mohd Fadzil bin Abdul Hanid

( Masih belum ade jawatan nak letak sekarang)

^^p

4 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.