Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Pelajar lelaki kuasai UTHM

BATU PAHAT 2 Julai - Ketika bilangan pelajar wanita di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) jauh melebihi pelajar lelaki, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatatkan penguasaan pelajar lelaki.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, pelajar lelaki mewakili 55 peratus daripada kira-kira 3,000 pelajar dalam sesi pengambilan 2010/2011 bermula 26 Jun lalu hingga 3 Julai ini.

"Sejak ditubuhkan, bilangan pelajar lelaki di UTHM melebihi pelajar wanita. Lazimnya nisbah antara 55:45 dan pernah juga 52:48 yang memihak kepada pelajar lelaki," katanya pada sidang akhbar Majlis Bersama Media di UTHM di sini semalam.

Mohd. Noh berkata, faktor pelajar wanita kurang berminat dengan pengajian kejuruteraan bukan sebab utama dominasi pelajar lelaki di UTHM.

"Kalau saya cakap wanita tak minat kejuruteraan, nanti orang marah pula. Tambahan pula, universiti lain pun ada program kejuruteraan tetapi ramai juga pelajar wanita.

"Pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana UTHM tidak menawarkan pengajian yang sangat diminati pelajar wanita antaranya sains makanan, sains sosial, perubatan dan farmasi," katanya.

Sementara itu, Mohd. Noh berkata, UTHM juga mempunyai nisbah kakitangan dan pelajar yang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu satu kakitangan bagi setiap empat pelajar.

"Kita mempunyai kira-kira 8,000 pelajar dan 2,200 kakitangan. Ini bermakna seorang kakitangan menjaga empat pelajar," katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerjasama antara media dan IPT amat penting bagi memantapkan bidang pendidikan untuk merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Sehubungan itu, beliau meminta media massa agar dapat terus melaporkan perkembangan IPT khususnya UTHM untuk menarik minat masyarakat menjadi manusia yang berilmu dan berfikiran luas.

2 comments

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.