Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

Perjuangan Yang Tiada Penghujung...........

Jalinan Mesra Pemimpin Mahasiswa = 03/06/2010 - Lawatan MPPUTHM Sesi 09/10 ke MPMUM Sesi 09/10 (Kiri ; Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Khairul Anuar ; Tengah ; Mantan Yang Di-Pertua MPPUTHM Sesi 08/09, Mohd Fadzil ; Kanan ; Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor Sesi 09/10 ; Shahzada Khan.


Peluang untuk mengaktifkan kembali neuron-neuron yang membeku sejak 6 bulan lepas selepas berehat panjang akibat kemalangan, penulis terus bersetuju menerima pelawaan MPPUTHM Sesi 09/10 untuk mengikuti Lawatan ke UM, USM, dan UTP yang bermula 03/06/10. Memandangkan pada 02 haribulan penulis masih Di Gopeng, Perak. Bernasib baik kerana tiket ke Batu Pahat masih ada, Walaupun letih selepas tiga hari bertapa di Hospital Ipoh menjaga Mak angkat, tetapi kepuasan berbakti setelah sekian lama tidak berjumpa, memberi kekuatan baru di dalam diri.

Penulis beranggapan ini peluang penulis untuk mencari keyakinan baru setelah kecederaan fizikal yang juga memberi implikasi mental kepada penulis. Sesuatu yang penulis belajar adalah beberapa peristiwa yang berlaku yang melemahkan pemikiran dan keyakinan penulis adalah sesuatu hikmah yang memberikan jawapan kepada kebanyakan persoalan penulis mengenai pengorbanan, setiakawan, perjuangan dan hakikat kebatasan pemikiran manusia dalam bersosial.
Penulis juga beranggapan beberapa keputusan penulis ketika sakit memberi implikasi kepada konflik. Di burukkan dengan pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan. Penulis bertuah kerana dapat melihat dari sudut luar mengenai tahap penerimaan sahabat-sahabat seperjuangan kepada penulis ketika konflik. Konklusinya tahap komunikasi antara penulis dan sahabat-sahabat terdahulu adalah rapuh. Penulis berada di dalam bayang-bayang sendiri dengan mengangap keikhlasan penulis memimpin di fahami sahabat-sahabat. Tetapi rupanya tidaklah begitu, penulis melihat adanya kerapuhan tahap keyakinan mereka terhadap penulis. Kurang perhatian, dan pelbagai faktor seperti layanan berat sebelah kepada beberapa sahabat , mengakibatkan ada sahabat lain merasakan diri terpinggir. Kerana merasakan isu tersebut remeh untuk diberikan perhatian maka ianya menjadi barah yang meracuni kepimpinan penulis.

Dalam banyak perkara memimpin bukanlah semudah yang di sangka, hal yang sekecil-kecilnya pun akan di jaja kalau tersilap langkah. Dalam banyak hal untuk diselesaikan, adanya terkadang sebagai pemimpin teratas ada benda yang perlu di rahsiakan bagi beberapa tujuan untuk kebaikan bersama. Tetapi kerana benda seperti inilah menjadi racun kepada tahap kepercayaan mereka kepada penulis satu ketika dahulu. Penulis tidak dapat menolak sememangnya ada kalangan sahabat yang mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat terhadap perkara-perkara rahsia ini. Kalaulah mereka tahu apa yang penulis tahu, nescaya mereka tidak akan bertanya panjang. Apa yang perlu sebenarnya mereka mempercayai apa yang penulis putuskan adalah untuk kebaikan bersama. Tetapi penulis percaya satu hari nanti apabila mereka berada di tempat penulis atau dalam situasi yang sama , maka mereka akan tersedar dan mengakui apa yang penulis katakan.


Dengan rendah hati, penulis berfikir dalam keadaan sekarang penulis perlu melupakan apa yang terjadi, berlapang dada dan menganggap dalam konflik itu tiada pihak yang salah kerana ijtihad masing-masing dalam menegakkan keadilan & kebenaran mengikut versi masing-masing. Salah penulis ketika itu terlalu mengikut emosi dan menghentam dalam penulisan secara keras. Manakala salah mereka adalah menghantar isyarat yang salah dalam keadaan penulis sedang terlantar kesakitan dan membelakangkan terus pandangan penulis ketika itu. Kalau mereka memahami perasaan orang sakit nescaya mereka tidak akan memperlakukan penulis seperti itu. Bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan ujian ini kepada penulis. Ternyata penulis
tidak tertahan ujian kecil ini, kalaulah penulis lebih awal dapat mengambil iktibar tabahnya Nabi Ayub A.S menghadapi ujian sakit. Maka penulis telah hilang harga diri, keyakinan dan segalanya mengenai kuasa, pangkat di dunia. Segalanya sementara sahaja. Setelah ujian ini penulis tersedar segala kelemahan penulis. Ampunkan hambamu yang lemah ini Ya Allah. Kemaafan juga di mohon kepada mana-mana sahabat yang terluka atas peristiwa itu. Permohonan maaf ini tanpa meminta apa-apa balasan, tanpa sebarang syarat. Terpanggil menulis begini setelah membaca buku Aku terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal (Saiful Islam), Salah satu petikan ;

" Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah aku lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu? "


Dalam hal ini kita dapat melihat kepada sejarah Perang Jamal berlaku mungkin miscommunication atau salah maklumat. Pertarungan di kalangan sahabat adalah hasil dari ijtihad masing-masing. Pembunuhan Usman adalah penyebab segala-galanya. Pintu fitnah ini telah menyeret para sahabat ke medan pertempuran sesama sendiri. Campur tangan golongan munafiqun yang, telah memainkan peranan dalam menghidupkan episod pertarungan sesama para sahabat. Sesungguhnya pertempuran tersebut berlaku bukan kerana perebutan harta dan kekuasaan, tetapi sebaliknya kerana ingin melihat keadilan dan kebenaran. Ambil iktibar sahabat-sahabat semua.


Kesempatan inilah penulis cuba meluangkan masa bersama-sama MPPUTHM baru kerana jarak waktu antara penulis dan mereka. Kerana lamanya penulis tidak bersosial. Teman penulis ketika sakit hanyalah keluarga dan jiran terdekat selama 6 bulan. Maka penulis masih berasa canggung untuk berada di khalayak ramai untuk bercakap. Kurang keyakinan diri juga masih menebal. Sedikit demi sedikit waktu akan mengembalikan stamina dan keyakinan diri. InsyaAllah.
Bagi penulis ini adalah perancangan-Nya untuk penulis. Qada` & Qadar. Dalam sesi dialog antara MPPPUTHM & MPMUM, penulis bertindak sebagai pemerhati kepada anak muda yang bergelar mahasiswa berdiskusi dalam pelabagai isu kampus dan luar. Beberapa yang menarik penulis ialah ;

(1) Kebajikan Mahasiswa Dewasa Ini


(2) Isu Politik Kampus & Politik Luar


(3) Isu Lesen Judi Sukan


Tujuan penulis bukanlah mengupas isu-isu ini, sengaja penulis biarkan mereka berdiskusi supaya percambahan dan cakna mereka terhadap isu semasa akan mematangkan mereka. Kerana topik yang dipilih agak panas maka masing-masing menegakkan hujah masing-masing samada MPPUTHM mahupun MPMUM. Jauh di sudut hati penulis meletakkan harapan kepada mereka untuk meneruskan cita-cita anak muda dewasa ini. Zaman penulis sudah berakhir, kini mereka akan meneruskannya. Perjuangan yang tiada penghujung!!!
Pertemuan antara penulis dengan kedua-dua YDP MPMUM dan YDP MPPUTM Sesi 09/10, menjadi medan penulis mencurahkan pengalaman sebagai YDP yang terdahulu. Sekadar berbasi-basi , penulis sendiri mempunyai banyak kelemahan semasa menjadi pemimpin mahasiswa. Tetapi dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada semoga dapat membuka minda dalam meneruskan perjuangan anak muda yang bergelar mahasiswa.

Rata-rata kebanyakan pemimpin mahasiswa sebenarnya berfikiran terbuka, mempunyai idealisme yang kuat, tetapi kerana ketaksuban kepada golongan tertentu menyebabkan nilai yang patut dikongsi bersama terkubur begitu sahaja. Pendirian akan menyebabkan ego yang ingin dipertahankan menidakkan rasional dalam membuat keputusan. Cita-cita mahupun keazaman yang tinggi semata-mata tidak dapat menjelaskan kelakuan sebenar pemimpin kampus. Hari ini semasa kempen cakapnya besar, dirinya hebat, tapi esok lupa kerana tidak mendapat apa jawatan yang di idamkan dan pandangan di anaktirikan, terus berputus asa dan menghilangkan diri. Apakah makna ini semuanya? Mana semangat kalian dalam meneruskan cita-cita pemuda? Mana perginya kalimat anak muda merdeka?

" Kita berpegang kepada kebenaran yang terbukti nyata, rasional dalam memutuskan keputusan dalam perbalahan pendapat antara pelbagai golongan idealisme mahasiswa yang terpecah akibat politik kampus "

Adalah kesimpulan yang penulis buat apabila kedua-dua Yang Di-Pertua MPPUTHM & MPMUM menjawab persoalan mengenai politik kampus.


Jam menunjukkan 2.36 a.m . Sampai di sini sahaja penulisan malam ini, esok pagi penulis akan bersama MPP USM pula, semoga mendapat manfaat daripada pertemuan itu.....

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.