Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

FADZIL : BICARA KISAH KEJAYAAN, KEPIMPINAN & CINTA

Kejayaan

Ketika masih di bangku pengajian diploma di Politeknik, saya mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengetahuan yang di ukur berdasarkan keputusan CGPA & CPA. Lebih tinggi keputusan , terasa lebih banyak yang saya tahu, terasa diri meningkat menjadi lebih baik daripada semalam. Anugerah menjadi impian saya, sememangnya tercapai tetapi satu hari saya bertanya “ Apakah makna anugerah yang di terima saya kepada manusia sejagat? “ Gemilangnya sekejap sahaja tetapi sepi tanpa makna selepas itu.

Kenangan Bersama Rakan Sekelas di KUittho pada 2007

Ketika pada semester awal pengajian ijazah di UTHM ( Kuittho ketika itu ) perubahan mentaliti berkenaan kejayaan telah berubah, kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bertambah pengetahuan , begitulah amal bertambah di jalan kebaikan. Penerapan ini seiring dengan pengajian dalam bidang pendidikan yang menekankan bidang-bidang sosial, falsafah, psikologi, pedagogi dan lain-lain cabang ilmu yang menuntut bakal-bakal pendidik untuk membina anak bangsa pada masa depan. Pertambahan amal menjadikan saya lebih berbanding semalam. Aktiviti persatuan, baktisiswa, program universiti menjadi pilihan saya untuk amal berdasarkan pengetahuan yang ada.
Sekali lagi, seiring dengan usia dan kematangan , apabila saya bukan lagi kejayaan berdasarkan konsep individu, kejayaan peribadi menjadi kecil tidak beerti. Kalau ukuran kejayaan apa yang di capai oleh peribadi, kini ukuran itu tidak membawa sudah tidak membawa makna kepada saya. Kejayaan kini adalah keupayaan diri saya untuk membawa orang lain berjaya sama, keluarga, sahabat-sahabat, organisasi, masyarakat dan misi sehingga membawa saya ke slogan “ Agama, Bangsa & Negara”.
Kepimpinan

Kenangan Bersama-Sama MPP Sesi 08/09


Memegang kuasa di dalam Majlis Perwakilan Pelajar benar-benar mencabar pengetahuan dan pengalaman yang ada. Saya benar-benar jatuh cinta kepada organasisai ini. Ketika rakan-rakan lain sibuk bercinta dan kelihatan bahagia dengan kehidupan yang tersendiri, saya pula sibuk bercinta dengan organisasi ini. Entah kenapa ianya begitu bermakna kepada saya. Saya fikir kejayaan organisasi lebih mudah di capai melalui kuasa yang ada.

Charles McEroy pernah berseloroh, " Kuasa itu biasanya dikenal sebagai ubat antidepresi singkat yang paling hebat” . Penyataan itu mengandungi banyak kebenaran kerana kuasa sering memberi kesan kejayaan, tetapi sekalipun demikian, itu hanyalah sementara.

Huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A Person of Influence. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.

Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan.

Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin.

Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di kampus, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.



Kenangan Bergambar Bersama-Sama Menteri Pengajian Tinggi, Dato` NC UTHM , Pegawai-Pegawai Kanan Universiti & Yang Di-Pertua MPP Se-Malaysia Sesi 08/09


Perasaan kehilangan kuasa selepas tamat MPP benar-benar merunsingkan saya. Apakah yang perlu saya lakukan pada kala ini, malam ini dan esok hari tanpa kebiasaan saya bekerja sebelum ini? Saya fikir perasaan seperti kehilangan cinta, berasa keseorangan dan perasaan sedih meninggalkan sesuatu yang begitu sebati dengan hati. Mungkin inilah yang dikatakan cinta bagi kebanyakan orang. Oleh kerana ini, saya cuba kembali kepada kebiasaan lama seperti membaca, menulis, memerhati dan menikmati kehidupan bersara ini dengan sebaik-baiknya. Mujurlah ketentuan Allah S.W.T itu ada hikmahnya, saya berasa lebih tenang, dan saya ini anggap fasa kedewasaan saya. Alhamdullilah segalanya mula menampakkan hala tuju yang lebih jelas kepada saya.

Abraham Lincol
n pernah berkat-kata "Hampir semua manusia dapat menahan musuh, namun bila engkau mahu menguji sifat seseorang, berikan dia kuasa”.

Cinta

Terlanjur bercakap tentang cinta penulis kepada MPP sebelum ini, definasi cinta membawa maksud berbeza-beza kepada setiap manusia tetapi yang pasti bersifat universal. Mari kita lihat huraian penulis berkenaan cinta mengikut perspektif peribadi penulis ;

Apakah Kedudukan Cinta Yang Sepatutnya?

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah.. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’

Adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:

“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”

(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :



Kenangan bersama keluarga angkat di Gopeng baru-baru ini


Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...

(Surah Al-Fath, ayat 29)

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.

4. Cinta Lelaki Perempuan

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :

Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”

(Surah An-Nuur, ayat 30)

Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”

(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.

Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.

Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Saya menutup nukilan pada kali ini dengan mencabar diri sendiri dan para pembaca untuk terus melihat masa hadapan. Lupakan masa lalu yang menhalang potensi anda untuk maju.

Mungkin anda telah melakukan banyak kesalahan di dalam hidup anda, atau mungkin anda mempunyai masa lalu yang sukar dan pebuh tentangan. Hadapi semuanya itu dan tetap maju. Jangan biarkan ia menghalangi anda untuk mencapai potensi anda. Saya bawa anda mengenai beberapa kisah daripada barat, islam dan temapatan.

Sultan Muhamad Al Fateh seorang penakluk yang hebat. Beliau mula melakar sejarah hanya dengan kata-kata gurunya tatkala berumur 10 tahun. Hadis Rasulullah saw yang berbunyi “Costantinopel akan dibuka, sebaik-baik panglima tentera adalah yang membukanya, sebaik-baik tentera adalah tentera itu” menjadi aspirasi beliau untuk sebuah kejayaan. Gurunya sering bertanya pada beliau “Kenapa bukan engkau yang menjadi orang ini wahai Muhammad?” Muhammad Al-fateh langsung mempersiapkan diri untuk misi agung ini. Beliau sering berlatih menunggang kuda ke dalam lautan hingga air laut menenggelami kudanya ke paras leher. Sedikit demi sedikit, beliau semakin hampir dengan kubu kukuh tentera Kristian Costantinopel. Dia menjerit dengan suara yang kuat “Aku akan menjadi orang itu” seolah-olah menyahut seruan Nabi Muhammad saw. Dia mula belajar tentang ilmu pengurusan, pemerintahan tentera dan seni peperangan. Dia berjaya menguasai hampir 6 jenis bahasa pengantar yang berbeza-beza. Bagi dirinya, matlamat sudah berada di depan mata. Pada usia 21 tahun, kota Costantinopel berjaya dibuka oleh beliau dan tenteranya.

Kisah Franklin Delano Roosevelt. Pada 1921, pada usia tiga puluh tahun, dia terkena polio yang serius, yang melumpuhkan dan membuat dia kesakitan. Dia tidak pernah berjalan lagi tanpa bantuan, tetapi dia tidak mengizinkan hal ini menghentikannya dari pencapaian potensi. Lapan tahun kemudian, dia menjadi gabenor New York, dan pada tahun 1932, dia terpilih sebagai presiden Amerika Syarikat.

Kisah Perjuangan Dr. Mahathir Muhammad sepanjang 22 Tahun sebagai Perdana Menteri Membangunkan Malaysia. Jatuh bangun dia sebgai ahli politik boleh dijadikan teladan. Sengaja saya bawa kes pengharaman UMNO pada 1989 kerana terjumpa sepucuk surat berkenaan pemulihan UMNO ( Baru) ketika mengemas bilik arwah ayah angkat di Gopeng baru-baru ini. Kes bermula apabila 11 ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti 1987 mengemukakan kepada mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut ialah supaya mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti yang dimenangi oleh Team A iaitu Tun Dr. Mahathir. Dengan menggunakan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah. Oleh itu, pemilihan parti 1987 diisytiharkan batal dan tidak sah. Lalu terkuburlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu. Tun Dr. Mahathir cepat bertindak dengan menubuhkan UMNO (Baru). Bermulalah perebutan di antara kedua-dua puak UMNO untuk mendaftar semula UMNO mereka. UMNO Baru anjuran Tun Dr. Mahathir berjaya didaftarkan sebagai pengganti parti asal yang diisytiharkan haram sebelumnya.





Bagaimanakah tahap keyakinan anda untuk berjaya selepas membaca nukilan ini?
Semoga berjaya dengan apa yang anda impikan!!!!!

1 comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.