Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Laskar Pelangi (2008)


Di Koahsung, Taiwan, Laskar Pelangi telah memenangi anugerah Filem Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke 53 selepas mengetepikan 40 karya lain termasuk dari Malaysia yang mencalonkan filem Telentime, Wayang dan Papadom yang tidak memenangi sebarang anugerah.

Lagu Laskar Pelangi akhirnya mendapatkan penghargaan sebagai Best Song/ Lagu Terbaik pada Anugerah Planet Muzik Indonesia.




Saya baru menonton cerita Laskar Pelangi. Sejak mula saya menonton filem tersebut, kepercayaan saya kepada kemuliaan seorang guru semakin bertambah. Tambah-tambah pula apabila menonton filem ini, kata-kata Pak Harfan kepada anak muridnya semakin bergetar kuat dalam diri saya. Kata beliau, “Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.” Kegigihan Ibu Mus ( Cikgu Muslimah) untuk mendidik anak-anak bangsanya sehinggakan menolak tawaran mengajar di sekolah yang bagus, benar-benar menambah kemuliaannya sebagai guru.



Cinta kepada ilmu memang akan membuatkan manusia terus bercita-cita. Wang bukan semuanya, tetapi wang ada alat untuk mencapai ilmu dan cita-cita. Saya sarankan bakal guru, guru dan semua manusia yang pernah bergelar pelajar untuk menonton filem ini. Si Guru akan lebih memahami apa tugas yang sedang mereka lakukan, dan si Murid akan lebih mencintai dan memuliakan gurunya.

1. Sebuah cerita yang menarik dan menghiburkan. Ada sedikit elemen dakwah di selitkan. Walaupun sedikit tapi cukup berkesan dihati penonton. Log line "Hidup mesti memberi banyak-banyak dan bukan menerima banyak-banyak" begitu lekat dihati saya. Ceritanya tidak punyai nilai komersial langsung tapi punya nilai kemanusiaan sejagat yang amat tinggi. Jalan ceritanya juga amat mudah dan tidak berat.

2. Filem ini tidak menjual mimpi. Ianya dekat dengan pengalaman hidup penonton yang bertemakan kepentingan pendidikan dan membawa mesej bahawa kanak-kanak miskin juga berhak mendapat pendidikan terbaik.

3. Sinopsis - Filem ini mengisahkan bagaimana seorang guru wanita bernama Muslimah berusaha mengekalkan sekolah usangnya yang hanya mempunyai 10 orang murid tapi nakal.Warga pendidik dan para guru-guru di Malaysia patut menonton jalan cerita mengenai warga pendidik seperti ini.Ia boleh menjadi sumber motivasi kepada mereka.


Komen Dr. Maza ( Bekas Mufti Perlis)

"
Amat menarik dan menyentuh hati. Ia adalah adaptasi dari sebuah novel. Satu filem yang saya rasa patut ditonton oleh guru dan ibu-bapa agar dapat menghayati sebuah perjuangan memberi dan mendapatkan pendidikan.

Watak 'Lintang' dalam filem itu amat menyentuh jiwa. Itu filem kedua Indonesia yang saya tonton sehingga habis. Sahabat saya pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), setelah saya cadangkan kepadanya, beliau menontonnya sebanyak berbelas kali dan menangis setiap kali menonton."

Download Mediafire Link

http://www.mediafire.com/file/yjfmjznjozy/Laskar Pelangi~fadzil~part1.rar

http://www.mediafire.com/file/iykkxkmfcy0/Laskar Pelangi~fadzil~part2.rar

http://www.mediafire.com/file/ztq2ajgudi2/Laskar Pelangi~fadzil~part3.rar

http://www.mediafire.com/file/owmgzmgzydz/Laskar Pelangi~fadzil~part4.rar

http://www.mediafire.com/file/dken1gguomt/Laskar Pelangi~fadzil~part5.rar

http://www.mediafire.com/file/yiygnkynzmw/Laskar Pelangi~fadzil~part6.rar

Password : fadzilmahasiswa.blogspot

Filem ini dipersembahkan buat mereka yang meyakini the magic of childhood memories ( setiap orang mempunyai zaman kanak-kanak tersendiri ), dan khususnya juga buat siapa saja yang masih meyakini adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia: pendidikan

1 comment

  1. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.