Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

10 Perkara Menjadikan Mimpi Sebuah Realiti - Fadzil -

(1) Anda harus percaya perkara yang anda ingin lakukan..... kepercayaan anda ini akan membawa usaha yang berkali ganda untuk berjaya.

(2) Tetapkan minda anda dalam keadaan positif. Anda harus memberi kepercayaan kepada diri anda untuk berjaya.

(3) Anda percayakan usaha? Usaha yang baik akan menghasilkan perkara yang baik, begitu sebaliknya. Hukum Karma adalah analogi ini.

(4) Jangan terlalu kecewa dengan sesuatu peristiwa buruk yang berlaku. Ambil sedikit masa kemudian bangkit kembali dengan kekuatan berganda sebelum peristiwa itu. Pernah dengar kata pelangi hanya muncul selepas hujan.

(5) Kalau anda berfikir untuk berubah atas peristiwa lampau. Lakukan dengan jitu dan jangan menoleh belakang kembali kerana cahaya sedang menanti anda di hadapan.

(6) Kebodohan utama manusia ialah terus hidup dalam penyesalan dan terus hidup dalam keterasingan, kesunyian kerana penyesalan lampau tanpa berbuat apa-apa untuk bangkit.

(7) Kalau anda mengganggap dosa lama membelenggu anda, anda berhak tahu bahawa manusia tidak akan terlepas daripada kesilapan demi kesilapan.

(8) Betapa sukar pun untuk senyum kembali, pasti ada sesuatu yang anda sendiri tahu perkara yang akan mengembalikan kegembiraan hidup anda.

(9) Pengorbanan adalah sifat yang jarang ada pada orang, ianya memerlukan anda mengenepikan kepentingan diri dan sayangkan orang lain lebih daripada diri sendiri.

(10) Anda berhak mempunyai impian, lakukan sesuatu untuk mencapainya!!




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.