Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Apabila Kuasa di Tangan Anda!

Apabila MPP Menang dan buat kerja

Menang bererti masa melakukan kerja sudah bermula. Lakukan kerja jangan banyak cakap. Buat perancangan aktiviti sepanjang tahun. Pengurusan organisasi mesti lebih cekap meliputi pengurusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan sumber maklumat. Hubungan dengan pentadbir universiti dan pihak kerajaan mesti dimanfaatkan bagi melaksanakan segala aktiviti. Dana kewangan melaksanakan projek akan tergendala jika hubungan tidak baik. Namun jangan terlalu ditarik hidung oleh universiti. Mesti ada pendirian yang tegas. Pemimpin mahasiswa mesti berani menyuarakan pandangan secara berfakta bukan emosi semata-mata.

Pelaksanaan aktiviti

Buat aktiviti yang perlu sahaja. Jangan berbalah dengan persatuan mahasiswa kolej atau mana-mana persatuan yang menyokong MPP. MPP mesti melaksanakan aktiviti bertaraf tinggi. Biarkan persatuan mahasiswa kolej melakukan aktiviti yang biasa seperti program bakti siswa, jualan di gerai, pameran dan lain-lain.

Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa?

Situasi UTHM? Kebanyakan pemimpin mahasiswa cuba tidak mengaitkan mereka dalam golongan ini walaupun asal daripada mana-mana golongan ini. Walaupun apa doktrin yang jelas mereka akan berdolak dalih atas sebab musabab yang pelbagai. Selepas pilihanraya kebanyakan akan melalui proses transformasi untuk menyesuaikan dengan organisasi yang bernama MPP. Budaya berpuak-puak akan memusnahkan semangat perjuangan MPP. Budaya Pro ini hanya ditonjolkan ketika pilihanraya kampus iaitu hanya sebagai jambatan atau landasan mereka ke puncak kuasa. Mereka akan lupa pengorbanan orang-orang yang menaikkan mereka malah mendabik dada mereka menjadi MPP atas kehendak sendiri dan mendapat sokongan pelajar. Ada yang benar , ada yang syok sendiri. Terpulang kepada niat individu itu sendiri.

Pro-Aspirasi sememangnya menjadi juara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun sekuat manapun atau seteguh manapun perjuangan, yang menentukan nama baik perjuangan bergantung kepada prestasi dan kredebliti pimpinan di bawah aliran aspirasi. Sering kali yang merosakkan nama Aspirasi bukanlah faktor perjuangan atau ideologi itu sendiri tetapi masalah individu-individu yang tidak dapat memahami dan menterjemahkannya dalam bentuk pemikiran yang boleh di terima mahasiswa. Apabila telah berada di puncak kuasa mereka sesetengahnya akan berasa selesa dan mempunyai pemikiran “syok sendiri”. Pemikiran ini hanyalah minoriti tetapi apabila dimomokkan , maka mempengaruhi ahli-ahli yang baik hati, lurus pemikirannya untuk menerima konsep atas dasar setiakawan. Maka yang menjadi mangsanya adalah generasi akan datang yang aliran ideologinya sama tetapi diburukkan dengan masalah sikap generasi sebelumnya.

Aspirasi ini lahir daripada cita-cita mahasiswa yang berfahaman sederhana iaitu menggunakan kaedah diplomasi dengan kaedah berbaik-baik dengan pihak kerajaan, pentadbiran universiti bagi mencari jalan penyelesaian bagi teras perjuangan hakiki iaitu kebajikan mahasiswa.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) adalah salah satu usaha mahasiswa membuktikan kaedah diplomasi lebih berkesan daripada budaya anti-establishment seperti demontrasi haram yang memberi imej negatif kepada mahasiswa. Sejarah telah tercipta pada tarikh 3 April 2001 MPPK ditubuhkan secara rasmi. YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat bersama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA dan IPTS mengenai penubuhan MPPK di Putrajaya. Penubuhan MPPK menandakan kerajaan mengiktiraf kedudukan dan peranan mahasiswa. MPPK begitu jelas sebagai paltform utama menyalurkan maklumat dan pandangan mahasiswa kepada kerajaan. Penulis sebagai MPP selama 2 tahun telah mendapat ruang dalam isu-isu 2 tahun kebelakangan ini seperti isu-isu besar seperti caj PTPTN daripada 3% ke 1% , isu pindaan AUKU 2009, semuanya melalui platform seperti ini.

Pro-Mahasiswa (UTHM) ini adalah fenomena baru samaada di peringkat nasional ataupun di UTHM, penulis walaupun tidak sealiran dengan mereka ini tetapi tetap menghormati asas perjuangan mereka ini. Tiada salahnya selagi mana batas-batas adab kesopanan sesama manusia di jaga. Sepanjang penulis menjadi MPP , Pro-M berjaya melontarkan pendapat, yang betul di sokong, yang salah di tegur. Tetapi sejak akhir-akhir sejak penulis tidak berada di universiti, semacam ada perubahan dari segi nilai dalam budaya Pro-M. Mungkin kerana calon-calon tajaan mereka kini sudah berada di dalam tampuk kepimpinan MPP maka mereka merasakan penerimaan pelajar kepada mereka semakin baik. Perubahan nilai bagi saya menunjukkan Pro-Mahasiswa yang saya percaya sebelum ini mempunyai nilai baik yang boleh dikongsi, di bawa berbincang telah mula hilang. Adakah keperitan semasa pilihanraya yang penuh dengan peperangan psikologi telah melukakan mereka dan menjadikan mereka mengubah cara bertindak. Dari seekor kucing yang manja kini berubah menjadi singa yang lapar yang sedia melapah sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka. Apakah beza mereka dengan golongan mereka cop selama ini bermain kotor, menyerang peribadi lawan, dan segala hinaan yang lain. Hari ini membuktikan apabila mereka mendapat kuasa mereka sama sahaja. Menyerang peribadi lawan, menelanjangkan perkara-perkara yang tidak sahih lagi dakwaannya. Layakkah mereka bercakap tentang nilai murni, akauntabiliti dan perjuangan? Politik telah menenggelamkan perjuangan dan idealisme sebenar mereka. Mungkin pendekatan mereka harus diperbetulkan semula. Terpulang sama ada untuk mendengar nasihat atau tidak.

Mencekapkan pengurusan maklumat dan kemahiran berkomunikasi

Agenda mahasiswa mesti memantapkan pengurusan maklumat melalui penggunaan media cetak dan elektronik. Publisitikan segala akviti secara meluas. Mantapkan kemahiran menulis dalam media sehingga semua isu-isu semasa mahasiswa di universiti dapat disebarkan. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi seperti latihan pidato dan debat

Agenda yang penulis sarankan bukan suntikan ideologi kepada mahasiswa tetapi sekadar saranan untuk melaksanakan agenda asas memantapkan mahasiswa yang mengguasai kampus sekarang.Lakukanlah sebelum terlambat. Pilihan di tangan mahasiswa menentukan perjuangan mahasiswa di masa depan. Mahasiswa aspirasi bukan sekadar perlukan agenda asas yang penulis maksudkan di atas tetapi lebih jauh dari itu ialah ideologi perjuangan. Kerana yang mengekalkan perjuangan adalah ideologi.

Salam perjuangan.........




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.