Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

4 comments

Ulasan Terhadap Artikel di Blog Pro-Mahasiswa UTHM Mengenai Isu S/U Agung MPP UTHM Sesi 09/10.

Memang setiap tahun MPP mempunyai pergolakan dalaman tersendiri. Sedangkan lidah sendiri pun tergigit…. Inikan pula dalam satu keluarga. Sepatutnya sebagai pimpinan mahasiswa dapat menyelesaikan isu ini secara dalaman. Mesyuarat sepatutnya di jadikan medan untuk bermesyuarah… mencari penyelesaian.

Penyiaran artikel berkenaan S/U Agung MPP 09/10 seperti bermotifkan politik. Banyak tangan ghaib yang cuba memporak perandakan MPP. Awas…. Jangan sampai makan diri. Sepatutnya MPP semakin dewasa ini sebaliknya. Kerana perbezaan ideologi bergaduh sama sendiri dalam sesuatu isu. Perbezaan pendapat adalah normal. Ini sesuatu yang perlu di akui oleh setiap orang. Tapi kalau masalah keluarga dihebahkan sampai semua orang tahu di mana maruah kamu sebagai pimpinan mahasiswa?

Walhal benda SKT ini sepatutnya ahli-ahli MPP dapat menyelesaikan sendiri. Kenapa sampai perlu orang luar tahu sehingga timbul pelbagai persepsi? Berbalik kepada amanah ahli untuk tahu apa yang sepatutnya rahsia dan apa yang sepatutnya boleh diuar-uarkan?

Adakah mahasiswa suka melihat adegan politik sempit seperti ini? Cukuplah setakat Pilihanraya Kampus mahasiswa sudah perpuak-puak. Sepatutnya ini masa untuk bersatu. Mahasiswa sebenarnya bosan dengan sikap berlebihan yang diamalkan dalam sesuatu isu seperti ini. Kalau anda pimpinan sanggup perjuangkan isu tentang kebajikan habis-habisan itu kami puji. Apakah perlu aib seperti ini dipalitkan sesama ahli keluarga? Kalau benar sekalipun tiadakah ruang untuk menyampaikan nasihat secara berhemah?

Bukanlah saya ini seorang yang sempurna. Tetapi sebagai Mantan MPP wajarlah saya menasihati. Saya sendiri pernah bergaduh besar dengan ahli-ahli saya dalam pelbagai isu. Tetapi tidaklah sampai mencari simpati luar untuk menolong saya. Walhal ketika sakit sekalipun tidak dapat bertegang leher, e-mail pun saya guna sebagai medan perdebatan mengenai isu yang tidak saya persetujui. Tidak perlu dipublisitikan. Kalau ada saya akan berkata-kata saya akan membidas secara metafora, kiasan dan tidak mengaibkan sesiapa. Siapa yang makan cili , dia akan terasa pedas. Janganlah kerana seorang dua individu, habis semua ingin dilingkupkan. Marahkan nyamuk, kelambu di bakar. Walaupun ada yang mengkhianati saya tidaklah tergamak saya untuk menceritakan masalah-masalah dalaman kepada pihak luar, biarlah ahli-ahli MPP sahaja tahu. Malah ada juga khabar ahli MPP saya yang sanggup menyerahkan email-email saya kepada pihak-pihak tertentu. Dengan harapan mengugut sekiranya sesuatu hal, email-email ini ingin di bongkarkan bagi menunjukkan pergolakan dalaman MPP. Politik ugut mengugut tidak melemahkan saya, saya memang orang yang teguh dengan pendirian. Maaf sama sekali!!! Tidak amanah sebagai ahli keluarga ini memang satu penkhianatan besar. Sebenarnya musuh yang perlu di takuti bukanlah yang berada di luar sana tetapi yang didalam ini lebih merbahaya. Walau apa tujuan pun, Teori menghalalkan cara memang seni orang berpolitik. Pemimpin yang di segani ialah pemimpin yang berani membuat keputusan, walaupun risiko ada mengenai keputusan tetapi haruslah berpendirian dan paling saya tidak gemar pemimpin yang " playsave". Artikel di bawah saya kepilkan artikel ringkas daripada blog Mantan YDP Usim.

Kepercayaan mengubah kehidupan diri. Analogi Ustaz Hasrizal, seorang cikgu terbaik diumumkan oleh guru besar dan diberi peluang mengajar pelajar terbaik di sekolah tersebut.

Akhirnya, keputusan atau pencapaian mereka meningkat beberapa peratus. Rupa-rupanya cikgu dan pelajar tersebut sebenarnya bukanlah yang terbaik. Cikgu bukan cikgu terbaik, pelajar pun bukan cikgu terbaik.

Terkejut cikgu ini.

Guru besar memberitahu bahawa manusia akan melakukan sesuatu perkara (dalam keadaan terbaik) dengan apa yang mereka percayai.

Inilah sistem nilai. Jadi, apa sistem nilai yang kita selama ini percayai? Apa yang kita percayai untuk mengubah diri dan mereka disekeliling kita?


Pastilah saudari Najihah tertekan di waktu ini, inilah waktu sahabat-sahabat sepatutnya memberikan bantuan moral dan sokongan kepadanya. Janganlah hanya manis di depan, di belakang lain. Kerana budi saudari Najihah kepada kepimpinan saya yang terdahulu saya terpanggil untuk memberikan ulasan terhadap isu ini. Najihah yang saya kenali adalah seorang yang berkomitmen tinggi. Kalau ada kelemahan & kesilapan ianya sifat manusia biasa yang tidak sempurna. Di palingkan dengan aib seperti ini pastilah meruntuhkan semangat seorang yang masih belajar dunia yang penuh tipu helah ini.

Hadis Ketigapuluh Enam ( Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "

Dalam keadaan ini, saudari Najihah telah menerangkan kepada saya bahawa kesilapan beliau adalah alasan yang diberikan berbunyi “masalah peribadi” kepada MPP ketika pelaksanaan SKT. Kerana komitmen beliau pada program “ Motivision & Leadership Camp 2010” di Pulau Pangkor telah di atur terlebih dahulu maka pelaksanaan SKT yang di awalkan secara tiba-tiba tanpa notis awal terlebih dahulu telah mengakibatkan pertembungan tarikh program. Tarikh awal SKT pada mulanya ialah pada 6, 7 Mac 2010 yang di awalkan secara tiba-tiba pada 27 & 28 Februari 2010.

Saudari Najihah telah memberikan janji komitmen awal terhadap program di Pulau Pangkor. Maka beliau tidak sanggup memungkiri janji awal tersebut. Walaubagaimanapun beliau juga merasakan terkilan kerana tidak dapat mengutamakan MPP ketika itu dengan harapan bantuan pengalamannya dapat diberikan selepas pulang daripada program tersebut. Malah kalau semua pihak merasakan keputusannya itu salah, beliau memohon maaf atas kesilapan ini yang tidak terniat di hati untuk membelakangkan MPP sama sekali.

Secara peribadi saya telah menelefon YDP MPP 09/10, Shahzada Khan untuk bertanya tentang permasalahan ini. Saudara Shahzada memberitahu walaupun merasakan kehilangan Najihah di dalam SKT tetapi selepas itu beliau yakin kerja-kerja MPP tetap mampu dilaksanakan secara teratur dan efektif oleh Najihah kerana pengalaman yang beliau ada. Beliau merasakan sepatutnya isu ini boleh di selesaikan secara berhemah dan beliau tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan cuba mencari formula terbaik bag menyelesaikan kemelut ini. Masih banyak ruang untuk memperbaiki dan perjuangan ini baru sahaja bermula . Ranjaunya masih panjang. Saudara Shahzada juga menyatakan apa yang dikesalkan ialah bagaimana isu ini dimainkan oleh pihak luar. Malah seolah-olah artikel itu akan memberikan kesan yang tidak manis antara beliau dan S/U Agung.

Sebagai pimpinan mahasiswa, saya selaku Mantan MPP berharap pihak MPP sesi ini dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih berhemah. Dan eloklah kiranya artikel diblog itu di tarik balik kerana tiada pihak yang untung dalam hal ini. Saya memuji usaha-usaha mana-mana pihak yang di label Pro-A atau Pro-M yang sanggup memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Tetapi janganlah sampai berlebihan. Saya yakin YB-YB yang kita semua undi mempunyai kredbliti masing-masing tetapi kadang-kadang penyokong yang berlebihan dan buat "hal". Setiap pemimpin perlu mengawal penyokong-penyokong mereka. Jangan di manipulasi orang-orang yang berkepentingan dan berani menegur walhal sahabat kita yang banyak menaikkan kita sekiranya ada sesuatu yang tidak kena. Jangan kerana budi kita hanya memendam segala permasalahan dan bermain ""playsave". Mahasiswa inginkan perjuangan yang lebih utama kepada kebajikan mereka. Bukan isu seperti ini yang perlu pimpinan selesaikan sebagai sebuah keluarga. Jangan biar orang luar tertawa dengan keletah anda semua….

Salam perjuangan....



4 comments

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.