Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

Ulasan "IPTA diarah lapor graduan 'ikat perut'"

Kenangan beramah mesra bersama Perdana Menteri , Dato Seri Najib (kiri) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato` Saifuddin Abdullah ( Tengah) , penulis (kanan)

Ulasan penulis ;


Berdasarkan petikan laporan yang penulis sertakan di bawah, maka penulis terpanggil untuk memberi ulasan selaku Mantan MPP UTHM.

(1) Buat masa sekarang mekanisme perlu di cari bagi mencari mahasiswa-mahasiswa yang kesempitan ini.


(2) Mentaliti "malu" perlu di buang oleh mahasiswa yang berada dalam kesempitan. Sekira malu secara terus bolehlah menghubungi mana-mana ahli MPP untuk membantu. Jalan yang telah tersedia ada tetapi mempunyai sedikit birokrasi adalah langkah masa panjang iaitu Zakat daripada Pusat Islam Universiti, Wang Ehsan ataupun pinjaman daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar boleh di mohon.

(3) Sebagai penyelesaian jangka masa pendek , pihak MPP perlu mempunyai dana tersendiri sementara menunggu kemasukan duit yang di mohon pada mana-mana Pusat Tanggungjawab.
Pihak MPP boleh menyalurkan dana tersebut kepada mahasiswa tersebut serta merta. Ini memerlukan kebijaksanaan dalam menguruskan dan mencari dana. Perlu ada satu generasi MPP yang berkorban sanggup membantu generasi MPP seterusnya dengan baki dana MPP tahun sebelumnya.

(4) Selain itu, penulis selaku Mantan YDP MPP Sesi 08/09 pernah mempunyai niat sekiranya kelulusan yang di mohon sejak awal tahun 2009 bagi pengecualian yuran asrama untuk semua ahli MPP diluluskan ( Secara tradisi hanya Majlis Tertinggi yang mendapat kelebihan ini) , 25% pengecualian duit yuran tersebut akan disumbangkan kepada satu tabung amanah di bawah seliaan MPP untuk membantu mahasiswa/i. Malangnya penulis tidak dapat meneruskan niat ini kerana kelulusan hanya dapat pada akhir 2009 di mana penulis dalam keadaan yang uzur. Maka niat tersebut tidak di beritahu kepada mana-mana ahli MPP kerana kelemahan penulis sendiri. Mungkin kalau MPP UTHM sesi ini sanggup? Maka satu khabar gembira untuk rakyat anda.

(4) Kerana pernah berhadapan dengan kes-kes seumpama ini maka penulis memahami permasalahan ini. Nampak ringkas tetapi lebih rumit untuk isu ini di tackle secara berkesan. Salah satu kes yang pernah penulis siarkan, sila ke link ini.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2009/08/sebuah-kisah-ranjau-ranjau-kehidupan.html


(5) Semoga MPP UTHM dapat mengambil langkah proaktif mengikut saranan
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah

Sekadar renungan...

ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)


IPTA diarah lapor graduan 'ikat perut'

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2010/03/13
Pelajar kerja sambilan tampung kos hidup

SEPANG: Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diarah menyediakan laporan lengkap berhubung masalah beban kewangan yang dihadapi pelajar masing-masing, sehingga ada yang terpaksa ‘mengikat perut’ kerana ia boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata arahan itu dibuat selepas beliau menerima maklumat ada segelintir pelajar IPTA terpaksa ‘mengikat perut' atau bekerja sambilan untuk menampung kos hidup sepanjang mengikuti pengajian di kampus. “Berdasarkan maklumat yang saya terima ada pelajar yang terpaksa bekerja sambilan untuk mendapatkan wang tambahan, malah ada yang terpaksa meminjam daripada pensyarah kerana ketiadaan wang.

“Walaupun perkara ini tidak serius namun kita perlu menanganinya dengan mengenalpasti jumlah sebenar pelajar yang berhadapan dengan masalah itu supaya langkah sewajarnya diambil bagi membantu mereka,” katanya kepada media selepas melancarkan bengkel ‘Training of Trainers’, Kokurikulum Berkredit Institusi Pengajian Tinggi di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau memberi tempoh selama sebulan iaitu sehingga pertengahan April ini kepada semua IPTA untuk menyerahkan laporan terbabit antara lain mengandungi cadangan yang perlu dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah itu.

“Masalah ini perlu ditangani bersama oleh IPTA dan kementerian kerana kita khuatir akan berlakunya fenomena kemiskinan kampus hingga boleh menjejaskan kualiti serta kebolehpasaran graduan IPTA.
“Pada masa yang sama, kita perlu mengenalpasti punca masalah ini sama ada ia disebabkan latar keluarga, jumlah pinjaman yang diterima atau dasar yang ditetapkan oleh kementerian," katanya.

Mengenai usaha yang dilakukan pihak IPTA untuk menangani masalah ini, Saifuddin berkata, semua IPTA mempunyai mekanisme masing-masing untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan namun jumlahnya adalah terhad.

Oleh itu, beliau meminta semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru dilantik membantu mengenalpasti pelajar terbabit, bagi memudahkan urusan pemberian bantuan
.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTAdiarahlaporgraduan_ikatperut_/Article/index_html



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.