Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Terima Kasih kepada Pihak Universiti, UTHM

Pada 15hb Mac 2010, pihak keluarga penulis mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak universiti iaitu diwakili oleh TNC HEPA UTHM, Prof. Ir. Dr.Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Pendaftar Pejabat HEp, En. Malek, Pegawai khas TNC HEPA, En Puad dan pemandu UTHM, En. Hairi menziarahi penulis di rumah tempoh hari.

Kesempatan berbual bersama TNC HEPA, banyak perkara yang dibualkan, menurut beliau selain penulis, beliau mewakili universiti juga baru sahaja pulang daripada Kelantan menziarahi keluarga seorang penuntut UTHM Tahun 1 yang meninggal dunia pada bulan Februari baru-baru ini kerana penyakit SLE. Bagi pihak penulis mengucapkan takziah di atas pemergian saudara sekampus kita ini. Pihak universiti juga ada memberi sedikit sumbangan kepada penulis dan ribuan terima kasih sekali lagi penulis ucapkan kepada keprihatinan pihak universiti.

Kerana ingin tahu lebih lanjut penulis telah mencari mengenai penyakit SLE ini. Penulis kongsikan bersama di bawah ini.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Apa itu Lupus


Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Semoga bermanfaat untuk pembaca semua....

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.