Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Meninggal Dunia

(Gambar fail) Allahyarham Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi ketika berucap selepas menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam Bidang Dakwah dan Pengurusan Islam pada majlis Konvokesyen Khas Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Multaqa Alumni Al-Azhar ke-3 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -foto BERNAMA

KAHERAH: Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.

Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.

Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. - AP

Serba Sedikit Mengenai beliau...

Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi merupakan Syeikh al-Azhar sejak tahun 1996. Sebelum menjadi syeikh al-Azhar, beliau pernah menjadi Mufri Mesir, Dekan Kuliah dan mengajar di Kuliah Usuluddin. Beliau mendapat Ijazah kedoktoran daripada Universiti al-Azhar dalam bidang Tafsir dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti di Iraq, Libya dan Arab Saudi. Beliau terkenal sebagai seorang yang alim dalam ilmu tafsir dan mempunyai Kitab “Tafsir al-Wasit” sebanyak 15 jilid. Beliau juga terkenal dengan kewarakan, bercakap dengan lembut dan mudah difahami. Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi pada tahun 2004 di pejabatnya, beliau memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan berharap agar umat Islam dapat meningkatkan dakwah Islamiah. Keistimewaannya dalam menafsirkan al-Quran. Semasa era pentadbirannya, beliau sentiasa memberi perhatian kepada peningkatan dan penguasaan ilmu dalam kalangan mahasiswa Malaysia di al-Azhar. Beliau sering menyuarakan agar mahasiswa Malaysia bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menguasai Bahasa Arab dengan baik. Anugerah Doktor Kehormat yang diberikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2008 kepada Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi merupakan pengiktirafan atas sumbangan beliau yang besar kepada mahasiswa Malaysia di al-Azhar dan dunia Islam. Penganugerahan ini juga akan mengeratkan hubungan al-Azhar dengan Malaysia terutama dalam bidang keilmuan.

Keilmuan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi terutama dalam bidang tafsir tidak boleh dipertikaikan walaupun beliau mempunyai perbezaan pendapat dalam beberapa perkara seperti pandangannya mengenai riba bank yang dianggap bukan salah satu bentuk riba yang diharamkan. Beliau menyatakan perkara tersebut dalam bukunya bertajuk “Mu’amalat al-Bunuk wa Ahkamuha al-Syar’iah” (Muamalat Bank dan Hukum Syariat Mengenainya) yang diterbitkan pada tahun 1990. Kenyataan beliau ini telah mendapat bantahan ramai para ulamak termasuk Yusuf al-Qaradawi dan Jadul Hak Ali Jadul Hak, Syeikh al-Azhar ketika itu. Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi juga pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan Islam daripada tuduhan Baba Vatikan yang mengatakan bahawa Islam tersebar melalui kekerasan, keganasan dan pedang. Majalah al-Azhar keluaran Disember 2006, menyiarkan kenyatan penuh dan sanggahan beliau terhadap isu itu sebanyak 45 halaman. Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa Islam adalah agama yang disebarkan atas kerelaan penganutnya bukan melali paksaan. Beliau memgemukakan hujah-hujah al-Quran, al-hadis dan sejarah dalam membuktikan perkara tersebut.

sumber : http://www.mindamadani.my




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.