Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

Percayakah anda dengan perjalanan hidup anda?

Percayakah anda jika saya mengatakan bahawa jika seseorang itu tidak dapat menikmati sepenuhnya terhadap apa yang patut, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena di dalam perjalanan hidupnya... mungkin sikap ego, mungkin sikap selesa dengan apa yang ada, mungkin kerana tidak suka bergaul dan tak nak terima pendapat orang lain, mungkin silap memilih bidang pekerjaan atau paling malang sekali ialah sikap malas.... terutamanya malas untuk berfikir.

Begitulah panjang cerita hidup ini yang saya nukilkan di sini. Ketika masuk ke universiti pada mulanya saya benar-benar fokus kepada akademik. Buku adalah teman saya sepanjang masa. Budaya yang saya bawa daripada politeknik telah meyakini saya bahawa CPA adalah segala-galanya. Dengan CPA Kelas Pertama di Politeknik telah membawa jatidiri hampir serupa di universiti pada awalnya dengan keputusan CGPA semester 1 juga kelas pertama. Pada satu masa, pertama kali saya telah menyertai program atas pelawaan sahabat saya. Perasaan segan, malu, rendah diri untuk bergaul begitu menebal menyebabkan saya kaku di dalam program. Maka pada malam seterusnya apakah nilai CPA & CGPA yang harus dibanggakan? Selama ini saya fikir dengan banyak membaca dalam bidang akademik, ilmiah, novel dan pelbagai bacaan menjadikan saya seseorang yang berpengatahuan. Rupa-rupanya apabila kita turun ke ke lapangan masyarakat, ilmu tersebut dirasakan begitu kaku.

Maka peluang untuk menimba ilmu telah saya pergunakan dengan memasuki Kelab Pendidikan Teknik & Vokasinal pada semester 1, seterusnya saya mula menapak ke Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 06/07. Saya begitu jatuh cinta kepada perjuangan MPP kerana ianya hampir merangkumi idealisme orang muda seperti saya. Maka ketika sahabat-sahabat sekuliah mampu menamatkan pengajian dalam tempoh dua tahun setengah, saya telah memlih jalan yang panjang dengan mempercayai saya harus menabur bakti setahun lagi dalam MPP. Entah mengapa ketika itu saya berasa ada sesuatu kekuatan pada MPP Sesi 08/09 sekiranya dapat saya menyambung perjuangan setahun lagi. Adakah keputusan saya itu silap atau adakah tidak biarlah saya sahaja yang tahu. Malah perancangan untuk menamatkan kuliah dalam tempoh 3 tahun juga tidak tercapai apabila di timpa kemalangan. Nampaknya 4 tahun tempoh pengajian saya kalau di kira mengikut perancangan terkini. Begitu panjang sekali perjuangan bagi mendapatkan segulung Ijazah. Pastilah saat tamat pengajian saya orang paling bersyukur sekali kerana laluan saya lebih susah berbanding sahabat-sahabat sekampus. Saya anggap perjalanan hidup saya ini sebagai Qada` & Qadar. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Setiap manusia mesti mempunyai matlamat dan impian di dalam kehidupan.
Bagaimana dan apakah Impian Anda ?

Saya tidak mengubah diri orang lain. Apa yang saya lakukan ialah, saya cuma mengubah mindset mereka dan kehidupan mereka berubah secara automatik. Mereka memikirkan yang terbaik untuk mereka dan percaya serta yakin pada keinginan mereka.




Salam perjuangan.....



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.