Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

UTHM - " GENERASI KEPIMPINAN MAHASISWA - AJAIB DAN PELIK - "



PERHATIKAN APA YANG SAYA KATAKAN AJAIB & PELIK

Siapa sangka generasi MPP UTHM SESI 07/08 melahirkan 3 orang Yang Di-Pertua

YDP 07/08 - Hasrul
YDP 08/09 - Fadzil

YDP 09/10 - Shahzada


Inilah dinamakan ketentuan Allah S.W.T. Banyak perkara aneh yang terjadi di dalam dunia. Ini salah satunya. Tidak terfikir bahawa ketiga2 kami ini merupakan sahabat akhirnya meneruskan perjuangan masing-masing mengikut acuan tersendiri.

Walaupun tiada keputusan rasmi lagi tetapi melalui ruangan2 sembang samada blog, facebook telah hangat memperkatakan mengenai mesyauarat pembentukan kabinet pada malam semalam yang majoriti ahli daripada calon yang menang iaitu seramai 26 orang telah melantik Shahzada sebagai Yang Di-Pertua MPP UTHM Sesi 09/10.

Asrul lain gayanya. Fadzil lain gayanya & pasti Shahzada lain gayanya.

Tahniah saya ucapkan kepada Shahzada. Pasti cabaran mendatang akan lebih getir. Lebih-lebih lagi saya melihat terdapat momentum di kalangan mahasiswa yang telah banyak membincangkan mengenai topik ini.

Malah segelintir mahasiswa yang melabelkan dirinya sebagai kebebasan bersuara agak lantang menkritik kerana calon pilihan mereka tidak menjadi YDP. Saya tidak nampak calon yang berkempen untuk jawatan itu tetapi nampaknya penyokong-penyokong yang bersungguh-sungguh. Dalam hal ini tidak manis untuk menkritik saudara Shahzada sekiranya ianya bukan pilihan hati. Kalau kritikan itu membina , tidak apalah ini sehingga menfitnah dan mengaibkan orang maka ianya tidak membantu sesama kita sebagai mahasiswa.

Saya melihat ianya lebih kepada emosional yang terlampau. Biarlah 26 ahli tersebut memilih sesama mereka siapa yang layak mengikut keputusan mesyuarat. Persoalan siapa di belakang atau tidak bergantunglah sejauh mana individu-individu ini mendapat kepercayaan ahli-ahli seramai 26 orang. Pasti dalam kepelbagaian pendapat antara 26 ahli pasti akhirnya terdapat keputusan majoriti undi daripada 26 orang tersebut akan menentukan siapa yang menjadi YDP.
Tidak kiralah apa ideologi pun ianya keputusan yang telah di ambil seharusnya di hormati.

Bagi yang tidak faham berkenaan isu-isu yang ditimbulkan .... samada undi tertinggi atau tidak itu bukanlah persoalan sebenar..... pasti kerja keras bagi mendapatkan undi ini seharusnya diucapkan tahniah. Tetapi apa yang lebih penting adalah YDP yang mendapat sokongan dasar majoriti ahli bagi membolehkan kerja-kerja akan datang lebih lancar.

Samada kerusi umum atau fakulti juga bukanlah penting dalam Majlis Tertinggi. Yang penting adalah semangat untuk menentukan dasar atau hala tuju MPP terletak pada MT.

Sejarah membuktikan setiap pemimpin mempunyai gaya tersendiri .

Saya berkesempatan sebagai mahasiswa biasa duduk di bawah kepimpinan saudara Hasnul YDP MPP UTHM 06/07... seorang yang friendly dan bersahaja dengan sesiapa.... MPP zamannya diangap mesra rakyat...... ini gayanya....

Setelah itu di bawah saudara Hasrul, YDP 07/08..... saya selaku Naib Yang Di-Pertua 07/08.... Hasrul seorang yang tegas tetapi hasil kerjanya menunjukkan ianya sentiasa bekerja keras. Walaupun sekali sekala saya tidak bersependapat dengannya tetapi atas dasar untuk melicinkan kerja-kerja pentadbiran MPP saya akur dengan keputusan yang dibuatnya kadang-kadang dia akan menggunakan kuasa veto sebagai ketua. Saya masih menghormatinya sebagai ketua saya dan tidak bersependapat dalam sesuatu idea saya anggap lumrah organisasi. Saya fokus kepada jawatan saya dalam menjaga kebajikan ketika itu.

Dan ketika saya menjawat jawatan YDP 08/09 .... saya kira anda semua yang berhak untuk mengulas mengenai saya...... samada bagus atau tidak , saya telah menggalas tanggungajwab ini dengan sepenuh hati. Walaupun tidak kesemua lapisan masyarakat kampus dapat saya berjumpa selama ini, saya kira telah melakukan apa yang terdaya sebagai seorang manusia.

Nasihat saya kepada YDP 09/10, Shahzada....... gaya kepimpinan kamu akan sentiasa di lihat masayarakat kampus...... . Maka jagalah imej MPP dengan sebaik mungkin. Kritikan yang diberikan anggap sebagai cabaran dan membuatkan anda bekerja keras lagi......... mungkin sifat anda hanya berdiam diri lebih baik.....lama-lama mereka sendiri akan diam apabila sudah bosan nanti........ tidak seperti saya pasti akan melawan habis-habisan sekiranya perkara tersebut tidak benar walaupun akhirnya memakan diri sekurang2nya saya boleh mengatakan saya mempertahankan maruah diri sebagai seorang insan ." Jangan memperkotak-katik idealisme perjuangan murni saya".

Keutamaan MPP adalah menjaga kebajikan pelajar. Tetapi bagaimana anda ingin merealisasikan kepada mahasiswa bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan anda.

Fadzil & Shahzada bergambar kenangan pada Tahun 2008

Salam perjuangan.......













Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.