Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

HADAPI DENGAN SENYUMAN !!!




Assalamualaikum....

Hari ni ( 5 Februari 2010) , saya buka blog saya kembali..... penutupan di atas dasar :-

(1) Saya menjalani pembedahan kali kedua pada 15hb / 12 / 2009) . Saya perlukan waktu untuk berehat sepenuhnya.

(2) Saya tidak ingin blog saya dimanipulasi mana-mana pihak yang berkepentingan dalam Pilihanraya kampus UTHM 2010. Maka 4 Februari 2010 PRK telah berjalan, yang menang saya selaku Mantan YDP ucapkan tahniah... tak kira siapa... semoga dapat jalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik.

(3) Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli MPP UTHM Sesi 08/09 yang telah berjuang bersama-sama saya. Yang mana silap adalah kelemahan saya, maka saya mohon maaf begitu juga saya, telah membuang segala yang keruh. Hidup perlu diteruskan....

(4) Tidak lupa juga kepada semua sahabat, pegawai, kelab-kelab, persatuan yang bernaung di bawah MPP yang telah memverikan kerjasama yang baik kepada kepimpinan saya.

(5) Yang paling penting kepada semua mahasiswa-mahasiswi yang pernah bersama-sama saya selama ini susah dan senang .

(6) Jutaan Maaf kepada semua mahasiswa/mahasiswi sekiranya ada kekurangan di pihak saya mewakili MPP sesi lepas. Kami telah membuat yang terbaik untuk anda. Tetapi saya masih yakin masih banyak yang tidak memuaskan hati semua, perkara ini akan disambung oleh kepimpinan akan datang. Saya yakin....

(7) Maka sepertimana sedia maklum, saya kini bukan lagi YDP. Saya hanya mahasiswa biasa seperti anda. Mari kita bersama-sama membantu MPP sesi ini dengan daya yang boleh. Sumbangan saya selaku YDP sehingga September ( kemalangan) bolehlah anda selak2 post2 lama saya... ataupun tab aduan siswa/i di atas blog ini. Ini bagi menjawab apa sumbangan kami selaku MPP selama ini.

Link ;-

(a) KPI YDP MPP UTHM SESI 08/09

(b) PERTANYAAN + MAKLUMBALAS SISTEM ADUAN CADANGAN ONLINE MAHASISWA

(c) ZIARAH MAHASISWA LUAR KAMPUS

(d) DOKUMEN ISU KOLEJ KEDIAMAN

(e) MEMORANDUM ISU KILANG KEPADA TPM

* Yang lain sila ke arkib tahun 2009 blog ini... harap maklum


(8) Keadaan saya kini semakin pulih. Rawatan susulan pada bulan Mac.... doakan saya cepat sembuh..... Saya juga merindui UTHM... masih banyak yang saya perlu lakukan......

Salam








Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.