Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 9 - " Angin Itu Tidak Nampak Tetapi Dapat Dirasai "


Sepanjang waktu berehat panjang ini .... penulis fikir perlu berkongsi pengalaman yang ditempuhi. Semoga mendapat manfaat.

(1) Penulis mengucapkan yang tak terhingga kepada yang datang melawat di Hospital Batu Pahat & Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu, sms, telefon, e-mail, ucapan melalui blog, friendster dan facebook.

(2) Terima kasih kepada yang menziarahi terutamanya Ayahanda Naib Canselor, Ayahanda Timbalan Naib Canselor, pegawai2 universiti, adik-beradik dan keluarga terdekat, sahabat2 ahli MPP Sesi 08/09, sahabat2 MPP Sesi 07/08, Presisen Kelab, Pengerusi Kolej Kediaman, kawan2 lama kelas Ijazah Pendidikan UTHM.

(3) Antara yang istimewa saya kira, kad hari raya yang besar drpd Pengerusi2 Kolej Kediaman...... SMS yang x henti2 bertanya khabar drpd Mantan YDP UMK..... memang seorang yang prihatin saya kira kepada saya walaupun jarang berjumpa... ukhwah yang sentiasa terjaga.... Lawatan ziarah rakan-rakan semasa Pengajian Diploma Politeknik Dungun di Hospital Kuala Terengganu. Bagi orang sakit ini merupakan hadiah yang besar. Sangat2 berterima kasih.

(3) Pertanyaan biasa kepada saya " Sudah sembuh?" " Bila sembuh?" " Macam mana boleh jadi camni?" Kalau tanya sudah semestinya saya akan memberitahu semuanya dalam keadaan baik. Jawapan klise yang akan saya bagi bertujuan untuk membuat keadaan tenang dan tiada orang yang risau akan saya. Sifat saya tidak sukakan simpati , inilah saya yang anda kenal.

(4) Walaupun sekuat mana saya ingin kembali sihat dan aktif, keadaan tetap tak mengizinkan. Saya fikir kata-kata doktor yang memberikan harapan dengan mengatakan biasanya pesakit dapat sembuh dalam masa 3 bulan setelah pembedahan ( 11/09/2009) membuatkan saya tekad untuk berlatih dalam tempoh itu. Daripada menggunakan kerusi roda, bertongkat 2 sehingga bertongkat 1. Memerlukan keazaman yang kuat. Sehingga saat hampir bulan Disember saya fikir saya akan pulih seperti sediakala.

(5) Satu hari ketika berlatih berjalan , secara tiba-tiba kaki di bahagian pembedahan menjadi lemah. Pemeriksaan di Hospital mengesahkan pembedahan kedua perlu dilakukan. Kalau anda menjadi di tempat saya apakah perasaan anda? Saya benar-benar meletakkan segala kekuatan selama 3 bulan ini untuk pulih , saya benar-benar merindui untuk kembali belajar di universiti tercinta. Saya benar-benar hampa. Harapan itu berkecai begitu sahaja. Begitu kuat ujian ini Ya Allah.

(6) Maka saya perlu bermula daripada kosong kembali selepas pembedahan. Tetapi Allah S.W.T itu Maha Besar. Sepanjang tempoh ini saya mempelajari banyak perkara yang saya tidak pernah tempuhi.

(7) Yang pertama, sesukar mana sekalipun saya, ada orang yang lebih sukar daripada saya. Yang benar-benar meruntun hati saya ada seorang hamba Allah di sebelah katil saya di Hospital Kuala Terengganu. Perbualan saya bermula dengan ibunya, kebiasaan di dalam wad, pesakit-pesakit akan cepat mesra di antara satu sama lain, termasuk ahli keluarga. Ukhwah ini bagi perkongsian bersama-sama bagi meringkankan beban emosi pesakit. Pada mulanya ibunya tenang bercerita sehingga menangis.... Anda pernah terfikir bagi seseorang yang hidup normal selama 20 tahun tiba-tiba di tarik segala kekuatan?? pemuda iaitu anaknya ini pada satu hari secara tiba-tiba jatuh sakit dan lumpuh separuh badan tanpa apa-apa tanda. Betapa dasyatnya penderitaan ini. Doktor pula masih tidak mejumpai punca penyakit ini. Amat-amat kasihan , apalah kiranya sakit saya ini kalau dibandingkan pemuda ini. Betapa hancur hati ibunya anaknya menghadapi dugaan ini. Maka sejak itu saya kembali positif sehingga saat jari jemari saya menulis tulisan ini.

(8) Di sebalik segala kesakitan ini dan pesakit-pesakit lain, masih banyak keceriaan di Wad Lelaki EF Hospital ini. Pelbagai ragam yang saya simpan. Ada yang boleh membuat anda ketawa , menangis, dan pelbagai perasaan. Paling seronok ketika pesakit-pesakit lelaki ini ramai yang meloncat daripada katil. ke kerusi roda dan ada yang bertongkat ke hadapan wad dan menumpang duduk di katil2 pesakit di situ. Termasuklah saya kerana pada malam itu perlawanan Bola Sepak Akhir Sukan Sea pasukan Malaysia. Benar-benar membuat kami berkumpul dan bersorak sehingga tiada lagi raut kesakitan kepada kami saat itu. Lebih manis Malaysia menang emas. Betapa ceria wad malam itu, kesian jururawat2 yg terpaksa mengomel perangai pesakit2 lelaki ini. Malah ada jururawat yang tercari-cari pesakit di katil yang yang hilang dan datang mencucuk jarum di hadapan TV... ketawa kami melihat peristiwa lucu ini.
Semangat Malaysia Boleh membuatkan kami semua bangga menjadi rakyat Malaysia malam itu.

(9) Selain itu, melihat doktor-doktor pelatih juga memberikan definisi baru kepada saya dalam bidang perubatan.... nampak esklusif title doktor... tetapi amat sukar..... mereka ini selalu ditegur di hadapan pesakit... kena overtime.... On-call... maka banyak waktu mereka menghabiskan masa di hospital.. pernah satu tengah malam ketika saya pergi ke bilik air, melalui di bilik doktor saya melihat seorang doktor pelatih perempuan menangis.... saya membuat kesimpulan kerana kata-kata doktor penyelia siang tadi yang mengatakan terdapat 2 orang pelatih yang akan mengulang praktikal... entah iya atau tidak... pasti tertekan sudah bersusah payah selama berhari-hari tidak cukup tidur.... mendapat nasib begitu... setiap orang ada ujian tersendiri...

(10) Yang paling penting segalanya adalah Qada` dan Qadar... Semoga setiap orang mendapat teladan dan pengajaran dalam apa yang saya cuba sampaikan... sentiasa menjadi orang yang bersyukur.

Kepada pimpinan MPP baru saya ada satu kata-kata kepada anda;

" Anda Hebat Menjaga Diri Anda, Belum Tentu Anda Hebat Menjaga Orang Lain"

Fikir-fikirkan......

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.